Selasa, 14 Disember 2010

JIKA KAU DI PUNCAK



-buat 6pang atau pang6-

Kawan!
Jika kau di puncak
Jangan lupa aku di lembah
Dan jangan lupa keturunan kita,

Kawan!
Jika kau di awan
Jangan lupa aku di bumi
Dan Jangan lupa rumput di kaki,

Kawan!
Jika berada di puncak
Dan tangan mencapai awan,
Akan Aku doakan kesejahteraanmu,

Kawan!
Jika berada di awan,
Berbedakah persahabatan kita?
Cuma satu kuharapkan jalinan mesra,.


Oleh; Mawar Putih, (4)n1
Tanjung Asam, Pulau Pinang,
Pertengahan Oktober, 2009. 


50 ulasan:

  1. AKU TAK KEBAL

    aku tahu aku kecil
    usah layan aku begini
    aku tahu tayarku dua
    usah lagi cuba menghimpit
    aku cuma guna sedikit
    ruang kiri buat menyelit
    apa kau mahu aku ke situ
    ke longkang yang menganga
    aku kau tak sedar
    tiga line terbentang gah
    apa lagi kau buru kau tuju
    tergesa meluru bagai peluru
    memecut laju tak kira waktu
    tolong hargai nyawaku
    juga nyawa mereka itu
    aku tahu engkau kebal
    lesenmu lesen antarabangsa
    wahai pemandu bas ekspres
    aku dan mereka itu
    tidak kebal sepertimu sedarlah...


    Badrolshsh
    kuala Lumpur
    10.12.2010

    BalasPadam
  2. TOK TOLONG

    tok tolong tok
    aku janji tak buat lagi
    tolong jangan saman
    walau kurang 50 peratus
    kamu kan kacak kita kan sekampung
    usah nak berkira
    padan muka tak makan saman
    ingat ini jalan kau punya
    tekan minyak sesuka hati
    tali pinggang entah ke mana
    lampu brek pun tak ada
    signal tinggal sebelah
    apa kau dah puas hidup
    nak ajak orang mati sama
    susahkan orang betul tok betul
    tapi tok duit seratus ni camne
    oh seratus bak sini duit tu
    kamu boleh pergi
    usah pandang belakang lagi
    terus jalan korupsi...


    Guest
    ketika di tepi jalan raya apabila di saman

    BalasPadam
  3. ANTARA SENJA SUBUH DAN MALAM

    senja
    memanggil pulang anak adam
    melepas resah dan gundah
    memungut sisa tenaga yang tercicir
    dalam genggaman emosi

    malam
    sang algojo geram bersembunyi
    melihat aktor dosa
    keluar mengepak kasih sebentar
    merempah harga diri
    buat santapan sang diktator malam

    subuh
    mengakhiri kisah lara
    bermula semula sentosa
    masa untuk aku beribadat
    selepas seharian berkerja


    ustaz sahzan
    ketika selesai mendengar ceramah ustaz zahazan...

    BalasPadam
  4. KAWANKU LANGIT DAN AWAN

    bila kawan dengan langit
    walaupun cantik biru
    sedarlah ia takkan selalu cerah
    bila kawan dengan awan
    walaupun putih cerah gebu
    tapi kadang-kala hitam

    tapi biarlah aku suka kawan
    dengan langit dan awan sekalipun
    sebab tiada yang sempurna
    sebab aku sama tidak sempurna
    tak adil rasanya aku tidak sempurna
    mahu sesuatu sempurna jadi kawanku
    kawan yang memahami ada chemistery
    bagi aku itu yang terbaik.


    Nur Atikah
    minta maaf en nuri dan qalam sy pun teringin jgk nk hntr sajak harap en nuri terima

    BalasPadam
  5. Badrolshah dengan sajaknya bertajuk AKU TAK KEBAL Begitulah kata-kata yang diungkapkan sdra Badrolshah yang rasa dirinya bagai tidak dihargai kehadirannya di dunia ini,mereka akan buat apa saja, bebetulan aku lahir begini, sebenarnya tuhan tidak menilai itu semua, trtapi keikhlasan hati dan budi yang taat dan gemar membuat baik dan menjauhkan apa yang dilarang, lagipun jangan salah ibu mengandung, dan bukanku pinta lahir begini ke dunia. Tetapi tolonglah mengerti, bahawa hidup ini bukan untuk kita monopoli seorang sahaja, belajarah sadikit erti bertanggung jawab,Amin.

    BalasPadam
  6. Guest dengan sajak kena saman: TOK TOLONG Terasa bagai drama sebabak pula pengucapan sajak sdra guest kali ini, dua-dua bawa watak tidak beramanah, Ini sajak sinis tajam. Biasalah hati seorang penulis, dia akan tulis jika sesuatu yang dia rasa menyalahi normal-normal kehidupan, tidak kira siapa. Berkatalah benar biar pun terlalu pahit untuk diperkata. Tetapi kebenaran akan membenarkan segala.Dan Syabas! Guest tulislah sesuatu yang benar. Amin.

    BalasPadam
  7. Ustaz sahzan dengan sajaknya ANTARA SENJA SUBUH DAN MALAM. Biasanya Kalau orang yang ikhlas memberi ceramah, bukan saja kita rasa senang faham, malah memberi citarasa untuk menyusun ayat dan mencari kepuisitisan untuk mengukapkan kata, melahirkan puisi, jadi tidak hairanlah ramai tokoh-tokoh agama dahulu kala dapat menulis bait-bait puisi yang menikam dan menyingkap jiwa. Tiap tulisan mesti ada kiasan dan sinis tajam, bukan mengata, tetapi minta difikirkan, demi mencari maksud kebenarannya.Begitulah keadaannya. Amin. (sajak tak perlu diulasan maksudnya telah nyata)

    BalasPadam
  8. Nur Atikah Pennyelia blog dengan sajaknya: KAWANKU LANGIT DAN AWAN.
    Menceritakan maksud berkawan, nah berkawanlah dengan siapa saja, tidak kira bulu atau pun rupa kulit dan bangsa, tetapi yang lebih menarik dan serasai ada chemistery. Kalau cari suami pun begitu juga barangkali, barulah menjana minda, jika tak diam saja, barulah jadi sepi dan bisu seisi keluarga.Semoga tidak begitu. Amin

    BalasPadam
  9. NASI ULAM


    Bahan-bahan

    * 600 gm nasi yang telah disejukkan
    * 40 gm ikan bilis
    * 40 gm bawang merah
    * 3 helai daun mengkudu
    * 3 helai daun kaduk
    * 5 helai daun pegaga
    * 5 helai daun ulam raja
    * 3 helai daun sekentut
    * sebatang serai (diracik halus-halus)
    * 1 susu besar kerisik (ditumbuk halus)
    * 1/2 sudu teh serbuk lada

    Cara-cara

    1. Bersihkan daun-daun dan hiris halus seperti bunga rampai.
    2. masak nasi dan bagi sejuk dulu dan bubuh garam gaulkan.
    3. Mayang bawang merah halus-halus.
    4. Ambil nasi yang sejuk.
    5. Jika ada yang berketul,pecahkan.
    6. Gaul nasi dengan daun-daun,serai,serbuk lada,ikan bilis,kerisik dan bawang.
    7. Gaul rata-rata supaya ulam tidak melekat.
    8. Tambahan: Ulam-ulam boleh ditambah jenisnya.Lebih banyak lebih sedap.

    BalasPadam
  10. sajak bila kukenang ni en nuri kenang apa???

    BalasPadam
  11. sajak bayi plak kali ni?

    BalasPadam
  12. sajak pasal kehidupan bayi pun ada/

    BalasPadam
  13. sajak ni mcm gambaran bayi bru lahir jer...

    BalasPadam
  14. en nuri pnya sajak pelbagai!

    BalasPadam
  15. sajak bayi!! sedihnyer....

    BalasPadam
  16. sajak pasal bayi yg sedih ni...

    BalasPadam
  17. sajak bayi rupanya bila kukenang ni???

    BalasPadam
  18. ingatkan sajak jiwa2 rupanya sajak bayi ker?

    BalasPadam
  19. wah!! sajak ni yg membuatkan aku suka kat mawar putih.. hehehe

    BalasPadam
  20. sajak mawar putih ni utk sapa plak ni?

    BalasPadam
  21. mawar putih sapa plak ni?

    BalasPadam
  22. sajak mawar putih ni menarik sajak nasihat tp xknal la sapa mawar putih ni...

    BalasPadam
  23. mawar putih ni ahli ke perkeja en nuri????

    BalasPadam
  24. mawar putih ni xpnh nmpk pun bagi ulasan????

    BalasPadam
  25. mawar putih plak sajak yg kluar?? dia ahli ker?

    BalasPadam
  26. menarik sajak mawar putih ni sajak peringatan....

    BalasPadam
  27. sapa la plak mawar putih ni???

    BalasPadam
  28. nasi ulam plak ustaz majusi????

    BalasPadam
  29. nasi ulam makan dgn sayur je lauk xde ker????

    BalasPadam
  30. nasi ulam plak??? mcm mana plak tu?

    BalasPadam
  31. xpnh dgr plak pasal nasi ulam ni sedap ker????

    BalasPadam
  32. nasi ulam makanan purba ker ni???

    BalasPadam
  33. dulu masa skola pondok selalu jgk makan nasi ulam ni...

    BalasPadam
  34. nasi ulam! fav sy ni....!! kena try jgk nnt

    BalasPadam
  35. makanan org kmpung nasi ulam ni org bndar msti byk x thu ni..

    BalasPadam
  36. hadi ni x kwin ke en nuri?

    BalasPadam
  37. hadi ni dok negeri mana plak?

    BalasPadam
  38. hadi ni mak bapak xde ker?

    BalasPadam
  39. mana anak isteri hadi ni???

    BalasPadam
  40. cerpen kali ni mmg suspen sunggu sampai skrg sy msih xdpt tangkap lagi...

    BalasPadam
  41. cerpen kali ni langsung xde idea nak meneka...

    BalasPadam
  42. hadi ni cerpen masyarakat jawa ker?

    BalasPadam
  43. hadi ni anak yatim piatu ker?

    BalasPadam
  44. hadi ni asal dari negeri mana?

    BalasPadam
  45. x sabar nk thu sampai hbis cerpen kali ni...

    BalasPadam
  46. cerpen yg menarik mmg suspen...

    BalasPadam
  47. sambung lagi en nuri!!

    BalasPadam