Selasa, 14 Disember 2010

BILA KUKENANGKAN





Aku rasa,
paling menarik
tapak kakiku
berukur dua jari,
sedang bibirku
menyedut susu
mesra  didakap
dan dipeluk ibu
Ah, enaknya!
dan damainya
rasa hatiku.

Kini cuma,
satu kenangan
sekali datang
menyingkap cerita
bermain di hati
kini aku mengerti
fasrah  diri
seorang sepi
bila ibu ayah
tiada lagi
di dunia ini.

Oleh: Nurimanja,
Sajak lagenda 1972,
Terkenang kemasa dulu.




50 ulasan:

  1. SIRI 3.

    CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
    _____________________________________________________________________



    Sememangnya begitulah muka yang hidup cuma mengabdikan diri dalam memburu dan mengumpul harta benda dan kekayaan sahaja. Justeritu tidak hairanlah ada pekerja di bawah jagaan mandor Ah kau ramai yang angkat kaki tidak tahan lama, mereka meninggalkannya dan mencari kerja lain.

    Hadi juga terasa panas dan sakit hati dengan mandor Ah kau ini, bukan kerana kerja atau suasana yang memerekkan tetapi maki hamun yang pedas dari mulutnya yang tidak berkunci itu memang cukup menyakitkan hati, menjadikan ramai pekerja mengambil keputusan untuk berhenti.

    Hadi terbatuk-batuk kecil, dalam bunyinya bermain di kerongkong , dirasainya tekak dan lidahnya kian kering. Hadi menepuk-nepuk dadanya, kemudian mengangkatkan kepalanya dan memicit-micit dahi dengan jari jemarinya, terasa panas dan berdenyut-denyut hingga ke bubun.

    Kemudian hadi mencapai botol air mineral yang tinggal sekerat botol lagi, dibukanya tutup botol dan melanggahnya beberapa teguk, terasa sejuk sadikit tekaknya, Kemudian dia kembali menelungkup dahi kepalanya ke lengan yang tergalang di atas kedua belah kepala lututnya.

    “Kau baru saja keluar dari rumah sakit. Eloklah kau berehat sehari dua dulu, bila sudah baik betul , barulah kau pergi bekerja. Aku khuatir jika nanti kau sakit semula, siapa yang susah?” Begitu kata Madian kepadanya sebelum pergi kerja pagi tadi.

    Sesekali difikirkannya , ada juga kebenarananya , kata-kata Madian sahabat karip sekerjanya itu, tetapi entah kenapa hati Hadi agak degil dan keras untuk mendengar nasihat dari orang lain, itulah tabiaatnya yang sukar untuk dirinya membuangkan jauh dari hati sanubarinya.

    Dari sikap kedegilan ini jugalah membuat hadi berhijrah ke bandar yang penuh mencabar hati seorang anak kampong sepertinya untuk menghadapi suasananya yang penuh dengan keagkuhan dan kesombongan ini.

    Hadi masih ingat lagi, bagaimana dia mula boleh menjejakkan kakinya ke bandar ini?
    Dia sanggup meninggalkan kampong halaman, sawah lading dan sebuah rumah kecil bersama seorang ibu tua yang selalu daif dan uzur itu, dia masih ingat.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. DENDAM LANGIT

    Kiam perdu rahim menggadai mimpi
    angkara kesumat terbit fajar daerah
    gurindam neraka kecil
    syair merdu halwa peratap kematian
    menyelinap silam
    tersirap darah nyilu
    kian menjadi sungai tak bermuara
    dingin kencang pendekar
    mengatur langkah warisan
    sesudah mentara seni
    bertutur gagah tanpa pertiwi gundah
    meneroboh segenap semangat jendela
    penutup jalinan
    kesaktian perwira tua
    mencari sisa nafiri amarah dendam sebuah cacatan tebal penghulu
    menulis tekun neon purnama gering
    jelas tiada gemerlapan bintang
    menyihir kewarasan
    kedangkalan insan bergelar kamil
    menuntut murahan kemanusian
    dalam kronologi bayangan tenat


    Pak Bostamam
    kedah
    12.12.2010

    BalasPadam
  3. SEHATI BERCERAI

    dulu mereka cukup serasi
    di pentas program realiti
    di pentas tari menari
    lenggok gaya lembut sekali
    sampai pipi bertemu pipi
    semua tercongok depan tv
    artis pujaan tengah beraksi
    topup lebuh tak kira lagi
    saban hari asyik mengundi
    kini mereka makin resah
    dulu serasi kini berbalah
    satu persatu sibuk bertelagah
    bagai retak menanti belah
    peminat mula berpaling tadah
    dulu menyokong kini menyanggah
    apa lagi mahu cerita
    mereka juga manusia biasa
    sudah kekok berdansa bersama
    bercerailah sahaja
    itu jalan akhirnya...


    Zainal Arifin
    sajak utk program sehati berdansa

    BalasPadam
  4. GUANO GAMOK PUOK KITO

    guano gamok puok kito
    senyak tupah loning semo
    takdok koba takdok berito
    braso tok tehe dale dado
    ingat lagi maso mulo
    make minung air telago
    turun pagi kelik senjo
    putung kayu lekat atah palo
    maine kito tok parok blanjo
    takdok nyusoh ko ore tuo
    ikut telitah nok maing gapo
    ideo tok kering ado sokmo
    sebelum ngorib sudoh sedio
    di bala soh dok sof pertamo
    walau nakal setaro mano
    smaye be kito jago
    hasil didik tok guru ore tuo
    pah besa hidup bahagio...


    Qulbai Khaisai
    maaf en nuri saja buat percubaan guna bhasa kelantan

    BalasPadam
  5. MANUSIA SUDAH HILANG

    mana hilang manusiamu
    hanya binatangmu berkeliaran
    tanpa batas sempadan
    redah ke mana sahaja
    tanpa ditambat kukuh
    simpulan mudah terlerai
    senang sekali terlucut
    habis semua diragut
    barang berkenan di hati
    bertebaran di muka bumi
    tiada lagi halal haram
    tanpa arah tujuan
    tuju ke mana sahaja
    ikut kehendak nafsu
    ikut perangai binatang
    manusia sudah hilang...

    Ustaz Moktar
    ketika selesai membaca surat khabar

    BalasPadam
  6. DENDAM LANGIT sajak orang berpengalaman Pak Bostaman anak kepada pendita Zaaba ke? Kekadar andaian saja . Keberangkalian, Pengucapan Pak Bostaman bermaksud kemarahnya Tuhan dengan sikap manusia yang begitu angkoh dan amat sumbong dengan gelagatnya di dunia ini. Bagakani langsung tidak takut menempak titian jalan ke neraka, Sehingga hilang kewarasan, Nampak saja bagai insan kamil tetapi sering bertopingkan kemurahan sikap haiwan dalam catatan cerita yang menjijikkan. Semoga kita tidak begitu. Amin.

    BalasPadam
  7. Ketua Penyelia Semua Blogs Zainal Arifin sajaknya bertajuk SEHATI BERKECAI. Apakah tidaknya cerita lakunan di atas pentas saja, bila di belakang tabir lain pula punya cerita, biasanya ada cemburu dan ego bila nama pun naik, orang ramai sudah kenal, nak lagaknya pun lupa segala. Semoga kita tidak begitu. Amin

    Maaf semua saja yang dikira senang ditangkap maksudnya oleh khalayak (ahli CR) tak perlu diulas lagi, cukup sekadar menokoh tambah menyiakan pengucapan. Amin.

    BalasPadam
  8. Qulbai Khaisai, dengan sajaknya KEMANA GAMAKNYA PUAK KITA SEMUA.
    Penceritaannya dalam lohgat kelanten . en nuri faham sikit-sikit, terpaksa terang dekat QM. Ini mungkin cerita orang zaman dulu, anak muda nakal macam mana pun mereka keluar pagi balik petang, solat mereka jaga, sebelum makghrib dah sedia, waktu solat duduk baris depan. Dengar ceramah dan nasihat tok-tok guru, dapatlah berkat kebahagian dunia akhirat. Di kelatan ramai tok guru pondok jangan silap faham. Amin.

    BalasPadam
  9. MANUSIA SUDAH HILANG. Sajak daripada sdra Ustaz Moktar, dengan banyak membaca kita dapat pengetahuan, Ternya kata Ustaz , memang sudah menjadi kalut dengan kemelut sikap manusia hari ini, bagai kembali dizaman jahiliah, malah lebih dasat lagi. Apa yang berlaku kini semuanya telah dilalui di zaman jahiliah dulu, buang anak, minum arak, berjudi, tenun nasib. Pelacuran, lebih dahsat, main sembelih pula anak penggal kepala bapak, bunuh ibu, bunuh adik, atuk dia pun disembeleh, Bapak pula toreh anak, sebembah asid, puja syaitan, ikut agama merapu. Hai pening. Apa yang kita harap hari ini, jagalah keluarga dan anak-anak kita. Amin

    BalasPadam
  10. PIZZA

    Bahan-bahan )

    * 200 gm tepung roti
    * 1 sudu gula
    * sedikit garam
    * 1 sudu kecil yis
    * 125 ml air
    * 1 sudu butter
    * 1 sudu susu tepung
    * bhn2 utk topping
    * ** 2 keping dada ayam
    * ** 2 ulas bawang putih
    * ** serbuk lada sulah
    * ** mayonis
    * ** sos cili dan sos tomato
    * ** cheese
    * ** mixed vegetable ( boleh juga diganti dgn button mushroom dan pineapple)
    * ** black pepper

    Cara-cara

    1. bhn2 utk kulit piza dicampur dan diuli sehingga sebati. Biar kan selama 45- 60 minit. tutup doh tersebut dgn kain yg lembab.
    2. canai doh tersebut setebal 0.5 cm. cucuk dengan garfu keseluruhan doh tersebut. Bakar pada suhu 200 darjah selama 12-15 minit.
    3. utk topping: bawang putih dicincang2. masukkan 1 sudu minyak masak ke dalam kuali dan masukkan bawang putih. goreng sehingga kekuningan. kemudian masukkan isi ayam yg telah dicincang2. goreng sehingga masak. masukkan garam dan serbuk lada sulah.
    4.
    Cimg0408piza
    Sapu kulit piza dengan mayonis. kemudian diikuti dengan sos cili dan sos tomato.ratakan sos keseluruh bahagian. tabur ayam yg digoreng tadi di atas kulit piza dan juga mixed vegetable atau button mushroom dan pineapple. taburkan cheese mengikut citarasa masing2..
    5. masukkan piza ke dalam oven sekali lagi, bakar pd suhu 200 darjah kira2 8 minit.. enak dimakan panas-panas!

    BalasPadam
  11. pizza plak!! sedap ni...

    BalasPadam
  12. pizza??? buatan sndiri ke!!1 wha!

    BalasPadam
  13. aku malas nk buat sndiri pizza baik beli je snang....

    BalasPadam
  14. pizza buatan sndiri pun ada!

    BalasPadam
  15. nanti nk cuba la pizza emily ni...

    BalasPadam
  16. pizza plak! makin gemuk aku nnt.. hehe

    BalasPadam
  17. emily ni keje kat pizza ker?

    BalasPadam
  18. mana plak emily ni thu buat pizza????

    BalasPadam
  19. boleh cuba sndiri di rumah la mcm ni...

    BalasPadam
  20. pizza ni nmpk mcm senang je kena cuba ni...

    BalasPadam
  21. pizza ni nmpk mcm senang je kena cuba ni...

    BalasPadam
  22. pizaa!! ni resepi aku tunggu2 ni...

    BalasPadam
  23. resepi tradisional xde dh ker?

    BalasPadam
  24. pizza plak kali ni?? makanan org kaya ni...

    BalasPadam
  25. boleh gemuk aku kalau makan pizza jer... hehe

    BalasPadam
  26. pizza ni kalau nak guna bahan2 sndiri boleh x?

    BalasPadam
  27. resepi buat pizza ada? hari2 mkn pizza la nampaknya aku ni...

    BalasPadam
  28. pizza!! wah! hebat jgk emily ni sekali pizza plak dia bagi!

    BalasPadam
  29. pizza? pizza hut pnya resepi ke ni???

    BalasPadam
  30. pizza? sy keje kat pizza sampai x larat nk mkn pizza.. hehe

    BalasPadam
  31. bila baca hadi kencing kat tiang teringat yg ah shu kencing kat mimbar masjid plak?

    BalasPadam
  32. sedih plak baca cerpen hadi ni...

    BalasPadam
  33. sian hadi asyik kena maki jer...

    BalasPadam
  34. pnya kurang asam mandor tu!

    BalasPadam
  35. ah shu kena smua pakat pukul je snang mandor tu...

    BalasPadam
  36. kalau aku jmpa mandor mcm tu pecah kepala aku hentak... hahahha

    BalasPadam
  37. pnya sombong mandor tu! patutlah ramai benci dia...

    BalasPadam
  38. madian jgk yg baik sian hadi...

    BalasPadam
  39. madian yg slalu tolong hadi ke?

    BalasPadam
  40. cerpen ni mcm cerpen taib dgn jiman jer....

    BalasPadam
  41. madian ni jawa ker?

    BalasPadam
  42. madian ni x bantu ke ulur duit kat hadi?

    BalasPadam
  43. gaji dorg ni brapa?

    BalasPadam
  44. mandor tu apa plak?

    BalasPadam
  45. mandor ni mcm komando jgk ker?

    BalasPadam
  46. mandor?? dorg ni keje tentera ke?

    BalasPadam
  47. dorg keje buruh ke en nuri?

    BalasPadam
  48. kenapa x cari keje lain jer?

    BalasPadam
  49. sejam brpa RM la dorg dapat keje ni?

    BalasPadam
  50. cerpen ni pun flashback jgk ke en nuri????

    BalasPadam