Khamis, 16 Disember 2010

KEPADA KELUARGAKU


lebihkan pebelanjaan ke atas keluargamu'


Aku tengah melantunkan lagu dan cerita
kepada keluarga isteri dan  anak-anakku
demi tentang membina sebuah kehangatan
dan kemesraanaan dalam berumah tangga,

Aku sering saja memujuk hatiku ini,  agar
dapat membahgiankan kami sekeluarga
aku selalu menyerah segala jiwa ragaku
demi untuk kemakmuran kedua hati mereka,

Aku kepingin tetap bersama mereka selalu
walaupun dalam kesukaran suka dan duka
aku harap mereka bahagia dan sejahtera

Dini hari  aku akan berjanji pada dirii....
selagi masih bernafas aku ingin selalu disisi...
membimbing dan menjaga anak dan Isteri
begitulah janji hati kecilku ini sebagai insan
yang digelar seorang ketua dalam keluarga.

Oleh: SAIZUL MAIZAV
KETIKA MAKAN ROTI CANAI SALAM
3.12.2009
PUKUL 11 PAGI  (7)n1






50 ulasan:

  1. FATKA YANG JELAS
    Semasa BN mentadbir dan Pakatan

    Barisan Nasional
    Kadar Lesen Rm150 Setahun
    Yuran Permohonan Rm1500-Rm2000
    Hanya lebih kurang 1500 Rumah urut


    Pakatan PAS,DAP, PKR
    Kadar Lesen Rm300 Setahun
    Yuran Permohonan Rm5000
    Terdapat 8000 Rumah Urut Berlesen

    Fakta yang Gomo berikan ini adalah hasil dari tinjauan dan maklumat yang Gomo lakukan pada Sahabat Cina yang menjalankan perniagaan rumah Urut ini di Selangor.


    (Petekan blog papa gomo)

    BalasPadam
  2. TARIKH TETAP

    Jejak-jejak yang terus berhayun
    Kincir yang kelak akan terhenti
    Peduli yang tak seiringan
    Lorong-lorong yang kadang kala
    sesak kadang kala kosong
    bergesel lalu luka.
    Goyah tidak menziarah
    hari-hari mendatang itu pasti
    Cuma mentol terbakar perlu ditukar
    Rindu pada merah,
    rindu pada bendera
    Berbulan yang dalam,
    kilometer yang menjerit
    Menjalar-jalar seluruh bekas,
    lalu aku akan tewas
    Terkenang talian yang erat berpaut
    Cahaya yang tertarik memanjang,
    suara tiga peringkat terigau-igau
    Ada sesuatu di mata,
    segmen ini tergendala


    Cakerawala Dunia
    Negeri Sembilan
    4ptg

    BalasPadam
  3. TANAH

    siang sangat panas,
    malam pula sejuk,
    siang kadang oren,
    malam pula kelabu asap.
    bila bila kau kena tahu.
    kau duduk tanah Tuhan.
    apa saja perlu kau kaut dan jaga.
    sebab apa ada dalam tanah
    itu bukan kau punya.
    Tuhan yang punya harta.
    baik buruk kau harus jaga.
    erat.tanam.ikat. bedung. rapat.
    sampai akhir kali kau
    kembali dalam tanah semula.
    dalam tanah berlumpur barangkali.
    dalam tanah berair barangkali.
    dalam tanah berakar barangkali.
    jadi apa saja perlu kau gali jaga.

    Eddy Capil
    sarawak
    3pagi

    BalasPadam
  4. MUZIK

    persiapkan semua rasa perlu
    gitar, celo, pengiring,
    siap semua jadi sempurna
    tapi, semua muzik mendayu ini
    apa kau mahu nyanyi?
    fomasi apa ini
    lagu dipraktis tanpa bait-bait
    tak lengkap lagu dan irama
    aku bingung biarlah puisi
    esok terluah sendiri
    biar terluah dari hati
    semua ini distraksi
    kau petikkan gitar sesuka hatimu
    tak kira apa chord kamu
    ikut sedap telinga
    balunlah irama apa
    sebab itu distraksi
    kau tak nak dengar?
    ada aku peduli?
    aku bukan egois.

    Seniman Jalanan
    ketika selesai bermain muzik

    BalasPadam
  5. FAHAM TAK?

    Komunikasi mudah
    Harian ditutur Asal faham
    Sudah cukup Bahasa kasar pasar
    Melayu rojak tak mahu pedas
    Menghurai pernyataan dituntut
    Kebebasan suara disahut
    Asal faham sudah cukup
    Dalam hidup ada mati
    Serkup kafan cerkap hakiki
    Padang lokasi kita abadi
    Asal faham Sudah cukup
    Jangan lupa mesti ingat
    Cuba tanya cepat-cepat
    Faham cukup asal dan sudah?


    Inspektor Halim
    Bukit Aman
    3ptg

    BalasPadam
  6. Dalca


    Bahan-bahan

    * Bahan hiris:
    * 2 ulas bawang putih
    * 1/2 biji bawang merah
    * 1 cm halia
    * Bahan tumbuk:
    * 2 ulas bawang putih
    * 1/2 biji bawang merah
    * 1 cm halia
    *
    * 1 kulit kayu manis
    * 5 biji buah pelaga
    * 5 biji bunga cengkih
    * minyak secukupnya (lebih sikit pun takpe)
    * 2 sudu besar rempah kari daging
    * 1 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
    * 1 sudu kecil serbuk jintan putih
    * air asam jawa secukup rasa
    * beberapa ketul ayam (terpulang pd anda, saya guna leher, kaki dan peha)
    * 1/2 cawan kacang dhal (direbus hingga lembut, sebahagian diambil dan ditumbuk hingga hancur)
    * sayur2 spt karot, kacang panjang dan ubi kentang
    * santan
    * garam secukup rasa

    Cara-cara

    1.
    Dalca1
    Hiris semua bahan hiris dan ketepikan. Sediakan rempah2 seperti di atas. Potong sayur mengikut kreativiti masing2. (Di dalam gambar ini, ada byk kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih.. sebenarnya hanya satu kumpulan shj yg digunakan hehehe.. yg lain tu utk masak lain)
    2.
    Dalca1
    Gaulkan rempah kari daging, serbuk jintan manis dan serbuk jintan putih di dalam sebiji mangkuk dan tambah sedikit air.
    3. Tumbuk semua bahan tumbuk dan ketepikan.
    4. Panaskan minyak di dalam periuk. Setelah minyak panas, masukkan bahan hiris dan tumis. Sebelum bahan2 hiris berubah menjadi kuning, masukkan kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis hingga naik bau dan kekuningan.
    5.
    Dalca3
    Masukkan campuran rempah daging yg dicampur air tadi ke dalam periuk dan biarkan seketika. Kemudian, masukkan bahan tumbuk dan kacau. Tambah sedikit air supaya rempah cair sedikit dan teruskan hingga rempah naik minyak.
    6.
    Dalca4
    Tambah air asam jawa, agak2 supaya tidak terlampau masam tapi ada rasa masam.
    7.
    Dalca5
    Masukkan ketulan ayam.
    8.
    Dalca6
    Setelah ayam separuh masak, masukkan semua kacang dhal yg direbus dan juga yg ditumbuk. Gaul rata.
    9.
    Dalca7
    Masukkan semua sayur2 yg telah dipotong. Tambah garam secukup rasa.
    10.
    Dalca8
    Tambah air mengikut kepekatan yg disukai. Kemudian, tambahkan santan secukupnya (jgn sampai kuah menjadi terlampau putih). Masak sehingga mendidih dan tutup api. Pastikan ubi kentang sudah lembut.

    BalasPadam
  7. TARIKH TETAP sajak daripada sdra. Cakerawala Dunia dengan gaya pengucapannya menceritakan satu ketetapan yang mungkin sesiapa tidak boleh mengelak, kerana perjalanan kita tetap terus beridar dan kekadang akan diarah berhenti. Kecelaruan pada pemikiran eloklah dikaji , berjalan mencari kebenaran, jangan mudah terpengaruh pada kefahaman kelompok yang kadangkala merosakkan pemikiran kita. Carilah kebenaran dengan cahaya ilahi, agar segmen perjalanan anda tidak tergendala. Amin (cuma andaian sahaja).

    BalasPadam
  8. TANAK hasil karya oleh Eddy Capil pengucapannya berkaitan dengan tanah yang dijadikan Allah untuk jagat manusia bersama makhluk yang lain. Sesiapa pun jangan berlagak sumbung dan angkuh akhirnya mereka akan ditelah tanah juga. Justeru itu bolehkah kalian mencari tanah lain dari bumi tuhan ini untuk keluar, jika terasa diri terlalu berkuasa angkuh dan sumbung ? jika ggagal, jangan melupai asal usul kita yang sebenarnya dari tanah dank e tanah juga kita kembali. Amin.

    BalasPadam
  9. Seniman Jalanan dengan sajaknya MUZIK Inilah cerita dunia kehidupannya sdra Seniman bersama Sayumbara muzik, berkawanlah kerana Allah semoga dirahmati. Bermainlah di tepian jalanan atau simpang pernang dan dimana saja. Nyanyilah lagu-lagu puisi yang menyanyat hati, Bacalah puisi dari CR untuk mereka dekati dan amanti, lagu nyanyian puisi dakwah yang kekadang boleh menyentuh dan memukau buat mereka yang menacri ke wujudan Allah swt. Semoga enkgau pun mendapat Ganjaran syurgaNya. En nuri membenarkan anda berdua mengambil mengubah puisi dari blog CR untuk dinyanyikan setiap hari sebagai senimanan jalanan. Amin. semoga sukses!

    BalasPadam
  10. FAHAM TAK? Satu pengucapan yang agak tegas dan sinis dari Inspektor Halim dari Bukit Aman. Pengertiannya Mudah dan dua perkataan yang amat rengkas dan padat. Faham ta? Tetapi ada manusia yang mempunyai tiga sikap. Pertama dia benar-benar tak faham. Mungkin boleh dimaafkan, kedua dia faham, tetapi buat-buat tak faham, Cukup menyakitkan hati. ketiga di faham tetapi buat tak faham, bial ditanya faham tak? Dia berkata saya faham sengaja buat tak faham. Apa yang anda boleh buat? Wah! Mencabar pula kewibawaan polis. Cukup jahanam! Orang sebegini, bukan sahaja di kalangan bawahan ada juga , ahli politik, penguam, orang lain menghina mahkamah dia bising. Dia sendiri mencabar undang-undang tak mengapa. Patut dihukum 10 kali ganda. Amin.

    BalasPadam
  11. ha! dalca plak kali ni hbis la org mamak tutup kedai la lps ni

    BalasPadam
  12. kenapa didedahkan plak resepi dalca ni?

    BalasPadam
  13. farez ni selamat org x knal klu x org pukul dh sbb dalca ni selalunya resepi rahsia

    BalasPadam
  14. aku mmg suka dalca ni nnt boleh cuba la

    BalasPadam
  15. dalca mmg sedap skrg dh thu resepi lps ni snang nk cuba la

    BalasPadam
  16. resepi dalca? farezz ni msti india muslim ni

    BalasPadam
  17. papa gomo ni sapa plak??? boleh percaya ke?

    BalasPadam
  18. mana plak papa gomo dapat pasal maklumat ni?

    BalasPadam
  19. papa gomo ni ahli ke? xpnh dgr pun nama dia...

    BalasPadam
  20. nampaknya lebih banyak pakatan ni pegang

    BalasPadam
  21. btol ke maklumat papa gomo ni? kalau silap bahaya ni nnt kena saman

    BalasPadam
  22. x sangka jd mcm ni plak pakatan pegang

    BalasPadam
  23. pakatan ni mcm menggalakan rumah urut jer...

    BalasPadam
  24. eh! pakatan lagi tubuh banyak plak rumah urut?

    BalasPadam
  25. berita ni sahih ke suara bebas?

    BalasPadam
  26. papa gomo ni berani dedahkan bahaya tkut kena saman plak nanti?

    BalasPadam
  27. selangor dah jd huru hara dh skrg ni

    BalasPadam
  28. dalca ni resepi asli ke? atau di tambah2 sikit....

    BalasPadam
  29. kalau aku cuba buat msti x jd dalca ni sbb apa2 mamak buat lagi sedap

    BalasPadam
  30. dalca ni kalau kat penang pnya best la

    BalasPadam
  31. dalca makan dgn capati wow! sedap

    BalasPadam
  32. dalca ni org india punya boleh makan ker?

    BalasPadam
  33. dalca ayam ke daging ni?

    BalasPadam
  34. dalca makan roti canai best ni

    BalasPadam
  35. parpu dgn dalca sama ke?

    BalasPadam
  36. aku suka kari dhal lagi dari dalca

    BalasPadam
  37. kenapa sajak saizul maizav plak? bkn dulu dh siar ker

    BalasPadam
  38. sajak saizul lagi disiarkan??? x adil ni guest door

    BalasPadam
  39. kenapa sajak saizul di siarkan lagi?

    BalasPadam
  40. saizul maizav msti rasuah guest door ni sbb tu sajak dia disiar lagi

    BalasPadam
  41. org lain siar sekali je saizul 2 kali mana aci ni

    BalasPadam
  42. sajak saizul ni pun biasa2 mcm mana boleh dapat?

    BalasPadam
  43. asyik sajak org laki je pmpuan pnye xde ker?

    BalasPadam
  44. sajak saizul lagi! ni yg aku jeles ni

    BalasPadam
  45. sampai 2 kali sjak saizul?? bagi la peluang kat org lain plak?

    BalasPadam
  46. mcm x adil je saizul dapat dua kali?

    BalasPadam
  47. nmpk mcm sajak sy? tp kenapa lain sangat ni??? pelik jgk....

    BalasPadam
  48. sajak saizul lagi kenapa guest door??/ sedih kami semua telah di anak tirikan....

    BalasPadam
  49. aku rasa saizul ni pun perkeja en nuri agaknya

    BalasPadam