Jumaat, 10 Disember 2010

BERPUTUS ASA ITU DARI IBLIS




Iblis bersumpak kepada Allah swt
kami akan cuba menyesatkan manusia
tetapi, Allah tetap menyatakan yang hak
itulah penekanan ayat Allah tanpa dirombak
malah syurga dan neraka itu akan dipenuhi
dengan mereka yang memelih jalannya.

Bagi orang-orang yang beriman dan degil
bacalah ayat-ayat  al Quran untuk peringatan
jadilah penentu kebaikan untuk keikhlasan
jangan sekali putus asa dengan nekmat Allah
kerana berputus asa itu daripada godaan iblis
lakukanlah kerja-kerja mengikut kemampuan.

Oleh: Nurimanja,
4hb, Disember, 2010.
malam hari ebelum tidur.




50 ulasan:

  1. Sedut kisah BUDAK PONDOK

    BUDAK PONDOK

    Waktu aku melengung di depan get Jin Seng Estate ke jalan masuk Ke kampungku, akulihat beberapa orang budak permpuan sekolah Agama kayuh basikal mutang madir dahulu kemudian, di tepi jalan Raya Jalan Siakap .

    Aku mula tertarik dengan pakaian dan uniform Mereka berbaju putih dan kain biru tua, Aku pun berfikir-fikir di Dalam benak hati, bolehkah aku masuk belajar bersama –sama, aku Rasa umurku sudah melewati empat belas tahun, aku bercadang hendak Balik nanti bertanya hal itu kepada ayah, semoga ayah dapat membantu.

    Kata ayah sekolah Agama Rakyat itu tidak jauh di Simpang Tiga, kira Kira setengah jam kayuh basikal.

    Aku mula berfikir dalam kepala, aku Ini kaki semput, bolehkah aku kayuh basikal? Berbagai andaian bermain dalam benak kotak kepalaku, tetapi kerana tekat aku bulat, aku memberanikan diriku mengatakan Kepada ayah aku mampu,


    Esok aku dengan baju kemeja putih lengan panjang, berkain pelekat dengan tiga orang kawan Ismail, Mat Nor dan Din kadir kami pergi mendaftar nama di sekolah Agama Rakyat di Simpang Tiga kuala kurau.
    yang dibawa oleh ayahku,

    Lusa kami mula belajar bahasa Arab, akulah yang paling tua sekali di antara tiga orang kawan, tetapi disebabkan aku selalu semput, makan Banyak semput, kena hujan semput, kena panas sikit pun semput, kerja Lebeh sikit tolang ayah pun semput, maka aku dipanggil oleh keluarga Kain sutera tidak boleh buat pelanyak, kuat sidikit koyak.


    Hampir seminggu aku belajar di situ, minggu depan kata guru besar ustaz Mat noor ada ujian bagi pertengahan tahun. Aku jadi benggung. Siang malam aku belajar, mujurlah ustaz Yusof, sangat baik dia mengajar mudah faham Aku menghafal semua tasrif dan nahu bahasa Arab kelas Aftidai Awal.

    Waktu aku baru belajar dua hari , ustaz Yusof bagi tahu aku “sadjada wajada” Sesiapa yang bersungguh dia akan berjaya,aku pulut sungguh-sungguh, lepas Ujian pertengahan tahun aku dapat number “Asarah” bukan main syok lagi aku, Bagi tahu dekat mak dan ayah, “ada kemampuan,” kata ayah,mak pun tersenyum.

    Ujian akhir tahun aku dapat nomper Wahid salah seorang kawan Khairuddin Mat Noor tempat ketiga, yang lain budak perempuan, tiga orang lagi kawan aku Mereka duduk tempat puluh dan belas sahaja naik hot, selama ini dia saja number satu , kini dia ditempat kedua , mat naser

    BERSAMBUNG.

    Kalau ahli bersetuju cerita ini akan diterbit semula. okey!

    BalasPadam
  2. DENGAR

    dengarkan aku pekik
    dengarkan aku jerit
    aku tak ada tujuan
    tunjukkan aku jalan
    aku tak mahu belas kasihan
    cuma dengarkan
    dengarkan suara aku
    dengarkan jiwa aku berteriakan
    aku tenggelam dek diri sendiri
    aku terbawa dengan kehendak alam
    bantu aku dengan penuh keikhlasan
    bantu meminjamkan deria pendengaran
    dengarkan apa yang aku perlu
    dengarkan apa yang aku damba
    salahkah jika kamu dengarkan?
    salahkah jika kamu pertimbangkan?
    aku hamba-Nya juga mahu dimengerti
    oleh kamu serta kamu
    juga kamu dan kamu


    Danish Jeffry
    Kedah
    3ptg

    BalasPadam
  3. OH DUNIA


    mahukah kau mengisi ruang hidupku
    atau haruskah ku melihatmu
    dari jauh aku tak punya sesiapa
    untuk mendampingi
    hidupku nan sepi
    walau bulan tetap menyata
    rasa rinduku padanya
    dia sekadar tak peduli
    manakan mungkin
    kau tlah lupa diriku siapa
    entah dimana aku meletakkan hatiku
    bukan di kepala oh dunia
    mahukah kau mengisi
    ruang hidupku ini
    atau haruskah aku tetap mencari


    Gadis Ayu
    Sabah
    28.11.2010

    BalasPadam
  4. APA YANG KAU TAKUT

    apa yang kau takut
    aku bukan karnivor
    aku spesies sepertimu
    homo sapien berbulu seluruh badan
    walaupun tak lebat
    yang berdarah panas
    menggelegak bila tercuit
    rambut juga sama hitam
    walaupun ada kalanya merah
    ikut fesyen babun
    tapi hati tetap baik
    kita kan sama sahaja
    lubang hidung juga dua
    tiada kurang tiada lebih
    cuma besarnya berbeza
    usah takut lagi
    mari sini kita kongsi
    kongsi kisah gembira
    kongsi kisah duka lara
    genggamlah erat tanganku
    kita berlari bersama
    jelajah ceruk rantau
    bina impian...


    dam catur
    ketika di kaki lima bukit bintang

    BalasPadam
  5. BILA WAKTU MALAM SAJA

    bila ada itu malam.
    bila mana ada ketikanya
    malam kita itu suram.
    bila mana ada ketikanya
    malam kita itu kelam.
    bila mana ada ketikanya
    malam kita itu tenggelam.
    bila mana ada ketikanya
    malam kita itu muram.
    bila mana semua benda tak kena
    bila perasaan rasa gundah gulana
    bila mana fikiran seakan mahu gila
    bila mana punggung duduk tak selesa
    aku tidur. selamat malam.


    Gerangan Hamba
    Melaka
    1.12.2010

    BalasPadam
  6. ASAM PEDAS


    Bahan-bahan:

    500 g ikan tenggiri boleh diganti dgn ikan pari, terubuk atau kembung

    6 sudu besar cili kering kisar

    7 ulas bawang merah

    2 ulas bawang putih

    1.2 cm halia

    1 cm kunyit hidup

    seikat daun kesum

    sekuntum bunga kantan }dibelah 4

    sedikit air asam jawa

    4 cawan air

    5 - 6 sudu minyak untuk menumis

    garam, serbuk perasa dan gula secukupnya

    Cara membuat:

    Ikan dibersihkan dan dipotong mengikut citarasa.

    Bawang merah, mawang putih, halia dan kunyit ditumbuk hingga lumat.

    Panaskan minyak di dalam periuk, masukkan bahan-bahan tumbuk kacau sehingga wangi dan garing masukkan cili kisar. Kacau lagi sehingga garing.

    Masukkan air asam jawa dan air biasa.

    Masak sehingga mendidih dan kuah pekat sedikit kemudian kecilkan api masukkan ikan, garam, perasa dan secubit gula.

    Bila hampir masak, masukkan daun kesum dan bunga kantan. Kacau seketika bolehlah diangkat untuk dihidangkan.

    Nota: Jika suka boleh juga diletakkan sebiji buah tomato yg dibelah 4 atau beberapa biji kacang bendi (masukkan sebiji-sebiji tanpa dipotong)

    BalasPadam
  7. Danish Jeffry dengan sajaknya: DENGAR Pengucapannya meminta manusia menilai
    Sajak keluhan dan luahan rasa ingin mencari kebebasan , lalu diluahkan pada perasaan dan ikut kesukaan , mana mudah dan dapat saja, jika merempet lalu bersama kawan seiringlah berlumpa di tengah malam buta. Sebenarnya bagai sedang mencari sesuatu untuk mengisi rasa kekosongan. Walaupun mereka tahu adanya Tuhan, tetapi kenakalan yang mengoda membuatkan mereka terikut dengan apa saja rentak alam di sekeliling mereka. Hanya tunggu masa, mereka akan pasti sedar sendiri, bila akal waras sudah melengkar diri. Sebaiknya terimalah nasihat, sebelum hati menjadi keras dan eloklah banyak mengingati mati, Insyaallah. Amin.

    BalasPadam
  8. Gadis Ayu dengan sajak: OH DUNIA juga pengucapannya bagai mengeluh dan meminta orang lain menilainya. Kenapa dan mengapa mereka bagai terlantar dan bagai tidak punya pegangan, bagai tiada sesiapa, kosong dan hampa. Mencari roh untuk diisi dalam diri, Justruitu mereka memekek pada dunia, pada kekasih yang juga kosong dan sering bertukar tangan. Hamper masing-masing lupa diriini siapa. Hati bagai hilang, ruang hidup pun cari tidak jumpa. Begitulah tenatnya penyakit Anakmuda dinihari, Perlu siapa disalahkan? Puncanya awaluddin makrifatullah tidak ada dalam hati, lalu iman begitu tepis untuk menghingapnya. Semoga kembali sedar dan mendewasakan diri. Amin.

    BalasPadam
  9. Sajak Dam catur bertajuk APA YANG KAU TAKU, pengucapanya bagai rasa ada mencabar kewubawaan bangsa atau puak lain yang mungkin ada sama dalam budaya Lepak dan berpeleseran di tengah kota mopolitan. Terasa ingin cabar mencabar dari warna dan tubuh badan kebarangkalian. Semuanya pengaruh gelodak budaya ingin rasa hati muda untuk kongsi bersama. Kekadang jika kurang iman pastinya akan hanyut bersama. Semoga tidaklah sampai begitu keadaannya Amin.

    BalasPadam
  10. Sajak Gerangan Hamba bertajuk: BILA WAKTU MALAM SAJA. Bicara pada keadaan malam, bila mana ada ketika berbagai geraklaku atau peristiwa boleh berlaku. Lebih tenat lagi hati seorang anak muda yang dipagut resah gelisah mungkin kerana kecewanya atau masa depan yang agak pincang, semuanya menjadi gelisah dan juga gelabah, duduk tidak selesa dan berdiri pun tidak kena jadinya.khususnya Di waktu-waktu malam yang sepi dan mencengkam. Sebaiknya belajarlah guna malam untuk soalt bertahajut dan merenung bintang dilangit menilai kebesaran tuhan. Amin.

    BalasPadam
  11. sajak ketuhanan lagi nampaknya...

    BalasPadam
  12. menarik sajak kali ni..

    BalasPadam
  13. sajak yg memberi kesedaran...

    BalasPadam
  14. best jgk sajak iblis ni...

    BalasPadam
  15. sajak yg menarik siap ada nasihat lagi...

    BalasPadam
  16. best sajak ni rupanya iblis yg buat sesorang tu putus asa...

    BalasPadam
  17. iblis pun boleh buat org putus asa ker?

    BalasPadam
  18. lps ni kena berhati2 x boleh putus asa...

    BalasPadam
  19. berputus asa dari iblis ke?? ingatkan diri sndiri td...

    BalasPadam
  20. menarik jgk sajak ketuhanan kali ni

    BalasPadam
  21. wah! ada asam pedas plak!

    BalasPadam
  22. asam pedas ni makanan apa plak??? byk pelik2 la...

    BalasPadam
  23. asam pedas??? nnt nk try cuba la..

    BalasPadam
  24. asam pedas ni rasa masam ke rasa pedas?

    BalasPadam
  25. aku ingatkan seri suri x reti masak rupanya tahu jgk,...

    BalasPadam
  26. asam pedas masa apa ni?? ikan ker?

    BalasPadam
  27. asam pedas makanan tradisional lagi...

    BalasPadam
  28. bagilah resepi masakan moden asyik makanan dulu2 jer...

    BalasPadam
  29. asam pedas! sedap masakan ni...

    BalasPadam
  30. asam pedas plak kali ni? hehe

    BalasPadam
  31. asyik masakan je sumbang la lain plak?

    BalasPadam
  32. minggu ni mmg minggu masakan ker?

    BalasPadam
  33. kalau aku nak sumbang pasal lain boleh? jemu plak asyik masakan jer..

    BalasPadam
  34. sumbang la masakan barat plak....

    BalasPadam
  35. sedap ke asam pedas ni seri suri?

    BalasPadam
  36. asam pedas ikan patin sedap la...

    BalasPadam
  37. dulu bekas bini aku selalu masa asam pedas ni...

    BalasPadam
  38. asam pedas? kena cuba jgk ni..

    BalasPadam
  39. asam pedas tiba2 teringat kmpung plak...

    BalasPadam
  40. masakan kampung lagi ker?

    BalasPadam
  41. esok aku nak sumbang cara buat pizza...

    BalasPadam
  42. semua resepi makanan yg di sumbang smua aku xpnh makan...

    BalasPadam
  43. en nuri x sumbang resepi ker?

    BalasPadam
  44. asyik ahli je sumbang resepi penjaga blog x sumbang sama ker?

    BalasPadam
  45. esok aku nak sumbang jgk resepi...

    BalasPadam