Jumaat, 17 Disember 2010

AKU MELAYANG



kategori sajak bukan orang melayu


Aku tahu harus akui
Aku juga tahu kalau harus bungkam
Tapi aku tak mahu kalau aku
Harus tidak melayang
Aku tidak melayang
Meski sayap harus tiada
Meski kaki digergaji
meski tubuh ini harus dibakar
Karena melayang ke angkasa luas
Adalah hidupku betul-betul hidup
Tak perlu tubuh apalagi sayap kaki

Kau ingin bungkam aku
Silakan
Kau ingin bakar tubuhku
Silakan
Tapi diriku tetap melayang
Meski dalam sendirian
Sampai mentari kugapai
Dan, aku hangus lebur di dalamnya

Oleh: Lukiee
dlm kapal terbang
11pagi2009 Disember 25 04:55 






50 ulasan:

  1. Bahan-bahan::

    100 gm tepung gandum
    50 gm gula perang
    2 biji telor
    2 sudu besar madu
    2 sudu besar minyak masak
    setengah sudu baking powder

    Madu
    Jagung manis

    Cara2::

    Pukul telor dan gula sehingga kembang.
    Masukkan minyak dan madu.Pukul hingga sebati. Letak esen vanilla.(teman takde..tak wangi ler..uhuk)
    udah tu, masukkan tepong gandum dan baking powder(dah diayak)
    Gaul dengan kaedah kaup balik.

    sediakn kuali lepeng. atau kuali non stick.
    letak bancuhan kecil2.
    terpulang

    sediakan dimakan dengan apa2 pon.
    yg ni, teman buat tak manis, sebab nak makan dengan madu.

    Selamat mencube!

    BalasPadam
  2. ni sajak aku ke? x perasan plak sbb thn lps pnya masa tu aku flight pegi kuching ha! thnkzz guest door!!!

    BalasPadam
  3. lukie plak yg dapat ni yg jeles ni

    BalasPadam
  4. kali ni nampaknya sajak bukan mlyu? harap2 sajak sy lepas ni

    BalasPadam
  5. sajak lukiee ke ni??? wah!

    BalasPadam
  6. sajak pasal apa plak lukiee ni?

    BalasPadam
  7. msih x best jgk sajak yg disiarkan ni

    BalasPadam
  8. mana sajak yg best2 guest door?

    BalasPadam
  9. lukie pnya sajak mcm ni pun dapat jgk??

    BalasPadam
  10. Lukiee ni bukan mlyu rupanya ingatkan dia melayu

    BalasPadam
  11. sajak penjaga blog bila plak en nuri?

    BalasPadam
  12. ahli hanya sumbang sajak je ke? cerpen xde ker?

    BalasPadam
  13. lps ni sajak sapa plak yg di terbitkan?

    BalasPadam
  14. nampaknya sajak yg x berapa best pun guest door siar? lps ni buat sajak ala kadar je la..

    BalasPadam
  15. ketayap plak jengking perak? hahahha

    BalasPadam
  16. ketayap ni bukan org pakai pegi masjid ke?

    BalasPadam
  17. jengking perak bagi resepi ketayap??? pelik nama ni

    BalasPadam
  18. ada ke makanan nama ketayap??? pelik jgk

    BalasPadam
  19. setahu aku ketayap ni org kata kopiah jengking perak silap ni bagi resepi ni

    BalasPadam
  20. ketayap kalau x silap kaler hijau kan?

    BalasPadam
  21. ketayap ni makanan rupanya ingatkn kopiah? hehhe

    BalasPadam
  22. mak sy selalu buat ketayap ni...

    BalasPadam
  23. ketayap ni aku pun thu buat lagipun laki aku suka...

    BalasPadam
  24. ketayap ni rasa apa? sedap ke jengking perak?

    BalasPadam
  25. resepi ketayap pun ada? yg ni senang je nk buat

    BalasPadam
  26. anak2 aku suka makan ketayap ni...

    BalasPadam
  27. sajak xphn la dari lukiee ni...

    BalasPadam
  28. sajak mcm jiwa2 je lukiee ni

    BalasPadam
  29. lempeng jagung??? ni mmg sedap

    BalasPadam
  30. lempeng ni kalau x silap org pggl pencake

    BalasPadam
  31. lempeng jagung plak! thnkz golok buta

    BalasPadam
  32. ni resepi lempeng jagung klu x salah golok buta bagi ni

    BalasPadam
  33. resepi golok buta mcm sedap er

    BalasPadam
  34. terima ksih golok! sedap resepi anda

    BalasPadam
  35. wah! semua makanan ada kat sini

    BalasPadam
  36. msti perut lapar je datang blog ni...

    BalasPadam
  37. sedap2 semua resepi kat sini

    BalasPadam
  38. aku nk cuba la lempeng golok buta ni

    BalasPadam
  39. nampak kali ni resepi sedap2...

    BalasPadam
  40. xde la susah sgt resepi kali ni msti cuba ni

    BalasPadam
  41. lps ni resepi apa plak? heehehe

    BalasPadam
  42. AKU ORANGNYA

    yang bernama manusia
    aku orangnya
    yang sentiasa terlupa
    aku orangnya
    yang memuja dunia
    aku orangnya
    yang sombong bongkak
    aku orangnya
    yang berlagak pandai
    aku orangnya
    yang bodoh jahil
    aku orangnya
    yang suka maksiat
    aku orangnya
    yang lemah hina
    aku juga orangnya
    aku mengaku segala
    tolong maafkan aku
    oh tuhan…

    Budak Rap
    di masjid

    BalasPadam
  43. CEKIK DARAH

    tujuh belas ringgit Malaysia
    cuma dua pinggan nasi lemak
    dua cawan teh panas
    segelas air suam
    seketul ayam bagai puyuh
    secubit sambal petai
    yang diborong dari pribumi
    tiga ekor ikan bilis kurus
    cuma lekat di celah gigi
    meja tanpa alas
    nampak kulat berceracak
    kerusi plastik bengkok
    yang hayatnya seusia denganmu
    semoga kau bahagia
    cepat cukup simpanan
    buat kau pergi mekah balik hari…


    Bos Kacak
    ketika makan di gerai tepi jalan

    BalasPadam
  44. SEMANGAT HINGGA AKHIR

    Jangan bunuh aku..seksa..sakit..
    aku ingin menghirup udara
    keriangan itu lama lagi..
    bukan kerana tamak
    tapi aku inginkan kebebasan
    kepuasan belum aku nikmati lagi
    tolong aku ingin kekalkan senyuman
    biar dalaman aku derita
    aku kehilangan terus lemah
    putus harapan..
    selagi ada peluang aku tak akan berganjak pergi
    orang akan memandang aku lemah
    tak berdaya keseorangan
    aku membuka mata masih bernafas
    memandang cermin
    punya parut untuk keberanian
    aku boleh lawan getir itu
    simbol kesempurnaan telah lenyap
    mungkin aku menunggu
    keajaiban datang
    selagi nyawaku belum diambil
    selagi maut tidak menjemputku


    Orang Lama
    mengimbau sejarah lama

    BalasPadam
  45. HUJAN DAN MENTARI

    Hujan hadirmu dicemburui mentari
    sedang menyinar
    kerana bumi kekeringan.
    Mentari kau rajuk kerana hadirnya
    hujan membasah bumi…
    Bumi kau rela hamparanmu
    ditakluk oleh hujan dan mentari
    kerana itu sudah takdirnya…
    Hujan kau terus menyimbah
    hingga mentari ditutupi awan hitam.
    Mentari maafkan hujan
    kerana kasih sayangnya pada bumi…
    Bumi kau dan hujan
    sedang berirama kini,
    melepaskan rindu dendam
    kasih saying Sedangkan mentari
    jauh dibalik awan berkecil hati…


    Fareez Khan
    Penang
    3pagi

    BalasPadam
  46. Orang Lama kali ini dengan semangat juang yang kental telah mezahirkan ilham dalam sajaknya bertajuk: SEMANGAT HINGGA AKHIR. Pengucapannya yang dapat saya tangkap satu memory atau kenangan sejarah lama yang pernah dilalui dahulu menghadapi cabaran hidup atau mati, mungkin kisah zaman jepun ataupun komunis yang pernah tawan Malaya sewaktu itu. Memang ramai yang terseksa tak kira orang kampong atau pun tentera, kesusahan hidup atau kemiskinan tidak dapat digambarkan, sekadar dirakam kembali dalam sejarah fileh P. Ramlee dan juga Jins Shamsudin. Terima kasih Orang Lama! Menceritakan kembali denyut nadi zaman silam mencapai kemerdekaan. Generasi kini mencabar pemerentah, kerana mereka tidak pernah rasa susah. Bertambah sedih dengar pula temberang pengkianat dan petualang negara yang marah kerana disingkir dari pemerentah. Dendam kesumatnya disalur kepada generasi muda yang tak tahu apa.Kerana buta sejarah amat menyedehkan. Berdoa agar mereka kembali sedar dan dapat taufik hidayah Allah Amin!

    BalasPadam
  47. Budak Rap dengan sajaknya AKU ORANGNYA. Pengucapan yang ikhlas dan benar-benar teruja dengan pengakuan dan akujanji si penulis sendiri kepada Allah swt. Ini hambanya yang paling digemar Allah . Mudah-mudahan Allah menerima semua taubat anada. Sebagai mana bersehnya seorang hamba saudara baru (mualap) yang baru saja memeluk Islam, dosa-dosa mereka yang dahulu tidak dikira, dikira yang baik saja.. Anda juga telah mendapat hidayat Allah bersempena dengan maal hijrah sikap dan perangai pun turut berubah (hijrah-pindah) telah warak jadi ahli masid, Alhamdulillah. Amin

    BalasPadam
  48. Bos Kacak dengan sajaknya yang agak terkilan dengan sikap bangsanya sendiri bertajuk CEKEK DARAH. Pengucapannya jelas tanpa sembunyi lagi untuk siapa membacanya. Inilah sikap budaya melayu tiada hati perut, terlalu tamak dan cinta pada keduniaan (wang dan harta) lebih dari segalanya. (bangkali Bos Kacak ini ada aura semacam orang kaya, dia agak org luar, cuba ambil kesempatan) Sebenarnya nabi tidak menggalakkan si perniaga mengambil untung berlebihan, boleh di kategorikan haram lebih ratus peratus untung. Semoga catatan Bos Kacak ini jadi satu pengajaran pada peniaga yang berjiwa Islamic. Amin

    BalasPadam
  49. Sajak bersimbolik politik daripada Fareez Khan bertajuk HUJAN DAN MATAHARI. Pengucapannya bagai terasa ada perebutan kuasa di antara hujan dan mentari, Walaupun keduanya cuba menakluk bumi, tetapi biarlah secara yang teratur dan diterima rakyat dibumi, lebih baik lagi mengikut peraturan di tetapkan dan diredhai Allah. Bukan dengan guruh peter , hujan lebat dan banjir besar, akhirnya jadi penaklukan yang menghancurkan bumi ini. Oleh itu kita mesti faham hujan dan mentari keduanya penting. Cuma manusia yng mudah terpengaruh tidak guna pemikiran yang matang boleh diperbodohkan sang hujan mempengaruhi bumi ini. Semoga mentari dan hujan jangan menhancurkan bumi ini Amin

    BalasPadam