Ahad, 26 Disember 2010

DIMANA SILAPKU ?





Kini aku pun telah tahu,
semuanya pembohongan
tetapi  kelu untuk berkata
malahan telah mengiyakan
dimana salah peganganku
yang melambangkan Islam?

Adakah aku ini bersubahat,
ataupun ajaran islam tersalah
mengapa mesti diputar belitkan
sesuatu yang mungkar dan fasyik
halalkah wang perjuanganku ini
berkawan dengan ahli syaitan.

Aku telah dilanda kemelut?
bagaikan dalam kebingungan
sama ada berhenti atau mengikut
aku perlu bertanggung jawab
pada kepercayaan pengikutku
untuk ke syurga atau ke neraka...


Oleh: Nurimanja,
catatan yang mengaifkan hujung 2010.






50 ulasan:

  1. SIRI 14.

    CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
    _____________________________________________________________________


    Hadi mula sadikit rasa berpeluh badannya mulai naik marah melihat kelakuan Madian.

    “Aku tanya, kau hendak kemana tergopoh gapah begini?” Pekek hadi agak tinggi sadikit suaranya dari tadi. Tetapi Madian tidak menjawab pertanyaan , malah mengemukakan pula pertanyaan.

    “Kau nak pulang kampung?”

    “Pulang kampong? Buat apa?” Hadi mulai rasa hairan dan terkejut.

    “Iya! Kita kena pulang Hadi,”

    “Aku tanya buat apa pulang?”

    “Nah! Kau ambil surat ini, kau baca…”

    Madian menghampiri Hadi . Kemudian dia mengeluarkan sepucut surat berwarna hijau tua kepada Hadi. Hadi bangun sambil duduk membacanya.

    “Telegram!” Hadi mencapainya dengan tangan terketar-ketar. Mulutnya berkumat –kumit membacanya dengan penuh perhatian dan debaran jantungnya kian kencang dan terasa berdebar-debar jadinya. Tiba-tiba air mata kasih sayu dan hiba, jatuh bercucuran di atas ribanya.

    “Ohh! Makkk !! Aku terpaksa pulang! Pulanggg!! Mak telah pergi untuk selamanya.”

    Pekek Hadi dengan tangisan pilu menguasi suasana rumah sewa mereka, Hadi terasa dunia ini tiada keindahannya lagi, kesayuan dan sedehan bagai bergayut dan bergantungan di mana-mana, hamper mahu rebah dirinya, kelu lidah untuk berkata. Rasa bengung, sebengun-bengunggnya.

    KINI sudah seminggu Hadi di kampong. Madian telah pun pergi semula menyambungkan tugas di bandara kuching itu. Tetapi hadi telah mengambil keputusan sebagai penghijrah yang pulang.

    Kesayuan sesekali mulai mengusai hatinya. Lebih –lebih lagi bila dia mengenangkan segala harapannya telah musnah. Di rumahnya terasa segala-galanya diselubungi rasa kosong dan sepi. Hadi melihat di perkarangan rumahnya yang dipenuhi rumput rampai yang menebal.

    Hati Hadi kini dikuasai rasa sayu dan kesal. Kini Hadi bertekad untuk terus menyambung kembali kehidupannya yang hamper setahun ditinggalkannya itu di tanah sawah aruah ayahnya yang terbiar selama ini.

    S E L E S A I. 25/12/2010.

    BalasPadam
  2. DUKA MLM

    jejak siapa kamu redah
    jalan bersepah
    tak tentu langkah
    langkah jadi susah
    tak tentu arah
    arah mana mahu dituju
    ranjau onak penuh batu
    hidup susah tiada ilmu
    bikin akal jadi keliru
    mahu pilih yang mana satu terkedu
    pilih saja jalan mudah
    nampak senang tiada masalah
    sudah ramai hidup mewah
    kaut untung orang bawah yang parah
    duit ditunggu tak kunjung tiba
    duduk berendam si air mata
    sudah jatuh ditimpa tangga
    terpedaya dengan janji mereka
    MLM uptrend punya angkara…


    Hamba Allah
    kecewa selepas join uptrend hbis beribu ringgit pulangan tiada

    BalasPadam
  3. HIDUP MATI

    Kau hidup lalu mati
    lalu hidup. Kau jaga
    lalu lena lalu jaga.
    Dia yang menghidupmatikan.
    dia juga yang menjagalenakan.
    Dan kamu, apa rasa mimpimu?
    Apa saja di sana ada
    Dia yang menjaga.
    Tuhan, aku harap,
    kau masih baik hati
    bangunkan aku esok pagi.
    Tuhan, aku harap,
    kau masih baik hati jadikan
    aku seperti ini lagi.
    Tuhan, aku harap,
    kau masih baik hati
    ampunkan aku lagi.
    Tuhan, apa harus aku lakukan?


    Hadi Hamzah
    gerai salam
    9pagi

    BalasPadam
  4. PENYANYI ROCK

    siapa tak kenal mereka
    rockers tersohor ciptaan Malaysia
    tanya sahaja tua muda
    pasti ingat tiada lupa
    sekali sekala turun padang
    pasti penuh satu gelanggang
    aura mereka memang terbilang
    tiada siapa berani tentang
    search dan wings siap sedia
    takut nanti peminat kecewa
    kasi gegar seberang jaya
    biar lekat dihati mereka
    tahniah buat kamu semua
    kamulah lagenda rock bebeh…


    Pak Kassim
    terkenang masa muda dulu sy jgk ada kugiran kumpulan rock kampung

    BalasPadam
  5. PATIK PENING

    Patik berhujah pelik
    Merepek patik cantik
    Patik terlolong terpekik
    Memekik patik memekak
    Oh bapak aduhai emak
    Maafkan patik yang sedang pening
    Bukan sakit tapi pening
    Pening oh pening berpusing-pusing
    Pening berpusing berpuing-puing
    Penat patik pelajari pening
    Penat pening patik pusing
    Patik pelajar pemusing pening
    Pening patik perlu pusing
    Pusing pening pelajaran penting
    Putus pening patik pusing
    Risau runsing raja rasa
    Raja risau rasa runsing
    Ruang rasa raja resah
    Raja resah risau runsing
    Raja radang rasa resah risau
    Patik sekadar limpah resah rasa
    Rasa resah patik si pacal hina
    Patik pacal pelajar pening
    Raja resah risau merunsing sering
    Pening patik pening penamat.

    Mat Noh
    percubaan sajak simbolik harap qalam dpt mengangkapnya

    BalasPadam
  6. DUKA MLM satu perniagaan yang menyenangkan orang atas , orang bawah bertambah susah. Mereka pandai mumujuk, dengan kata janji puluhan ribu sebulan, lebih menyedihkan ubat yang jual tidak seberapa setempal dengan harga yang amat mahal. Ini dikirasa satu jenayah bujukan Boleh dikata berdosa juga, kerana nawaitu kita untuk memperdaya. Jika wang itu untuk anak-anak sekolah atau perubatan untuk belanja lain keperluan, terpengaruh lalu leboh. Amat menyedihkan jika orang memang kaya raya tidak mengapa seribu dua. Tetapi mangsa lima ratus jenuh berpeluh. Bagai menanti buah tak jatuh. Semoga pisang tidak berbuah dua kali. Amin.

    BalasPadam
  7. Sememangnya dua perkataan ini manusia tidak akan dapat lari daripadanya. Begitulah sajak sdra. Hadi Hamzah bertajuk: HIDUP MATI. Pengucapannya memang sudah ternyata dan jelas sekali. Orang tua-tua ada berkata. Hidup dan Mati di tangan Tuhan. Kita sekadar memohon dan berusaha berdoa mencari jalan yang baik, segala ketentuan di tetapkan oleh Allah swt. Sekiranya dia memberi rezeki, masih hidup dan siha,t bersyukurlah Amin

    BalasPadam
  8. Pak Kassim dengan sajak memorynya terkenang ke masa dulu. Bertajuk: PENYANYI ROCK Sesiapa pun melewati alam rumaja, kebanyakannya terpengaruh dan terpedaya dengan suasana alam sezaman dengannya, Cuma sebagai ikutan semasa, biasanya akan berakhir apabila mulai memasuki alam berumah tangga. Lebih parah lagi, bila rambut pun mulai botak, sikat pun sudah mulai tak Nampak. Masa itu dia akan sedar sendiri, bila usia mulai menilai diri. kini sesekali Cuma tinggal kenangan. Malah ramai juga pengikut dan penyani sendiri menukar arah menjadi tabligh dan pendakwah. Amin.

    BalasPadam
  9. PATEK PENING sajak pengucapan Mat Noh , sekadar andaian saja. Ternya sajak ini menceritakan kehidupan kita seharian bagi mereka yang bergelar manusia tidak kira kedudukan mereka. Pasti akan merasai sakit kepala risau dan pening Sajak ini memang pening dan pusing. Nak jadi rakyat , pelajar, orang brsar ,raja , miskin ada pangkat, semuanya mesti kena pusing dan pening. Kerana tiap orang mesti ada masallah tersendiri Si miskin dengan ekonominya, si kaya dengan hartanya, pelajar dengan pelajarannya. Dan begitu Keadaannya selagi kita masih hidup, kecuali bila sudah tiba pening penamat. Tidak akan pening lagi. Cuma pening seksa di sana. Amin

    BalasPadam
  10. MEE KOLOK

    * 3-4 gulung mee sanggul / non-fried noodles
    * 1 sdm perencah sup
    * 100 g daging lembu
    * air secukupnya
    * sedikit garam
    * 5 ulas bawang putih (dicincang)
    * 8 biji cili api
    * 1 sdt serbuk lada hitam
    * 4 sudu makan minyak masak
    * 5 sb kicap manis
    * 1 sb kicap pekat
    * 2 biji limau kasturi (ambil jusnya)
    * daun bawang dan daun sup (dihiris)
    * 1 sdt sos ikan / sos soya
    * 1 sdt cuka

    Cara-cara

    1. UNTUK SUP : Rebus daging bersama perencah sup, garam dan air secukupnya. Rebus sampai empuk. Setelah masak, toskan daging dan hiriskan nipis2. Ketepikan kuah/supnya (boleh panaskan semula dan tambahkan sedikit air jika berkurangan).
    2.
    Img1894a
    UNTUK MEE : Rebuskan mee bersama sedikit garam sehingga lembut (40 saat). Keluarkan dan toskan. (gambar menunjukkan cth mi yg dyg guna)
    3. Panaskan 2 sdm minyak masak dlm kuali. Goreng bawang putih sehingga garing. Keluarkan. Masukkan pula mi yg tlh ditoskan ke dlm kuali dan goreng sebentar menggunakan minyak bekas bawang td. Perasakan dgn cuka, sos ikan / sos soya dan sedikit garam. Keluarkan dan ketepikan.
    4. Di dlm kuali yg sama, panaskan 2 sdm minyak masak dan goreng daging yang tlh dihiris td. Masukkan kicap pekat, 1/2 sb kicap manis, serbuk lada hitam dan secubit garam. Keluarkan.
    5.
    Img2059a
    UNTUK SAMBAL : Tumbuk/kisar cili api dgn 1 ulas bawang putih hingga lumat. Kemudian gaulkan bersama kicap manis dan perahan jus limau kasturi. (kalau xde kicap manis, boleh guna kicap masin dan tambah sedikit gula)
    6.
    Img2049a
    Cara Menghidang : Sediakan pinggan hidangan. Masukkan mi, tuangkan sambal kicap sedikit dan gaulkan. Kemudian taburkan daging, bawang putih yg tlh digoreng garing dan hiaskan dgn daun bawang. Sediakan jg semangkuk sup yg ditabur dgn daun sup sbg kuahnya jika suka.
    7. ****kalau nak meriahkan lg suasana mee ni, jika suka boleh jg dicampurkan dgn sawi/fishball/fishcake/crabstick/prawns/isi ayam dsb (tapi rebus dulu yer)

    BalasPadam
  11. hbis dah cerpen hadi ni?

    BalasPadam
  12. ni org kata nasi dah jd bubur

    BalasPadam
  13. sesal pendapatan tidak berguna lagi mak dia pun dh xde...

    BalasPadam
  14. patutlah pun tergesa-gesa nak balik?

    BalasPadam
  15. skrg bru la hadi tu thu dulu dia buat kat mak dia sgt

    BalasPadam
  16. semoga cerpen en nuri ni memberikan pengajaran buat kita semua

    BalasPadam
  17. apa2pun jgn hampakan harapan ibu bapa

    BalasPadam
  18. skrg smuanya x guna dah

    BalasPadam
  19. eh! mak dia meninggal sbb mkn hati ke?

    BalasPadam
  20. mak hadi msti mati merana ni

    BalasPadam
  21. itulah hadi dulu xnk dgr ckp mak dia...

    BalasPadam
  22. hadi ni anak derhaka padan muka dia...

    BalasPadam
  23. eh! dia xpegi kubur mak dia ker?

    BalasPadam
  24. macam mana surat dpt kat madian dulu dari dapat kat hadi?

    BalasPadam
  25. ape2pun jgn sesekali hancurkan hari mak bapa...

    BalasPadam
  26. luruh hati mak hadi sampai hati hadi tu

    BalasPadam
  27. agak2 dosa hadi dgn mak dia mak dia ampun x?

    BalasPadam
  28. cerita ni mcm cerita si tanggang jgk la

    BalasPadam
  29. msti roh mak dia sedih tgk hadi dtg msa mak dia dh xde?

    BalasPadam
  30. apa pnya anak la hadi ni mak dia meninggal bru nk balik!

    BalasPadam
  31. cerita benar ke en nuri????

    BalasPadam
  32. mcm cerita betol je cerita kawan en nuri ke hadi ni?

    BalasPadam
  33. mmg agak menyedihkan baca cerpen ni

    BalasPadam
  34. ingatkan dia dapat jmpa mak dia? rupanya xdpt jmpa pun

    BalasPadam
  35. sad ending rupanya cerpen hadi ni ingatkan dia jmpa mak dia balik

    BalasPadam
  36. dpt jmpa pusara je mak dia dh xde?

    BalasPadam
  37. rasanya msti seumur hidup hadi hidup terseksa...

    BalasPadam
  38. hadi ni sempat x minta ampun kat mak dia?

    BalasPadam
  39. cerita ni kalau bagi kat anak murid sy msa buka skola nnt semua msti insaf ni

    BalasPadam
  40. mmg berpengajaran cerpen ni tahniah en nuri!

    BalasPadam
  41. smoga anak2 muda akan insaf dan mula taat kpd ibu bapa lps baca cerpen en nuri ni

    BalasPadam
  42. cerita yg berkesan rasanya membawa maksud yg mendalam buat anak2 muda

    BalasPadam
  43. cerpen mcm ni la best byk pengajaran

    BalasPadam
  44. lps ni perbanyakan lagi cerpen2 yg berunsur pengajaran en nuri

    BalasPadam
  45. smoga kita x tergolong dgn org mcm hadi ni

    BalasPadam
  46. hargailah mereka sementara mereka masih ada..

    BalasPadam
  47. wlpn panang cerpen ni tp berbaloi baca...

    BalasPadam
  48. panjang jgk cerpen ni tp apa2pun menghiburkan

    BalasPadam
  49. tabik en nuri bila baca cerpen ni penuh kesedaran

    BalasPadam
  50. cerpen yg penuh makna dan memberi kesedaran buat kita semua

    BalasPadam