Rabu, 29 Disember 2010

BISIKAN ITU



kategori sajak GA -pesara

    Bisikan itu…
    Masih kudengari…
    Kalimah suci…
    Menggamit hati nurani..
    Bisikan itu…
    Terasa semalam..
    Berlalu di bawa bayu…
    Melintas sepintas lalu
    Bisikan itu…
    Masih kuingati…
    Kerana kutahu ia akan kembali…
    Menggamit diriku
    Menemui Ilahi…
    Lailahaillallah
    Bisikan itu…
    Makin terasa kehadirannya…
    Sedetik…dua detik…tiga
    Lailahaillallah
    Ya Allah…
    Aku menghadapMu…
    Kembali kepadaMu…
    Terimalah diriku…
    Lailahaillallah

   
OLEH: USTAZ RAHMAN
    masjid,
    2009 Disember 24 14:45






50 ulasan:

  1. Oleh Nurimanja PK..2002
    BERSAMBUNG. Bab 2/ siri 1
    @@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

    BAB 2 /siri 1

    Hampir se tahun aku belajar aku pun menghitung masa depan dengan penuh harapan, Dari perbualan Cikgu dan Ustaz serta kawan-kawan yang rapat dan jauh, mereka mengatakan, kalau nak jadi Guru agama atau seorang ustaz, mesti mempunyai SPM dan Empat Senawi sekurang-kurangnya .baru layak jadi guru Agama,jika tidak Penat sahaja belajar sekolah Arab.

    Satu hari aku bertemu dengan seorang kawan lama yang sedang belajar di salah sebuah sekolah agama rakyat di pekan Tanjng Piandang Sek. Men.Al wataniah Shasul Maarif Al Wataniah Tanjung Piandang, dia mempunyai dua aliran Agama dan Akedemik, hatiku bertambah berkobar-kobar membakar semangat diseluruh urat darah dan tulang daging ditubuhku.

    Pagi, petang, siang malam hatiku sering menghitung untuk menuntut ilmu ke sekolah Al Wataniah Tanjung Piandang. Mak bagi tahu di Tanjung Piandang ramai adik beradik mak, arwah Tuk Nyang Naim pun salah seorang yang amat disegani tentang ilmu Agama.

    Bila aku mula belajar di sekolah agama itu, hari pertama , aku pergi bersama abang Halim, aku ditemuduga sebelum pendaftaran, kerani sekolah itu kata ,Aku budak kutu rayau ,dia bisa jumpa di pekan Parit Buntar. Aku menafikan sekeras-kerasnya.

    Abang Halim senyum sahaja, aku naik 'hot' depan orang ramai keluar masuk dalam pejabat itu, Pejabat itu agak sempit tidak terurus ,tidak ada bilik khas untuk guru besar atau kerani sekolah.

    Semasa aku menuntut di sekolah itu, aku tinggal dirumah Tuk Nek Puyuh., Dia bertubuh kecil tetapi nampak 'smart' dengan baju 'bush jeket'nya warna kuning dengan kain pelekat cap sauh cukup popular di Pekan Tanjung Piandang.Tuk Nek Puyuh ini adalah adik kepada Tuk Wan Nain. Atuk kepada ibuku, dan Tuk Nyang kepadaku.

    Pada satu malam selepas Maghrib aku pergi ke Surau bersama Tuk Nek Puyuh, dua tiga orang kawan Tuk Nek Puyuh , Bertanya siapa budak ini? Tuk Nek Puyuh menjawab cicit Naim, arwah abang aku .dia belajar di sekolah Agama Shamsul maarif al wataniah ini. Mereka semua memandang aku dengan pandang yang berbeza, dan penuh maana. Aku terasa bagai disenangi.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. KAGUM DENGAN EN NURI

    Kami dahulunyatidak pandai berpuisi
    kami bukan reti bermain bait-bait,
    kami bukan fasih dalam menulis,
    kami tak handal berpuitis,
    kami tak tahu tentang sastera,
    kami tak faham apa maknanya,
    kami bukan cerdik menyusun ayat,
    kami tak hebat melakar rasa,
    kami tak hebat menulis cerpen
    kami tak mengerti apa maksud sajak
    kami buta tentang seni
    kami kosong dalam bidang penulisan
    kami bukan anak seni.
    kami bukan orang puisi.
    Kerana kami hanya suka berimaginasi

    Tapi selepas mengikuti blog ini
    kami jadi cinta pada metafora,
    kami kagum hebatnya simile,
    kami gemar eloknya susunan bahasa,
    kami tabik dengan emosi dramatis.
    kami kagun dengan penulisan sajak
    kami ingin jadi penulis
    kami ingin menaikan seni sajak
    walau kami bukan anak seni.
    bukan orang puisi
    bukan siapa-siapa.
    kami cuma cucu cicit adam dan hawa
    yang hanya insane biasa.
    tapi kami diberi peluang
    menulis sajak ni disini
    jadi izinkan kami
    terus menimba ilmu di sini.
    Blog citra rasa en nuri…


    Sajak di karang oleh semua staff penjaga blog utk hari jd en nuri sajak ni tak kira yang jaga blog en nuri atau x smua tolong sekali

    BalasPadam
  3. ESOK

    Lupakan waktu semalam
    Kerana ia telah pergi
    Jadikan sebagai pedoman
    Untuk teruskan kehidupan
    Usah kau terlalu fikirkan
    Kerana ia telah terjadi
    Teruslah mara kehadapan
    Hadapi dengan tenang
    Masa akan berlalu pergi
    Saat bahagia pasti kau temui
    Jangan di kenang cerita lama
    Kelak nanti menyeksa jiwa
    Kerana dunia masih berputar
    Harapanmu pasti kan bersinar
    Mungkin esok hari bermakna
    Hari ini guna sebaiknya


    Ahmad Qatarunada
    salam mesra dari sy penjaga blog

    BalasPadam
  4. MASA LAMPAU

    aku ingin ke masa lampau supaya
    Dapat tinggal dekat semua planet.
    boleh berdiri tanpa
    pijak rumput milik Tuhan
    Dapat jadi budak kecil macam dulu
    Yang mana pakcik makcik cubit pipi
    waktu kecil bila gemuk pun comel
    Dapat jadi perempuan cantik
    Dapat makan KFC macam dulu.
    Hari itu aku nampak anak kecil
    Berbaju hijau dan putih
    Sarung kaki warn biru muda
    Pada ketika aku lihat dia menghayun kunci kereta ibunya.
    mengetuk jam kehabisan bateri
    kekal tunjuk angka yang sama
    Sejurus itu gitar yang bawanya jatuh lalu pecah abangnya marah
    Terus aku tanda soal pada alam.
    kenapa masa kecilku tak sebegitu


    Puan Rosnah
    saya penjaga blog isteri kpd bos harap qalam terima sajak sy

    BalasPadam
  5. APA ITU PEREMPUAN

    Perempuan
    Engkau mewangi di laman berahi
    Rias diri bukan tontonan
    Edah usia usah persiakan
    Menyusuri likuan ombak hangat ganas
    Pintal lah benak akalmu faedah
    Usah alpa menongkah mulusnya arus
    Asah peribadi kental sikap sifat
    Nescaya insan duniawi kan terpikat

    Puaskah jika sekuntum bunga
    Engkau lambakkan
    Raja menyantap engkau relakan
    Esok lembut wajah mu bertukar muram
    Miskin raga mu di hari mendatang
    Perih bibir mu tertosok sembilu
    Uncang jiwa mu kosong pedoman
    Anting emas mu berlagu sendu
    Nanti diri sendiri bersalut malu

    Perempuan
    Enak mimpi jangan permainkan
    Resah dada mu bergumpal dendam
    Engkau dipuja cuma pujukan
    Milik diri jadi tebusan
    Pusakai lah iman serta kesyukuran
    Upih riwayat mu takkan bergoncang
    Anbia dan Nabi jadi sandaran
    Nyata jalan mu bersuluh terang


    Encik Sanusi Rustam
    saya ketua penjaga blog disini maaf klu x keberatan sy dan istei sy pun ingin menyumbang sajak

    BalasPadam
  6. CACATAN DI DALAM LACI

    aku menemukan himpunan catatan lama
    terperosok dalam laci yang berdebu
    kegirangan memaksa aku
    menjilat segala isinya
    kegirangan itu pergi sendiri
    tiada indah yang saya temukan
    hanya perit pedih luka lama.
    Catatan itu biar mahupun sekarang
    masih catat peristiwa sama
    sejarah yang berulang ulang
    Tuhan biar musim bertukar ganti
    mengapa masih terus terluka lagi.
    Mendung musim biru menjadi kelabu
    waktu terus merangkai
    rangkaian tak berguna
    begitulah rentetan
    Setelah mentari cerah datang segumpal awan kelabu
    menutupi terang.
    Kicauan merdu camar yang pulang
    masih terdengar dari jendela
    walau langit begitu mengancam.


    Koh Ah Teng
    saya pun penjaga blog harap qalam terima sajak sy selepas 3bulan ambik khusus bahasa malayu

    BalasPadam
  7. En nuri kata sajak ini rasanya tidak perlulah diulas kebanyakan khyalak sudah pun dapat menangkap maksud dan faham akan segala isi pengucapannya. Dan diucapkan terima kasih. Bagi kami keluarga kerja blog CR , apa yang kami tulis tidak ada satu yang indah dan menarik , sekadar kita cuma berbicara sesama kita , tidak kira bangsa dan agama semuanya kita sama. berbilang rakyat dalam sebuah negara Malaysia, yang baik kita teruskan yang tidak baik kita perbetulkan secara berhemah, Tuhan kurniakan minda untuk berfikir apa yang baik dan menjauhkan apa yang dilarang pada fahaman agama dan hukum karma. Apa yang salah dan lemah Itu dari kesilapan kita sendiri yang baik dan sempurna itu daripada Allah swt .Amin.

    BalasPadam
  8. PB sajak Ahmad Qatarunada berbunyi bagaikan nasihat untuk khalayak berfikir. Apa yang telalh berlalu atau berlaku jadikan pandomen, tidak perlu lagi dikesali atau pun dikenang lagi, dikhuatir
    Nanti merana diri. Hadapilah hari yang mendatang semoga ada sinar kejayaan entah esok ataupun lusa, selagi dunia masih berputar dan hidung kita menyedut udara tanamkanlah semangat dan cita cita. Cuma si pewnulis meminta agar hari ini gunakan sebaik mungkin masa yang ada untuk kita mendapatkan hari yang lebih bermakna. Amin.

    BalasPadam
  9. PB Puan Rosnah sajaknya bagai memory MASA LAMPAU ada dua menolok dalam sajak ini pertama kembali mengenangkan masa lampau bagaimana sewaktu anak kecil kita dipandang manis dan sesiapa pun geram melihatnya. (kerana belum ada dosa) sehingga ada pakcik makcik sangaja Tarik dan cubit pipi. Dan diberi segala macam keperluan pada zaman dahulu sekadar KFC. Kedua ada perbezaan dengan anak kecil dinihari. Ibu bapa punya kereta, ada jam tangan malah handset lagi.malah si abang lebih daripanya . itulah kemewahan yang mereka rasai di kurniakan Allah atas Doa-doa datuk nenek mereka yang susah dahulu kala. Begitulah keadaan kita apa yang kita minta hari ini, tuhan akan mengurniakan kepada anak cucu kita. Tetapi minta mereka jangan lupa diri. Amin.

    BalasPadam
  10. KPB Encik Sanusi Rustam bersama nukilan sajaknya bertajuk: APA ITU PEREMPUAN? Pengucapannya terasa
    bagai mendisfinasikan erti seorang perempuan. Penyusunan baik dan rangkapnya juga punya peka daya
    kreatif. Tiga para menyatakan akan keperibadian seorang perempuan. Si penulis pada dasarnya memberi kata nasihat pada para pertama cuba menceritakan kecantikan perempuan, pada pra kedua, Cuma mengingatkan jangan mudah terperdaya dengan hadiah atau pujian yang meninggi dan para ketiga berhati dengan bujukan dan sebaiknya mengikut cara para ambiak dan nabi-nabi mendidik isteri agar jadi sandaran untuk dicalunkan sebagai perempuan solehan dan ibu misalli . Amin.

    BalasPadam
  11. PB sdra Koh Ah Teng dengan sajaknya CATATAN DI DALAM AL LACI. Pengucapannya
    Bermaksud ada sesuatu yang masih bersemadi dalam catatan riwayat hidup penulis. Bila saja
    Menumui sebuah laci lama mungkin dari sebuah meja atau almari. Apa yang menyedihkan ia cuma catatan lama dengan cerita yang sama. Bagaikan sejarah yang berulang-ulang. Kini si penulis dalam keresahan mengharap tuhan akan mengubah dan mengubati hati lukanya bersama tahun baru mentari cerah dan kicauan camar, penuh harap dapat mengharung hidup ini dalam keadaan langit yang begitu mengancam. Semoga sukses. Amin!

    BalasPadam
  12. indah sunggu sajak ni

    BalasPadam
  13. sajak yg menarik utk dibaca

    BalasPadam
  14. sajak ketuhanan plak insaf baca

    BalasPadam
  15. kenapa tajuk rasa gementar?

    BalasPadam
  16. sajak ni en nuri tkut kat sapa?

    BalasPadam
  17. sajak ustaz rahman??? xpnh tgk pun

    BalasPadam
  18. ustaz rahman ni pesara ke?

    BalasPadam
  19. ustaz rahman pesara rupanya ingatkan masih mengajar

    BalasPadam
  20. esok katogori apa plak? lps pesara ni

    BalasPadam
  21. sajak yg agak sdih dari ustaz rahman

    BalasPadam
  22. sayu plak hati baca sajak ustaz rahman ni

    BalasPadam
  23. sajak en nuri dan ustaz rahamn dua2 sdih...

    BalasPadam
  24. sajak pasal apa plak ustaz rahman ni?

    BalasPadam
  25. esok sajak sapa? katogori apa?

    BalasPadam
  26. sajak sedih plak kali ni

    BalasPadam
  27. esok letak sajak yg gembira sikit

    BalasPadam
  28. samua sajak sedih2 plak?

    BalasPadam
  29. byk plak sajak di terbitkan kali ni

    BalasPadam
  30. apa bnda plak 4 senawa tu en nuri???

    BalasPadam
  31. en nuri dia tuduh kutu rayau plak? sial pnya org

    BalasPadam
  32. wah! sorg segan kat en nuri bila dgr cucu tok wan naim...

    BalasPadam
  33. semua pasal skola agama saja xphm la sy

    BalasPadam
  34. nampaknya en nuri nak jd guru agama tercapai ke?

    BalasPadam
  35. mcm ni rupanya kisah perjalanan en nuri...

    BalasPadam
  36. kenapa dia kata en nuri kutu rayau???

    BalasPadam
  37. rasanya muka en nuri sama dgn bdk2 jahat kat sana kira pelanduk 2 serupa la ni

    BalasPadam
  38. sekali dorg trus segan bila en nuri cucu tok wan naim

    BalasPadam
  39. en nuri ni org tanjung piandang ker?

    BalasPadam
  40. ingatkan en nuri asal penang rupanya asal perak...

    BalasPadam
  41. wah! skrg cerita pasal skola pondok plak?

    BalasPadam
  42. en nuri kalau dlu skola agama ni msti dulu org bulan ni

    BalasPadam
  43. terhibur jgk baca kisah en nuri ni

    BalasPadam
  44. boleh buat buku cerita en nuri ni

    BalasPadam
  45. ni bukan macam cerpen tp lbih kpd rencana jer...

    BalasPadam
  46. wah! semua kisah ada dalam ni sekali

    BalasPadam
  47. eh! kalau en nuri belaja lambat msti kwin pun lambat ni

    BalasPadam
  48. seronok plak baca kisah en nuri ni

    BalasPadam
  49. - 1 sajak ustaz rahman ini lama tenguk tarikh, ahli 2009 sebab itu bila tulis saja kena letak tarikh, dan tempat, atau negeri.

    - 2 rasa gementar itu takut dekat tuhan bila dengar orang azan, kita kena segera solat buat Mui Ling
    dan Rossa Long

    - 4 senawi macam sekolah menengah tingkatan 5 selepas tahdirin dan abtidak i atau tadika dan rendah.
    buat Ravi Ramachandran, nak masuk Islam x perlu sangat belajar ini, kemudian boleh belajar.

    - 5 sebelum itu saya bebas menang sebab orang kampung saya ada dua puak, selalu bermasam muka pasal parti. entah macam mana saya sokong Pas menang kawasan kuala kurau, Parit buntar, kerana parti cakap banyak putar belit, saya pi BN menang kerana YBnya lupa daratan. saya bebas 3 penggal. selamat kini. tak subahat lagi. tapi tetap sokong perkara yang benar dan telus, amin'

    6. Viger ini bukan kutuk Msia. Dia
    cuma bagi petua bagaimana nak menang. Tenguk ternyata meanng!!
    Thaniah buat pemain anakmuda kita.
    saya sokong saja...

    BalasPadam