Isnin, 27 Disember 2010

MALAM PERTAMA ALAM BARZAH


kategori sajak berkumpulan 4 orang


   
Satu masa nanti kita pasti dirisik
    pertunangan sejak azali
    dihujung hidup berkahwin maut
    hantarannya sakit dan nazak
    tamu hadir menghadiahkan tangis
    pengantin dimandi
    dipakaikan baju putih
    wangian gaharu
    pengantin bersanding sendirian
    diarak keliling kampung
    kompangkan azan dan kalimah kudus
    aqadnya talkin walikan liang lahad
    bersaksi nisan-nisan
    siraman mawar keluarga
    malam pertama bersama kekasih
    yang dindingnya tanah
    menuntut janji perkahwinan
    kullunafsin zaiqatul maut..


    Ustaz Muda,Al-azhar,Ustaz mahfuz,Pejuang Islam

    selepas mendengar al bayan di masjid 
tanpa tarikh/terbit 27/12/2010.






50 ulasan:

  1. TANAH JERLUS

    Sesisip angin sekata bayu
    sekontang jiwa semalam…
    Rindu datang bukan lusuh
    Perginya kasih dibalik sepi..
    Lurah-lurah kenangan
    masih merah dibawah sana…
    Jerlus dalam watak terlarang
    lemas dalam ciptaan kisah…
    Seriang burung-burung
    berpasang terbang
    itulah kiasan kita…
    Kita sering terbang tinggi
    tanpa ingat akan daratan…
    Sekilas pengertian aku mul
    mengerti akan simpulan kasih ini…
    tapi mengapa kuteringat
    bila cuba melupa,
    kumenangis bila cuba tertawa…


    Arkeena
    ketika berada di beranda rumah

    BalasPadam
  2. DEPAN MATA

    Walaupun depan mata kau
    Ada orang cekup kau terlalu mahu,
    Tolonglah maniskan muka sebolehnya.
    Senyumlah gelaklah bersama dia.
    Walaupun bahagia tu bukan kau punya
    Walaupun cuma perit pedih kau rasa
    Tapi tolonglah, bahagiakan dia.
    Maka kelak kau juga akan bahagia.
    Jangan cuba-cuba renung apa yang dah jadi milik dia,
    Takut-takut kau akan tergoda,
    Bimbang binasa dalam tak sengaja.
    Biar hancur hati kau sayang,
    Biar meraung jiwa kau sayang,
    Di hujung waktu
    punya lebih baik untuk kamu.
    Redhakan dugaanNya.


    Imtiyaz
    Perak
    11malam

    BalasPadam
  3. LUKISAN ATAS KANVAS

    mulanya titik-titik bertaburan...
    kularikkan menjadi lakaran
    garisan yang bertemu
    melukis iras wajah yang bertamu...
    pena yang menari kian rancak
    tinta berdansa kian hebat
    mengisi ruang kosong penuh lohong.
    kuaturkan serpihan tinta
    menghimpun cerita tentang wajah terlukis penuh rahsia
    lumrah percaturan sebuah kehidupan
    telah nyata terjadi tetap terjadi
    kugenggam sebaris kata
    demi lakaran impian yang terlukis
    untuk kusudahi harus kupegang
    takkan sepi dunia bila laut pasang
    buat pengingat tatkala
    lakaran tak menjadi
    sebagai kanta muhasabah diri
    agar tinta tak tumpah kanvas hati
    kuharapkan bingkainya kasih
    kejap memeluk lukisan cinta
    menjadi hadiah buat hati yang lara
    agar merasa bahagia selamanya...


    Mat Toopa
    ketika di cafe

    BalasPadam
  4. MOHON ILAHI

    mohon Ilahi singkir cinta duniawi
    membawa luka kehampaan hati
    laut racun membasah diri
    menarik realiti hilang imaginasi
    sedar semua rupa fantasi
    mohon Ilahi singkir cinta duniawi
    andai suratan takdir terukir
    cinta diimpi tak kan termiliki
    tiap kali aku berlutut,bersujud
    aku bermohon suatu saat
    ku bisa hilang cinta kamu
    anugerahlah diri oh Ilahi
    cinta padamu utuh hakiki
    megah semayam kekal terjamin
    janji mahligai cinta Islami


    Datuk Murad
    Selangor
    26.12.2010

    BalasPadam
  5. TANAH JERLUS sajak daripada sdra/sdri Arkeena. Pengucapanya bagai perbandingan Atau simbolek pada alam berbunyi tanah jerlus, Biasanya tanah begini tidak menakung air dan tidak kuat kedudukannya. Malah boleh jadi perangkap bagi sesiapa yang tidak tahu kedudukannya.. Begitulah kisahnya kehidupan kita. Berkasih sayang dan salin bermesra bagai kehendak alam. Tetapi kekadang biasa berlaku perselisihan dan kecurangan. Setelah lama berduaan dan bagaikan burung terbang di awan kita bila berpisah terasa amat parah. Hati juga enggan melepaskan kisah kenangan lama. Tetapi apakan daya sudah ditakdirkan, mungkin si dia bukan milik kita. Kini jika kau menangis atau ketawa tetap masih terasa , Insyaallah lambat laun akan melupainya. Amin

    BalasPadam
  6. ULASAN:
    DEPAN MATA sajak sdra. Imtiyaz berbunyi bagai merentih untuk menerima sesuatu takdir buat sesaorang mungkin sahabat atau bekas buah hati diambil orang agaknya. Begitulah buat seorang yang mengerti akan hukum qada dan qadar, kita manusia sekadar cuma dapat merancang sesuatu kebaikan tetapi yang menentukannya adalah Allah swt. Begitulah bujuk sdra. Imtiyaz agar sedia Menerima apa yang kita rasa tidak begitu menyenangkan tetapi bila kita sudah biasa itulah satunya kegembiraan buat kita di kemudian hari kelak. Kalau bukan jodoh atau bukan hak kita , tentu ada hikmahnya.Amin.

    BalasPadam
  7. LUKISAN ATAS KANVAS sajak sdra Mat Toopa pengucapannya bagai bersimbolik juga kali ini dimana digambarkan bayang kehidupan sesaorang itu bagai melakar lukisan kekadang terbayang akan sesuatu hasil yang indah dan mempersonakan. Begitulah kehidupan kita , manusia sudah pun atau boleh merangcang tetapi yang menentukannya Allah swt. Oleh itu manusia diminta mengambil jalan tengah. Setelah berusaha dan berikhtiar untuk mengharapkan sesuatu yang indah, tetapi gagal juga meperolehinya, angaplah itu sebagai satu takdir yang telah diusahakan tidak menjadi mungkin tidak diizinkan Allah. mungkin ada hikmah disebaliknya. Amin

    BalasPadam
  8. Datuk Murad dengan sajak zuhudnya meluahkan rasahati segala kemewahan dan kekayaan terasa bagai tidak abadi, ia sekadar membolehkan kita hidup untuk melepaskan dari dihimpit kesusahan, dan kemeskinan dikumpul banyak mana pun akan bertambah kegelisahan cinta harta ini dirasainya tidak abadi .Tetapi cinta yang abadi hanya padmu Ya illahi. Begitulah sajak Datuk Murad kali ini yang bertajuk: MOHON ILLAHI. Pengucapannya boleh mengingatkan atau menyedarkan kita agar memburu harta di dunia untuk senang beramal dan mendekatkan diri dengan Allah. bukan bertambahnya harta , kian jauh pula kita daripadaNya. Amin.

    BalasPadam
  9. ULASAN BOLA SEPAK PIALA SEZUKI 2010


    Ada beberapa kelemahan Malaysia tak patut dilakukan;


    suka membiarkan lawan menguasai bola, dan sering membuat jaringan,ini jika dibiarkan lambat atau cepat bola akan masuk ke dalam kawang gol kita. Bolrh menyebakan lawan mendahului gol.


    Lambat dapat membaca atau buat andaian bila kawan hantar dimana bola . dan hantaran juga kurang tepat. Cuma ada seorang dua yang boleh dan cepat membaca di mana dia mesti berada bila bola dihantar


    Selalu membiarkan kawan terkial-kial berseorangan tidak membantu kawan yang terkepung cuba menghadapi lawan ( tidak seperti Indonesia satu msia bawa bola tiga orang mereka serbu) ini kelemahan ketara


    Setiap bola yang dihantar kedepan, jika kelihatan lapan tak perlu lagi menahan bola itu,biar saja dia jatuh atau meluru kehadapan terus mengikutinya arau terus saja sepak dengan kencang atau sumbat dari jauh.


    Bola kencang goli tak akan dapat menangkapnya. Jika dapat pun bola itu akan melantun ke depan, kiri atau pun kanan. Masa itu kawan-kawan mesti naik serentak dan untuk bantu atau cober bola itu ke gol. Ini kurang dilakukan. Main dengan penjaga gol tinggi kena banyak bola cober.


    Bola rembuk dari jauh juga kurang di lakukan, amat mengecewakan sampai depan pintu gol pun masih hendak bawa lagi. Ini membuat penonton marah. Pemain macam
    Ini eloklah dikeluarkan segera.

    BalasPadam
  10. hahhahhahahahaha

    BalasPadam
  11. boring plak xde cerpen...

    BalasPadam
  12. harap2 esok ada cerpen semula

    BalasPadam
  13. cerpen lama2 pun jadi la boring xde cerpen ni

    BalasPadam
  14. eh! di mana cerpen plak?

    BalasPadam
  15. huh! apa la viger ni malaysia dh menang la

    BalasPadam
  16. x kisah la viger janji malaysia menang... hehhe

    BalasPadam
  17. eh! apa viger ni kutuk malaysia plak?

    BalasPadam
  18. viger ni kutuk malaysia nnt dorg jtuh semangant plak?

    BalasPadam
  19. malaysia dah menang x pyh di pertikaikan lagi

    BalasPadam
  20. main x kisah la macam mana janji menang...

    BalasPadam
  21. mmg malaysia main byk kekurangan tp menang pun dh cukup la

    BalasPadam
  22. AGAK MISTERI TGK MALAYSIA MAIN WALAUPUN MAIN AGAK KURANG MEMUASKAN TAPI MALAYSIA TETAP MENANG????

    BalasPadam
  23. smoga malaysia x leka sbb lps ni ada lawan lagi

    BalasPadam
  24. harap2 malaysia perbaiki mana kelemahan mereka

    BalasPadam
  25. smoga malaysia x mengulangi kesilapan mudah

    BalasPadam
  26. ape2pun syabas kat malaysia wlpn main x best

    BalasPadam
  27. selamat malaysia menang klu tidak malu la tempat sndiri

    BalasPadam
  28. malaysia harap goli je yg hebat klu x dah kalah

    BalasPadam
  29. malaysia menang semalam pun menang nasib je harap lps ni berusaha bersgguh sikit

    BalasPadam
  30. malaysia menang smalam pun sbb indon x boleh fokus sbb ada pancaran laser

    BalasPadam
  31. malaysia menang 3-0 saja jangan terlalu over confident

    BalasPadam
  32. perlawanan penentuan hari rabu ni apa saja boleh berlaku

    BalasPadam
  33. harap2 malaysia pamer aksi yg lebih baik lps ni

    BalasPadam
  34. perlawanan harus di lupakan perlawanan akan dtg kena beri tumpuan

    BalasPadam
  35. pelik btol malaysia main sambil lewa saja pun boleh menang...

    BalasPadam
  36. keeper malaysia paling hebat! hehe

    BalasPadam
  37. seram plak baca sajak dorg ni

    BalasPadam
  38. sajak mati plak ni yg rasa insaf ni

    BalasPadam
  39. mengerunkan baca sajak kumpulan ni

    BalasPadam
  40. tgk gambar kat sajak ni teringat cerita 2 alam

    BalasPadam
  41. kenapa letak sajak pasal mati plak? seram la sbb sy rumah dpn kubur

    BalasPadam
  42. sajak ni yg buat aku seram nak buat rondaan malam2...

    BalasPadam
  43. sajak pasal apa plak ni??? seram la

    BalasPadam
  44. kenapa sajak pasal kubur plak ni??? seram2....

    BalasPadam
  45. sy tinggal rumah sorg2 ni sajak plak pasal kubur.....

    BalasPadam
  46. takut jgk baca sajak mati ni

    BalasPadam
  47. harap2 malaysia x kena ganyang bila pegi indon nanti

    BalasPadam
  48. smoga malaysia terus di geruni!! haha

    BalasPadam
  49. Apa-apa pun Msia kena turun sebagai saekor harimau yang digerunkan. bila sudah ada bahadi. Inilah yang membuat musuh jadi lemah.


    Lagu bersemangat dari angkatan tentera itu pun baguds juga boleh membakar semangat juang yang tinggi
    dimainkan rtm 1 malam itu.


    Sekarang anda kena main sepak keluar dan bertahan.bagi separuh masa pertama. Separuh masa kedua kalau boleh buat kejutan di saat akhir, bila mereka sudah leteh.

    Kini geruda telah terluka sayapnya,
    terbang mereka akan rasa pincang. Sepatutnya, harimau Msia perlu mengekalkan belang yang digerunkan.

    BalasPadam