Isnin, 20 Disember 2010

JIRAN



kategori sajak saudara baru




Bersahabat biarlah setia
Perasaan sahabat kenalah dijaga
Kepentingannya utamakan dari diri kita
Begitulah kalau mahu bersahabat dengan sesiapa
Jiran kita anggaplah keluarga
Kerana jiran orang yang terdekat dengan kita
Tengok-menengoklah,
bantu-membantulah sesama jiran
Kehormatan jiran kenalah dijaga
Keburukkan jiran jangan dijaja-jaja
Beri-memberilah sesama jiran tetangga
Ketika jiran tidak ada di rumahnya
Rumahnya kenalah kita jaga
Sikap kita jangan sampai mengganggu jiran kita
Begitulah di antara rukun berjiran dengan kita



Oeh: Leonard Abdullah
ketika seminggu memeluk islam bersama lagenda pulau
20.9.2009







50 ulasan:

  1. Tanpa Nama nurimanja berkata...

    sadikit tambahan: potong kuku ini

    Petua ustaz saya orang banjar:

    3 hari saja: jumaat, isnin dan khamis. hari lain tu, ada bencana atau musibah, papa kena miskin,sakit lambat sembuh, rezeki tak datang.

    mulakan memotong kuku dari jari telunjuk kanan dahulu. sampaike jari kelingking.Sambung pada jari kelingking kiri sampai ke pada
    jari ibu kanan semula. (pelekan?)


    Itulah yang sadikit dapat saya difahamkan. sampai hari ini umur ustaz saya sudah 62 orang sangka 40 puluhan.

    BalasPadam
  2. ASYIK

    Keresahan menerpa
    pada terbit rasa kerinduan
    jiwa yang terbungkam kelam
    menyasau dan tersasar
    sedang keindahan itu bukan nyata
    hanya bebayang maya.
    aku kembali menjejak tanah;
    tanah yang sebati dengan darah.
    aku kini pulang
    menghirup titis-titis air;
    air bertakung pada mata.
    saujana merimbun pengalaman
    alam bebas tangan tergenggam.
    Seringkali aku kurang pasti
    antara pesona dan sebenar cinta
    yang mana hati terpaut?


    Badrolshah
    selangor
    10pagi

    BalasPadam
  3. JIKA SAYA SAYANG

    Jika saya sayang akan selalu hilang dari kewujudan...
    Jika saya sayang sikap ambil berat ini sering datang...
    Jika saya sayang memerhatikan...
    Jika saya sayang matanya membuatkannya tenang....
    Jika saya sayang tanganya ingin selalu genggam....
    Jika saya sayang sakit di hati sakan selalu pendam....
    Jika saya sayang sering mengizinkan
    Jika saya sayang sakitnya menjadi tak pernah hilang..
    Jika saya sayang diam dan berusaha menjadi tenang....
    Jika saya sayang membebaskan dia terbang
    akhir sekali jika saya mencintai
    Akan selalu melepaskan dia pergi...
    Sampai dia kembali ke sisi...


    Penglipur Lara
    Kedah
    12.12.2010

    BalasPadam
  4. MEMORI KITA

    aku usung memori usang,
    pulang ke asal ke masa
    kita masih boleh tersenyum dketawa.
    ke masa tangan
    kita masih bergenggam
    buat aku tersenyum kecil,
    khayal sejarah telah tergores
    jika engkau juga begitu,
    aku masih di sini.
    tetapi engkau perlu segera,
    kerana engkau semakin memudar.


    Satria Juragan
    Sarawak
    11malam

    BalasPadam
  5. KAU NAK APA?

    Dulu aku nampak mukanya
    tapi cuma dalam hati
    tapi dulu masa aku masih ada cinta
    aku masih ada sayang
    aku masih gila
    masih dalam kesamaran
    sekarang aku terkedu
    nampak nama kau pada skrin telefon
    aku jadi buntu apa yang kau mahu
    cintaku sudah kau tolak
    cintaku bukan yang kau mahu
    telah aku menjauh buat bodoh
    hidup kau bukan lagi penting bagiku
    jadi apa yang kau nak?
    ada apa lagi yang aku boleh bantu?


    Puteri Bunian
    KUISS
    14.12.2010

    BalasPadam
  6. Badrolshah dengan sajaknya: ASYIK ternya pengucapannya sering diganggu gugat dengan dunia khayalan dan fantasinya. Dia sering mengambarkan sesuatu yang indah dan mencari kesepadanan dengan cinta yang dicipta dalam dunia keasyikannya. Tapi sampai kini belum lagi dia temui. Sebenarnya kau kena berani bila bertemu dengan orang sebaya dan secantek denganmu. Jika kau diam sampai bila pun cintamu akan menjadi fantasi yang asyik , tetapi bukan dibumi nyata. Tak perlu kau menagis, bulatkan tekat. Jika mempu tak perlu tunggu. Amin.

    BalasPadam
  7. Penglipur Lara sajak JIKA SAYA SAYANG kau ingin menceritakan sesuatu untuk khyalayak,sebenarnya mereka yang telah berusia telah lama mengelamani soal cinta begini. Tetapi apa yang nyata bila kita saying tidak pula rasa cenmburu ataupun rasa curiga,dan sesama mereka percaya mempercayai, pergilah kemana hingga ke hujung dunia. Cinta yang tulus ikhlas tidak akan mudah dapat dipisahkan dan dimusnahkan oleh siapa saja. Amin.

    BalasPadam
  8. Sajak Satria Juragan dengan sajaknya MEMORI KITA. Pengucapannya rengkas dan padat. Cuba mengenangkan kembali kisah lama yang waktu dulu-dulu semasa kita berdua bersama. Diwaktu hujan renayai-renyai, tangan pun tergengam. Masihkah kau ingat? Kini telah terpisah , namun sesekali masih mengkar bermain dilipatan hati.Tapi jika kau masih sendiri si penulis masih sudi untuk menemani. Agar hari tidak dimamah usia, sebelum terlewat dan pudar semuanya. Amin.

    BalasPadam
  9. Sajak Puteri Bunia anak en nuri dulu pun study kat kuiss sekarang di sintok kedah. Pengucapanya amat mudah dan tegas saja. Kalau dulu mungkin si penulis ada hati dan perasaan untuk diberi, tetapi si jejaka pula menolak , setelah hati tertutup. Dia datang pula untuk pujuk rayu. Ini yang menjadikan persoalan Benar atau palsu, cinta atau nafsu Kena berhati-hati, jangan menyerah hati tidak tentu arah. Bila sudah luka , anda sendiri yang parah. Selidik dulu asal usulnya kerana kini ramai yang berlakon jadi Casanova. Semoga berwaspada . Amin

    BalasPadam
  10. Bekalan dan peralatan yang patut dibawa untuk kembara di hutan ialah:

    . Khemah, beg tidur dan tikar getah
    . Macis, pemetik api, parang, lampu picit serta bateri
    . Peta, kompas
    . Beras, kopi, teh, gula, garam, minyak masak
    . Ikan kering, cili kering, bawang, kunyit, rempah dsbnya
    . Periok, pinggan dan sudu plastik serta pisau dapur
    . Makanan ringan seperti Mi sedia atau biskut kering
    . Sepasang baju dan seluar panjang, topi serta kasut dan stoking
    . Sepasang baju dan seluar ganti serta sehelai sarong
    . Ubat dan alatan pertolongan cemas serta peralatan dandanan

    Peralatan Ikhtiar Hidup

    Persediaan diatas amat sempurna untuk ke hutan. Tetapi biasanya bagi seseorang yang hilang di hutan, peralatan tersebut jarang sekali dibawa bersama sebab terlalu berat atau tidak dirancang untuk tinggal lama di hutan.
    Oleh itu selain pakaian, peralatan yang harus dibawa adalah seperti berikut:

    . Macis, pemetik api dan parang
    . Lampu picit dan bateri
    . Ubat pertolongan cemas wisel dan peralatan dandanan
    . Hammock (buaian) dan ponco
    . Kain jarang (untuk tutup muka dan badan sewaktu tidur)
    . Sarong tangan

    Hammock diikat di pokok dan jadikan buaian untuk tidur. Ponco diguna sebagai bumbung untuk megelak dari hujan. Kain jarang dipakai sebagai selimut dan sarong tangan bagi mengelak dari gigitan nyamuk.

    BalasPadam
  11. untung la leonard dapat jiran yg baik bkn macam aku ni

    BalasPadam
  12. sajak jiran plak? aku meluat dgr pasal jiran2 ni

    BalasPadam
  13. susah nk cari jiran yg baik2...

    BalasPadam
  14. kalau tinggal tempat kat org baik jiran pun baik2 la... hehehe

    BalasPadam
  15. jiran akan jd baik kalau kita baik dgn mereka jgk/...

    BalasPadam
  16. sy langsung x berjiran sbb kat kondo biasalah hang tempat hang aku tmpt aku

    BalasPadam
  17. leonard ni penjaga blog ke?

    BalasPadam
  18. leonard ni sapa xpnh tgk pun?>

    BalasPadam
  19. lama menghilang leonard?????

    BalasPadam
  20. jd secara keseluruhan ada 10org msuk islam campur dgn leonard ni

    BalasPadam
  21. byk jgk org msuk islam kat blog ni rupanya

    BalasPadam
  22. semua laki je msuk islam?? pmpuan xde ker??????

    BalasPadam
  23. en nuri bagi tips potong kuku ni bru la phm sikit

    BalasPadam
  24. sy bru nk bagi tips ni tp en nuri dh bagi xpyh la sy bagi

    BalasPadam
  25. rupanya ada cara jgk nk potong kuku ni

    BalasPadam
  26. ustaz 60 an tp muda macam 40an??? mcm cikgu jgk la muka masih nmpk muda... hehehhehehe

    BalasPadam
  27. cikgu tiru petua ni rupanya patutlah cikgu nmpk muda masa skola dulu

    BalasPadam
  28. qalam ni bagi cari air mcm ala komandor jer...

    BalasPadam
  29. qalam ni mmg suka camping ke?

    BalasPadam
  30. susah jgk klu sesat dlm hutan thu cari air...

    BalasPadam
  31. byk cara cari air rupanya dalam hutan kalau aku mati dh agaknya...

    BalasPadam
  32. susah jgk nk cari air qalam thu plak?

    BalasPadam
  33. eh! kalau qalam ni sesat hutan msti boleh hidup....

    BalasPadam
  34. qalam ni boleh msuk rancangan dicovery la...

    BalasPadam
  35. mana ko belajar ari air dalam hutan ni qalam musoffa?

    BalasPadam
  36. ni kalau letak qalam dalam hutan msti dia boleh hidup kalau kita xthu la

    BalasPadam
  37. tok mahat pun bagi tips jgk???

    BalasPadam
  38. tok mahat ni bekas pengawai hutan ke?

    BalasPadam
  39. msti tok mahat ni dulu keje kat dalam hutan ni

    BalasPadam
  40. tok mahat ni pun bekas tentera macam qalam musoffa ker?

    BalasPadam
  41. tok mahat pun bagi petua dalam hutan???

    BalasPadam
  42. tok mahat ni askar ke dulu?

    BalasPadam
  43. tok mahat ni msti askar pencen sbb selalunya hanya askar yg thu pasal tok mahat tulis ni

    BalasPadam
  44. eh! tok mahat pun bgi tips di hutan jgk?

    BalasPadam
  45. lps ni xtkut la pegi hutan sbb byk tips kat sini

    BalasPadam
  46. kena salin ni sbb nnt aku nk msuk hutan jgk...

    BalasPadam
  47. ada jampi x msuk hutan ni?

    BalasPadam
  48. byk kena ingat ni?? susah la..

    BalasPadam
  49. semua info pasal hutan je kali ni?

    BalasPadam
  50. Saya sebenarnya orang bugis kata aruah bapa dari kuala langat selangor,kemudian pindah ke perak,

    Ibu dari bandar baru kedah, atuk
    dari keturunan jawanis. jadi ada
    darah dan bugis.

    Cuma ustazsaya hampir 90% kebanyakannya orang banjar dan di kerian saya berkawan 99% dengan
    ustaz-ustaz berketurunan banjar.

    Apa-apa pun saya mengangap apa bangsa pun asal islam tetap bersaudara. bukan islam sahabat
    setia untuk berbicara. amin

    BalasPadam