Khamis, 30 Disember 2010

DI DALAM SEBUAH KEHIDUPAN KITA



kategori sajak kerabat di raja.


Didalam sebuah pencarian.....
manakala langkah-langkah tak goyah
kita akan bertemu dengan kekerakraban
dan jangkauan yang lebih luas
Didalam sebuah pencapaian...
manakala tapak-tapak membekas di fikiran
kita akan semakin dewasa dan bijaksana
menjadikan sikap yang lebih memahami

Didalam sebuah peruntukkan....
manakala berbagai pilihan datang
kita akan semakin adil menemui pendirian
kerana waktu yang terus berjalan
Perjalanan kita adalah....
keharusan untuk menjadi berani
membiasakan diri....
menghirup hal-hal yang bermanfaat

 
OLEH: RAJA ZAKI
Istana Selangor
Tanpa tarikh, Terbit semula 30/12/2010.





50 ulasan:

  1. _


    WAWANCARA: KENAPA SAYA JADI MANUSIA BEBAS KATA EN NURI OLEH SUARA BEBAS.



    1. Pertama saya tertarik dengan ustaz haji Omar dia ada kelulusan dari mesir ditawarkan jadi mufti pun dia tolak sanggup mengajar sekolah rakyat gaji tak berapa. Malah kerajaan nak bantu buat masjid pun dia tolak takut duit
    subahat, lalu masjid terbengkalai. Tetapi saya tak nampak dia kuat parti mana mungkin tak mengundi kut.

    2. Saya takut bersubahat, jika orang yang saya beri dia undi kemudian menang jadi YB kawasan saya tinggal. tapi dia membenarkan perkara maksiat berlaku , seperti sarang pelacur , rumah urut batin luar dalam, kedai arak dan judi, nomber ekor, lotteri, lumba kuda , kita juga dikira bersubahat, kata Haji ustaz Omar dia sudah pun meninggal dunia (alfatihah) saya
    yakin dia fakar hukum fekh dalam syariah Islamiah.

    3. Apa-apa pun lewat kebelakangan ini banyak orang mempermainkan agama untuk kepentingan parti atau dirinya sendiri. Sebenarnya parti apa pun mereka duduk dalam dewan macam kawan biasa sahaja. cukup bulan terima gaji dan elaun, kita yang di bawah ini yang tak tahu apa, bergaduh dengan kawan, adik beradik pasal parti, Ini kerja gila.

    4. Semuanya terpulang, bukan untuk menghasut , kita bebas bersuara itulah negara Malaysia. kini ada bertamabah ramai orang bebas yang duduk atas pagar cuma memperhati saja. mungkin hampir 60 peratus.

    Di kelantan parti siapa dapat tarik
    manusia bebas ini, anak muda belia besar kemungkinan dia menang. Peluang lebih cerah pada Najib, asalkan jangan putar belit dan cakap tak serupa bikin, buat janji semua bohong dan palsu (bila dilabel : Dengar boleh percaya jangan! amat bahaya) susah tarik hati mereka.

    BalasPadam
  2. BAGAIMANA KALAU

    bagaimana kalau
    tiba-tiba jarum
    waktu yang berdetik terhenti
    aku terpaksa pergi
    tinggalkan kamu tanpa sempat
    bicara dan mengucap akhir kata
    bagaimana dapat aku
    sampaikan pesan ucap maafku?

    bagaimana kalau
    tiba-tiba engkau
    mencari-cari aku
    serata pelusuk namun
    aku telah tiada lagi disini
    tentu terbayang
    duka dalam hatimu
    kerana tak sempat
    untukmu mendengarkan pesanan
    dan ucap maafku?

    bagaimana kalau
    itu terjadi hari ini
    atau esok atau lusa
    sebelum aku sempat
    menyampaikan pesanan
    engkau pula tidak sempat
    mendengarkan permohonan maafku?


    Kembara Budiman
    UiTM
    11malam

    BalasPadam
  3. KAMU KELDAI

    bukankah kamu itu manusia
    mengapa jadi keldai
    yang semua sedia maklum
    yang bodoh mengikut sahaja
    yang tahu bawa beban
    apa mendatang tiada dihirau
    disuruh bawa batu turut sahaja
    akhirnya mati tertindih
    disuruh bawa bara api
    turut sahaja akhirnya mati terbakar
    disuruh bawa dadah
    juga turut sahaja
    akhirnya engkau yang susah
    terperosok dalam penjara
    tali gantung sedia menanti
    jadi keldai dadah
    tuanmu terlepas pergi
    begitu sahaja mana nilaimu...


    Suara Rakyat
    sajak simbolik sikit

    BalasPadam
  4. ROKOK

    Nyalakan Rokokmu Itu
    Dengan Nyawamu Dan
    Kemudian Biarkan Ia
    Terbakar Seperti
    Matahari Malam
    Yang Berbau Darah
    Gelapnya hati kamu
    Tak nampak apa
    Mengapa enggan kau terangi?
    Ingin sekali aku
    lihat nama aku
    Penuhi ruangan ini
    Biar aku nyalakan api.
    Agar nampak aku segalanya.
    Oh..Bukan nama aku seorang
    Ada disini. Patutlah..
    kau gelapkan dari pandangan aku.


    dam catur
    ketika hisap rokok

    BalasPadam
  5. BELAKANG

    biar kasihku tebal.
    biar sayangku menggunung.
    biar cintaku dalam.
    tetapi andai hatimu
    dilukai berulang kali,
    aku rela kau pergi
    dari terus disakiti,
    oleh aku ini,
    paranoid menghantui diri.
    aku tatap kamu dari belakang
    ya, kamu kini berada di depanku
    jauh di depan ku
    takkan menoleh lagi
    kepadaku seperti dulu
    tak apa, aku sudah biasa
    tak akan aku meminta
    tapi, kamu pernah di belakangku
    menatapkuaku senang mendengarnya..
    tanpa ada apa-apa
    tapi itu sudah berlalu
    sekarang aku yang begitu..


    Tengku ANita
    selayang
    28.12.2010

    BalasPadam
  6. Sdra Kembara Budiman dengan tajuk sajak BAGAIMANA KALAU. Pengucapannya terasa
    Bagai orang ingin meninggalkan amanat kepada sesaorang dengan apa yang pernah berlaku
    Dan mungkin juga pernah bersama.Mungkin ada sadikit sebanyak akan pertelengkahan, kini
    Berjauhan terasa ingin memohon maaf , tetapi bagaimana kalau salah seorang dari kita bagai jam yang detiknya terhenti, pasti sempatkah di antara kita untuk memohon maaf bermaafan, dikhuatiri jikalau kita tidak sempat berjumpa. Maka tidak dengarlah akan segala pemohonan maafku. Semoga allah mengizinkan. Amin

    BalasPadam
  7. KAMU KALDAI begitu tajuk sajak daripada sdra. Suara Rakyat. kali ini Ternyata pengucapannya
    menceritakan akan kebodohan bangsa sendiri yang sanggup mengambil upah sebagai kaldai membawa barang kepunyaan orang lain. Mungkin untuk melepaskan dari pemereksaan atau sekatan, jika berjaya rasanya tentulah hasilnya berlipat ganda. Tetapi si kaldai ini cuma dapat tidak Seberapa , tetapi kalau tertangkap barulah mengadu kepada ibu bapa. Selama ini wang yang Dikerim kencang ribuan ringgit sebulan ibu bapa tidak tanya pula darimana hasil datangnya. Begitulah orang kita. Bila dah kena baru nak tanya. Semoga berhati-hatilah dengan kelakuan anak bini atau suami yang mencurigai kita. Amin

    BalasPadam
  8. Sambil bermain Dam Catur masih boleh mengetengahkan sajak bertajuk ROKOK. Begitulah
    seorang manusia bernama Dam catur, katanya dia juara di kampungnya soal main dam catur.
    Penceritaannya kali ini pasal isap rokok yang dihisap, biasanya kata orang memendekan nyawa. Membakar diri membakar wang tiga kali makruh. Buah wang percuma, makanan yang tidak mengenyangkan malah boleh memudaratkan, dan isap sambil berdiri danberjalan.Apa-apa pun buat yang sudah mangli, kena rokok semacam dapat bini baru, malah ada manusia sambil dia melepas pun boleh merokok lagi. Begitu asyik dan menakjupkan angkara rokok. Sebaiknya tidak boleh buang, kurangkan sadikit isapan . Amin.

    BalasPadam
  9. Sajak sdri. Tengku Anita yang bertajuk: BELAKANG. Pengucapannya bagai ada sesuatu dan sajak berbentuk jiwa-jiwa yang terasa bagai tiada keyakinan dianatara satu sama lain, dan masih curiga mencurigai dan mungkin ada cerita lain dibelakang takbir. Jikalau asap kali hati boleh dilukai, lama kelamaannya akan menjadi parah. Tidak perlu lagi Cuma memerhati dari belakang. Sebelum hati luka parah dan berdarah, kemukakan secara empat mata berhadapan dengan kenyataan. Supaya hati tidak berbulu mendengar cerita dari belakang. Sebaiknya cuba bersemuka agar hialng segala curiga dan prasangka. Amin.

    BalasPadam
  10. Kurma Ayam

    Bahan-bahan ( 3-4 orang )

    * 500 gm ayam di potong sederhana besar
    * 1000ml santan
    * 2 biji bawang besar
    * 5 ulas bawang putih
    * 3cm halia
    * 1 peket rempah kurma adabi di campur sedikit air supaya menjadi pes
    * 2 biji kentang besar
    * 2 biji cili hijau
    * 1 biji bawang besar dibelah empat
    * 1 biji tomato dibelah dua
    * 1 sudu makan kerisik
    * garam, ajinomoto
    * Klik di sini untuk isi bahan
    * Klik di sini untuk isi bahan

    Cara-cara

    1. Bawang besar , b.putih dan halia ditumbuk. Tumiskan atas dapur sehingga berwarna kekuningan.
    2. Masukkan pes kurma dan goreng sebentar hingga naik bau. Kemudian masukkan ayam diikuti santan.
    3. Gunakan api sederhana dan biarkan mendidih seketika, kemudian masukkan kentang.
    4. Setelah beberapa minit masukkan pula bawang besar yg dibelah empat, cili hijau, garam & ajinomoto.
    5. Setelah kentang hampir empuk masukkan tomato dan kerisik. Biarkan seketika di atas dapur. Bila kentang sudah empuk bolehlah diangkat dan hidang.

    BalasPadam
  11. sajak kehidupan ke ni?

    BalasPadam
  12. sajak khidupan je byk kali ni

    BalasPadam
  13. sajak minggu ni smuanya pasal khidupan dan ketuhanan jer?

    BalasPadam
  14. menarik jgk sajak ni

    BalasPadam
  15. byk sajak bila baca msti ada keinsafan

    BalasPadam
  16. nmpknya sajak pengaaran je kali ni

    BalasPadam
  17. tv animal pun boleh dpt ilham buat sajak?

    BalasPadam
  18. sajak apa plak raja zaki bagi ni

    BalasPadam
  19. sajak khidupan ke raja zaki?

    BalasPadam
  20. menarik jgk sajak raja zaki ni

    BalasPadam
  21. sajak raja zaki ni aku langsung xphm

    BalasPadam
  22. sajak agak snang tp x phm mksud jer..

    BalasPadam
  23. sajak kerabat di raja plak/

    BalasPadam
  24. sajak pasal apa plak ni?

    BalasPadam
  25. sajak raja plak? hehe

    BalasPadam
  26. sajak yg mudah je kali ni

    BalasPadam
  27. wah! kurma ayam la....

    BalasPadam
  28. kurma ayam susah nk buat ni slalu aku pakai perencah jer?

    BalasPadam
  29. kurma ayam ni apa bnda?

    BalasPadam
  30. kurma ayam kalau makan dgn nasi minyak perghhh!!!

    BalasPadam
  31. esok nk cuba la kurma ayam ni

    BalasPadam
  32. selalu makan kurma ayam yg dalam pek pnya kali ni nk cuba sndiri la

    BalasPadam
  33. kurma ayam!! sedapnyer... esok aku nk cuba!!1

    BalasPadam
  34. kurma ayam paling aku cari2 selama ni

    BalasPadam
  35. kurma ayam!! wah! mcm2 ada

    BalasPadam
  36. baru semalam aku makan kurma ayam.. hehe

    BalasPadam
  37. resepi mana pnya asyar dapat ni?

    BalasPadam
  38. eh! panjaga blog pun sumbang resepi?

    BalasPadam
  39. esok penjaga blog yg mana plak sumabng resepi? hehe

    BalasPadam
  40. smua pakat sumbang resepi plak? aku nnt nk sumbang jgk la

    BalasPadam
  41. sapa plak ustaz omar tu en nuri?

    BalasPadam
  42. ni en nuri ke suara bebas pnya ceita ni?

    BalasPadam
  43. undi pun boleh jd bersubahat?

    BalasPadam
  44. sokong sbb kdg2 pasal parti pun nk gduh mmg keja gila!

    BalasPadam
  45. mmg skrg ni byk jd bebas sbb keliru mana btol

    BalasPadam
  46. btol tu bebas lagi snang x menyebelahi mana2?

    BalasPadam
  47. aku naik pening baca cerita suara bebas ni sbb keliru ni en nuri kata ke suara bebas? jgn putar belit suara bebas....

    BalasPadam
  48. suara bebas kata jgn ckap putar belit sekali suara bebas yg ckp berbelit-belit... hahahaha

    BalasPadam
  49. aku pun ikut suara bebas x sebelah mana2 pihak...

    BalasPadam
  50. HARI INI AKU KENA TOLONG JAWAB RENGKAS SAHAJA. OKEY!


    - kata en nuri: Mungkin dari keturunan jawanis sebab disebelah ibu en nuri telahpun menjadi (aruah) kena panggil Tuk Wan Naim, jadi kepada en nuri kena panggil nenek padanya atau Nyang. Tuk Nyang Naim itu maksudnya nenek (Nyang) umur tak tanya pula.


    - Wawancara itu tentulah kena soal jawab, bagi cerita sedikit, dan menulis dengan cara berbual baru ada kesan apa yang dia kata atau cerita, baru ada keyakinan si pembaca. itulah cara majallah mestika laris jualannya; itulah yang dikata oleh ( suara bebas)

    Kini aku sedang belajar bagaimana untuk menulis lebih berkesan.

    BalasPadam