Jumaat, 10 Disember 2010

KOSONG




Kosong,
segalanya nampak kosong
Aku nampak kosong
dalam matanya
Aku nampak kosong
dalam dirinya
Aku nampak kosong
dalam hatinya
Aku nampak kosong
dalam hidupnya
Permainan kosong ini
sudah sampai ke hujungnya
Aku akan tetap kosong
dan aku akan terus membiarkan segalanya
nampak kosong

Oleh: Puteri Bunian  (6)npscr1
Asrama KUISS
19.12.2009 






50 ulasan:

  1. KITA DI UBAH MASA

    Dia diusung keluar dari rahim
    seorang wanita subur cintanya,
    cuping telinga dibisik
    merdu azan isi penuh pengharapan,
    bibirnya disapu manis buah tamar
    agar bicaranya jujur
    selalu bertafakur,
    sebelum lena mimpi malamnya
    disulam cerita puisi zaman nabi.
    Kita diubah masa Tangannya melekat
    sampah kotor dosa yang cela,
    saku seluar dipenuhi wang semata
    kuasa yang diharap selama-lamanya,
    dengan kedudukan yang terpelihara,
    wanita luar Negara
    dibunuh langsung tak terbela,
    anjingnya seekor manusia,
    langsung hilang rasa biasa,
    Kita diubah masa.


    Sadaqallah Azim
    ketika selesai solat di masjid kepitan keling

    BalasPadam
  2. GULA DAN MADU

    beri madu beserta gula
    menjadi sembah sebagai rela
    kupujuk cinta mewakili bahtera
    anjung dilansung bersanjung tawa
    apakah ada suka jiwamu
    gaul aku kekanda ratu
    buat melapik senyum mahu
    bergoyang runtun manjaku
    kita mulakan sengketa raga
    berbalas daya bicara jiwa
    mengutuk kutuk diri mengoda
    sama mengerut mengurut dada
    layanlah wahai kekanda satu
    kita lajukan layar menuju
    bukan kesana tapi kesitu
    tampat yang ada sebuah kubu
    kubu cinta kau dan aku…
    madu ku yang kedua


    Nasruq Haqq
    kelantan
    29.11.2010

    BalasPadam
  3. HIJRAH DALAM TANGISAN

    berat terasa kaki
    tak mampu melangkah
    rasa ingin terus di sini
    di daerah permai bumi bertuah
    tapi apakan daya kuasa
    ketentuan tetap miliknya
    walau suka walau derita
    walau bercucuran air mata
    demi mengejar cinta abadi
    demi sebuah hidup suci
    demi melakar impian pasti
    walau seberat bukit besar
    hijrah ini tetap kusambut
    semoga di sana nanti
    akan ada secebis sinar
    buat penunjuk langkah
    hijrah dalam tangisan...

    Pusaka Rimba
    Pahang
    2ptg

    BalasPadam
  4. RM HILANG

    celik biji mata RM sudah terbayang
    mana mahu dicari mana mahu digali
    apa mahu makan RM keluar lagi
    hidup enjin kereta
    lampu merah berkelip
    mata terkelip-kelip
    tarik RM lagi perut rasa memulas
    cepat cari tandas aci hulur tangan
    minta RM lagi lega
    mahu masuk kereta
    cermin terlekat nota
    nota penambah perisa
    hadiah dari penguasa
    parking terlupa bayar
    RM terbang lagi

    Inspektor Halim
    Ketika berhenti secara tiba2 perut memulas kena plak saman..

    BalasPadam
  5. Nukilan sajak bertajuk: KITA DIUBAH MASA oleh Sadaqallah Azim Pengucapany: Mengambar bagaimana seorang itu lahir dari perut atau rahim ibu, hasil bersamaan benih cinta murni, lalu diazan ,dibelah mulut, didik mengenal sejarah agama dan dibesar menjadi orang yang beragama akhlahnya leluhur dan bertaarup kepada Allah penciptanya, Kemudian menjalan tugas kedunian untuk diri dan masyarakat, Tetapi di dalam Kita diubah masa ini ada juga sekelintir mungkin diluar sana atau negara lain keadaan berbeza kekejaman dan kegansan, si wanita dibunuh , perhambaan manusia, nasib tidak dibela, hilang rasa peri kemanusiaan. Semoga kita tidak terjadi begitu,dalam perubahan masa. Amin

    BalasPadam
  6. Sajak Nasruq Haqq bertajuk: GULA DAN MADU sembolik pada orang beristeri dua agaknya, Antara gula dan madu keduanya manis belaka. Walau pun kata orang madu
    Itu ubat, bermadu itu yang sukar, mungkin si pynulis mempu membahagiakan kedua-duanya tidak menjadi masallah. Pak Teh khawin tujuhcerpen en nuri guru silat juga. tetapi cerai kawin, Tetapi satu jangan selalu jual temberang nanti pecah pula tembelang . Kata P. Ramlee dalam lagunya filem madu tiga.Tetapi ingat, jika kamu takut untuk berjalan senget sebelah atau meren. Berlakulah adil kepada gula dan madu
    Anda. Amin.

    BalasPadam
  7. HIJRAH DALAM TANGISAN. Oleh Pustaka Rimba. Pengucapannya rasa terharu dengan kehadiran maal hijrah tahun ini. Mungkin mengenang kisah lampau yang ada
    Kemungkinan banyak melangar onar atau terjebak dengan angkara mungkar. Kini hati rasa keinsafan ini buat mengalir si airmata. Demi Tuhan, terasa tahun ini aku akan berubah bersama perpindahan tahun baru dalam Islam ini, Begitulah yang diinginkan. Dalam Islam hijrah itu adalah perpindahan atau perebuhan pada diri sesaorang, Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang lalu, Amin.

    BalasPadam
  8. RM HILANG. Sajak Isspektor Halim mengisahkan kehidup dalam kerjayanya yang kekadang melucukan, dalam tugas yang kian penghujuang ini mungkin berbagai rasa kerenah telah ditempuhi. RM selalu saja keluar dan hilang disambar peristiwa atau musibah keadaan.Undang-undang tidak mengenal siapa? Insyaallah tahun ini buat bubur Asyura pada 10 Muharam puasa sunat beri makan anak bawahan. Mula mungkin susah , selepas itu percahayalah. Allah swt akan jamin rezeki anda sepanjang tahun. Insyaallah Amin.

    BalasPadam
  9. NASI GORENG CINA


    Bahan-bahan ( 3 org mkn )

    * 3 cawan nasi
    * 2 biji telur
    * sayur campur
    * 2 sudu besar sos tiram
    * 3 ulas bwg putih
    * 3 biji bwg merah

    Cara-cara

    1. Tumbuk bwg putih dan bwg merah.
    2. Tumis bahan2 yang ditumbuk. Masukkan sos tiram.
    3. Masukkan sayur campur. Biar seketika sehingga sayur agak lembut.Tambah sedikit garam.
    4. Masukkan telur dan kacau.
    5. Last sekali masukkan nasi.
    6. Kalau nak pedas, letakkan beberapa biji cili padi dlm step 2.

    BalasPadam
  10. nasi goreng cina??? halal ke ni???

    BalasPadam
  11. nasi goreng cina plak di sumbang kali ni? hehe

    BalasPadam
  12. takut jgk aku nk cuba tp selamat x dinyatakan balik baya...

    BalasPadam
  13. bgus mei ling ni wlpn nasi goreng cina rasanya semua org boleh cuba...

    BalasPadam
  14. aku selalu masak guna perencah je mei ling

    BalasPadam
  15. aku thu nasi goreng biasa je yg cina pnya xpnh makan plak?

    BalasPadam
  16. eh! ada nasi goreng cina plak?

    BalasPadam
  17. mne plak cerpen xde ker?

    BalasPadam
  18. mne plak cerpen en nuri?

    BalasPadam
  19. nasi goreng cina ke ni???

    BalasPadam
  20. kat mana ada unsur cina macam nasi goreng biasa jer?

    BalasPadam
  21. nasi goreng cina ni org mlyu boleh cuba ker?

    BalasPadam
  22. nasi goreng cina mcm ni ke buat dia?

    BalasPadam
  23. nasi goreng cina ke ni?? nnt nk cuba try test la...

    BalasPadam
  24. eh! letak sos tiram plak dalam nasi goreng ni?

    BalasPadam
  25. kalau kami org cina letak pork utk bg lebih sedap tp bagi yg muslim letak la ayam...

    BalasPadam
  26. aku mmg suka nasi goreng cina ni!

    BalasPadam
  27. mcm senang je nk buat? kena cuba jgk ni..

    BalasPadam
  28. nasi goreng cina pun ada???

    BalasPadam
  29. esok aku nk sumbang jgk resepi asam pedas la...

    BalasPadam
  30. bru la paham sajak ni bila baca banyak kali...

    BalasPadam
  31. sajak2 ahli hebat2 jgk nampaknya...

    BalasPadam
  32. alamak! mne cerpen en nuri?

    BalasPadam
  33. cerpen mne en nuri?

    BalasPadam
  34. x best la xde cerpen kali ni...

    BalasPadam
  35. dulu ANj berhenti cerpen xde? skrg sapa plak berhenti cerpen xde ni???? geust door ker?

    BalasPadam
  36. nampaknya en nuri ken letak semula cerpen la...

    BalasPadam
  37. cerpen dh hbis ke en nuri?

    BalasPadam
  38. esok harap2 cerpen ada balik...

    BalasPadam
  39. cerpen de rasa sunyi plak sajak kali ni...

    BalasPadam
  40. mcm makan nasi tanpa lauk bila sajak takde cerpen....

    BalasPadam
  41. sy cadang nk sumbang cerpen tp bila dah tulis separuh habis dah idea plak?

    BalasPadam
  42. cerpen lama2 kalau letak baca best jgk...

    BalasPadam
  43. cerpen guest door malas nk taip ker?

    BalasPadam
  44. alamak! cerpen sapa plak dh buang?

    BalasPadam
  45. sajak ketuhanan plak dari en nuri ni...

    BalasPadam
  46. sajak yg menarik en nuri...

    BalasPadam
  47. sajak ketuhanan lagi nnt letak sajak simbolik plak?

    BalasPadam
  48. sy dtg cukupkan kaota jer...

    BalasPadam
  49. xde cerpen bosan la plak?

    BalasPadam