Rabu, 15 Disember 2010

.AKU BERHENTI




Aku berhenti Sejenak....
untuk lapangkan jalan darah
di kaki dan hati
menanti mentari pagi
aku berhenti Singgah.....
bukan untuk menetap
hanya sebagai....
tempat melepaskan lelah

aku berhenti Siapkan....
perbekalan esok pagi
untuk hadapi...
pertemuan lusa
aku Berlabuh....
bukan untuk berhenti
hanya sebagai....
tempat memantapkan diri

Profesor Lanang
Melaka2009 Disember 6 14:26 (pilihan)




50 ulasan:

  1. BULAN JATUH

    tenang-tenang si rambut putih,
    ditenung awan sedang berarak,
    kita ini baru bertatih,
    maka jangan sekali kita berlagak,
    racau-racau si rambut hitam,
    suara serak kadang tenggelam,
    kalau ilmu sekadar titis di lautan,
    malu bertanya, sekali jangan.
    Ada secubit bulan terjatuh
    di atas riba
    warnanya gelap kemerahan
    langsung tak bercahaya.
    Aku ngangakan mulut,
    hembuskan angin keletihan.
    Secubit bintang
    terjatuh di atas riba ku,
    aku tampalkan hujung dinding kamar.
    Harapnya nada secubit lagi bulan
    akan jatuh pada hari esok,
    sempat aku gabungkan kesemuanya,
    sebelum tiba hari lahir mu.


    Syamsul Razali
    Bachok
    2pagi

    BalasPadam
  2. SERIGALA

    dengarkan angin itu
    membisik sayu senandung cinta
    pada hangatnya
    matahari mencium pipi
    telah tersenyum berlalu pergi
    tiga musim pelangi
    waktu ia kembali aku menanti
    tabah memupuk membaja rindu
    pada dingin bulan
    aku mengadu lelah
    malam aku sendiri
    rindu ku baja tak mungkin berbuah
    matahari itu si jalang bedebah!
    serigala dari hutan jiwa sedang
    menunggu saat aku tertiarap
    bila rahang masa mencerai
    sang aku yang tak bersayap.
    diratah diludah
    terpelanting menyepah
    sezarah tak kurebah menyerahtahan dunia tak akan penat menguji duga.


    Suara Rakyat
    ketika berhenti di perhentian rehat

    BalasPadam
  3. MERPATI

    merpati itu terbang bersama
    menyisip awan merentas lautan
    senantiasa bergandingan
    bukan sepasang tapi berpasangan
    mengepak dengan ceria
    sayapnya menepis duka
    indahnya alam merpati
    bebasnya dunia merpati
    menikmati kedamaian…
    mengecapi ketenteraman…
    jangan dihinggap dahan rapuh
    jangan diteguk titisan bisa
    semoga bersamalah selamanya
    melayang tinggi sampai ke langit
    menyelam dalam ke dasar lautan
    mengusap bintang
    menyentuh mutiara
    semuanya kerana kilauan…
    adakah kekal segala usapan?
    adakah kekal segala sentuhan?
    mengapa terhempas setelah sampai?
    mengapa lemas setelah ke dasar?
    dimana segala jawapan?


    Sumaiyah
    Melaka
    3ptg

    BalasPadam
  4. KASIHKU PUJA

    kasih itu pernah aku puja
    kasih itu pernah memberi
    aku segalanya dahulu.
    kasih itu aku diumpama bulan.
    kasih adalah pungguk
    yang sentiasa rindukan aku.
    sungguh aku katakana
    dengan kau kasih.
    aku tak perlu berpura-pura
    dengan kau kasih aku
    yakin dengan segalanya.
    kini kasih aku telah hilang.
    tiada apa lagi yang
    menanti untukku disini.
    selamat tinggal kasih.


    Supain Sipaun
    pulau pinang
    10malam

    BalasPadam
  5. NASI AMBANG JAWA


    1. Nasi putih
    2. Ayam masak kicap @ goreng @ ikan masin
    3. Mee goreng
    4. Serunding kelapa
    5. Sayur kacang panjang @ buncis (sayur goreng)
    6. Sambal tempe
    7. Talam
    8. Daun pisang

    Saya perturunkan juga beberapa resepi mudah untuk bahan di atas. Selamat mencuba.

    Mee goreng Jawa
    Bahan :
    Mee kuning 2 paket
    Taugeh 50 sen
    Bahan untuk di mesin
    4 biji Bawang merah
    3 ulas Bawang putih
    1.5 biji buah keras
    kicap mee 4 sudu ( agak2)
    lada kering 2sudu
    1 sdb lada hitam
    1 sdb udang kering
    letak sos dan gula untuk manis (* lada hitam blend asing sebab takut tak hancur)

    Caranya:
    Tumis bahan2 yang dimesin sehingga garing.
    Masukkan mee dan gaul rata.Masukkan taugeh. Gaul sebentar dan angkat.

    Serunding kelapa
    Sebiji kelapa parut
    Bahan untuk di mesin
    jintan manis 1 jemput
    1sudu jintan putih
    3sudu ketumbar
    4 batang serai
    1/2 inci lengkuas sebesar ibujari
    1/2 inci halia
    4 ulas bawang putih
    4 biji bawang merah
    2 sdb lada kering blend
    1/2 inci kunyit hidup ( elok guna yang fresh)
    2 sdb udang kering
    Asam jawa sebesar ibujari diperah airnya dengan 2 sdb air (pekat2)
    Gula dan garam secukup rasa.
    Semua bahan diatas dimesin sehingga halus

    Caranya:
    1. Goreng kelapa tanpa minyak (sangan) sehingga kelapa kekuningan sedikit. Ini adalah supaya serunding tahan lama dan tidak basi.
    2. Tumis bahan2 yang di mesin sehingga garing. Masukkan gula merah sehingga gula hancur.
    3. Masukkan air asam dan garam. Biarkan atas api kecil sehingga agak pekat.
    4. Masukkan kelapa yang telah digoreng. Gaul rata lebih kurang 5 minit. Bolehlah diangkat.

    BalasPadam
  6. Sajak daripada Syamsul Razali kau ini ahli ke ? Sajak bertajuk BULAN JATUH, jangan buat main nanti org pas marah. Macam kau sinis mereka pula. Setahu saya Pengucapan sdra penulis semacam mengingatkan kita semuannya. Jangan terlalu berlagak sumbung dan angkuh, jika ilmu sekadar setitis air didalam lautan. Kalau bertanya. Jangan malu, jika takut sesat jalan. Malah dalam hidup ini perlulah kita bekerja sama mentari bulan dan bintang. Agar membahgiakan alam maya ini. Tiap satu ada tugas dan peranannya memberi cahaya masing-masing. Amin

    BalasPadam
  7. SERIGALA sajak daripada Suara Rakyat sajaknya terlalu bersembolik dan ada bayangan maksud yang kedangkala mencelarukan minda, Kau marah serikala, kau marah mentari dan pelangi, malah kau salahkan bulan. Semuanya bagai tidak kena. Hanya kau membekalkan kekentalan hati menyahut cabaran hidup ini. Apa mesti yang kau mahu siapa pun tak tahu. Perlulah kau menunggu sehingga semuanya yang kau marah dan salah itu dapat bersatu. Amin.

    BalasPadam
  8. Sajak Sumaiyah selalunya bertanya dalam berfalasafah mengukap sajaknya. Bertajuk: MERPATI. Mungkin pengucapannya simbolik kepada sang burung yang kemana saja sering berkawan atau ada yang berduaan berpasangan bertebangan ,menyelam dan bermesra , setinggi mana dank e dasar mana, Akhir bila tiba dan waktunya kita akan
    Kembali juga turun ke bumi, semuanya tidak kekal dan abadi. Dan semuanya akan kembali kepada pamgkuan takdir illahi. Amin.

    BalasPadam
  9. Sajak jiwa rumaja dari Supain Sipaun maaf kau ini jawanis ke? Sajaknya bertajuk: KASIHKU PUJA. Pengucapannya membicarakan tentang kisah orang muda punya biasa. Kebiasaannya begitulah kata rangtua. Semua orang mengharap kasih saying Itu biarlah abadi, tetapi sesekali disebalik kemesraan itu ada juga terjadi kisah yang tidak diingini, curiga, cemburu, kurang yakin dan sebagainya. Aakhir sekali timbul satu perselesehan dan berbalahan dan perpisahan. Semoga tidak begitu. Amin.

    BalasPadam
  10. nasi ambang pun ada jgk!

    BalasPadam
  11. nasi ambang ke nasi ambeng?

    BalasPadam
  12. nasi ambang dgn nasi dagang sama ke?

    BalasPadam
  13. mcm2 jenis nasi skrg ni ada.

    BalasPadam
  14. nasi ambeng plak? mana irfham ni dapat?

    BalasPadam
  15. nasi ambang ni dari jawa ke? ingatkan indon td...

    BalasPadam
  16. nasi ambang ni sedap ker?

    BalasPadam
  17. nasi ambang? xpnh dgr pun

    BalasPadam
  18. nasi ambang? apa bnda ambang tu?

    BalasPadam
  19. nasi ambang ni jawa ke indon?

    BalasPadam
  20. nasi ambang pun ada kali ni!

    BalasPadam
  21. blog ni mmg macam2 ada la...

    BalasPadam
  22. hadi ni umor brapa dalam cerpen ni?

    BalasPadam
  23. Hadi ni lepasan SPM ke dalam cerpen ni?

    BalasPadam
  24. hadi ni kira jd anak derhaka la sbb xdgr cakap mak dia..

    BalasPadam
  25. mmg selalunya anak derhaka mmg akan ditimpa musibah

    BalasPadam
  26. x cium bau surga la hadi ni dia buat kat mak dia mcam tu...

    BalasPadam
  27. sepatutnya jaga la mak dia atau bawak mak dia sekali ni dia tinggalkan plak?

    BalasPadam
  28. berdosa besar hadi ni dia sempat bertaubat x?

    BalasPadam
  29. akhir sekali hadi ni mati merana ke?

    BalasPadam
  30. nasi ambang ni sedap ke irham?

    BalasPadam
  31. nasi ambang ni ke yg makan dgn mee?

    BalasPadam
  32. pelik2 nasi skrg ni...

    BalasPadam
  33. mcm2 makanan ada dalam blog ni..

    BalasPadam
  34. mcm2 makanan dalam dunia ada kat sini...

    BalasPadam
  35. nmpknya apa nak makan semua ada kat sini

    BalasPadam
  36. nasi ambang ni kalau x salah makanan dari org jawa...

    BalasPadam
  37. sy pnh jgk makan dulu pegi bermalam di rumah kawan...

    BalasPadam
  38. nasi ambang! mcm2 makanan ada kat sini

    BalasPadam
  39. nasi ulam ni makanan smua bangsa boleh makan ke?

    BalasPadam
  40. nasi ambang ni lauk dia ada?

    BalasPadam
  41. nasi ambang ni kalau x salah org dulu2 pnya makanan ni

    BalasPadam
  42. profesor lanang plak dapat sajak?

    BalasPadam
  43. kalau x salah prof lanang ni ahli bru..

    BalasPadam
  44. huh! prof lanang ahli bru pun sajak disiarkan?

    BalasPadam
  45. sajak pasal perjalanan hidup ke ni?

    BalasPadam
  46. prof lanang ni pun sajak disiarkan walaupun ahli bru? sy bila plak?

    BalasPadam
  47. wah! kali ni ahli bru plak dapat sajak disiarkan

    BalasPadam
  48. kenapa sajak prof lanang plak yg disiarkan en nuri?

    BalasPadam
  49. terima kasih en nuri kerana menyiarkan sajak saya ini...

    BalasPadam