Isnin, 29 November 2010

ZIARAH PERKAMPUNGAN ARUAH



gambar hiasan zombe kpg pisang


Tetiba saja aku pun berada
di dalam sebuah bus express laju
bersama dua abang ipar dan anak saudara
sebenarnya mereka telah lama menjadi aruah.

Pemandunya abang ipar satu
pembantu pemandu abang ipar dua
konduk anak saudara duduk belakang sekali.

Waktu memandu mereka tidur!
anak saudara minta aku mengambil alih
aku jadi bengung kerana tidak biasa bawa bus
dia kata senang saja macam membawa kereta juga.

Dalam kelamkabut aku ambilalih,
hamper terjun ke dalam gaung dan melanggar lori
akhirnya sampai juga dikampung penghuninya aruah,
aku jadi panik, semuanya aku kenali mereka sudah mati.

Dalam kekalutan rasa kesedihan!
aku ingin derma wang bantu kemiskinan
sebelum aku balik dan keluar dari kampung itu
aku mencari kereta dan jalan keluar tidak berjumpa

Aku  risau dan bertambah gelisah,
entah bagaimana aku dapat meluluskan diri
dari perkampungan aruah orang yang lama pergi
bila tersedar, aku lihat jam tepat pukul tiga setengah pagi.

Esok aku termanggu dan terharu,
memikirkan mimpi roh yang ngeri dan misteri
terasa bagai balik dari ziarah perkampungan aruah
jikalau aku tidak pulang, mungkin aku pun sekali padam
dan mungkin yang pergi itu roh dan jiwaku sahaja agaknya.



Oleh: Nurimanja,
Catatan mimpi ngeri dan misteri,
pada jumaat yang lalu  28/11/2010.








50 ulasan:

  1. CERPEN LAGENDA SIRI KE 5: BERTAJUK : PERGINYA TIADA UMPAT CELA LAGI OLEH ; Nurimanja, Serawak. 1982
    _________________________________________________________________________________________________________


    "Kau dulu pun ayang atang, may kau samah dengah idun, may ta au siang malam, sigah laus, bek nau kawan menyanyi may ta au tempat. kau may hal kawan luk nyanyi, bek nau pidan nu an buah di halaman lebuk kenawan majis kawan apan,"

    Terjemahannya;
    (Aku dulu pun muda juga, tapi tak lah macam anak muda sekarang, terpekek melolong, tak kira siang atau malam, menyanyi di sepanjang jalan, kalau nak menyanyi saja tak kisah, ini tidak, kalau ada buah tanaman orang di halaman rumah habis dikebasnya,) Gerutu hati Nek Abang Junaidi lagi.

    Marah Nek Abang Junaidi itu memang ada benarnya, dia mahu melihat anak muda di kampungnya, tahu sadikit tentang hal agama, hukum hakam, halal dan haram jangan mengambil harta atau tanaman orang sebarangan, semacam negeri tidak diperentah.

    Dia juga kesal dengan sikap anak muda di kampungnya yang pemalas hendak berusaha, tulang empat kerat ada, tanah kebun harta pusaka terbiar begitu saja ditumbuhi rumput dan lalang. Mereka cuma mahu berlagak sahaja, tetapi punca hasil pendapatan tidak ada,

    Malah di satu majlis kenduri khawin, Nek abang junaidi pernah mengemukakan pendapatnya itu, dikalangan member lamanya dulu; "Kau nuing, didak anak lai lau eh mebay adap, may ta au age hormat kanawan lakai, may ta au age adap sopan , agamah, bek naulah gaya idup idun mebay arah age.., jangai atang."

    Terjemahannya;
    (aku lihat anak muda sekarang ini biadap, tak tahu menghormati orang tua, tak tahu adap sopan, agama, sebab itulah hidup mereka tak tentu arah lagi... nakal sungguh,) Gerutu Nek Abang Junaidi, sambil memusing-musing rokok daun nipah dengan tambakau lambak dengan jari- jemarinya, asap daun nipah itu dihembusnya, terasa puas dia melepaskan pendapatnya.

    (Ada satu lagi yang paling menyedihkan, bila suara azan di laungkan di masjid atau di surau, bagai nak tercabut anak tekak tuk bilal haram mereka nak dengar, buat tak kisah saja.) lagi gerutu Nek Abang Junaidi, orang-orang kampung yang sebaya usia dengannya mengangguk-anggukkan kepala mereka tanda setuju. Nek Abang Junaidi senyum lagi terasa puas.

    Segala ingatan yang menyanyat hati itu datang berlegar-legar di hati Sapani . Air mata sayu dan sedih berlenangan di kelopak matanya tanpa disedari telah membasahi pipinya.

    BERSAMBUNG...

    BalasPadam
  2. LIMA BELAS HARI BERLALU

    lima belas hari berlalu
    separuh purnama sejak
    dari hari istimewa itu
    istimewahanya hari ulangtahun
    saban tahun biasa-biasa cuma
    tanpa ucapan kata-kata indah
    tiada kek atau lilin untuk ku tiup
    apatah hadiah mengenang aku
    lalu aku sedar sendiri
    siapalah diri meminta yang itu ini
    sedang diri bagai gelandangan
    sekilas pandangan tak terkesan
    lalu ku pujuk-pujuk jiwa
    bukanku hampa malah jauh kecewa
    kerana tahun depan mungkin ada
    jika tidak pun tahun seterusnya
    namun dari siapa tak ku harap
    sekadar berangan berdoa sendiri
    di sunyi menghitung detik mendatang
    andai jalan ku masih panjang
    wahai tuhan berkatilah dunia ini,
    biarlah aku bagai dilupakan,
    ku harap Kau mengingatiku"


    Ezad Emir
    Kuala Lumpur
    1pagi

    BalasPadam
  3. MALAM BERDARAH MERAH

    kukira malam itu malam bertuah
    hujan masih bersyair indah
    aku di kamar sendirian
    resah menunggu utusan
    dari pipit kesayangan
    terbangkan aku khabar riang
    sepertiga malam aku sendirian
    di kamar menunggu pipit sayang
    pipitku lalu datang
    pipitku berdarah!
    simpang siur peluru Hitler
    3 bidik 2 tepat
    katanya memercikkan merah
    kata pipit wahai teman,
    setan kau tewas lagi
    jadi apa perlu aku muram
    andai yang rebah itu setan jua
    pipitku lalu pulang.
    malam itu bukan malam bertuah
    tapi malam berdarah.merah.


    Srikandi Juwita
    penang
    2ptg

    BalasPadam
  4. ni sajak atuk sy kirim utk qalam ulas....


    SYUKUR AKU MASIH BERNYAWA

    Basah petang masih belum kering
    bilik kecil seakan tak mampu hidup
    sejuk rasa menikam tulang-temulang
    dalam selimut selesa melingkar lena
    semut berkawad di atas dinding.
    Hujan petang sudah berhenti
    namun pelangi kunanti masih tersipu
    bergulung sebalik awan hitam tinggi
    mengharap panggilan daripadaku.
    Jendela bilik sengaja kubiar tutup
    lalu aku sendirian berbaring lesu
    menyalakan curut menyedut asap
    merasa sisa-sisa bosan bertamu
    menjenguk kembali gerbang silam
    kemudian tersengih senyum sendiri.
    Rupanya aku masih bernyawa.


    Pak Ngah But
    hari ke-4 di hospital

    BalasPadam
  5. sokong nek junaidi ni kata bdk2 mmg xde adap zaman skrg ni!

    BalasPadam
  6. berbeza bdk2 zaman skrg dgn dulu...

    BalasPadam
  7. bdk2 dulu dgn skrg mmg beza langit dan bumi

    BalasPadam
  8. mmg zaman skrg susah nk jmpa bdk2 yg berbudi bahasa...

    BalasPadam
  9. ni smua salah mak bapak yg x ambik peduli hal anak2... sian nek junaidi

    BalasPadam
  10. nek abang junaidi ni meninggal sbb makan hati ker?

    BalasPadam
  11. nek junaidi ni dh thu smua org kmpung x ska bkn nk pindah...

    BalasPadam
  12. sepatutnya nek junaidi ni pindah kalau rasa tempat tu dh x sesuai...

    BalasPadam
  13. NEK JUNAIDI NI MSTI BYK MKN HATI NI TP SALAH DIA JUGAK KENAPA X PINDAH? DUIT BANYAK RUGI SAJA...

    BalasPadam
  14. nek junaidi ni rasanya meninggal sbb makan hati org kmpung kata dia mcm2....

    BalasPadam
  15. rasa mcm tgk cerita zombie kmpung pisang plak?

    BalasPadam
  16. jalil hamid ada sekali x dalam mimpi en nuri? hehehhe

    BalasPadam
  17. kenapa semua jadi zzombie plak?

    BalasPadam
  18. mcm main game plak bila baca mimpi en nuri?

    BalasPadam
  19. mimpi yg menyeramkan plak?

    BalasPadam
  20. rasanya roh dtg melawat kot?

    BalasPadam
  21. en nuri kena tindih ke masa tu?? selalunya gambaran yg pelik2 smua keja syaitan

    BalasPadam
  22. bila en nuri bangun bulu roma naik x? klu bulu roma naik mngkin roh dtg ziarah....

    BalasPadam
  23. sy kerap jgk mimpi org mati ni sbb nk buat mcm mana dh keja saya pun penggali kubur....

    BalasPadam
  24. sy pun pnh mimpi 2 org arwah anak sy esoknya sy solat hadiah kpd mereka...

    BalasPadam
  25. seram plak baca mimpi en nuri...

    BalasPadam
  26. mcm mana plak roh tu boleh jd zombie?

    BalasPadam
  27. zombie tu ada menjerit otak x? hehe

    BalasPadam
  28. msti sebelum en nuri tidur en nuri tgk cerita zombie ni...

    BalasPadam
  29. msti terbawak2 en nuri tgk dlm tv ke dalam mimpi....

    BalasPadam
  30. roh ke setan? pening jgk..

    BalasPadam
  31. eh! mengerikan baca mimpi en nuri ni...

    BalasPadam
  32. ni msti en nuri x bsuh kaki sebelum tidur ni....

    BalasPadam
  33. roh tu bercakap x? klu bercakap seta klu diam tu roh btol kot?

    BalasPadam
  34. naik bulu roma baca mimpi en nuri....

    BalasPadam
  35. rang muda ni bnda apa plak?

    BalasPadam
  36. sajak politik ke rang muda ni?

    BalasPadam
  37. sedih plak baca sajak rang muda ni...

    BalasPadam
  38. btol tu skrg keja semua serah kpd rang muda...

    BalasPadam
  39. rang muda byk tenaga boleh la jika nk dibandingkan dgn rang tua...

    BalasPadam
  40. x boleh jgk beri tugas kat rang muda sbb rang muda pemalas...

    BalasPadam
  41. rang muda ni susah nk percya sikit la berbanding rang tua...

    BalasPadam
  42. rang ni mksudnya orang ke??

    BalasPadam
  43. rang muda? sajak pasal apa ni? mcm sajak nasihat jer...

    BalasPadam
  44. seram baca sajak en nuri tp sy pun pnh jgk mimpi zombie ni....

    BalasPadam
  45. mimpi zombie ni apa maknanya???? ada x dalam ramalan mimpi?

    BalasPadam
  46. zombie? mcm dalam filem plak?

    BalasPadam
  47. Sajak bertajuk LIMA BELAS HARI BERLALU nukilan rasa dari sdra Ezad Emir dapat mencuit hati khalayak bila menatapinya. Penceritaan dalam ucapannya, agak tersentuh juga, bila diri kini dilupakan, tidak seperti waktu bersama isteri dahulu,tiap tahun ada hari ulang tahun mengingati, hari jadi atau ulang tahun perkhawinan, kini tiada lagi ucapan, hadiah atau kek sepotong, terasa hampa bukan kecewa atau jauh hati, terasa diri bagai geladangan yang merempat tiada nilainya. Sesekali teringat mungkin ada kesilapan yang semacam sukar dimaafkan. Kini si penulis penuh harap kepada yang maha kuasa, jika panjang umur ada jodoh, tahun berikutnya mungkin dapat kembali suasana kemesraan itu, jika tidak hanya pada Allah swt sahaja untuk meyerahkan diri.kerana cinta pada tuhan yang abadi, Amin.

    BalasPadam
  48. Srikandi Juwita dengan sajaknya MALAM BERDARAH MERAH; Pengucapannya menarik: Bagai sedang menanti sesuati berita yang mencemaskan. agak rasa sadikit kekeliruan pada watak pipit ( haiwan atau orang suruhan). Terasa bagai ada persengketaan diantara dua belah pihak, selalunya peperangan ini Dimenangi oleh orang suruhan (pipit) tetapi kali ini , walaupun pipit menang, namun dia pulang dalam keadaan luka parah dan berdarah, menjadikan si penulis menterjemahkan kepada tiada tuah , tetapi mengangapnya Malam Berdarah Merah. Apa yang direbut apa yang dipersengketakan tidak pula dinyatakan disini, barang kali perang urat sarap hasad dengki yang berpanjangan. Namun yang menang atau kalau, diri melebalkan keduanya bagai syitan juga. Tiada cirri-ciri berserah kepada tuhan, Cuma sekadar menang kalah terserah.Agar persengketaan ini tidak berpanjangan. Amin. (Cuma sekadar andain saja.).

    BalasPadam
  49. Sajak Pak Ngah But bertajuk: SYUKUR AKU MASIH BERNYAWA. Mungkin dari berkat doa para sahabat CR dan kaum keluarga dan mungkin tuhan masih sayang pada pak ngah but. Dalam kekalutan dan pergelutan andara hidup dan mati, pak ngat but masih didatangi ilham dan dapat mencipta sajak lagi, (apabila tekanan darah naik) angkara daging lembu korban. Setahu saya en nuri hamper puluhan tahun tak berani mendekati atau menekmati daging lembu yang segar baru dipotong. Kerana dua orang orang tersayangnya pergi gara makan daging lembu dan kambing.(mungkin sabab musabab agaknya) Bersyukurlah pak ngah but kerana hidung masih boleh menyedut udara. Bibir masih boleh tersenyum melihat kembali dunia nyata. Amin!

    BalasPadam