Selasa, 28 Disember 2010

DERITA INI & INGATAN DULU


 kategori sajak usia lama

1.DERITA INI

Di sebalik,
senyuman mekarku,
tersembunyi sebuah,
lukisan derita,

sampai bila,
akan ku,
sembunyikan,
tangisan ini

 
OLEH ATUK
ketika terkenang anak2 yg tak dapat balik beraya..


 
2.INGATAN DULU

Jadikan jalan ini gerbangnya
lipat kemas memori di dada
simpan sampai tiba waktunya
andai esok masih ada.

Usah hirau berapa lama
kita berdiri menatapi
wajah-wajah yang tinggal
fahami pemergian ini mesti dihadapi
bukan diratapi.

Kita yang tinggal
menggali kenangan
yang pernah tersemi
mengheret masa kembali
mengutip sisa-sisa harapan
punah dalam dakapan ingatan
terbekas di rantaian kerinduan.

 
OLEH: ATUK
merbok 3ptg.
3 .11, 2009




50 ulasan:

  1. BUDAK PONDOK / BAB 1- siri 2
    Oleh Nurimanja PK..2002

    Semasa abang-abang aku masuk jawi (bersunat) aku yang paling takut tengok Tok Mudin, ayah kata Tok mudin datang , aku yang lari dahulu. Daripada orang lain, piSembungi dalam kelambu.

    Memang aku ini penakut waktu kecil dahulu tengok orang India beragama Hindu pun takut, lari lentang pukang, Apa tah lagi mereka cerita hantu hantang kelopak jantung hantu datang aku sepak melambung dan macam-macam hantu,ada hantu sorok,hantu cek mah hela ,semuanya membuat hati aku jadi kecut.

    Ketika usia aku lima atau enam tahun ,mula kenal kawan sebaya dengan aku,kami mula main guli, gasing, tudung laminit, kotak rokok, ayam sabung, wau, senapang kayu.dan ikan pelaga.dalam keadaan aku semput itu pun nak main juga gila punya kerja.

    Itu pun aku maseh suka bermain, Mak selalu panggil aku balik, waktu tengah hari rembang ,tejerit-jerit mak panggil , biasanya hari sabtu dan ahad tidak ke sekolah.

    Dua orang kawan aku lagi teruk, Leman dan Awang, mereka sudahlah hidung behingnus, telinga pula bernanah, bau busuk ini yang buat aku tak tahan , orang lain semua lari, tapi aku tetap berkawan juga dengan mereka.

    kawan aku bernama Sulaiman, aku panggil ia Leman saja, dia ini semedang tarik siput beletong , berhingus dari darjah satu sampai dajah lima. Setiap hari aku bersekolah berjalan kaki,kecuali hujan ayah hantar dengan basikal buruknya. Dari darjahs atu sampai darjah empat aku maseh belum boleh membaca.aku tidak tahu dimana silapnya.

    Waktu aku melengung di depan get Jin Seng Estate ke jalan masuk Ke kampungku, aku lihat beberapa orang budak permpuan berpakain baju kurung seragam sekolah Agama kayuh basikal mudar mandir dahulu kemudian, di tepi jalan raya Jalan Siakap .

    Akhir sekali aku berhenti sekolah, selalu sakit pergi sekolah seminggu dua atau tiga hari, jika lelah atau asma kuat berminggu tak pergi sekolah. Guru besar itu baik, bertahun nama aku tak dipotongnya, malah diberi nama ubat suruh ayah beli, apakah jadah nama ubat itu, aku pun tak tahu, mopiko ke, moroko, amako ke. aku memang tak ingat lagi.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. TINGGALKAN SATU NYAWA

    Kali pertama pandang jeling-jeling
    Kali kedua senyum malu kucing
    Kali ketiga mula himpit rapat sikit
    Kali keempat pegang belai membelai
    Kali seterusnya peluk nikmat terasa
    Tersingkap segala hijab
    jadi hubungan terlarang
    Benih mula tertanam dalam diam
    Mula hilang akal sudah bungkam
    Fikiran sudah buntu
    mana hala nak tuju
    Cari rumah terbiar
    cari tandas kosong
    Cari semak samun
    cari masjid dan surau
    Tinggalkan satu nyawa...


    Gerangan hamba
    selepas membaca surat khabar

    BalasPadam
  3. JALAN ATAS TANAH

    jalan saja ke depan
    jangan pandang belakang
    tak payah pegang pinggang
    tak capai tangan bersembang-sembang
    tak pandang mata dalam-dalam
    belakang terkejar-kejar
    jalan sebelah-sebelah
    toleh tepi kadang-kadang
    laju-laju jalan
    bila bicara sama kau,
    aku rasa macam disyurga itu.
    nama kau firdaus juga.
    alahai,aku rasa mabuk.
    mabuk simpang siur.
    ikatan yang gah ini
    rrapi dan kemas ini,
    kita berdua pegang satu tanah.
    tanah persahabatan.
    tanah yang masih hangat.
    tanah yang masih merah.
    tanah yang masih gebu.


    Hambali Maliki
    selangor
    11malam

    BalasPadam
  4. AKU MAHU GELANGGANG INI LAGI!

    Bila di Gelanggang aku berbeza.
    Aku jadi lupa pada pekik lolong
    Jerit maki si gila di kota neraka
    Bebel kosong si bodoh yang leka.
    Aku di sini cuma aku hanya aku
    Bersama isi jiwa
    seringkali meronta berbeza
    Tak seperti aku yang disana
    Tunduk mundur hanya tahu kecewa.
    Izinkan aku menjadi aku
    Di Gelanggang ini
    Aku sedang saying mahu menjerit
    meronta lagi di sini mahu bermanja
    bercinta lagi di sini
    orang mahu aku
    Orang mengerti aku hargai aku
    Tak seperti di kota neraka itu
    Yang selalu buat aku tersendu.


    Hafiz zikrillah
    sajak simbolik harap qalam paham maksudnya

    BalasPadam
  5. CINTA MONYET

    mengapa sedemikian rupa
    mengapa diberi bunga
    pada monyet yang terlompat
    langsung tiada guna
    bunga bukan mainan si monyet
    bunga buat si kumbang
    bunga buat pencinta cinta
    bunga-bunga cinta
    hanya layak buat pencinta
    pencinta hargai cinta
    cinta si monyet hanya mainan
    hadir di waktu masih hijau
    masih terkial melompat
    tanpa arah tuju pasti
    tanpa landasan lurus telus
    hanya mainan semata cinta monyet

    Razak Abu
    penang
    2pagi

    BalasPadam
  6. Gerangan Hamba dengan sajaknya TINGGALKAN SATU NYAWA. Ternyata begitu serius sekali pengucapannya kerap berjumpa menerima padahnya. Maaf kalau saya katakana apa benda yang anak muda kita makan dinihari, menjadikan mereka mudah terangsang untuk melakukan perkara luar batasan pada hokum syarak atau Islam. Baru berkenalan baru sebulan dua, sudah lebih lagak dan gayanya bagai suami isteri. Budaya timur telah tercemar. Jangan sekali duduk berdua-duaan nanti ada orang ketiga nanti mengasut (iblis) lakukan apa yang kamu suka. Bila sudah terlanjur, iblis akan bertepuk tangan dan bersorak ria, dan meninggalkan kamu dalam derita dan sanngsara.malu tidak terhingga. Buang saja anak dimana anda suka. Itulah godaan iblis yang berjaya merasuk hati anak muda. Semoga kita berwaspada. Amin.

    BalasPadam
  7. Sajak sdra Hambali Maliki buat sahabat lelaki dan perempuan bertajuk JALAN ATAS TANAH Tajuknya juga agak tepat sekali, sebenarnya selama ini belum ada lagi orang berjalan bawah tanah? kecuali dalam terowong atau jejambat atau monurel. Kecuali orang mati untuk disimpan kerana tidak bernyawa lagi. Mungkin sdra penulis menceritakan tugas harian bersama kawan-kawan sepejabat yang mungkin terlibat dlam perjalanan tersebut. perlulah berhati-hati dalam mengelolakan kerja . Sajak ini juga rasanya ada satu atau dua menolok, agak sukar untuk diterjemahkan. Keduanya berkaitan dengan tugas apa yang perlu apa yang sepatutnya untuk diterbit atau dibuang. Sesekali kena berbincang, tolong menolong minta pendapat, bagai satu ikatan dalam persahabat, berjanji sama ada pekerja baru lama dan masih mentah. Akan terus bantu membantu. Begitulah agaknya. Amin. ( Cuma satu andaian sahaja ).

    BalasPadam
  8. Sajak sdra Hafiz zikrillah nama bagai pengikut tabligh barang kali sering ikut takzirah puak tablight masjid kapitan keeling. Ustaz al bukhairy iman masjid ka[ital keeling itu guru saya. Sekarang lama tak jumpa. Termasuk aruah ustaz baijunid kelawai dan ustaz Yusuk masjid rawana perak rood. Menyentuh tentan sajak AKU MAHU GELANGGANG INI LAGI. (Cuma andain saja). Mungkin sdra telah pun menjalani dua keadaan yang berbeza. Dahulu mukin agak mengikut rentak perasaan anak muda, buat kerja yang tidak memberi faedah terasa bodoh dan kosong. Kini mungkin sudah ada gelanggang berkumpul sesame penyampai dakwa (tablight) terasa damai dan tenang lalu mahu kekal selamanya begini. Amin.

    BalasPadam
  9. Razak Abu CINTA MOYET tajuk sajaknya kali ini menceritakan bahawa anak muda kini mudah dipengaruhi cinta moyet, jumpa sekali terus jadi, esok jumpa yang lain pula jadi lagi, dan begitulah seterusnya. Lalu jadilah lagi Berory Marantika atau Pusilima. Dengan lagu malam senin terima surat , malam selasa terus bercanda , malam rabu darling I love you. Bila sudah terlanjur , barulah tahu , cinta moyet tak tahu malu. Tanggung sendiri buat malu mak ayah ibu. Semoga anda dan sahabat anda tidak begitu. Amin.

    BalasPadam
  10. SUP TULANG


    Bahan-bahan

    * 1 kg tulang lembu (lebih sedap jika digunakan tulang rusuk)
    * 3 biji bawang merah - dimayang halus
    * 1 ulas bawang putih - dimayang halus
    * 2 in halia diketuk
    * 1 sup bunjut
    * 1 1/2 sudu besar lada hitam - ditumbuk
    * bahan penumis :5 kuntum bunga cengkih, 3 biji buah pelaga, 1 btg kulit kayu manis dan 1 kuntum bunga lawang
    * 3 biji ubi kentang
    * garam dan gula secukup rasa
    * 1 btg celery jika suka
    * 1 kiub pati ayam
    * air
    * bawang goreng dan daun sup

    Cara-cara

    1. Bersihkan tulang dan masukkan kedalam periuk bersama air. Sukatan air mestilah sekali ganda lebih dari paras tulang. Masaklah sehingga daging 1/2 empuk. Jgn buka api terlalu kuat kerana ini akan menyebabkan daging di tulang akan menjadi keras dan liat. Sebaiknya gunakan api yg sederhana shj. Masukkan sedikit garam supaya isi daging menjadi lebih sedap.
    2. Ceduk keluar bhg. berminyak yg terdapat dipermukaan air rebusan tulang tersebut. Biarkan sehingga ia sejuk dan masukkan kedalam peti ais. Akan terdapat satu lapisan membeku dibhg atasnya dan bolehlah dibuang, manakala air rebusan yg dibahagian bawah itu dimasukkan kembali kedalam air rebusan tulang. Kaedah ini dapat menghalang mulut/bibir kita menjadi berminyak setelah makan sup tersebut. Kaedah ini juga boleh digunakan jika hendak memasak gulai tulang..
    3. Masukkan rempah sup bunjut, halia dan ubi kentang. Bolehlah ditambah air jika kuah kelihatan tidak mencukupi. Masukkan juga serbuk lada hitam dan kiub pati ayam.
    4. Dalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumislah bahan penumis hingga wangi dan masukkan bawang merah dan bawang putih yg telah dimayang. Goreng sehingga bawang tersebut menjadi garing dan curahkan kesemuanya kedalam periuk rebusan tulang (termasuk minyak).
    5. Masukkan celery jika ada dan masukkan garam dan gula mengikut cita rasa masing2. Masaklah sehingga ubi kentang dan daging empuk. (tulang memang tak leh empuk kan.. hehe)
    6. Hidangkan ke dalam mangkuk dan taburlah bawang goreng dan daun sup. Sedap dimakan dgn roti bantal. Kalau ada vit. R boleh aje buat roti benggali sofinar or roti nasi onigiri..

    BalasPadam
  11. dih plak aku baca sjak atuk ni

    BalasPadam
  12. atuk dgn org lama suka buat sajak sdih2....

    BalasPadam
  13. mengenang kenangan lalu ke atuk ni?

    BalasPadam
  14. sian atuk anak2 x ambik peduli pun psl dia...

    BalasPadam
  15. sayu je baca sjak atuk ni...

    BalasPadam
  16. kenapa sajak atuk ada 2 plak?>??? ni yg jeles ni

    BalasPadam
  17. sajak atuk en nuri terbit dua plak ker????

    BalasPadam
  18. tringat atuk aku plak bila baca sajak atuk ni

    BalasPadam
  19. smoga anak2 aruk baca sajak atuk ni

    BalasPadam
  20. sajak atuk aku plak kali ni? ape2pun atuk tinggal dgn aku skrg....

    BalasPadam
  21. sup tulang apek liew halal ker ni?

    BalasPadam
  22. jgn letak tulang balik baya sudah apek...

    BalasPadam
  23. wa sula lupa ala mau tulis lalam lesepi wa punya nyonya tulis kasi sama wa... itu sup tulang halal ma...

    BalasPadam
  24. sup tulang kalau melayu yg bagi aku snggup cuba kalau bukan islam was2 la...

    BalasPadam
  25. msih was-was halal ke resepi apek liew bagi ni????

    BalasPadam
  26. sepatutnya jalal jgn siar resepi kalau bukan melayu yg kasi sbb kami was2...

    BalasPadam
  27. eh! apek liew ke yg tulis atau anak dia??? sbb xnmpk pun mcm pelat

    BalasPadam
  28. sup tulang ayam ke lembu ni apek liew? hahahaha

    BalasPadam
  29. sup tulang pun ada ka apek? hehehe

    BalasPadam
  30. aku nk cuba sup tulang ni tp rsa 50/50 la...

    BalasPadam
  31. hahaha mmg selalu bdk2 mmg takutkan tok mudim..

    BalasPadam
  32. dgn org indian pun en nuri takut ka?? ayoyo

    BalasPadam
  33. hantu che mah hela apa bnda plak ni???

    BalasPadam
  34. ayo.. sdih dgr itu en nuri takut sama org india? apa salah kami... hehehe

    BalasPadam
  35. org india hitam sgt kot sbb tu en nuri takut??? hahaahahha

    BalasPadam
  36. bila baca en nuri main guli? tudung tin? tiba2 rasa mcm nk ke alam kanak2 plak..

    BalasPadam
  37. nakal jgk en nuri masa kcik mcm2 bnda en nuri cuba...

    BalasPadam
  38. sdih bila en nuri kata leman dan awang teliga bernanah xde spa nk kawan terasa plak sy.. sbb nama pun sama.. hehhehehe

    BalasPadam
  39. wah! en nuri kwn x pilih bulu....

    BalasPadam
  40. telinga bernanah pun en nuri kwn?? klu aku sah putus kawan... hehehehe

    BalasPadam
  41. eh! nama sy pun ada jgk dlm cerpen ni...

    BalasPadam
  42. mopiko utk kudis moroco tu nama negara dan amoko tu bahasa jepun... ubat dia sebenarnya nama apa???

    BalasPadam
  43. seronok betol zaman kanak2....

    BalasPadam
  44. guru besar tu baik plak dgn en nuri????

    BalasPadam
  45. bagus en nuri kwn dgn siapa saja tp kenapa takut dgn org india??? hahahha

    BalasPadam
  46. dgn org cina en nuri x takut ker? hahaha

    BalasPadam
  47. eh! kenapa x sunat kat klinik tok mudim sakit tu...

    BalasPadam
  48. tok mudim?? sakit sgt ke? aku dulu sunat kat klinik je xde sakit pun

    BalasPadam
  49. sambung lgi en nuri seronok baca wlpn dh baca dulu tp tetap best...

    BalasPadam
  50. jawapan rengkas


    -Taku orang India dan orang Putih. memang saya masa kecil terkurung, radia tidak ada, tak kenal dunia luar, negara belum merdeka.bahadi takut dekat jepun pun ada lagi bukan saya kedua ibu bapa saya. "Bila buat nakal mak kata "Aku bagi dekat hindu!"

    Ramai juga orang kampung sebut hindu bukannya India. setahu saya Hindu itu agama, macam kita juga
    Islam. tak sebut bangsa India, bahasa tamil. Agama Hindu. Dulu ramai orang kampung silap sebut.

    -Sebab apa saya takut, pertama kulit dia hitam yang satu lagi putih pula , saya mungkin coklat.
    bila dah sekolah barulah berani sadikit, bila dah dewasa ramai pula kawan saya cina dan india,
    bila rumah dekat Estate.

    Ada dua filem Estate dan Mualaf sama dengan tajuk cerpen saya. tapi mereka bukan palagiat cuma kebetulan saja sama.

    - Dalam masakan bangsa apa pun kita boleh penda atau ubah.tidak halal boleh ganti yang halal, Mee Hailan atau sup tulang ini makan orang cina, kita ganti dan carilah yang halal, masak sama saja. saya
    pun ada resepi tersendiri:

    MEE UDAYAMTONG, ramai adik beradik suruh saya buka kedai kat teluk kumbar ini. Saya minta maaf takut nanti mee udang pak ngah mak long pula tutup. kerja potong rezeki orang lain ini tak digalakan islam.

    Terima kasih Apek Liew dan Pak Bostaman dengan kerana sumbang resepi anda berdua. Mee hailam dan sup Tulang.

    Oh ya! MEEUDAYAMTONG itu. cantum nama :mee-udang-daging-ayam-sotong

    BalasPadam