Ahad, 5 Disember 2010

KITARAN SEMULA JADI




Bunga berkembang
bunga  akan layu
air pun  pasang
air akan surut,
inilah  kitaran
alam semula jadi
untuk riwayat hidup,

kita pun begitu,
menanti hari mati
jika tidak tahu
asal keturunan,
seperti daun kering
gugur ke bumi
tidak tahu
dari mana pohonnya.

Oleh: Nurimanja,
Catatan rengkas,
di tepi kediaman sepi. 2009.





50 ulasan:

  1. ____________________________________________________________________________________________________________________________________________

    CERPEN SIRI 3. BERTAJUK : AKU, MAMA, TUGASD DAN ALAM-ALAM OLEH : NURIMANJA SERAWAK
    ____________________________________________________________________________________________________________________________________________


    Hati: Marahkah kau? geramkah Kau?
    "Saya kata datang sini!"

    Darah: Kenapa kau meruapa? Tubuh: kenapa kau mengeletar? Gigi: Kenapa kau berkerup-kerup? Hati: Iman dimanakah kau? Tolonglah beri kesabaran dan ketenangan. Ahhhh! Aku akan sergah mereka, tidak boleh beri muka.

    "Cepat! Datang seniiiiii!"
    "Bebaik cikgu!"
    "Baik cikgu!"
    "Kau orang berdua degil ya?"
    "Ampun cikgu!"
    "Ampun kami cikgu!!"
    "Nahh! Pak! Pakkk! Pakkk!"
    "Aduh ciku, Ampun! Saya tak buat lagi,"
    "Saya pun begitu cikgu! Sumpah tak buat lagi!"

    Tangan: Kenapa rengan sangat kau merotan? Aku bukankah guru baru. Budak-budak ini juga tidak kenal lagi dengan aku. Ya Allah! Mana perginya ilmu psaikologi yang aku belajar selama ini? Hati: Kenapa kau tidak tahan sabar? Iaman: Kemana perginya kau? Mulut: cubalah mengucap sadikit. Berastakfarlah banyak-banyak. Tubuh: Kenapalah sejak tadi masih mengeletar?

    "Duduk tempat! Jangan bising lagi!"
    Tangan: Cepat tulis, apa yang hendak ditulis, nanti masa habis, pelajaran tidak dapat dimulakan. budak-budak akan ketawa pada aku, mereka akan mengejek, mereka akan berkata: Cikgu tak pandai mengajar. Kami tak faham. Cikgu suka marah. Cikgu suka pukul. Suka rotan. Kami tak suka cikgu. Kami semua tak berminat dengan cikgu!.

    Tangan: Tulis cepat.
    "Pok! Pak! Pok! Pak!"
    "Wooo!!! Siapa lagi yang berani lempar kapur ini haa?"
    Mulut: Kenapa kau memekek begitu kuat sekali?
    "Salim cikgu!"
    "Mustafa cikgu!"
    "Johanis cikgu!"
    "Mazlan cikgu!"
    "Mastura cikgu!"
    "Diammmmm!!!!!!"
    "Ha ha ha ha ha ha ha ha ! Cikgu marah!"
    "Diammmm! Saya kata diammmm!"
    "Ha ha ha ha ha ha! Cikgu kita marah!"
    "Diammmm! Emmmm . Emmmm..."
    Mata; Kenapa kau cepat keluar airmata? Hati: Kenapa kau tak sabar lagi? Ohh! Tuhan kenapa aku perlu menangis?.

    BERSAMBUNG.........

    BalasPadam
  2. KELARKAN LEHER MEREKA

    apa sudah jadi
    dunia masa kini
    akal tiada terduga
    oleh ganasnya sifat
    jejak siapa entah diikut
    langkah siapa entah dijejak
    jejak siapa entah diturut
    silap sedikit terus berparang
    silap sedikit perut terburai
    silap sedikit leher terkelar
    kelarkan leher ayah
    kelarkan leher ibu
    kelarkan leher isteri
    kelarkan leher si anak
    buntu siapa yang mengajar
    apa yang dia belajar
    ajaran apa dia belajar
    ajaran songsang
    ajaran hitam
    ajaran syaitan
    layak kelarkan sahaja leher mereka


    Ustaz Deris
    mengenang nasib mangsa bunuh.

    BalasPadam
  3. KIPASMU SUDAH MENGENA

    hebat kipasmu itu
    ciptaan kamu sendiri
    mengipas sana sini
    buat sejukkan diri
    kami kepanasan di sini
    apa cukupkah hanya satu
    kami boleh tambah lagi
    kipaskan sekuat hati
    biarkan mereka selesa
    biarkan kamu juga selesa
    dapat habuan harum nama
    dapat habuan pangkat pujaan
    pasti kau puas senyum
    sampai telinga telah berjaya akhirnya kipasmu sudah mengena
    kipas lagi dan lagi


    Bulp Omen
    UKM
    7pagi

    BalasPadam
  4. Ustaz Deris sesekali kembali berpuisi. Sajaknya bertajuk KELARKAN LEHER MEREKA. Ternya ada rasa kurang senang hati dengan situasi masa kini, isu yang Menghantui masyarakat kita kini. Keganasan luar biasa. Orang buat Qurban ambil pengajaran, tetapi ada manusia melihat penyembelehan lembu qurban mengambil itibar sebaliknya. Sikit salah berparang, sembeleh dan potong kepala. Memang di akhir zaman ini manusia sudah tidak lagi mengenal erti kasih saying dan tidak ada lagi sikap berperi kemanusiaan. Minta dilindungkan allah. Amin.

    BalasPadam
  5. Bulp Omen dari UKM dengan sajaknya; KIPASMU SUDAH MENGENA, Terasa pengucapannya bagai barbau sinis dan ada simboliknya .Meminta sesaorang itu terus menunjukkan gelagatnya yang mungkin mengampu, untuk dapatkan sesuatu. Dia sangup melakukan apa saja untuk keperitan dirinya, walaupun orang lain dapat juga keberuntungan dari usahanya, asalkan ada sokongan dia akan berusaha, sama ada baik atau pun buruk kerja dan tingkah lakunya, itu soal kedua, apa yang penting usahanya mahukan kejayaan. Di sini andaian boleh dikatakan berbagai, persatuan, politik dlln lagi. Semoga kita tidak begitu. Amin.

    BalasPadam
  6. pnya kurang ajar murid2 tu

    BalasPadam
  7. ni bdk2 sekola jahat ke???

    BalasPadam
  8. xde adap pnya bdk!!

    BalasPadam
  9. dorg boleh main2 plak dgn cikgu?? aduh...

    BalasPadam
  10. mmg kurang ajar pnya pelajar

    BalasPadam
  11. dh kena tampar dgn cikgu pun dorg tetap nak main2 dgn cikgu tu????

    BalasPadam
  12. patutnya repot kt guru besar jer...

    BalasPadam
  13. sian dorg main2 plak dgn cikgu tu...

    BalasPadam
  14. selalunya mmg cikgu2 bru yg jd mangsa main2 bdk2....

    BalasPadam
  15. kalau aku denda 1 kelas berdiri atas kerusi

    BalasPadam
  16. cikgu tu mcm x brapa nk tegas la sbb tu bdk2 mai2 dgn dia,...

    BalasPadam
  17. alamak! cikgu tu menangis la plak!!!

    BalasPadam
  18. alamak! cikgu tu menangis la plak!!!

    BalasPadam
  19. berdosa besar kalau buat cikgu menangis...

    BalasPadam
  20. cikgu tu dh mula menangis silap2 hari bulan semua palajar periksa x lulus...

    BalasPadam
  21. aku sejahat-jahat aku xpnh buat cikgu menangis....

    BalasPadam
  22. cikgu tu nangis plak?? sah cikgu perempuan ni....

    BalasPadam
  23. mula2 sy ingat ni cerita pasal en nuri tp ada nangis plak terus sy kata ni cerita org lain sbb xkn en nuri nk nangis plak?

    BalasPadam
  24. sah! ni msti bdk2 kelas bawah ni sbb selalunya bdk2 kelas bawah byk buat kes....

    BalasPadam
  25. cikgu ni anak manja jgk ada plak nangis? hehehhee

    BalasPadam
  26. klu cikgu tu dh start nangis lagi seronok la la pelajar dia tu...

    BalasPadam
  27. bru sy perasan byk plak benda bukan hidup bercakap????

    BalasPadam
  28. cerita ni mcm cerita harry potter je smua benda boleh bercakap...

    BalasPadam
  29. kisah benar ke en nuri????

    BalasPadam
  30. cikgu ni sapa nama?? dh masuk episod 3 nama cikgu ni pun kami xthu lagi...

    BalasPadam
  31. cikgu ni mengajar skola mana plak? pendalaman ke bandar?

    BalasPadam
  32. cikgu ni msti xpnh hidup susah ni sbb tiba2 dia nangis plak?

    BalasPadam
  33. selalunya bdk2 mmg mcm ni suka sgt bgi cikgu mereka marah...

    BalasPadam
  34. murid2 dia ni xde adap btol la terhadap guru....

    BalasPadam
  35. murid2 cikgu ni teruk la x hormat org tua2....

    BalasPadam
  36. sdih plak baca sajak kitaran hidup ni....

    BalasPadam
  37. sayu je hati bca sajak tentang kitaran hidup ni....

    BalasPadam
  38. sajak tentang kehidupan plak kali ni?

    BalasPadam
  39. smoga kita insaf baca sajak kali ni....

    BalasPadam
  40. sajak yg penuh makna yg mendalam...

    BalasPadam
  41. sajak ni agak menyentuh hati sy bila baca....

    BalasPadam
  42. sajak kali ni mmg puitis hbis!

    BalasPadam
  43. sajak kali ni menarik jgk utk dikongsi....

    BalasPadam
  44. sajak yg agak menarik dan best!

    BalasPadam
  45. Cerpen ini memang bagi anda banyak berfikir, tegang semua minda, banyak tanda tanya? Ada di antara ahli yang baca dah dapat tangkap cerita ini.

    Harap kena baca banyak kali. Sebab itulah Saizul Maizav tanya siapa ahli di blog ini cikgu? Dan Penyair Agung pun nampaknya paling minat cerpen ini. Saya tulis dalam tahun tujuh puluhan 1978 dan di awal lapan puluhan.nama mulai naik sikit masa tu.

    BalasPadam
  46. penyair agung ni byk sajak kenapa xjd pengulas mcm qalam jgk????

    BalasPadam
  47. eh! donut pun ada? karipap? cucur badak ada x?

    BalasPadam
  48. cara buat donut! sy mmg dh lama mencari ni thnkz puteri bunian!

    BalasPadam
  49. skrg ni pasal resepi plak dulu pasal petua lps ni apa plak?

    BalasPadam
  50. skrg aku dh thu buat donut bila tgk resepi puteri bunian nnt boleh la aku hari2 mkn donut xpyh nk beli dah..

    BalasPadam