Sabtu, 20 November 2010

SENJA BERLABUH




Bila senja berlabuh
malam mula menyapa
angin pun  berbisik
kesunyian  merayap
merakul benak sepi
hatiku dipangut resah
melihat kegelapan
bagai terkapar dan alfa
bila wajah diselubungi
ketuaan di hujung usia.

Oleh ; Nurimanja,
BBTK, catatan malam,
Tanpa tarikh/akhir tahun2009
 
 

50 ulasan:

  1. CERPEN SIRI KE 3. BERTAJUK ; MAT BAT Oleh ; Nurimanja Pulau Mutiara.
    _____________________________________________________________________

    Di celah-celah gulungan asap rokok itulah Mat Bat dibuai berbagai andaian yang mengasyikan, sehingga membunuh selera makan dan nafsu selera berkeluarganya. Ramai kawan-kawannya berpendapat Mat Bat mempunyai bakat semula jadi. malah
    kumpulan yang dipimpin oleh Mat Bat, sering dijemput bermain di RTM Pulau Mutiara .

    Di Pulau Mutiara, kumpulan Mat Bat bukanlah calang-calang punya kumpulan yang boleh dipersendakan. Sebut saja nama kumpulan Mat bat ramai orang yang datang. Mat Bat juga tidak pernah menolak sebarang jemputan bermain boria, sama ada di majlis hari ulang tahun, perkhawinan, pesta atau pertandingan semuanya semacam memberi kepuasan bagi Mat Bat.


    Mat Bat meluruskan kedua kakinya untuk menghilangkan rasa lengoh dan kebas, kemudian Mat Bat menyedut puting rokok yang tinggal sadikit itu, kemudian Mat Bat menjentek-jentek abu rokok ke dalam mangkok abu rokok di atas meja didisinya.

    "Haii! Biola! Biola!!..." Mat Bat mengeloh panjang

    "Biarlah diambil oleh Cikgu Mat Cik Nun, aku dah tua, tidak ada anak yang hendak aku turunkan warisan untuk bermain." Kata Mat Bat sendirian.

    Mat Bat sedar keupayaannya bermain telah lama pudar, malah teman-teman seangkatan dengannya dahulu telah lama berhenti, dan ada setengahnya telah pun pergi meninggal dunia yang fana ini.

    P.Ramlee adalah peminatnya yang paling muda yang sering mengikutinya mainan boria Mat Bat di Bukit Dambar, Kampung Melayu, Padang Kota, Padang Brown dan Petani Road, kini telah lama dijemput kepangkuan Ilahi.

    Sesekali Mat Bat terfikir; Agak anih budak muda senakal P. Ramlee boleh jadi penyanyi, pencipta lagu, kemudian pelakon dan pengarah filem pula, sehingga mengatasi nama Mat Bat sendiri .

    Mat Bat terasa mulut dan tekaknya kering, Mat Bat mencapai se biji cawan yang berisi air teh suam, kemudian meneguknya, terasa pahit dan kelat menerejun masuk ke dalam rengkongnya.

    kemudian Mat Bat mencapai kotak rokok dan mancis api, sebatang rokok dikeluarkan dari kotak, diselitkan di celahnya, mancis dihidupkannya, rokok dihisap, asap dilepaskanya, Mat Bat rasa puas.

    Tiba-tiba Mat Bat senyum sendirian bila dia terkenang kisah lucu, sewaktu Mat Bat bermain boria menyambut awal Muharam di Padang Kota Lama.

    BERSAMBUNG..

    BalasPadam
  2. 4.PETUA HILANGKAN JERAWAT


    petang ni atok nak cerita sikit pasal jerawat..ye la..masa remaja ni la kene jaga kulit muka...tp masa remaja juga la jerawat naik...aish...camne ni..."aku nak pikat girlfren@boyfren, tapi muka dah macam kulit biawak" keluh cucu2...hahaha..bukan cucu yang tengah baca entry atok ni la..cucu lain..hehehe..jangan salah faham..

    bab jerawat ni satu masalah..sebenarnya ia berpunca dari ketidakstabilan hormon dalam badan cucu2 apabila menigkat dewasa..satu lagi disebabkan kurangnya penjagaan wajah serta masalh peluh dan muka berminyak..

    yang atok nak pesan..JANGAN PICIT JERAWAT MENGGUNAKAN KUKU..sebab di kuku cucu tu ada banyak kuman..soo, kuman tu akan memasuki tempat jerawat yang dipicit seterusnya menyebabkan jerawat bertambah..ini FAKTA bukan FATWA...hehehe..satu lagi..selalu basuh muka..supaya sentiasa bersih...

    satu lagi yang atok penah cuba..try pakai bende yang kaler biru tu..atok pun xtaw ape namanya..dia mcam plastik, tp bukan plastik..guna benda tu, tuk cuci kan muka dari minyak..camne atok taw? atok taw sebab masa sekolah dulu atok penah selongkar maja pompuan..hahaha..jahat atok ni..pastu jumpe bnde tu lam kotak kecik..atok pn tnye la tuannya..dia ckp buat sapu muka la...hampeh~~..atok igt pe..atok pun amik satu..hahaha..sape2 taw nama benda tu bgtaw atok..letak url gmbrnya skali..atok akan bg reward..

    BalasPadam
  3. SANG PENCINTA

    di hujung takungan kerikil ini
    sang lelaki tak upaya tunduk
    kutip daun resah
    antara tatapan dan senyum
    perawan duka itu
    adalah nafas getir dan gusar
    ketika melangkah memasuki kapal mulakan pelayaran
    menuju pulau zaman abadi

    maha besar Tuhan
    mempertemukan sepasang kehidupan
    maha besar pula Tuhan
    menjarakkan sepasang harapan
    pelabuhan terus menghirup sunyinya
    setelah kapal berangkat
    jauh ke pulau asing
    irama tidak akan lagi mendayu
    lagunya telah mula dipadamkan
    terbenam abadi di pusara
    seorang pencinta.

    Lakodja Akum
    kelantan
    4pagi

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. GUGUR MENGERING

    bakar aku ceraikan sayap
    cincang lumat tubuhku
    pasung aku ke bumi
    lakukan segala pekakkan lolong aku
    butakan titis mata aku
    kecaikan jiwa celakakan aku
    aneh tidak sedetik dalam waktu
    benci bernanah pada kamu
    manusia yang tak mahu mengerti
    dikumpul titisan embunan pagi
    disiram dibaja agar berputik
    si tunggul mati yang tumbuh
    menyubur hanyalah rerumput
    menjalar yang melilit
    membalut kosong menopeng hidup
    dedaunnya tetap mempunyai hijau
    tapi gagal mengekal kesegaran warna
    akhirnya pasti layu gugur mengering

    Fisabililah
    kelantan
    7pagi

    BalasPadam
  6. bila masa saya hantar pasal jerawat ni???????

    BalasPadam
  7. nnt nk try la petua atuk ni... hehe

    BalasPadam
  8. boleh hilang ke jerawat klu ikut petua atuk ni?

    BalasPadam
  9. atuk ni btol2 atuk ke? hanya nama je atuk???

    BalasPadam
  10. petua atuk ni kena cuba ni...

    BalasPadam
  11. patutlah jerawat tumbuh lagi byk sbb picit?

    BalasPadam
  12. atuk ni mcm mna thu petua ni? atuk ada jerawat ker?

    BalasPadam
  13. plastik kaler biru?? apa bnda tu?

    BalasPadam
  14. patua atuk ni cara tradisional pnya ker?

    BalasPadam
  15. nnt nk cuba petua atuk sbb blum cuba blum thu...

    BalasPadam
  16. atuk ni hebat jgk tahu bab2 perubatan tradisional ni...

    BalasPadam
  17. jerawat??/ menarik jgk ni....

    BalasPadam
  18. lps ni klu jerawat tumbuh kena lebih berhati2...

    BalasPadam
  19. wah! best petua atuk ni mmg sy mngalami masalah jerawat jgk ni

    BalasPadam
  20. plastik biru?? kertas pelembab kulit ke?

    BalasPadam
  21. dulu aku ada jgk pakai kertas kaler biru tu tp skrg kulit dh ok lama x pkai jd lupa la...

    BalasPadam
  22. dpt hadiah ke klu dapat teka kertas kaler biru tu?

    BalasPadam
  23. atuk ni x sangka tua2 pun selongkar meja perempuan jgk? hehe

    BalasPadam
  24. atuk ni jahat jgk ye? sanggup geledah meja pmpuan? haahhaa

    BalasPadam
  25. geledah meja perempuan? atuk ni cikgu ker?

    BalasPadam
  26. wah! mat bat kluar TV ke???

    BalasPadam
  27. mat bat masuk RTM?? yg mana 1 mat bat ni?

    BalasPadam
  28. mat bat siap masuk RTM!! hebat jgk mat bat ni...

    BalasPadam
  29. mat bat x trunkan ilmu biola dia kat anak2 ker?

    BalasPadam
  30. mna mat bat blaja main biola ni?

    BalasPadam
  31. mak cik nun ni sapa plak?

    BalasPadam
  32. cerpen maat bat ni cerita pasal kenangan dia jer...

    BalasPadam
  33. byk jgk kisah2 kegemilangan mat bat dulu...

    BalasPadam
  34. eh! mat bat ni start main biola umor brapa?

    BalasPadam
  35. apa bnda la kisah lucu mat bat tu?

    BalasPadam
  36. best jgk baca cerita mat bat masa dulu2...

    BalasPadam
  37. mana anak2 mat bat?

    BalasPadam
  38. dlm cerpen ni mat bat tinggal rumah org tua2 ker?

    BalasPadam
  39. sian smua kwn mat bat dh meninggal....

    BalasPadam
  40. mat bat ni sapa? p ramlee xpnh cerita pun?

    BalasPadam
  41. mat bat ni x kwin ke? xde anak ker?

    BalasPadam
  42. mat bat ni mmg asal org penang ker?

    BalasPadam
  43. sian mat bat sdih pun ada cerpen ni...

    BalasPadam
  44. mat bat ni org kaya ke miskin?

    BalasPadam
  45. mat bat ni nama btol apa?

    BalasPadam
  46. (BACR) Sajak dari Lakodja Akum, bertajuk: SANG PENCITA , Pengucapannya terasa bagai menerima ketentuan Tuhan yang telah menetapkan akan jodoh dan pertemuan sesaorang itu. Tidak pula dikira jarak usia. Walaupun si perawan agak rasa kecewa dan resah, tetapi setelah mengenal hati dan budi dan menekmati hasil pelayaran pertama menuju ke pulau endah bersama kejantan seorang lelaki, lalu sepi tidak terucap lagi, Itulah anugerah dari sang pencita. Semoga kekal abadi Amin.

    BalasPadam
  47. (BACR) Sajak perjuangan oleh Fisabilah bertajuk: GUGUR MENGERING , ternyata isi pengucapannya mengukuhkan apa yang sepatutnya dipertahankan selama ini. Tak perlu diperhitungkan lagi perjuangan dan pemujaan kepada sesuatu itu patut di teruskan, Biarpun orang lain sengaja tidak mahu mengerti, atau ada perbezan pendapat. Tetapi semangat kekitaan yang menebal tetap tidak akan berganjak. Walau apa pun yang terjadi. Biar pun wujud generasi baru (aqidah ketuhanan tetap sama) tetapi pemujaan yang agak fanatik tidak akan berubah kerana telah ditarbiahkan selama ini begitu. Terlalu sukar untuk keluar dari kepompong fahaman zaman bahri itu. (Cuma andaian) semoga tidak begitu. Amin.

    BalasPadam