Sabtu, 4 Disember 2010

AKU BUKAN MUFAKIR ATAU MUALIM




Aku cuma seorang pencatat masa sezamanku
bukan seorang tokoh sastra dan  di luar negara
mempunyai guru, dan pensyarah berbagai bangsa
lahir dari alim ulamak dan cendekawan ilmuan.

amat aku takuti jika anda tersalah tangkapan
sekadar menilai tulisan yang remeh tidak kesan
janganlah disamakan aku dengan saseorang pun,
bagai alim ulamak, tuk guru atau  seorang ustaz.

Aku cuma seorang perenung di hujung malam
mencatat kisah yang aku kira perlu dicatatkan
memperkatakan apa sahaja yang benar dan sahih
dan bertentangan sesuatu yang mungkar dan jahat.

kerana jika keadaan dibiarkan aku terasa berdosa
allah tidak akan mengitiraf imanku sebelum mati
kerana membiarkan dan bersubahat dengan maksiat
membenarkan kewujudan kejahatan bermaharajalela.


Oleh: Nurimanja,
Catatan tahun lalu
jika hati rasa terluka,
akhir tahun  Disember 2009



50 ulasan:

  1. ______________________________________________________________________

    CERPEN BERTAJUK : AKU, MAMA, TUGAS DAN ALAM-ALAM. SIRI 2 OLEH : NURIMANJA SERAWAK. SEKITAR TAHUN !978/1979.

    ________________________________________________________________________

    PADA hari ini mama, aku dibawa satu daerah yang cukup asing buatku, selama ini aku tidak pernah menjejakkan kaki di daerah ini Mama, Aku tidak pernah melihatnya, cuma aku pernah mendengar namanya saja Mama, Esok aku akan memulakan latihanku untuk menentukan cita-cita tugasku.

    "Selamat pagi cikgu!"
    "Terima kasih cikgu!"
    Alahai Hati: Betapakah kau begitu kembang rasanya. Muka: senyumlah sepuas-puasnya. Diri: Benarkah aku ini seorang guru? Bakal menjadi
    seorang pendidik? Tuhan: sesungguhnya Engkau maha mengetahui.

    Hati; Baikkah perangai budak-budak ini? Diri: Jangan takut. Bukankah aku selama ini telah banyak mempelajari ilmu pendidikan di maktab. Semua Pensyarah telah memberi keyakinan tentang kewibawaanku. Tangan: Janganlah kau gementar sewaktu memengang kapur tulis, Tubuh: Janganlah kau bergemuruh. Hati: iman tetaplah, Oh Tuhan!.

    "Pok! Pak! Pok! Pak!"
    "Eh! Ehh! Siapa pula lempar kampur ini?"
    "Mulut: Tanyalah , murid mana pula buat kurang ajar ini? Bagaimana aku hendak menulis. Jika aku cuba menulis di papan hitam, mereka akan membaling kapur ke arah papan hitam. Tangan: Tulis cepat, jangan berhenti.

    "Pok! Pak! Pok! Pak!"
    "Hai, Siapa yang lepar kapur ini?"
    Celaka budak ini, bila aku mula hendak menulis, mereka lempar kapur. Mereka mula buat bising, Mereka langsung tidak menghormati aku.

    "Ingat! sekali lagi, sesiapa yang buat kacau, dia akan kena dengan cikgu nanti."
    Tangan: Tulis cepat, Hati: Jangan takut. cuba buat serius sadikit, Mata: Cuba beranikan guna kuasa.Bila lagi aku hendak mengunakan kuasa mata mengawal kelas. Hati: Jangan lupa bagaimana untuk mengunakan kuasa teknil mengawal kelas.

    "Pok! Pak! Pok! Pak!"
    Lagi berulang, Hati: Sabar. Mata: Cepat lihat siapa budak nakal ini?

    "Emmm! Kamu Ahmad, Mari sini!."
    "Bukan saya cikgu, Ali yang suruh."
    "Ahmad cikgu!"
    "Ali cikgu!"
    "Ehh! Dua-dua datang sini!"
    "Tak mahu cikgu, bukan saya, Ali cikgu,"
    "Ahmad cikgu, Ahmad!"
    "Aliiii."
    "Ahmadddd..."
    "Aliiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii....."
    "Diammmmmmmm!!!!"

    BERSAMBUNG.............

    BalasPadam
  2. AMARAN

    Jangan disambar cinta aku
    Penat lelah aku cari
    Susah payah dia beri
    Biar aku sama dia berdua
    Kamu datang macam kilat
    Warna hijau sejuk segar
    Di tengah hari panas
    Waktu aku duduk menangis
    Seorang diri pegang bunga
    Mawar plastik tipu.
    Kamu datang macam kilat biru
    Bila aku duduk termanggu
    Depan 7-Eleven tatkala itu
    Bila hijau tiada dijual.
    Aku bagi amaran!
    Jangan ganggu aku lagi


    Ayu Manja
    kota kinabalu

    BalasPadam
  3. JIHAD CINTA

    Dosa-dosa besar dan kecil
    Aku himpun ke pintu taubat
    Mohon Yang Agung perkenan
    Hapuskan segala pujukan Syaitan
    Demi cinta aku turutkan hati
    Demi kasih tiada yang berbaki
    Walau belayar tidak sendiri
    Masa silan tetap menghantui
    Aku tak rela taubat
    tercicir sebelum mati
    Hari-hari aku menongkah nafsu
    Bersama jihad di dada
    Tak ingin tergelincir
    dari kepatuhan
    Walau payah aku gagahkan jua
    Demi menambat cinta Yang Esa


    Aziz Moktar
    di masjid negara

    BalasPadam
  4. Ayu Manja dengan sajaknya bagai memberi AMARAN. Ternyata pengucapan penceritaannya juga agak keras dan marah. Mungkin ada gangguan yang mungkin boleh meresahkan si penulis dengan buah hatinya , yang mana ada orang ketiga cuba pula masuk campur dan berbagi helah dan cara cuba memikat, Sebaiknyalah. Bila ada orang yang kurang mengerti bahasa lembut dan sinis, ada baiknya juga diberi AMARAN. Jangan ganggu aku lagi! Semoga sukses. Amin.

    BalasPadam
  5. Sajak Aziz Moktar bertajuk: JIHAD CINTA. Pengucapannya memohon ampun dan maaf kepada yang m,aha esa, diatas keterlanjuran dosa-dosa dahulu , di waktu-waktu muda dan mudah pula tergoda, dengan bujukan iblis yangbermacam cra, hati siapa pun mudah cair dan terpersona. Kini kehidupan telah mengajar segalanya. Si penulis ingin berjihat untuk bertaubat. Terpaksa menongkah dan menolak segala gelodakkan hawa nafsu, tidak mahu jatuh dan tersungkur lagi. Semoga lakukan taubat nasuha ini agar apa yang berlaku tidak akan berulang lagi. Amin.

    BalasPadam
  6. 2. ELAK KENCING MALAM UNTUK ANAK KECIL

    Perahkan sedikit air lemon di atas sesudu kecl madu lebah dan terus hirup. Amalkannya disebelah pagi dan sebelum masuk tidur. Mudah-mudahan, anak kecil anda akan berhenti kencing malam atau setidak-tidaknya dapat mengurangkan jumlah dia buang air kecil.

    BalasPadam
  7. la.. cikgu rupanya! hehehe

    BalasPadam
  8. cis! aku ingat dia keje doktor rupany cikgu? hahahhaa

    BalasPadam
  9. suspen btol cerpen ni! hehehe

    BalasPadam
  10. huh! mcm2 ragam bdk2 zaman skrg ni...

    BalasPadam
  11. la.. kisah cikgu rupanya?? cikgu skolarndah ke?

    BalasPadam
  12. cikgu ke?? skola mana plak ni???

    BalasPadam
  13. wlpn dh thu cikgu tp xdpt tangkap lagi dia laki ke pmpuan?

    BalasPadam
  14. kurang ajar pnya anak murid selamat sy bkn guru klu x hbis semua bdk2 sy belasah!

    BalasPadam
  15. bdk2 mmg buat apa pun x mengaku pnya!

    BalasPadam
  16. bdk2 ni skola mana? skola bkd jahat ker?

    BalasPadam
  17. x reti hormat cikgu mcm mana nk pandai!

    BalasPadam
  18. rasa mcm nk cepuk je bdk2 yg perangai mcm ni...

    BalasPadam
  19. jd cikgu mmg mcm ni la kena tahan karenah murid2

    BalasPadam
  20. dia ni msti mengajar bdk2 kelas bawah ni sbb tu kurang ajar sgt...

    BalasPadam
  21. SAYA PNH JGK MENGAJAR BDK2 KELAS PANDAI DAN BDK2 KELAS BAWAH TP SEMUA MESRA DGN SAYA SBB SY SELALU BUAT RAKAN DGN MURID WLPN SY CIKGU DISLPIN TP HANYA BAWAK ROTAN SAJA TP XPNH PUN SAYA PUKUL BDK2...

    BalasPadam
  22. boelh tekanan jd cikgu mcm ni...

    BalasPadam
  23. anak murid sy semua alhamdulilah ok tp ada jgk yg nakal tp rasanya boleh handle lagi...

    BalasPadam
  24. sy pnh jgk denda dan belasah bdk2 akhirnya kereta sy plak di pancitkan!

    BalasPadam
  25. ni msti cikgu pmpuan dalam cerpen ni sbb tu dorg berani nk main2...

    BalasPadam
  26. bdk2 skrg ni bkn boleh ci tegur sbb silap sikit dorg nk saman mcm sy jgk la berapa kali hmpir di saman....

    BalasPadam
  27. klu nk dekati bdk2 kena pandai psikologi mcm sy smua bdk2 kt skola baik yg nakal atau x? sy buat kawan saja

    BalasPadam
  28. klu sy mmg panas baran sikit sy pnh tangkap bdk2 main baling kapur sy sumbat kt mulut dia kapur..

    BalasPadam
  29. sy semenjak dah bersara ni xthu dh mcm nk mana nk tackle bdk2...

    BalasPadam
  30. huh! nk kena cuba jgk petua zuraifah ni mudah2an anak aku berhenti kncing malam...

    BalasPadam
  31. anak aku alhamdulilah xpnh lagi kencing malam...

    BalasPadam
  32. selalunya kencing malam ni bdk2 kecik anak2 sy semua dh besar... hehe

    BalasPadam
  33. kenapa bdk2 ska kencing malam?? pelik la...

    BalasPadam
  34. aku xpnh lagi alami kencing malam ni sbb aku anak bongsu...

    BalasPadam
  35. kena cuba kt adik aku sbb dia selalu jgk kencing malam...

    BalasPadam
  36. btol ke boleh berhenti kencing malam ni????

    BalasPadam
  37. harap2 lepas cuba utk adik aku dia berhenti kencing malam...

    BalasPadam
  38. klu berak malam mcm mana plak zuraifah?

    BalasPadam
  39. aku xthu plak pasal kencing malam aku bujang lagi...

    BalasPadam
  40. puitis btol sajak kali ni...

    BalasPadam
  41. mana dapat idea tuli sajak ni?? hebat!

    BalasPadam
  42. mcm biasalah sy buat lagu sajak ni menarik...

    BalasPadam
  43. mcm sajak lama jer kali ni???

    BalasPadam
  44. Sajak kali ni mmg best!

    BalasPadam
  45. sajak ketuhanan kan?

    BalasPadam
  46. sajak yg lain dari yg lain menarik!

    BalasPadam
  47. kencing malam??? nk kena cuba utk anak aku ni...

    BalasPadam
  48. klu xjd mcm mana petua ni???

    BalasPadam
  49. boleh percaya ke ke petua ni?

    BalasPadam
  50. aku x berani cuba petua yg ahli sumbang ni apa2 pun pegi je hospital....

    BalasPadam