anak-anak peribumi di pulau ini
telah terpesung dari kehidupan
kerja mereka membuang masa
ponteng, tipu guru dan ibubapa
masa belajar bukannya melepak
bukan rokok, gam, sabu, kaltum
cakap lepas, perkataan tak enak
bersorak, bertempek sesuka hati
maki sindir herdek sama sendiri
siapa dengar rasa meluat sekali
tetapi semua ini telah pun sebati
buat bising seperti kera di hutan
Inikah sebenar budaya melayu ?
tidak beradap sopan tidak malu
sering menganggu ketenteraman
nasihat jiran langsong tidak kisah
bertindak ikut suka hati mereka
jika begini kelakuan pasti hanyut
hancur anak peribumi di pulau ini
musnah generasi harapan bangsa
jikalau dibiar hidup jadi merempat
kerana terlalu asyik buang masa
boleh tercapai wawasan negara?
telah terpesung dari kehidupan
kerja mereka membuang masa
ponteng, tipu guru dan ibubapa
masa belajar bukannya melepak
bukan rokok, gam, sabu, kaltum
cakap lepas, perkataan tak enak
bersorak, bertempek sesuka hati
maki sindir herdek sama sendiri
siapa dengar rasa meluat sekali
tetapi semua ini telah pun sebati
buat bising seperti kera di hutan
Inikah sebenar budaya melayu ?
tidak beradap sopan tidak malu
sering menganggu ketenteraman
nasihat jiran langsong tidak kisah
bertindak ikut suka hati mereka
jika begini kelakuan pasti hanyut
hancur anak peribumi di pulau ini
musnah generasi harapan bangsa
jikalau dibiar hidup jadi merempat
kerana terlalu asyik buang masa
boleh tercapai wawasan negara?
Oleh: Nuriamnja,
kerana hidup bergelut masa
anak anda sendiri menjadi mangsa.
kerana hidup bergelut masa
anak anda sendiri menjadi mangsa.
jumaat 11 Muharam 1432.

SIRI 5.
BalasPadamCERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
_____________________________________________________________________
“Jadi , kau memang hendak pergi juga ke Bandar itu ?” Tanya ibunya lagi untuk mendapatkan kepastian.
“Ya mak! Hadi nak pergi juga mak, Hadi pergi bukan untuk bermain, tapi nak cari kerja,” jawab Hadi, agak meninggikan sikit suaranya itu.
Ibunya tahu sikap semula jadi Hadi, kedegilan sukar diubati bagai mewarisi sikap aruah bapanya dahulu. Terlalu sukar dibawa berunding dan berbicara, malah kata-katanya pantang pula dihalang atau disangah. Ibu Hadi faham sangat.
“Dikampung ini juga banyak kerja yang kau boleh buat, Cuma tangan kau saja yang tak terdaya,” Bujuk ibunya lagi dengan memberi alas an yang logic.
“Kerja dikampung ini lain mak. Kerja di Bandar itu pula lain, di kampong Hadi kerja sendiri, sedangkan di Bandar itu Hadi mahu makan gaji mak, dibayar wang tiap bulan, wangnya pun Nampak terkumpul,di kampong ini bekerja wangnya tak Nampak habis begitu saja buat belanja harian,” Bantah Hadi.
“ Kalau begitu , kau cubalah, jika kau tidak terdaya atau susah hidup di Bandar itu, eloklah kau pulang semula ke kampong ini, jangan pula kau rasa pula,” kata ibunya bagai sinis bunyi
“Hadi akan cuba mak,nak harapkan kerja di kampong ini Cuma bergantung harap pada padi masak, menangkap ikan berasa duit yang hendak dapat, ikan di parit pun habis kena racut rumput ramai, saya cuba mak, ikut madian ke Bandar, walaupun kerja sebagai buruk kontrak,” jawab Hadi panjang lebar.
Ibunya terdiam seketika, Dia amat tahu sewaktu kecil dahulu kalau dia tidak dapatkan sesuatu, mukanya merah, dia akan menangis dan menghentakkan kakinya ke lantai, bebai dan meraung sekuat hatinya.
“Terpulanglah pada kau, mak cuma mengingatkan kau saja,” Kata ibunya tanpa menyambut kata-kata lagi.
BERSAMBUNG.
ULAT KECIL
BalasPadamkamu ada suara lantang
laungkan sahaja pada mereka
biar mereka semua dengar
kalau-kalau mereka dengar
tidak rasanya mereka tidak dengar
telinga mereka tersumbat
oleh halwa manis gula
yang senantiasa terhidang
jadi bahan santapan
kala siang juga malam
lagi lantang kamu berteriak
lagi pekaklah mereka
langsung tiada terkesan
kerana apa kerana kamu hanya ulat
kecil dan tidak berdaya
cuma tunggu masa dijentik sahaja…
Ustaz Rahman
ketika berada di surau al fulqan
SIAPA SUDI TOLONG?
BalasPadamada sesiapa sudi tolong aku?
lontarkan kalimah indah berlagu
supaya boleh sinonimkan dengan itu
ada orkestra gergasi
di jantung ini bila itu bersuara
yang leka mengalunkan
irama merdu cinta dan jiwa
lirik mata itu menjala
kemas tak lepas hati aku
terumbang-ambing di lautan keliru
ini cinta atau sekadar nafsu?
wahai cinta rayu aku dipanahnya
panah jiwa ini keduanya
agar ikut sama dalam nahkoda cinta
belayar terus ke pulau bahagia
Kembara Budiman
harap qalam dpt ulas sajak jiwa2 aku ni
TUNTUT CAHAYA
BalasPadamPada sebuah penantian
engkau melolong deritamu,
aku cuma bertiarap lesu.
Sungguh kau katakan
rencana Maha Esa,
cuma aku tidak melihat taubatmu
segulung sejadah telekung putih,
masih ada di atas para
tanpa kau sentuh.
Kau mahu dimuliakan tanpa sedar
noda dosa itu harus cuci dahulu,
lalu doamu kau tuntut pada Tuhan
kau lepas agar secepatnya dikabuli.
Sedar bahawa pendosa seperti kau,
berlaku sombong pada Tuhan sendiri
bilamana kau persoalkan takdirNya.
Terbukti, kau tidak setegar hambaNya yang lain.
Seri Suri
perak
11malam
STOKING
BalasPadamsenyum apa pula mereka kali ni
rasanya aku tak silap
rasa semua dah ok
rambut dah kusisir rapi
walaupun tak lebat
bajuku tiada kedut lagi
hampir setengah jam kugosok
butang baju semua selari
tiada yang salah parking
seluarku tiada koyak
zip pun tertutup ketat
apa lagi kasutku hitam berkilat
hampir saparuh kiwi kutaji
bila ku lihat stokin?
aduh...lain pula warna
gelak lagi mereka semua
untuk menutup maluku
aku berkata ni fesyen terkini
Encik Mahatdir
ketika pergi ke pejabat semua senyum sinis melihatku
ULAT KECIL sajak Ustaz Raman kali ini mengunkapkan pengucapan yang agak kecewa, pada sesaorang kurang bernama yang tahu keadaan semasa dan mungkin ada pengelaman kerana hidup lama dan pengetahuan, tetapi sikap seorang ramai cuma mrmandang rendah pada dirinya dan kelihatan sepi kalau dia bercakap sekuat mana pun, mungkin orang ramai tidak ambil perdulu, seperti seorang tukang bang yang memekek melaung azan hamper pecah suara, tetapi diketepikan, kerana mungkin masa muda dulu mereka tahu siapa dia. Walaupun dia sudah bertaubat niatnya juga ikhlas. Tetapi terlalu sukar utk diterima jika dia seorang tokoh agama , ustaz, ulama adalah bisanya sadikit. Kini menunggu keadaan untuk dikekal atau dijentik keluar. Semoga tidak begitu.Amin
BalasPadamSajak nukilan Kembara Budiman bertajuk: SIAPA SUDI TOLONG; Pengucapannya Bagai memohon pertolongan dalam teperangkap masallah cinta banrangkali. Rasanya si penulis kini dalam kecelaruan menilai erti cinta, lebih parah lagi dalam delima memilih cinta dimana kebenaran nilai sebuah cinta. Sehingga kau jadi terombang ambing jadinya, demi mencari dan erti sebuh cinta atau mengikut nafsu muda yang mengila. Sebenarnya cinta tidak datang dengan sekali pandang, itu perangkap cinta. Kecuali telah lamabermesra dan dapat mengenal hati budinya. Begitu pun mak bapa kita yang telah beranak pinak. Kekadang cintanya uga boleh terbang melalui daun jendela. Semoga tidak begitu. Amin
BalasPadamSajak nukilan Seri Suri bertajuk: TUNTUT CAHAYA. Pengucapannya mungkin kepada seorang saghabat, yang kebarangkalian ingin memohon pertolongan Allah.Tetapi, tidak pernah menyembah dan menundukan kepala kepada yang maha esa. Bolehkah allah mendengarnya dengan diri yang penuh dicemar noda dan dosa? Malah lebih menyedihkan lagi mencabar ketetapan Allah, dan menolak pula taqdir. Semoga kembali segera bertaubat dan kepangkal jalan yang diredhai Allah swt. Amin.
BalasPadamEncik Mahatdir rakan Jalal Rafzee dengan sajaknya yang bertajuk: STOKING. Pengucapan biasa yang berlaku kekadang ada juga kejenakaannya. Biasa saja bila pemikiran kita telah penuh diserabut bahan yang syarat tangkapan untuk sesuatu yang tepat mungkin jadi longgar, malah ditambah dengan kekalutan bergelut dengan masa Kekadang ada orang mencari pennya hilang, sedangkan pen tulisnya ada ditangan.Biasa saja kalau stoking berwarna sebelah lain. Itupun tidak mengapa lagi. Tetapi bagaimana pula terpakai kasut sebelah lain. Bukan senyum sinis ketawa terus. Semoga berhati-hati selalu. Amin.
BalasPadamdegil sgt hadi tu skrg padan muka dia
BalasPadammak dia x bagi mngkin mak dia thu hadi x boleh berdikari
BalasPadamhadi ni ketegar sgt la
BalasPadamjahat btol hadi ni sggup dia tinggal mak dia...
BalasPadamhadi ni anak tunggal ke?
BalasPadammcm cerita si tanggang je hadi ni?
BalasPadammsti sumpah mak dia hadi jd mcm tu
BalasPadamhadi ni anak manja la...
BalasPadamhadi ni teruk la org larang dia buat jgk
BalasPadamselalunya kalau sapa xpnh pegi bandar susah nk hidup kat sana
BalasPadamhadi msti kena kejutan budaya ni
BalasPadamhadi msti jadi rusa masuk kmpung lps ni
BalasPadamcerpen ni mcm cerpen TAHANA jer????
BalasPadamkenapa cerpen en nuri skrg byk flashback... hehe
BalasPadamcerpen en nuri selalunya akhir sekali msti ada pengajaran
BalasPadamitulah derhaka dgn ibu lagi hadi ni
BalasPadamharap2 aku xkena nsib mcm hadi ni
BalasPadamcerpen ni mmg memberi kesinsafan
BalasPadamkenapa la hadi ni degil sgt???
BalasPadamselalunya org tua2 larang tu ada akibatnya..
BalasPadamhadi ni thu ke mcm mana nk hidup kat bandar nnt?
BalasPadamhadi ni ingat nk seronok je pegi bandar kalau x pndai berdikari susah....
BalasPadamsajak en nuri ni mcm ditujukan di flat aku jer ni
BalasPadamhadi ni kira dia je nasihat langsung xnk dgr
BalasPadamdulu mak dia dh nasihat xnk dgr? skrg padan muka
BalasPadamsajak ni mcm kena kat aku plak? aduh
BalasPadamsajak pasal melepak ni aku xnk komen ape sbb aku pun kaki lepak jgk... hehe
BalasPadamsajak lepak plak? ni yg malas nk komen ape2 ni.. hehehe
BalasPadamrasa merah muka plak baca sajak lepak en nuri ni
BalasPadamselalunya yg lepak ni remaja2 bila dh besar kurang la lepak dorg tu
BalasPadambdk2 lepak ni bukan apa org kata bru nk meningkat dewasa
BalasPadamdah nama pun bdk2? mmg dasar nakal suka lepak nk buat mcm mana? hehe
BalasPadamket teluk kumbar budaya lepak dah perkara biasa dh...
BalasPadamskrg ni bukan bdk2 je kat flat abul tu org tua pun melapok jgk termasuk la sy... hehehe
BalasPadamsy pun wlpn dh berumur pun lepak jgk tp nk buat mcm mana dalam rumah flat panas....
BalasPadamcerita pasal budaya lepak plak kali ni? hehe
BalasPadamselalunya yg lepak2 ni mlyu la org cina dgn india mana ada...
BalasPadampelik jgk sy kenapa org melyu suka lepak? apa yg bestnya?
BalasPadamapa nk jd bangsa kita kalau asyik melepak saja?
BalasPadamBUDAYA LEPAK NI MASA REMAJA BILA MENINGKAT DEWASA ADA OTAK BOLEH BRFIKIRAN MATANG? BERHENTI MELEPAK LA DORG TU KALAU SAYA BUAT TAK TAHU JE MALAS NAK JAGA TEPI KAIN ORANG...
BalasPadamKETAYAP
BalasPadambahan-bahan ( 22 btg )
* 3 cawan tepong gandum
* 1 biji telor
* 1 1/2 sudu kecil garam
* 1/2 sudu kecil perwarna hijau
* 4 cawan air
* 1/2 cawan minyak masak*
* 3 helai daun pandan*
Cara-cara
1. Satukan semua bahan, kecuali yang bertanda *, kacau sehingga rata. Kemudian tapis.
2. Masukan minyak dalam mangkuk kecil. Daun pandan di potong 3 bahagian kemudian di ikat dengan getah gelang. Bahagian hujungnya di siat2 supaya senang untuk menyapu minyak pada kuali.
3. Panaskan kuali. Angkat kuali tadi kemudian sapu minyak dan sendukan satu senduk kecil adunan kedalam kuali tadi dan goyang2 kan kuali supaya adunan menjadi dadar. Letakkan semula kuali di atas api.
4. Setelah dadar masak, angkat. Isi satu sudu kecil inti kelapa. Susun memanjang, kemudian lipat di kiri dan kanan. Setelah itu gulung dadar tersebut.
5. Dah siap..makan..makan..