Khamis, 30 Disember 2010

MATA YANG MENYASIKAN

  

akan kehidupan alam semesta
kita pun mengerti akan segalanya
setiap yang bernyawa pasti merasai mati.

Inilah putaran di alam maya
telah dijadikan tuhan pencipta
untuk manusia melihat dan berfikir
sebelum kita datang dan kemudian pergi.

Matalah yang menyasikan
bersama perasaan hati dan jiwa
apabila sesuatu keadaan itu berlaku
kita pun dapat mengetahui dan mengerti.


Oleh: Nurimanja,
29hb, Disember, 2010.
selepas menonton Tv animal.




50 ulasan:

  1. BERSAMBUNG. Bab 2/ siri 2 Oleh Nurimanja PK..2002
    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@


    Aku tahu cerita Tuk Nyang Naim , bukan calang orang dan sebarangan. Kata mak, Tuk Nyang Naim tidak akan pergi menziarahi orang mati yang tidak pernah sembahyang atau turun ke masjid berjumaah.Itulah ketegasannya bila dia dilantik jadi AJK masjid pagi petang siang malam ,orang yang tidak tinggalkan solat. orang yang kuat beragama, dia uga orang yang disegani dan dihormati oleh masyarakat Pekan Tanjung Piandang.

    Pernah juga pada satu hari waktu mak dan Tuk Nyang Naim berkerja di bendang, hujan ribut hendak turun, suasana menjadi gelap seolah-olah seperti langit hendak runtuh. Tuk Nyang Naim memerhati ke langit, dia saolah-olah sedang berhadapan dengan sesuatu yang cemas,dia semacam ternampak bala musibah akan turun dari langit, hitam datang laju berputa-putar ke arahnya.

    “Kalian Nampak itu, putaran kepala angin?”kata Tuk Nyang Naim, sambil menunjukan jari telunjuknya kearah warna hitam tegak berdiri memutar segala macam daun dan rumput ramapai yang kering dibawanya naik ke udara.

    Kemudian mak nampak,Tuk Nyang Nain membaca satu ayat, kumat kamit mulutnya, lalu dia menghemburkan ludahanya kearah langit, seketika kemudian angin dan hujan tidak jadi , seperti beraleh di tempat lain.

    Memang itulah kelebihan Tuk Nyang Naim yang sangat disegani oleh orang kampong malah sikapnya yang tegas itu membuat adik beradik tidak berani angkat muka, Tuk Nyang Naim pernah tidak pergi mengziarahi mayat seseorang yang meninggal dunia di hujung kampung, bila ditanya , Tuk Nyang Naim menjawab, "Dia tidak pernah nampak mendirikan solat, engkar perentah Allah SWT, tidak mengakui Keasaan Allah yang maha berkuasa. dia menyedut udara tuhan tidak mahu bersyukur. jadi kapir dan kupur dengan Allah". begitu tegas bunyi kata-katanya.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. 3 PAGI

    di jam tiga pagi
    terjaga dari lena nyenyak
    terganggu oleh bisik suara halus
    yang menyentap lubuk hati
    ah… persetan
    cuba pejamkan kembali
    namun bisikan itu
    masih terngiang di cuping telinga
    makin lama makin galak
    seakan bergelak ketawa
    di pesta suka ria
    makhluk halus tanpa akal
    datang tiada diundang
    hadir tiada dipelawa
    dasar hidung tak mancung
    pipi pula tersorong
    pergi kau ke sana segera
    sebelum dirimu kusembur ridsect…


    Datuk Murad
    apabila banyak nyamuk plak di kampung

    BalasPadam
  3. TAHNIAH DARI SUZUKI

    dari jauh nampak gigi
    rajagobal senyum puas hati
    anak buah semua menjadi
    dapat julang piala Suzuki
    air mata turun ke pipi
    tanda gembira tak tahan lagi
    sudah dikota segala janji
    dalam jiwa tersimpul mati
    ini semangat yang kita cari
    sejak dahulu hingga kini
    moga mereka tak lupa diri
    sudah terbayang habuannya nanti
    kami turut tumpang sekali
    rasa gembira di hati kami
    kita dah naik setapak lagi
    moga terus kita mendaki
    hingga sampai ke puncak tertinggi
    akhirnya pada malam ini
    kuku harimau dah tajam kembali
    tahniah sekali lagi…

    Professor lanang
    ketika selesai menyaksikan bola sepak

    BalasPadam
  4. NAFAS

    Dada berat, Sarat.
    Aduh seksanya.
    Adapun aku bernafas,
    Sesak. Sepertinya lelah.
    Sepertinya mahu lelap.
    Tolong aku Tuhan,
    beri aku waktu
    untuk bernafas lagi..*
    aku mahu udara segar
    aku mahu oxsigen
    nafas ku kian pudar
    jangan ragut nafasku lagi
    kerana ku ingin terus
    menghirup sisa nafas yang tinggal
    tolong berikanku nafas
    nafas yang sedar disisimu
    nafas yang boleh memberikan
    aku hidup di dunia fana
    untuk setahun lagi
    jangan ambil nafasku lagi
    maafkan lemparkan semua
    nafas yang ada salama ni
    simpankan ku nafas baru


    Saudgar EMas
    kelantan
    11malam

    BalasPadam
  5. ORANG GUA

    Kau gelak sebab kau kata
    kau tak pernah jumpa
    orang macam aku.
    Aku gelak berdekah-dekah
    sebab dengar kau kata
    kau tak pernah jumpa
    orang macam aku aku pun pelik?
    Kenapa tak pernah jumpa?
    Kau tak pernah jumpa orang?
    Habis selama ni
    kau pernah jumpa siapa?
    Haiwan? Tumbuh-tumbuhan?
    Aku rasa mungkin ka uni orang gua
    Yang zaman batu punya dan kau kuno.

    Siti hajar
    sarawak
    2ptg

    BalasPadam
  6. Datuk Murad dengan sajaknya kali ini bertajuk jam 3 PAGI seakan sama dengan lagu alaharham seniamna agung P.Ramlee . Jam 3 pagi berbagai perkara boleh berlaku lebih lagi bila anda berada di kampung halaman,(barangkali pulang menghilang rindu) pastilah banyak nyamok di waktu malam jika tidur pula tidak berkelambu. Kenduri sankanlah sang nyamuk tiruk atau nipah hingga ke pagi, melainkan jika ada ubat nyanyuk dan ridset, jika tidak sampai siang tak boleh tidur. Ini cerita biasa bagi orang yang tinggal di kampong, tetapi berbeza, remas dan cemas bagi orang yang tak biasa dengan suasana kehidupan di kampong. Saya juga lama rasa tak balik kampong. Agak rindu juga, semoga dapat jenguk kembali. Amin.

    BalasPadam
  7. Professor Lanang pula dengan sajaknya kali ini pasal bola bertajuk TAHNIAH DARI SUZUKI. Ternyata ucapanya kepada pemain bola sepak kita bombing rajagopal membawa kejayaan setelah hamper empat belas tahun menanti kejayaan, kini merangkulnya syabas dan tahniah dari siapa saja. Apa yang menarik kekalahan dahulu memang membakar semangat, apa bila dikutut dan dicaci, inilah satu cara untuk membakar semangat, tetapi cara ini kurang menarik, tetapi itulah caranya orang Dahulu kala mencabar hati kewibawaan anak muda, agar bangkit jangan leka. Lihat saja saudara Bambang Pamukas bermain dengan muka tiada nampak senyum,menunjukan dia bersungguh. Bila dia masuk dua gol telah terhasil. Semoga kita perlu mencabar semangat anak muda. Amin.

    BalasPadam
  8. Sdra. Saudagar Emas dengan sajaknya bertajuk: NAFAS Pengucapannya mencerita keadaan semacam menerima musibah bagai terlantar kesakitan. Terasa bergelut dengan antara hidup dan mati. Lebih mengkuatirkan hati cemas bergelut dengan banyak lagi perkara yang belum diselesai Jika tuhan menjemput tentu mata tidak terpejam. Tetapi dengan niat dan kesedaran doa yang Diharapkan makbul juga permintaan. Nadi masih terus berdenyut hidung masih terus bernafas. Mungkin Tuhan masih sayang pada anda. Amin .

    BalasPadam
  9. Siti hajar dengan sajak ORANG GUA kebarangkalian ada cerita yang kurang menyenangkan
    Buat kawan sejawat. Kekadang ada gurauan yang kurang menyenangkan hati, apatah lagi bila kita banyak memendam rasa dan keadaan bagai mengejek kita, hati sering kali mudah tercabar bila ada gurauan yang agak melampau. Lalu boleh berlakulah keji mengeji dan cabar mencabar, terucaplah apa saja yang dikira sesuai. Ini lumrah dalam kehidupan. Semoga satu keadaan kembali tenang dan damai semula . Amin

    BalasPadam
  10. tok naim ni mcm pnh en nuri cte je psl dia dulu

    BalasPadam
  11. Tuan Haji Abkam(maaf tumpang toi jgk sumbang resepi)

    Bahan-bahan ( 4 ORANG )

    * 1 PAKET NANGKA (YANG JUAL KAT PASAR TU)
    * 200 G TULANG IKAN TALANG MASIN
    * 1 PAKET SANTAN/1 BIJI KELAPA
    * 2 CAMB SERBUK KARI IKAN
    * 1 CAMB SERBUK CILI
    * 2 LABU BAWANG BESAR (1 DI MAYANG DAN 1 DI TUMBUK)
    * 3 ULAS BAWANG PUTIH DIMAYANG
    * 2 CAMT HALBA CAMPUR
    * AIR ASAM JAWA
    * DAUN KARI

    Cara-cara

    1. RENDAM DALAM 10 MINIT TULANG IKAN MASIN KEMUDIAN CUCI DAN REBUS DENGAN AIR SEPARASNYA DENGAN SERBUK KARI DAN SERBUK CILI.
    2. REBUS DALAM PERIUK BERASINGAN NANGKA SEHINGGA AGAK LEMBUT, CUCI DAN KETEPIKAN.
    3. MASUKKAN BAWANG YANG DITUMBUK TADI KEDALAM REBUSAN IKAN MASIN TADI, APABILA IKAN MASIN AGAK LEMBUT MASUKKAN NANGKA TADI.
    4. SETELAH MENDIDIH, MASUKKAN SANTAN DAN AIR ASAM JAWA TADI DAN DIDIHKAN LAGI.
    5. TUMIS DARAT - DALAM KUALI BERASINGAN PANASKAN 4 CAMB MINYAK DAN TUMIS BAWANG BESAR, BAWANG PUTIH, HALBA CAMPUR DAN DAUN KARI.
    6. TUTUP API KARI TADI DAN TUANGKAN TUMISAN DARAT TADI, TUTUP PERIUK DAN RASA ASAM GARAM

    BalasPadam
  12. tok nyang naim? ni asik pak ngah arif ker?

    BalasPadam
  13. tok naim ni mcm wali je alim btol..

    BalasPadam
  14. xkn dia xpegi ziarah org mati klu x smbhyg???

    BalasPadam
  15. tok naim ni ada lagi en nuri?

    BalasPadam
  16. tok naim ni pandai buat magik jgk nampaknya

    BalasPadam
  17. tinggi btol ilmu dia? dia menuntut kat mana ni?

    BalasPadam
  18. tok naim ni prg mesir ke? alim btol dia ni

    BalasPadam
  19. tok naim ni msti org tabligh ni

    BalasPadam
  20. kepala langit hitam?? pelik

    BalasPadam
  21. mcm mana dia boleh tahu kepala langit?

    BalasPadam
  22. warak btol tok nyang naim ni

    BalasPadam
  23. ada gambar x tok naim ni??

    BalasPadam
  24. xkan dia xnk ziarah org mati?? sian org tu

    BalasPadam
  25. ayat apa dia baca?? dia bagithu en nuri x?

    BalasPadam
  26. tok naim ni guna sihir ke?

    BalasPadam
  27. tok naim ni umor brapa?

    BalasPadam
  28. tok naim ni ada lagi ke dh meninggal?

    BalasPadam
  29. dia baca ayat tuju angin agaknya

    BalasPadam
  30. tok naim ni org jawa ker?

    BalasPadam
  31. tok naim ni belajar kat mana? indon ker?

    BalasPadam
  32. en nuri x ambik ilmu dia ker?

    BalasPadam
  33. tok naim ni x kwin ker?

    BalasPadam
  34. tok naim ni msti guru silat ni sbb tinggi ilmu dia

    BalasPadam
  35. tok naim ni meninggal masa umor brapa?

    BalasPadam
  36. patutlah en nuri hebat menulis sajak rupanya en nuri pun ada bau2 bacang dgn tok naim..

    BalasPadam
  37. tok naim ni xde anak ker?

    BalasPadam
  38. mcm david coverfiled la tok naim ni

    BalasPadam
  39. tok naim ni msti byk berguru ni

    BalasPadam
  40. tok naim ni org banjar ke jawa?

    BalasPadam
  41. resepi apa plak tuan haji ni bagi?

    BalasPadam
  42. xde tulis pun resepi apa ni tuan haji?

    BalasPadam
  43. nampak mcm kari ikan masin jer...

    BalasPadam
  44. ikan masin masak apa ni tuan haji?

    BalasPadam
  45. eh! ikan talang masin masak apa ni? asam pedas ker?

    BalasPadam
  46. tuan haji ni xbgi thu resepi apa ni? tp rasanya ikan masin masak kari...

    BalasPadam
  47. ikan masin masak gulai ke ni?

    BalasPadam
  48. mcm sedap je kna cuba resepi tuan haji ni

    BalasPadam
  49. lapar plak perut aku bila baca resepi tuan haji sbb ada ikan masin kesukaan aku

    BalasPadam
  50. eh! nampak mcm sedap jer resepi yg x thu apa bnda tuan haji bagi ni

    BalasPadam