Rabu, 15 Disember 2010

10 MUHARAM ADA CERITA TERSENDIRI




10 Muharam banyak hikmahnya,
di antaranya;
Adam dicipta padanya
Noh terselamat dari banjir besar
Daud diterima Allah taubatnya
Ibrahim diangkat murtabat
Musa selamat dari buruan Firun
Sulainan kerajaannya dikembalikan
Yunus selamat dari perut ikan nun
Ideris dihidupkan semula dari rasa mati.

10 muharam banyak fadilatnya,
di antaranya;
Puasa sunat 9 dan 10
buat kenduri bubur asyurah
membaca doanya berbuka puasa
bersedekah kepada fakir anak yatim
pebesarkan belanja pada keluarga kita
Insyaallah dijamin rezeki sepanjang tahun.


Oleh: Nurimanja,
Catatan rengkas cuma,
10hb, Muharam 1432 Hijrah






50 ulasan:

  1. SIRI 4.

    CERPEN BERTAJUK: PENGHIJRAH YANG PULANG OLEH: NURIMANJA.
    _____________________________________________________________________


    “Hadi! Kalau kau hendak kerja ikut aku di Bandar, di sana kerja banyak, tak payah pakai sijil, asalkan kau ada tenaga tulang empat kerat, sudah cukup, tambah pula dengan semangat yang rajin, Buat saja apa yang disuruh, gaji boleh tahan” Kata madian kawan baiknya yang baru sehari dua balik ke kampong hilir sebelah matahari naik. Waktu itu merekaberjumpa di kedai kopi Haji kawi.


    Telopong mulut dan terbeliak mata Hadi mendengarnya, Hati mudanya terasa bagaikan melonjak-lonjak hendak keluar, jiwanya juga terasa inginkan perubahan dan ingin keluar dari kampong yang tidak punya pekerjaan yang tetap ini. Dalam hatinya
    Hadi bertekat untuk berhijrah. Dia ingin mengubah nasibnya dari seorang anak muka kampong, meneroka kehidupan di Bandar.


    “Apa kerja yang aku boleh buatdi Bandar tu Mandi?” Tanya Hadi Nampak macam bersungguh dan beriya-iya sangat.

    “Ahh! Kau ikut saja aku, esok aku nak balik, Lagi pun kau duduk di kampong ini tak ada satu apa yang kau boleh buat, ke swah saja setiap hari, senang tak juga, alhirnya sampai ke tualah lu, tak merasa hidup di Bandar Kuching.” Kata madian sambil tersenyum lebar, seolah-olah telah merasa kebahagian.

    Kata-kata inilah yang menjadikan Hadi terperangkap dengan bujukan Madian, kawan sekampungnya yang telah tinga bulan yang telah tinggal dan bekerja di Bandar Kuching itu.

    Sesekali Hadi mengutuk dan menghina sikap kedegilannya itu. dia masih ingat lagi , betapa terlukanya hati ibunya di malam penghijrahan itu. Bila satu pertengkaran kecil telah berlaku diantara dia dengan ibunya.

    Hadi sepatutnya tidak boleh bertindak begitu . Hati orang tua patut dijaga. Tetapi perkara sudah berlaku. Memang selama ini dia tidak pernah mengalah, sejak dari kecil lagi, setiap pertengkaran berlaku dengan ibunya, kemenangan pasti menyebelahinya.

    “Hadi! Tak usahlah kau pergi, aku ini sudah tua, siapalah hendak mengerjakan tanah sawah peninggalan aruah ayah kau itu?” Begitu bunyi kata ibu hadi, bagai merayu bunyinya.

    “Ahh! Saya nak cuba mak! Bagaimana tinggal di Bandar kuching itu,” jawab hadi bagai tidak ada tolak ansur lagi.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. WARKAH SANG LEMBU

    usah lagi dikau menangis
    usah lagi dikau bersedih
    izinkan sahaja aku pergi
    ini sudah suratan
    sampai di sini sahaja
    pertalian yang kita bina
    sejak lima tahun dahulu
    aku masih ingat
    sewaktu ayahmu bawaku ke sini
    dikau insan paling gembira
    dikau insan paling rapat
    dikau sentiasa disampingku
    jaga makan minumku
    jaga sihat sakitku
    akrab sekali hubungan kita
    dan hari ini di saat takbir bergema
    di saat pisau tajam
    berkilat di tengkuk
    relakanlah pemergianku
    sebagai korbanmu
    moga ku jadi kenderaanmu
    di akhirat nanti...


    Mat Noh
    ketika ditugaskan menyembelih lembu masa raya haji

    BalasPadam
  3. PM

    kau dah semakin besar
    besar segalanya
    punya kereta besar
    punya rumah besar
    punya kepala besar
    punya nafsu besar
    tidak ada yang tidak besar
    melainkan besar belaka
    yang kecil cuma otakmu
    kau tidak letakkan di kepala
    kau cuma letak di kepala lutut
    kau biarkan otakmu dipersia
    kau cuma tahu tadah sahaja
    menganga minta disuapkan
    apa mendatang kau telan
    janji kau kenyang
    bagaimana mereka
    sentiasa hulurkan umpan
    sentiasa hulurkan titik peluh
    tiada langsung kau pandang
    pantas kau pilih
    yang berkipas besar
    yang bertubuh montok
    yang berbetis bunting padi
    yang bergetah melekit
    cukup hanya sekali
    kau pandang kami ini
    yang berjerawat batu
    yang bertangan kematu
    yang punya hati
    yang punya rasa
    yang ikhlas
    cubalah kau pandang
    cubalah kau jeling
    hanya sekali...


    Sufian Al Zahri
    semoga qalam dapat menangkap maksud sajak saya ni

    BalasPadam
  4. WARKAH BUAT RAJAGOPAL

    wahai rajagopal apa sudah jadi
    mana hilang suaramu
    yang lantang memecah suasana
    mana hilang taringmu
    yang merobek semua musuh
    suaramu tersekat di kerongkong
    tatkala gonzales meledak
    taringmu terus patah
    tatkala bambang menyergah
    kasihan sungguh kasihan
    melihat kau gigit jari
    di pentas sendiri
    ayam tambatan habis ditaji
    mencicit lari dihambat ayam indon
    jelas nampak kau kecewa
    tidak mengapa rajagopal
    pedulikan apa orang kata
    pedulikan apa orang cemuh
    kau tetap gah di mata sendiri
    takziah rajagopal
    jika kau kecewa di sana
    jangan risau peluang masih ada
    dengan vietnam tunjukan kuasa

    Satria Juragan
    sajak buat skuad malaysia

    BalasPadam
  5. AIDILADHA

    muhammad aidil adha
    indah nama tercipta
    pemberian ayah bonda
    sempena hari mulia
    kelahiran penuh makna
    hasil pengorbanan ibu
    tatkala darah membuak
    keluar dari leher sang lembu
    darah ibu terpercik
    kau jengah dunia baru ibumu puas
    semakin meniti usia
    kasih ibu tiada kurang
    kasih ayah tiada jejas
    didik agama penuh diberi
    didik dunia penuh dihulur
    namun dirimu terleka
    kau lupa makna namamu
    kau lupa erti korban ibu
    akhirnya kau terkorban
    di penjuru sudut gelap
    angkara musuh utama negara
    kau siakan namamu
    kau siakan korban ibu
    kau siakan aidil adha...

    Ungku Zubir
    sajak ketika menyambut raja korban

    BalasPadam
  6. ROTI ARAB

    Bahan-bahan ( 10 org makan )

    * 2 sudu besar mentega
    * 2 sudu besar minyak masak
    * 2 sudu besar gula
    * 300 ml air suam
    * 6 g yis
    * 500g tpg gandum

    Cara-cara

    1. mentega, minyak dan gula dibancuh dengan air suam
    2. tepung di gaul dengan yis
    3. Kemudian campur semua bahan dan uli hingga licin dan kental
    4. perap selama 1jam dalam beg plastik yang tertutup atau bekas yang tertutup
    5. Uli semula dan buat bulat2 dalam 18 biji
    6. Canai nipis lebih kurang 0.4 cm
    7. panaskan minyak dan goreng sebiji2, tunggu hingga roti kembung dulu baru terbalikkan.
    8. Sedap dimakan bersama kari ayam dan daging

    BalasPadam
  7. Mat Noh sajaknya WARKAH BERSAMA LEMBU. Menceritakan kehdupannya bersama lembu jantan kesayangannya yang berusia lima tahun, terpaksa dikurqan kerana semperna hari raya Qurban yang lalu. Kini mungkin jadi memory yang amat sukar dilupakan. Tetapi demi kecintaan pada agama semoga apa yang dilakukan akan dapat diterima di sisi keredhaan Allah. swt Amin.Sajak ini agak terlewat diterbitkan,.

    BalasPadam
  8. Sajak ini agak celaru, apa yang kita tahu bukan begitu duduk keadaannya, buat seorang anak bekas PM dahulu. Cuma si penulis yang kian tenat diserang penyakit kecelaruan minda. harap maklum anda boleh rujuk dengan Jeffry Ketinggan.Dia sendiri sudah mulai sedar akan segala keadaan. Harap banyak membaca, jangan berpandukan satu atau dua akhbar sahaja. Semoga kita tidak begitu. Amin

    BalasPadam
  9. Satria Juragan dengan sajaknya, sukan terkini: WARKAH BUAT RAJA GOPAL. Menceritakan tentang seorang coach atau juru latih bernama Raja Gopal bersungguh melatih dan mendidik memberi semangat, kepada anak buahnya hingga hialng suara demi untuk merangkul piala Suzuki AFF 2010 menentang Vietnam . Bolehkah skuad Malaysia mengekalkan rentak selepas di belasah Indonesia? Sama kita saksikan mala mini. Semoga sukses! Amin.

    BalasPadam
  10. Sajak Ungku Zubir bertajuk AIDIL ADHA, barangkali sajak ini agaknya telah lama dihantar. Mungkin agak ramai sajak yang mengikut keadaannya terlepas pandang untuk diterbitkan. Ada dua buah sajak sdra Mat Noh warkah bersama lembu. Apa pun Kena tunggu geliran harap maklum.Apa yang hendak diceritakan oleh Ungku Zubir ini berkaitan dengan kelahiran seorang anak bersama hari raya Qurban dan lansung dinamakan Aidil Adha. Tetapi setelah ibu memberi pendidikan dan kasih saying. Dia
    Bila besar sadikit telah terjebak dengan penyakit dadah merbahaya. Tinggallah dalam Kebegungan ditempat sepi, sehingga tidak mengetahui akan hari raya Adiladha. Diamana pengorbanan ibu tiada nilainya. Semoga kita tidak begitu. Amin.

    BalasPadam
  11. roti arab plak! hahaha

    BalasPadam
  12. roti arab import dari padang pasir ke habib? hehe

    BalasPadam
  13. roti arab pun ada! wah! mcm2..

    BalasPadam
  14. roti arab ni kalau cuba best ni

    BalasPadam
  15. lps ni xpyh la aku beli lagi roti arab buat sndiri jer...

    BalasPadam
  16. eh! roti arab plak syeih habib ni?

    BalasPadam
  17. resepi dari tanah arab ke sheikh habib?

    BalasPadam
  18. aku rasa syeikh habib ni pnya resepi msti anak dia yg kirim ni....

    BalasPadam
  19. snang je buat roti arab rupanya?

    BalasPadam
  20. kalau x jd mcm mana resepi roti arab ni?

    BalasPadam
  21. roti arab aku paling suka ni...

    BalasPadam
  22. resepi roti arab? resepi turun temurun ke ni?

    BalasPadam
  23. roti arab ni kalau buat kat padang pasir lagi sedap... hahahaha

    BalasPadam
  24. teringin plak pegi mesir bila baca pasal roti arab ni...

    BalasPadam
  25. esok kena mula buat bubur asyura la nampaknya...

    BalasPadam
  26. esok sibuklah jabatan aku dgn bubur,.,,

    BalasPadam
  27. eh! 10 muharam ke esok?? x perasan plak...

    BalasPadam
  28. esok mula la sibuk org buat bubur aku pun terlibat sama...

    BalasPadam
  29. harap2 surau aku buat bubur... hehehe

    BalasPadam
  30. 10 muharam! sekejab saja masa berlalu

    BalasPadam
  31. madian rupanya rekomen kat hadi..

    BalasPadam
  32. madian ke yg tolong?? ingatkan sapa td....

    BalasPadam
  33. dia derhaka kat mak dia rupanya...

    BalasPadam
  34. mcm cerita jiman je derhaka kat mak dia...

    BalasPadam
  35. CERITA EN NURI BANYAK SEAKAN SAMA... CERPEN NI PUN MCM SAMA DGN JIMAN...

    BalasPadam
  36. mcm dh thu je kesudahan cerpen ni...

    BalasPadam
  37. dh sampai sini mcm dh thu akhir sekali cerpen ni...

    BalasPadam
  38. cerpen hantu xde ke en nuri?

    BalasPadam
  39. cerpen kali ni msti akhir sekali dia balik kmpung semula ni...

    BalasPadam
  40. sian dia tinggal mak dia mcm tu jer?

    BalasPadam
  41. anak derhaka hadi ni patutlah dia selalu ditimpa kesusahan...

    BalasPadam
  42. pnya x kenang budi pnya anak....

    BalasPadam
  43. hadi ni menderita sakit sbb derhaka kat mak dia agaknya...

    BalasPadam
  44. pembalasan tuhan sbb dia buat kt mak dia dulu...

    BalasPadam
  45. ni yg di katakan hukum karma dulu dia buat kat mak dia...

    BalasPadam
  46. hadi ni msti menderita sakit sbb di sumpah mak dia...

    BalasPadam
  47. tu la bahaya doa ibu skrg padan muka hadi...

    BalasPadam
  48. hadi ni derita sakit misteri ker?

    BalasPadam
  49. hadi ni kurang ajar jgk kesian mak dia...

    BalasPadam