Sabtu, 25 Disember 2010

KEMBALI KE LANDASAN SEBENAR





Jika kamu telah jatuh!
dari perjalan yang tergelincer
kembalilah ke landasan yang sebenar
agar perjalanmu kini tidak akan sia-sia.

Begitulah keretapi laju!
tidak akan menerus berjalan
jika tidak duduk di landasan sebenar
kerana sukar sampai ke arah hala tujuan.

Begitu kita yang gelincer
bersegeralah muhasabah diri
kembali semula ke jalan yang benar
semoga kehidupan kita  penuh berarti
sebelum perjalanan kita ini diarah berhenti.

 
Oleh: Nurimanja,
2hb September 2010.
semasa perjalanan ke Perak.




50 ulasan:

  1. SIRI 13.

    CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
    _____________________________________________________________________


    HADI terkejut dari lamunannya. Apa bila sebuah teksi menyelinap masuk, lalu berhendi di hadapan rumah sewanya. Madian turun tergesa-geasa, berlari merempuh masuk dengan menolak pintu yang diperbuat dari papan kadbot . Dawai yang mencakuk kuncin tanpa ensile itu putus, pint uterus terbuka.

    “Kenapa madian ini?” Pekek Hadi di dalam hati. Bila melihat sahabatnya, masuk dengan tergesa-gesa. Mahu rasanya ingin marah bila melihat kelakuan Madian itu, tertapi belum pun sempat Hadi bersuara, Madian sudah pun berdiri di hadapannya.

    “Hadi! Cepat siap…” Kata Madian kepada hadi seperti memerintah dan mengarahkan sesuatu. Hadi jadi terpinga-pinga melihat kelakuan sahabatnya itu. Belum pun sempat
    Hadi bertanyakan sesuatu. Madian kumidian tergopoh gapah segera menghimpunkan semua barang keperluan bersama pakainnya dan juga kepunyaan Hadi di sumbatkanya ke dalam beg pakaian mereka masing-masing.


    Hati bertambah hairan melihat kelakuan Madian yang agak luar biasa hari ini. Mata Hadi terkebil-kebil melihat telatah Madian. Hadi masih juga di tempat pangkin pembaringannya. Dia melihat kelakuan ganjil madian, ingin bertanya, takut dimarahinya pula. Ini mungkin ada sesuatu yang kurang menyenangkan hatinya itu.


    “Kau dah sihat?” Tanya Madian selamba.

    “Kurang sikit, tapi muka dan dada aku masih panas,” Jawab Hadi.

    “Ubat kau dah makan?”

    “Sudah..pagi tadi.”

    “Sekarang siap ikut aku.”

    “ Nak kemana pula?” Tanya Hadi agak tinggi sadikit suaranya.

    “Cepat-cepatlah siap! Teksi dah lama menunggu tu!”

    “Eh! Aku tanya ni, hendak kemana?” Pekek Hadi agak hairan

    “”Kau tentu dah sihat?” Madian seperti tidak menghiraukan pertanyaannya. Hati Hadi bertambah marah.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. BUANGKAN SEPAH ITU

    apa lagi yang tinggal
    manis sudah habis
    apa lagi dsimpan
    buangkan saja sepah itu
    menyesal sesal dahulu pendapatan
    sesal kemudian sendiri merana
    malu dipandang orang
    malu dicerca teman
    pada pada diri sendiri
    pada tuhan bagaimana
    perut sudah memboyot
    hasil cinta palsu
    dari benih haram
    jelmakan anak haram
    yang lahirnya tetap suci
    apa nasibnya nanti…


    Siti Hajar
    Sarawak
    11malam

    BalasPadam
  3. DAULAT

    bumi ini bumi berdaulat
    daulat payung mahkota
    payung mahkota payung keramat
    waris kesultanan melayu
    jangan kita lupa
    daulatnya daulat bertempat
    masih ada yang maha hebat
    penguasa sekalian alam
    pentadbir semua makhluk
    walau kuning walau hitam
    walau putih walau coklat
    semua tiada beza
    asal tetap dari tanah
    pasti pulang ke tanah jua
    walau mangkat atas tahkta
    walau mangkat junjung dijulang
    walau mati dihujung senjata
    walau mati ditengah lautan
    walau syahid di medan perang
    tetap juga ke sana tiada beza
    di sisi tuhan semua sama
    cuma beza amal iman taqwa
    daulat paling agung tuhan esa…


    Raja Muda
    di perkarangan istana

    BalasPadam
  4. PENYIBUK SI PAK SIBUK

    Penyibuk ada sahaja akal buruk
    sana sini asyik mencucuk
    lagak bagai burung belatuk
    dalam diam asyik mematuk
    dasar hati busuk
    datang tiada diundang
    terjah ke laman orang
    rebung tiada miang
    bemban pula yang miang
    jaga tepi kain orang
    canang segenap gelanggang
    diri sendiri lintang pukang
    usah lagak bagai pembela
    serbu tanpa usul periksa
    lain orang makan nangka
    lain pula yang kena getahnya
    pergi kau ke sana segera
    sebelum dirimu hentak di kepala…

    Suara Rakyat
    Melaka
    24.12.2010

    BalasPadam
  5. KANTA LENGKAP ILUSI

    andai ada kanta lekap ilusi,
    dapat membutakan mataku
    dari segala realiti,
    akan aku usaha untuk beli
    walau berjuta harga
    walau sejauh angkasa
    kerna aku tak mampu membawa
    seluruh diri keluar dari alam nyata
    jika hanya mampu mata
    ini dibawa lari,
    akan ku pakai kanta lekap
    ilusi sampai bila-bila
    biar hanya nampak ilusi
    dimana aku yang menentukan
    segala isi patri


    Ayu Manja
    di dalam kapal terbang

    BalasPadam
  6. Sajak Siti Hajar yang dicengkap kesepian kini menceritakan pula mungkin segelinter kisah
    Masyarakat setempat agaknya. Teman atau kawan yang biasa dikenali, kerana terlalu bebas
    Memburu cinta kini tergadai dengan cinta palu dan berlandasskan hawa nafsu. Apa bila kita berduaan , kita lupa orang yang ketiga.Dialah syaitan yang mengoda dan memberi bisikan yang mempersonakan. Oleh itu jauhkan diri dari berduaan. Apatah lagi di tempat sunyi.Jika perkara buruk sudah berlaku, siapa yang menanggung malu ,tentu ibu bapa dan diru sendiri. Lebih melalukan si jantan pula melarikan diri.enggan mengaku anak sendiri. Minta dijauhkan dan dilindungi Allah perkara ini. Amin.

    BalasPadam
  7. Raja Muda perpandangan berjiwa rakyat menceritakan tengan DAULAT . Benar tiap puak atau pun kaum pada dasarnya zaman nabi dan sebelumnya memang ada ketua atau khafilah masing-masing. Mungkin orang cina datang ke KL Yap Ah Loy ketua mereka. Begitu juga dengan raja-raja Melayu sultanlah ketuanan mereka. Cuma kini kuasa pengurusan diminta dikendalikan pada menteri dan ketua menteri. Atas mensetabirkan demonkerasi dan keadilan. Sepanjang 53 tahun ini
    ternyata tiada seorang sultan pun yang murka. Sultan juga mengangap rakyatnya semua hidup sejahtera’ Tetapi lewat kebelakangan ini ada sikit tercabar dan sultan murka, tanyalah siapa punya angkara? Sultan pun tidak minta apa-apa, cukup buat rakyat sekadar hidup beriman dan bertakwa, kerana kita Semuanya akan menuju ke sana. Amin.

    BalasPadam
  8. SUARA RAKYAT yang selalu membawa cerita penuh sarat, kali ini sajak yang selalu tidak puas hatinya bertajuk: PENYIBUK SI PAK SIBUK. Pengucapannya ternyata marah dan geram kepada pernah dicelarukan. Kini cuba lagi tabur gula-gula dan ingin sambung sandiwara. Tidak kira si penulis atau pun siapa. Amat hairan dan berduka cinta. Bukan orang biasa , malah Pak haji yang lilit serban pun boleh percaya? Nak senag dan mudah . kita kata: DENGAR BOLEH PERCAYA JANGAN! Habis cerita. Itulah label sebaiknya. Amin.

    BalasPadam
  9. Ayu Manja bila sebuat namanya teringat sahabat lama en nuri . Masih hidup entah tiada. Di Seri Aman? Kalau ada mungkin 70an umurnya. Sajak Ayu kali ini KANTA LENGKAP ILUSI. Ini Sudah jauh melengkapi zaman. Ternya pengucapannya lebih membawa diri keluar dari dunia reality atau kenyataan. Lebih selesa lagi bermain dengan dunia atau alam ilusinya. Kerana apa cara sekali pun kita yang menguasainya. Bagaikan sama jugalah dengan en nuri dalam cerpenya, dia yang tulis dia yang menentukan permulaan dan penutup cerita, nak bagi siapa hidup siapa mati. Cuma ilusi dalam penceritaan. Tetapi kita cuma boleh berkhyal perkara yang baik dan memberi memfaat saja. Amin.

    BalasPadam
  10. LAKSAM


    Bahan-bahan ( 2-3 orang )

    * 3cwn tpg beras
    * 1/2 cwn tpg gandum
    * 4cwn air suam
    * >>bahan kuah:
    * Ikan(direbus,dibuang tulang)-mcm nk buat laksa tuh
    * Sdkt halia
    * Sdkt bwg putih
    * Sdkt bwg merah/besar
    * Sdkt lada hitam/serbuk lada hitam pon ok
    * Santan
    * Asam keping
    * Sdkt garam
    * Sedikit gula merah/gula
    * >> Bahan ulam
    * timun,kcg panjang,taugeh,daun kesum(dipotong halus)
    * >>cili:
    * cili merah
    * belacan
    * garam
    * limau

    Cara-cara

    1. Cara buat laksam: Gaulkan semua bahan-bahan. Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak.
    2. Bila dah masak, keluarkan. Biarkan sekejap sebelum digulung- supaya laksam kelihatan licin dan cantik. Sementara tu letaklah sedikit adunan ke atas tudung periuk lain dan kukus sampai masak. Ulang sampai habis
    3. Untuk kuah: kisar isi ikan, halia, bawang putih, bawang merah dan lada hitam. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak sehingga agak pekat.
    4. Untuk cili: cili merah tumbuk dgn belacan,tambah grm skit dan perahkan limau

    BalasPadam
  11. madian nak bawak hadi ke mana plak ni?

    BalasPadam
  12. sampai sewa teksi nk pegi mne plak?

    BalasPadam
  13. tergesa2 nampaknya dorg ni nk ke mana?

    BalasPadam
  14. dorg nk pegi mana plak ni?

    BalasPadam
  15. kat sini mmg suspen x thu dorg nk ke mana?

    BalasPadam
  16. madian nk bawak hadi berubat agaknya

    BalasPadam
  17. madian tu nak bawak hadi ke mana??? makin suspen plak?

    BalasPadam
  18. dah sihat suruh ikut dia plak madian ni?

    BalasPadam
  19. rasanya madian nak bawak hadi jmpa mak dia la...

    BalasPadam
  20. madian ni bagi suspen plak?

    BalasPadam
  21. mmg kami tertunggu2 cerpen seterusnya sbb suspen jgk ni

    BalasPadam
  22. dia nak bunuh hadi ke? hehehe

    BalasPadam
  23. ke mana plak dia nak bawak hadi tu?

    BalasPadam
  24. la.. hadi berangan2 rupanya

    BalasPadam
  25. yg sebelum ni smua bukan realiti hanya khayalan je ke?

    BalasPadam
  26. mana plak dia nak bawak hadi tu siap naik teksi lagi?

    BalasPadam
  27. suspen ni dia nak bawak hadi jmpa dgn mak dia semula ke?

    BalasPadam
  28. ni msti dia nak ajak hadi pergi hospital ni

    BalasPadam
  29. ada teksi plak? madian ni nk hntr hadi balik kmpung ker?

    BalasPadam
  30. mana plak dia nak bawak hadi malam2 tu?

    BalasPadam
  31. ingatkan sajak sy rupanya sajak en nuri mcm sajak sy dulu jgk pasal kereta api..

    BalasPadam
  32. sajak ni mcm ada unsur politik jer

    BalasPadam
  33. sajak kereta api? pasal apa ni?

    BalasPadam
  34. sajak psl kehidupan ke ni?

    BalasPadam
  35. nampaknya sajak en nuri ni ada simbolik....

    BalasPadam
  36. sajak psl apa ni? mcm nasihat jer..

    BalasPadam
  37. sy dulu pun pemandu kereta api tp x lama sbb sy kemalangan pihak atasan buang sy...

    BalasPadam
  38. sajak ni mcm ada sinis jgk ni... hehe

    BalasPadam
  39. skrg org x guna kereta api skrg guna komuter... hehehe

    BalasPadam
  40. sajak politik plak! aku no komen takut kena saman ape2pun sokong sajak en nuri ni

    BalasPadam
  41. laksam ke laksa ni?

    BalasPadam
  42. laksam ni yg sedap ni... hehehhee

    BalasPadam
  43. laksam ni yg sedap ni... hehehhee

    BalasPadam
  44. niaga laksam ke atan yahoo? hehehe

    BalasPadam
  45. laksam ni apa xpnh dgr pun????

    BalasPadam
  46. laksam plak? kena cuba ni

    BalasPadam
  47. laksam ni makanan org mana?

    BalasPadam
  48. esok makan laksam la nampaknya aku ni

    BalasPadam
  49. laksam plak! aduh sedapnyer lapar plak aku ni

    BalasPadam