Jumaat, 31 Disember 2010

BILA BULAN DI LINDUNG AWAN





kategori sajak pendek.


Sahabatku
yang dikasihi,
bila bulan dilindung awan
usahlah engkau resah gelisah
kerana keindahan cahaya bulan
bukan lagi milik kita .

 
Sedenyut rasa
dari sahabat Sdra Suara Pulau.
2009 Disember 21 19:50 







50 ulasan:

  1. SIAPA USTAZ OMAR ? SADIKIT CERITANYA YANG SAYA TAHU.

    -Seorang yang hidup sederhana, lama belajar di Mesir, layak jadi mufti, tetapi dia sendiri telah menolaknya setelah ditawarkan jawatan tersebut kerajaan negeri.

    Dia sanggup mengajar sekolah rakyat dengan gaji, hasil bayar zakat dari orang ramai gaji
    bawah seratus ringgit. Dan sebelah petang dia ikut sunah nabi bela kambing di sepanjang parit tali air pekan tanjung piandang. perak. (catatan ini cerita tahun 60an )

    - Ustaz haji Omar ini mungkin orang jawa juga agaknya atau kacukan arab dengan jawanis sebab gaya dan cara dia, lain sangat, bentuk tubuhnya tinggi dari
    mat salleh, kulit pula hitam manis sama dengan orang Arabic, jalan macam unta terhanguk-anguk kepala tunduk ke bawah. Ini tanda orang alim banyak ilmu ketuhanan, menolak duniawi. susah nak cari orang macam ini.

    - Pernah satu hari dia mengajar orang tua-tua di masjid, tetapi ada seorang dua asyik bersembang. Dia berhenti lalu pandang ke belakang. Diam seketika, tetapi sewaktu dia sambung mengajar semula, ada lagi bising. Lantas ustaz omar bangun pergi kebelakang, dia minta orang yang buat bising itu pergi ke depan mengajar orang ramai.

    -Ustaz haji omar terus balik ke rumah...Semua orang yang sedang mengikuti pengajiannya dan terpinga-pinga melihat tindakan ustaz haji Omar . Akhir sekali
    dua orang yang suka bersembang itu dimarahi jemaah lain. Sejak peristiwa itu jarang nampak beliau mengajar lagi.

    - Apa yang sedeh! Dia sakit lama, sehingga pendengarannya tidak lagi berpunsi, saya terpaksa bercakap dengan menulis di kertas. Selepas
    seminggu dia pun pergi. (Ini ustaz saya yang ketiga selepas seminggu saya temui mereka, kemudian mereka pun kembali menemui illahi.

    BalasPadam
  2. HARI MINGGU

    mengapa jadi begitu
    berapa banyak cuka kau telan
    hingga hilang seri wajah
    nampak masam mencuka
    apa besar salahku
    hingga kau jadi begitu
    aku cuma lewat lima minit
    bukannya lima jam
    aku bukan sengaja
    mataku tidak terbuka
    layan mimpi indah seketika
    cuba senyum sedikit
    aku rindu senyuman manismu
    buat hatiku tak tentu
    cuba pendekkan sedikit
    muncungmu yang sedepa itu
    ternampak bagai si donald
    ini aku bawa gula-gula
    buat hilangkan kelat senyumlah…

    Geletek Malam
    sajak utk isteri sy merajuk plak?

    BalasPadam
  3. JANUARI AKU DATANG

    di hujung disember ini
    timbul satu semangat
    membuak tak tertahan
    mahu cepat datang januari
    mahu capai impian
    mahu capai azam
    impian lama bagaimana
    azam lama bagaimana
    yang lama tinggalkan sahaja
    cuba yang baru pula
    lebih kreatif lebih perisa
    lebih mencabar lebih kuasa
    semoga januari mendatang
    bawa sejuta bahagia
    bawa sejuta manis
    hilangkan sejuta pahit
    wahai januari
    tunggu aku datang moga sempat…


    Ustaz Majusi
    sajak akhir tahun

    BalasPadam
  4. TERIMA KASIH CIKGU

    Seawal musim
    Ku menimba ilmu
    Hanya kau cikgu yang kukenali
    Kejujuran dan keikhlasan mu
    Syahdu jiwaku
    Detik berlalu jua ketika
    Semangat ku tetap terus menyala
    Jasa baktimu kusanjung tinggi
    Terima kasih, cikgu
    Tiap detik jasamu dikenang
    Ku abadi saban waktu
    Walaupun jauh di rantau orang
    Terimalah sanjunganmu
    Seumpama lilin yang membakar diri
    Kau dihormati Dengan tulus hati
    Ku lafazkan kata Terima kasih,cikgu


    Ustaz Muda
    sajak utk en nuri

    BalasPadam
  5. HELAIAN BARU

    setiap hari seakan
    perenggan baru dalam hidup aku
    setiap tahun membawa aku
    ke helaian lain dalam buku itu
    yang pasti maseh buku yang sama.
    cara tulisan yang sama.
    tidak banyak bait-bait
    indah dalam buku itu
    aku harap kau mampu menulisnya
    terus menulis lengkap helaian itu
    dengan metafora yang indah menggila
    racau yang semakin merah
    mencengkam membalut gundah
    pedih yang semakin bernanah
    syurga impian yang telah punah
    langkah tidak pernah terhenti
    walau luluh asmara hati
    longlainya jiwa diterkam kecewa
    ingin jauh pergi berlari
    ke kanan atau ke kiri?
    kusut yang tidak terlerai
    pada kasih yang telah dirantai
    kecurangan menghancur meranap
    mengapa masih tetap berharap
    digiling segala penawar
    mengapa hati semakin tawar
    intan comel semakin indah
    tiada sekelumit rasa resah
    dapatkah dimengerti
    pada cinta yang telah mati


    Ustaz Sahzan
    sajak penutup tahun 2010

    BalasPadam
  6. TAMAN

    dicantas semua putik
    diracun semua tunas
    mengapa perlu berputik
    andai gugur di awal pagi
    mengapa perlu bertunas
    andai layu di terik mentari
    taman gelap ini terlalu gersang
    dipenuhi debu dan pasir
    kemaraunya terlalu panjang
    tidak mungkin akan menghilang
    jangan mentari cuba menyinar
    pasti malam akan mendatang
    jangan hujan cuba menyiram
    pasti kering sebelum menimpa
    jangan dijejak taman larangan
    pasti lumpuh pemula langkah
    jangan diintai ruangan hitam
    pasti semuanya akan kelam
    biarkanlah selamanya…

    Pak Kassim
    percubaan sajak simbolik khas utk qalam smoga berjaya

    BalasPadam
  7. BERHUJAH

    Atas mimbar kayu
    hampir rapuh dan patah,
    dia menumbuk langit
    berhujah dan berhujah.
    Di seribu lautan manusia
    tak terkira jumlahnya
    dia mengerutkan dahi
    berbicara dan berbicara.
    Lelaki yang berjanji
    memegang dunianya itu,
    telah tertembak kata-kata sendiri,'
    Dia terjatuh lalu mati
    dihimpap noktah takkan pernah habis


    Abang
    cadang nak menguji qalam jgk buat sjak simbolik harap qalam dpt meneka.. hehe

    BalasPadam
  8. Geletek Malam selalu bermasalah dengan isteri tersayang, kau geletek saja, agar dia ketawa.
    Bawalah dia berjalan atau keluar makan atau mengambil angin sambut tahun baru di HARI MINGGU. Bagaimana tidak muncung kerana kasihnya kau tidak menilainya, sudahlah cerita seorang diutara
    dan seorang di selatan Cuma hujung minggu baru nak jumpa. Bukankan rasa banyak cerita pra sangka. Sebaiknya cari jalan duduk sekali, mungkin mulut muncung Donald
    tidak ada lagi Amin.

    BalasPadam
  9. Ustaz Majusi ingin terus kehadapan terasa tidak sabar menunggu JANUARI AKU DATANG. Banyak cerita bersama semangat bary yang telah dirancang dan dilagang. Humbankan segala cerita lama yang tidak berjaya, pada-tahun-tahun yang berlalu, dengan tekat dan azam baru dia mahu melakar sejarah untuk mencipta sesuatu yang bahagia dan berjaya bersama tahun baru. Semoga anda sukses! Amin.

    BalasPadam
  10. Ustaz muda masih dengan sikapnya yang sayangkan denganguru-gurunya, tetapi seorang guru ini yang dia teramat kasih. Dengan jasa dan tidak pernah cingkunya menilai, tetapi bagi seorang anak murid yang mengenang budi dan pernah menerima pendidik walau pun tidak seberapa lama, namun jasa gurunya tetap dikenang juga. Selain tidak dapat menilai harga budi dan jasanya, melaian sekadar mengucapkan TERIMA KASIH CIKGU! Amin.

    BalasPadam
  11. Ustaz Sahzan sedang menanti HELAIAN BARU bersama tahun baru 2011. cuba menganalisis segala catatan yang lalu , masih terasa semacam cerita lama. Cuma keadaan yang mula berubah membawa kita keangka yang kian bertambah. Bgaimana hati dan jiwa masih longlai dan sepi diulik mimpi ngeri. Bagaimana kasih masih melarikan diri atau cintanya yang telah mati. nampaknya bersama tahun baru perlu diperbetulkan duduk perkara. Supaya tahun yang lalu, tidak perlu cerita yang sama, tetapi perlu menegak atau mendatar. Semoga sukses. Amin

    BalasPadam
  12. Pak Kassim cuba mencipta sesuatu yang lain nampaknya dalam sebuah TAMAN yang belum ternoda dengan hasutan dan bujukan kebarangkalian agaknya. Mungkin sebuah taman bebas yang rasanya tidak ada budaya hasut dan fitnah. Jadi tidak perlulah untuk sesiapa pun cuba menanam benih di sini, kerana hujan dan matarai tidak bererti. Terasa penghuninya mungkin tidak suma menyebelahi mana-mana kuasa, mereka mahu bebas sebagai manusia biasa selamanya, mereka tidak mahu dihormat atau dipuja oleh sesiapa
    cukup sekadar hidup berkerja dan beribadat kepada Allah swt. Amin

    BalasPadam
  13. Abang dengan kisah BERHUJAH seorang yang sudah sebati kerja dalam dunia hidupnya sememang begitu, Tidak akan bisa mengalah pada kata-katanya biar mati kerat sepuluh, dia tetap juga menegakkan benang yang basah, mempertahankan apa yang dia kata. Orang begini seperti berkhutebah meminta orang ramai sahaja mendengar katanya, bukan membantah sehingga akhir khutebah. Tetapi dia lupa akhir sekali kata-katanya telah menjadi senjata dan menikan dirinya sendiri. Membuat orang meluat dan melarikan diri. Semuga kita semua tidak bergitu. Amin

    BalasPadam
  14. pendek gila sajak suara pulau ni tp langsung aku xphm

    BalasPadam
  15. suara pulau ni mana pegi lama xnmpk?

    BalasPadam
  16. suara pulau xnmpk plak skrg yg nmpk suara bebas jer

    BalasPadam
  17. suara pulau ni sapa ahli jgk ker?

    BalasPadam
  18. sajak simbolik jgk suara pulau ni

    BalasPadam
  19. sajak simbolik sgt la suara pulau hanya ko je yg phm kalau mcm ni... hahahhhaa

    BalasPadam
  20. pendek tp penuh isi tersirat

    BalasPadam
  21. wlpn pendek sajak ni tp maksud mendalam

    BalasPadam
  22. sapalah suara pulau ni misteri la

    BalasPadam
  23. mcm knal saja nama ustaz omar ni

    BalasPadam
  24. wah! ustaz omar ni nmpknya warak jgk

    BalasPadam
  25. ustaz omar ni ada lagi ke en nuri?

    BalasPadam
  26. rupanya ustaz omar ni ke tok guru en nuri?

    BalasPadam
  27. ustaz omar ni tabligh ker?

    BalasPadam
  28. ustaz omar ni umor brapa?

    BalasPadam
  29. tegas jgk ustaz omar ni kalau org main2 masa dia mangajar

    BalasPadam
  30. kagum sy dgn ustaz omar ni

    BalasPadam
  31. smoga kita smua dapat mencontohi ustaz omar ni

    BalasPadam
  32. al fatihah utk ustaz omar

    BalasPadam
  33. ustaz omar ni xkwin ker?

    BalasPadam
  34. dia x turunkan ilmu dia kat anak2 dia ker?

    BalasPadam
  35. ustaz omar ni org mana?

    BalasPadam
  36. kacukan rupanya ustaz omar ni

    BalasPadam
  37. en nuri menuntut ilmu kat ustaz omr ni ker?

    BalasPadam
  38. byk jgk ustaz yg en nuri kenal...

    BalasPadam
  39. patutlah en nuri pun ustaz sbb en nuri byk berkawan dgn ustaz

    BalasPadam
  40. ustaz omar ni lahir kat mana?

    BalasPadam
  41. ustaz omar ni ada lagi x en nuri?

    BalasPadam
  42. kubur ustaz omar ni kat mana? cadang nak minta nombor... hehehehhehee

    BalasPadam
  43. tinggi btol ilmu ustaz omar ni

    BalasPadam
  44. rugi btol kami xdpt jmpa ustaz omar ni

    BalasPadam
  45. suara pulau pun ada sajak? sapa dia ni?

    BalasPadam
  46. suara pulau sajak di siar? tp orgnya x kluar pun?

    BalasPadam
  47. suara pulau thn 2009 aktif skrg langsung xnmpk

    BalasPadam
  48. suara pulau dgn anak nuri jantan dah berhenti ker?

    BalasPadam
  49. rindu plak kat suara pulau bila baca sajak dia ...

    BalasPadam
  50. - Sepatutnya hendak kenal seorang itu kena kenal salasilahnya (keturunan) seperti nabi Muhamad baru ada keyakinan, saya kira pun
    begitu, takut kalau orang tanya "Hang anak siapa? Keturunan dari penyamun ke?"

    - Saya tenguk orang rawa, melayu campa, banjar, jawa dan lain -lain bangsa lagi, mereka mesti tahu suku sakat atau salah silasilah mereka, baru cinta dan kasih pada keturunannya.kalau kurang baik, kita jaga jadi baik. Amin


    Ustaz Omar sudah meninggal, hari ini saya cerita ustaz Idris pula juga guru saya yang kedua, Al fatihah,

    Suapa Pulau ahli seperti abu atas tunggul, sekejap tengelam, sekejap dia timbul.

    BalasPadam