Rabu, 22 Disember 2010

BILA TIBA 2012



sajak kategori bukan Islam.


 
Bila tiba 2012
mentari telah tak bersinar lagi
pergi meninggalkan dunia ini
bila tiba 2012 dunia....
menjadi begitu gelap dan dingin
begitu pekat dan menyayat
oleh suara kematian

bila tiba 2012 semua....
menjadi beku dan diam
tiada lagi gerak.
nafas-nafas hangat
2012 perasaanpun tiada
sementara sang kematian
menghinggapi ke semua tanah

 
Oleh: KELVIN CHONG
kolej lim kok wing





50 ulasan:

  1. sajak atau puisi orang banjar


    perkataannya

    Ganar - besar
    wariayak tuhah - kera tua
    keharuan - terharu atau bengung
    keruan - tak tentu arah jadinya

    Anda boleh menghayatinya puisi itu
    apakah maksud dan isinya.

    BalasPadam
  2. SYUKRAN YA HABIBI

    disember tinggal separuh
    januari kan jenguk diri
    dalam sedar tak sedar
    setahun sudah berlalu
    dan riwayat kehidupan
    masih kekal berterusan
    tunggu jelmanya tahun baru
    yang mungkin bawa seribu manis
    juga mungkin sejuta pahit
    itu rencah diari hidup
    bawa wadah kematangan
    matang pada tindak laku
    matang pada akal fikir
    matang pada kemudi hidup
    apa yang pasti
    selagi masih diberi nyawa
    guna sebaik sepenuhnya
    syukran ya habibi...


    Haji Atang
    12malam
    20.12.2010

    BalasPadam
  3. AWAS

    awas jangan main api
    kelak terbakar diri
    awas jangan berumah di pantai
    kelak dipukul badai
    awas jangan suka mencela
    kelak diri merana
    awas jangan suka memaki
    kelak mulut dicili
    awas jangan suka membantah
    kelak diri diratah
    awas jangan suka sendiri
    kelak menyeksa diri
    awas jangan berkata dusta
    kelak diri dihina
    awas jangan suka melawan
    kelak tiada kawan
    awas jangan cepat melatah
    kelak sendiri rebah
    awas jangan suka marah
    kelak jiwa parah
    awas jangan masam muka
    kelak tiada yang suka
    awas jangan lupa tuhan
    kelak tak tertanggung badan
    tahan segala siksaan
    pedih tiada tertahan…


    Angker 13
    perak
    18.12.2010

    BalasPadam
  4. SUARA DARI PEMBUANGAN
    gelap…sempit…keseorangan
    sembilan bulan aku bergelap
    ingin sekali kulihat cahaya
    ingin sekali kulihat dunia
    tiba saat itu
    sekali lagi aku bergelap
    entah di mana aku dilahirkan
    bau busuk hancing menusuk
    akhirnya kubisa bergerak bebas
    walau ditandas sebuah sekolah
    jangan! mengapa letakkan aku disini
    dalam plastik sampah hitam
    suasana gelap kembali
    jadi sesak sempit kembali
    oh ibu! mana rasa kasihmu
    oh ayah! mana rasa ihsanmu
    kini ku sendiri lagi
    ibu…tolong aku ibu
    aku digigit semut…ibu
    aku takutkan anjing…ibu
    ayah…tolong aku ayah
    aku mahu didukung
    aku mahu kenal siapa ayah
    gelap juga akhirnya…


    Adi Cana
    sajak bila mengenang tentang buang anak

    BalasPadam
  5. GEMBIRANYA HIDUP INI

    Gembiranya hidup ini…
    keluargaku bersamaku…
    menemani ku apa jua arah tujuku…
    Gembiranya hidup ini…
    temanku bersamaku…
    dikala ku susah dia disisiku…
    Gembiranya hidup ini…
    jika ku dapat menggembirakan mereka
    membuat mereka menangis
    gembira keranaku…
    setiap saat setiap waktu
    Melutut di hadapan gua
    menunggu nasib akan dibaham atau
    dibiar oleh raksasa
    Memeluk tubuh merangkul hati
    menenang jiwa tiada lebih perit
    dari menanti masa.


    Balqish
    UUM
    2ptg

    BalasPadam
  6. Haji Atang dengan sajaknya yang bertajuk: SYUKRAN YA HABIBI. Pengucapnya bagai tanda rasa syukur kehaderat Illahi kerasa masih membenarkan hidungnya menyedut udara tuhan di dunia ini. Berbeza dengan anak muda sekarang yang engan berterima kasih dengan apa yang ada. Beberapa banyak Negara yang dulunya mewah dan makmur kini menjadi muflis jatuh tersungkur, kerana rakyatnya tidak mengerti erti syukur dan berterima kasih, Allah kata sesiapa yang bersykur aku tambah rezekinya lagi, siapa yang engan engkar azabnya amat pedeh. Terima kasih Haji Atang. Amin semoga anda sihat walafiat. Amin.

    BalasPadam
  7. AWAS sajak berupa amaran kepada sesiapa saja yang bernama manusia, lelaki perempuan , tua tau pun muda, sajak dari Angker 13, begitu juga bagi orang yang bukan beragama Islam mereka mempercayai hokum karma, tiap yang melakukan kejahatan mereka akan menerima pembalasan yang setempal dengannya. Tetapi bagi orang Islam nabi telah mengajar mereka melakukan yang makrup menjauhkan perkara yang mungkar. atau nahi mungkar. Terima kasih buat Angker 13. Amin

    BalasPadam
  8. Sajak darpada sdra. Adi Cana kali ini bertajuk: SUARA DARI PEMBUANGAN. Nyata sekali pengucapannya mengisahkan issu semasa tentang tangisan suara bayi Apabila dia tercampak ke dunia daripada kehehidupan yang tenang dan damai di dalam rahim ibu. Kini nasibnya tidak menentu, entah dimana sajak akan dicampak, mungkin kerana kelahirannya dari agenda yang tidak sah atau diluluskan oleh syrak atau sesuatu agama. Menjadikan dia mangsa menutup malu daripada angkara kedua ibu bapa. Semoga kita mengelakan diri dari masallah gejala siosial ini. Amin

    BalasPadam
  9. Balqish dari uum dengan sajaknya bertajuk GIMBIRANYA HIDUP INI. Pengucapannya mengambarkan rasa curiga dan berwaspada bila setelah habis kegembiraannya selama ini, ada pula cerita yang masih samar perlu dihadapinya. Inilah delima yang mnjadi keraguan yang sering menghatuinya dirinya. Seperti berada Di depan gua menyerah nasib dibaham raksasa, Atau sebaliknya dalam penantian yang amat menyeksa ini di dunia kampus sintok ini. Semoga tabah menghadapi cabaran . Amin.

    BalasPadam
  10. MURUKU


    500gram tepung beras
    250gram tepung muruku BABAS
    2 sudu besar tepung jagung
    3 sudu besar serbuk kari BABAS 1 sudu besar jintan manis(dimesin halus)
    1 sudu besar jintan putih(dimesin halus)
    1 biji kelapa(ambil santan secukupnya) seeloknya gunakan air panas sewaktu memerah.
    2 sudu margerin
    garam secukupnya.
    Cara:
    1) Masukkan tepung beras, tepung muruku dan tepung jagung ke dalam mangkuk adunan.
    2) Kemudian masukkan jintan manis, jintan putih, kari dan garam kedalam mangkuk tersebut.
    3) Masukkan margerin dan santan. Adun hingga sebati dan kental.
    4) masukkan dalam acuan muruku dan goreng dalam minyak yang panas.

    BalasPadam
  11. kenapa panggil kapal terbang kuih ni bentuk kapal terbang ker?

    BalasPadam
  12. kuih kapal terbang bukan tempat dia di kapal terbang ke? haahha

    BalasPadam
  13. terima kasih en nuri buat sajak utk mualaf

    BalasPadam
  14. mualaf tu apa bnda plak en nuri?

    BalasPadam
  15. ilahi benda apa? binatang ke? pokok?

    BalasPadam
  16. syukur ada jgk sajak utk saudara baru

    BalasPadam
  17. terima ksih en nuri kami mmg terharu bila baca sajak saudara baru ni

    BalasPadam
  18. smoga lps ni lbih byk org msuk islam

    BalasPadam
  19. wah! rasa di hargai plak bila baca sajak utk saudara bru

    BalasPadam
  20. best ke jd saudara baru ni? sy tertarik jgk tp nk msuk islam kena pikir byk kali jgk la...

    BalasPadam
  21. eh! ala sajak sadala balu! wa lasa mau masuk islam juga tapi wa takut itu wa punya bini hantam sama wa? dulu wa ala sula kena tanya masuk islam bini wa sula buat wa jadi bola boling...

    BalasPadam
  22. bila baca sajak saudara baru rasa macam mau masuk islam? tapi ha sy takut kena potong itu anu... sbb sy sudah tua lagi mau liat

    BalasPadam
  23. alo en nuri! kalau mau masuk islam tapi tak mau potong itu lancau boleh ka???

    BalasPadam
  24. eh! muruku plak ravi ni?

    BalasPadam
  25. resepi ko bagi ni halal ke ravi???

    BalasPadam
  26. muruku aku selalu beli je nk buat aku xreti

    BalasPadam
  27. lama x makan muruku nnt nk cuba buat la

    BalasPadam
  28. aku kalau muruku ni selalu beli kat pasar malam je malas nk buat

    BalasPadam
  29. resepi 1 malaysia ada kt sini? hehe

    BalasPadam
  30. mana ada 2012 hari kiamat la kevin chong

    BalasPadam
  31. hanya tuhan saja yg thu bila hari kiamat tu kevin

    BalasPadam
  32. selagi dajal x turun x mngkin akan hari kiamat...

    BalasPadam
  33. smoga sajak kevin ni dapat menginsafkan org yg membaca....

    BalasPadam
  34. seram plak aku baca pasal kiamat ni

    BalasPadam
  35. gambaran kiamat lagi dasyat....

    BalasPadam
  36. kalau benar 2012 kiamat? moga2 kita cukup amalan utk dibawa ke sana

    BalasPadam
  37. 2012 hari kiamat??? x mngkin la.....

    BalasPadam
  38. muruku ni halal x ravi?

    BalasPadam
  39. aku makanan org india ni maaflah aku tolak tepi

    BalasPadam
  40. muruku? teringin jgk nk makan tp sini susah nak cari

    BalasPadam
  41. wah! ada resepi muruku plak! makanan kesukaan aku tu

    BalasPadam
  42. sajak keving chong ni agak menyeramkan bulu roma la

    BalasPadam
  43. harap2 kiamat lambat lagi..

    BalasPadam
  44. datang sini kejab... hehe sy penjaga blog

    BalasPadam
  45. kenapalah aku x diberi tugas jaga blog ni... jeles aku...

    BalasPadam
  46. patutlah rmai berebut nk jaga blog ni sbb mmg menarik pun... salam sy penjaga blog maaf tumpang toi

    BalasPadam
  47. muruku plak! resepi india.. hehe

    BalasPadam
  48. semua agama punya makanan ada...

    BalasPadam
  49. harap2 kita semua x jd mcm hadi ni lupa daratan

    BalasPadam
  50. Jawapan rengkas pertanyaan ahli CR semalam.


    - terima kasih Ravi Ramachandran sumbang respi
    MURUKU ramai orang suka makan tapi tak tahu
    cara membuatnya.

    - Mana ada sakit bila bius, makan ubat tahan sakit
    dan ubat luka cepat sembuh demi jaga kebersihan saja.
    untuk mudah solat (sembahyang)

    - Masuk Islam tidak ada paksaan, jika dia dapat pertunjuk
    dari Ilahi- kepadaNya atau Allah ( Tuan Alla ). Dia yang
    berkuasa buka pintu hati sesaorang masuk Islamlah dia.

    - Sebenarnya Qiamat tidak siapa pun yang tahu, bila turun
    tanda-tandanya dulu. Apa yang penting sajak Qimat ini
    beri kesedran dan keinsafan kepada kita, bila berlaku
    Qiamat ini.

    - Penjaga blog x payah minta izin boleh masuk bila suka
    termasuk yang pro atau kontra dengan pemerentah
    atau bebas. kita cuma tukar pendapat, tidak kira bangsa.
    atau fahaman politik. Betul kita sokong x betul kita tegur
    dengan berhemah. Demi negara tercinta Malaysia. Amin.

    BalasPadam