Isnin, 13 Disember 2010

HUJAN PUN BERGURAU

3

Hujan pun bergurua,
Engkau bagai tahu sahaja
sewaktu aku turun dari rumah
kau pun turun dengan lebat mencurah.

Dicelah kehidupan,
Aku ingin menyelesaikan
Sehingga aku pulang ke rumah
kau pun mulalah beransur dan berhenti.

Hujan pun bergura,
di celah-celah kehidupan
aku acapkali sahaja terperagkap
dalam kekalutan dan kemelut kehidupan.


Oleh : Nurimanja,
Sewaktu hujan turun
sajak lagenda ikut masa 2010.




50 ulasan:

  1. SIRI 2.

    CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
    _____________________________________________________________________


    Dalam kepayahan menaham sakit dan bisa-bisa terasa pada urat dan sedinya. Hadi cuba bangun dan duduk tergangkung menongkat lutut di atas pangking tempat tidurnya. Bau peluh kering menyerbu masuk ke dalam lubang hidungnya. Hati terasa
    badannya begitu lemah.

    Malah selera makanannya huga sudah lebih dua hari terhenti. Seri cahaya di mukanya juga sudah hilang tidak nampak di mukanya lagi. Hadi melihat kedua tapak tangannya, kalau ditoreh bagai tidak berdarah pucat kelihatan. Hadi amat khuatir kalau kematian datang mengundang.

    Hadi menyerlangkan kedua tangannya lalu mengalangkan di antara kedua kepala lututnya, kemudian dia menyelangkumkan dahi kepalanya ke atas lengannya. Kedua matanya begitu berat untuk di buka, melainkan terpejam. Dadanya terasa bigitu panas, Tetapi seluruh tubuhnya terasa bagai dicengkam kesejukan yang amat sangat.

    Sesekali batuknya datang menyerang tetapi rasa bagai tersekat di kerongkong, semua ubat yang diberi oleh doctor semuanya telah habis ditelan, tetapi penyakitnya bukan bertambah kurang atau beransur sembuh tetapi lebih memerekannya lagi.

    Hari ini hadi tidak dapat bekerja lagi, biarlah mandor Ah kau memerahinya atau memaki hamun dirinya lagi, biarlah, dia memang tidak terdaya lagi. Tenaganya semacam kehabisan, lemah, selemah-lemahnya dan tidak bermaya lagi.

    “Haya! Hadi, keleja mutut-mutut la, wa tenguk lu manyak main-main, nanti tauke datang tengok ini macam kerja ha , wa susah lo, kerja lambat siap tauke lugi musat maa…Wa kena malah” Kata mandor Ah kau yang berbadan besar pendek macam badan sumbu itu.

    Waktu itu Hadi cuma berhenti sekejap untuk membuang air kecil di tepi bangunan batu tujug belas tingkat yang belum siap itu. Sekali dia tidak menyangka rupanya mandor Ah Kau ada di tepi bagunan itu.

    “Wa kencing la mandor ! “ jawab hadi.
    “Kencing boleh, tapi jangan lama-lama, selupa babi kencing maa,” Kata mandor Ah Kau lagi, sambil berlalu dari situ.

    Hadi Nampak muka mandor Ah kau yang sememanganya sukar untuk senyum pada sesiapa saja, apatah lagi pada kuli-kuli bawah jagaannya. Sehingga ada di antara pekerja di bawa jagaannya mengelarkannya mandor muka penyu, kerana terlalu tegas dan tidak boleh bertolak ansur dalam bekerja.


    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  2. AKU BERPUISI SENDIRI

    rongga malam terbuak
    menanti bulan
    merodok jantung berdenyut
    aku terdiam tatkala
    akal menyimbah kata
    tak terlepas dari mulut jiwa
    menatap potret kabur tanpa lukisan
    buat aku terpinga membongkar makna
    ingin sekali aku singkap nada rindu
    nyanyi berlagu aliran
    nadi tak berhenti
    buat aku gagah
    meniti denyut bibit hidup
    tanpa tulus bisikan nurani
    menghanyut sepi
    mendatang tak berjemput
    malam ini aku berpuisi sendiri…
    untuk apa aku tak pasti
    hanya mahu menyendiri
    puas ku dengar puisi
    tapi bukan karangku
    jiwa ku menggeliat seakan tak puas
    walau ia dekat lalu aku di sini….
    berteman malam sunyi
    bulan jadi sepi
    menyoret puisi sendiri
    untuk apa dan siapa aku tak pasti
    walau ada tiada apa yang ku cari
    tapi malam ini aku berpuisi sendiri


    Jeffry
    Perak

    BalasPadam
  3. TAK MUNGKIN SEMBUH

    bertenggek di pinggir pelangi
    teringin bersarang di awan tinggi
    pelepah sayap telah kuyup
    kasih seluas langit direnung sayup
    derita meramas memerit mimpi
    embun dititis memujuk laranya diri
    menambah pedih siatan menyembunyi
    merebak rekahan di dinding hati
    mengerekot sejuk
    diperdu pepohon dedalu
    menggelepar panas
    digurun berduri semalu
    walau dicurah masih tetap bertambah
    walau ditangkup masih
    tetap menakung
    biasa sungguh segala lepuh
    mana mungkin akan menyembuh

    Jalal Rafzee
    ketika berad di kampung halaman

    BalasPadam
  4. AKU BERPUISI AENDIRI nukilan sajak oleh sdra. Jeffry (dulu ada juga nama seorang menteri Jeffry Rindu) Pengucapannya bagai mencari jalan tengah. Disana pun kasihan disini pun sayang, kerana keduanya saudara seagama Islam kita. Tetapi sesekali ada rasa memeningkan kepala cara dan gaya di antara mereka keduanya. Tidak diucap salah, bila diucap pun salah jadi semuanya serba salah (ada bau politik) sebaiknya kita tunggu dan lihat, dimana lebih kearah kebenaran, Allah akan nyatakan di kemudian hari kelak, untuk memberi sokongan membabi buta , itu bukan kerja sewajarnya.Kini ada baiknya kita berpuisi sendiri, menilai malam sunyi, supa dosa tidak bertambah, diri pun tidak sakit hati. Amin

    BalasPadam
  5. TAK MUNGKIN SEMBUH sajak Jalal Rafzee pengelola blog CR kita yang terkini. Tetiba pengucapannya bagai terkena dari serangan luka parah, hati dan jiwanya pun bagai dirobek hancur luluh, begitu tenat pengucapan rasa kekecewaannya bagai sakit yang tak mungkin sembuh. Ada sesuatu yang sedang diamali oleh si penulis, mungkin putus harapan, segala rangcangan tidak menjadi. Terasa tebal muka atau putus kepala. Hendak marah tidak kena, hendak senyum tidak menjadi, segala-gala serba tak kena jadinya. Cuba bersabar, dan mencari kembali ketenangan, adakah ini ujian, atau mungkin ada hikmat yang tersembunyi, kalau tidak menjadi hari ini, pasti ada yang lebih baik lagi selepas ini. Sesungguhnya Allah lebih mengetahui daripada segalanya. Kita cuma merangcang Allah yang menentukannya. Amin!

    BalasPadam
  6. Bahan-bahan NASI TOMATO

    * 2 cawan beras basmati
    * 2 biji tomato-potong dadu
    * 2 cawan air
    * 1/2 cawan susu
    * 3 sudu besar sos tomato
    * 1 helai daun pandan
    * sedikit garam
    * ## Bahan tumis ##
    * 2 sudu mentega/ minyak sapi
    * 2cm kulit kayu manis
    * 1 kuntum bunga lawang
    * 1 biji buah pelaga
    * 2 ulas bawang putih-hiris
    * 1/4 bawang besar dihiris
    * ## Hiasan ##
    * Bawang goreng

    Cara-cara

    1. Cuci beras. Rendam selama 5-10 minit. Toskan
    2. Panaskan mentega/ minyak sapi. Tumiskan bahan-bahan tumis sehingga naik bau
    3. Masukkan beras. Kacau sekejap dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan sos tomato, tomato, susu, air, daun pandan dan sedikit garam
    4. Masaklah nasi macam biasa.
    5. Bila dah siap bolehlah ditabur bawang goreng

    BalasPadam
  7. penyair agung lagi yg dapat! aduh...

    BalasPadam
  8. dua kali sy tetap no 2 dibelakang penyair agung...

    BalasPadam
  9. aku naik jgk no 2... hehe lps ni kena selalu hantar la...

    BalasPadam
  10. penyair agung lagi no1! aduh...

    BalasPadam
  11. penyair agung ni byk idea dia nk tulis sjak...

    BalasPadam
  12. seram plak bila baca hujan bergurau...

    BalasPadam
  13. hujan skrg suka main2...

    BalasPadam
  14. rasanya hujan tu nk bergurau agaknya.. hehe

    BalasPadam
  15. hujan skrg sukar di ramal ni aku thu dari jabatan aku la.....

    BalasPadam
  16. hujan ni bernyawa jgk rupanya...

    BalasPadam
  17. hujan ni ada jantina x? hehhehe

    BalasPadam
  18. hujan ni msti pmpuan sbb tu dia kacau en nuri... hahhahaa

    BalasPadam
  19. start thn 2010 hujan skrg pelik2...

    BalasPadam
  20. hujan skrg macam berhantu plak?

    BalasPadam
  21. kalau hujan bercakap lagi la aneh...

    BalasPadam
  22. hujan ni bangsa apa yer? hahaha

    BalasPadam
  23. hujan ni mcm manusia jgk....

    BalasPadam
  24. kalau hujan tu hidup? mmg smua org lagi takut....

    BalasPadam
  25. hujan mcm bdk2 kecik suka mainkan org...

    BalasPadam
  26. perubahan iklim cuaca sbb tu hujan jd x btol...

    BalasPadam
  27. nasi tomato??? pak kasiim ni pandai masak jgk rupanya..

    BalasPadam
  28. ni resepi isteri ke pak kassim? hehe

    BalasPadam
  29. x sangka pak kassim ni thu masak jgk aku ingat thu melawak...

    BalasPadam
  30. pak kassim jual x nasi tomato?

    BalasPadam
  31. nasi tomamto plak pak kassim? nk kena cuba jgk ni...

    BalasPadam
  32. belajar mana pak kassim buat nasi tomamto ni?

    BalasPadam
  33. nasi tomato plak! ni yg aku suka ni....

    BalasPadam
  34. nasi je ke pak kassim lauk xde????

    BalasPadam
  35. hadi ni kencing x reti pakai tandas ker????

    BalasPadam
  36. cis! pengotor la hadi ni kencing kat tiang

    BalasPadam
  37. hadi ni org muda ke dah tua?

    BalasPadam
  38. hadi ni sakit apa kena buatan org ker?

    BalasPadam
  39. hadi ni umur dalam berapa puluhan?

    BalasPadam
  40. sian hadi asyik kena marah jer..

    BalasPadam
  41. boleh jd sakit jiwa hadi ni...

    BalasPadam
  42. hadi ni sakit sbb byk makan hati agaknya...

    BalasPadam
  43. sian hadi kencing sikit pun dimarahi...

    BalasPadam
  44. kalau aku bunuh je snang mandor tu action sgt....

    BalasPadam
  45. kurang ajar plak mandor tu ada plak kaat babi????

    BalasPadam
  46. cerpen ni mmg suspen habis!

    BalasPadam