Ahad, 28 November 2010

PASAR MALAM





Pernahkah  kau melihat
hantu syaitan berpesta
di waktu maghrib dan senja
bila orang mula berkumpul
ibuku pun pernah berpesan;
pada waktu kalut begitu
dillangit ada rembang petang
hantu jin syaitan berkliaran
terutamanya di pasar malam
tempat paling disukainya
kerana lelaki dan wanita
ramai bergesiran membeli belah
sehingga terlupa kerja solat
asyik meronda di celah perniaga
ghairah mencuri pandang
menilai tubuh anak bini siapa
ini yang membuat sesekali dosa.


Oleh Nurimanja,
Pasar Malam Telok Kumbar
Bandar Baru Prda, Pulau Pinang
Catatan selepas solat maghrib 22/12/2009



50 ulasan:

  1. CERPEN LAGENDA SIRI KE 3 : BERTAJUK : PERGINYA TIADA UMPAT CELA LAGI OLEH ; Nurimanja, Serawak. 1982
    ______________________________________________________________________

    Dalam diri sapani mulai timbul rasa kesal dan sedih kerana selama ini orang-orang kampung selalu menghina dan mencaci Nek Abang Junaidi dan keluarganya. Dia masih ingat di satu malam selepas solat maghrib di kampung Emas Tempawan. Aginda kutip derma majlis kenduri Maulidurrasul .

    "Dia tauke kedai, orang lain pun tauke kedai juga di kampung ini, kenapa mereka boleh bagi lebih?" Bentak Anssari untuk menarik akan perhatian orang ramai yang duduk di balai lintang luar masjid, waktu itu Nek Abang Junaidi masih lagi berwirid di dalam masjid Kampung Emas Tempawan.

    "Bukankah kita telah bermesyuarat dulu. tiap tauke kedai di kampung ini mesti kena derma dua peti air oreang," tambah Lebai Oli pula, salah seorang ahli jawatan kuasa majlis kenduri majlis maulidurasul Muhamad saw dan tilawah al quran di kampung Emas Tempawan,

    "pidan kawan luk minta dermah, nak paksa kau, ikhlas kau luk mubik.." ertinya;( jika nak minta derma, jangan paksa aku, ini ikhlas aku hendak beri ) Jawab Nek Abang Junaidi dalam menyuarat kali kedua , selepas kutip kali kedua tamat dijalankan.

    Orang-orang kampung menggeleng-gelengkan kepala , dalam hati mereka berbagai andaian yang kurang menyenangkan rasa hati telah dilemparkan kepada Nek Abang Junaidi semacam mengumpat dan mengutuk.

    "Nek Abang Junaidi memang berkira, nak kutip derma pun berkira! kedekut , tahi hidung masin !!" cemuh dua tiga orang anak kampung.

    "kau maluh atang. Nuing kanawan tiap kali nuan majlis agamah, AJK may taau maluh, minta dermah pada tauke-tauke mebai kanawan Islam?" (aku malu sungguh, lihat kamu semua, tiap kali ada majlis agama, AJK tak tahu malu, minta derma kepada tauke bukan orang beragama Islam) Cemuh Nek abang Junaidi kembali.

    Sesekali bila Sapani mengkaji dan menilai kata-kata Nek Abang Junaidi itu memang ada kebenarannya. Nek Abang Junaidi memang kesal dengan sikap lemah dan dhaif bangsanya yang beragama Islam, terasa miskin dan papa kedana, terpaksa menebal muka setiap tahun meminta derma kepada tauke-tauke kedai yang bukan beragama Islam.

    Derma ini bukan sahaja di minta kepada tauke kedai china di kampung itu, malah kepada dua tiga puluh tauke tongkang mengangkut kayu bakau di pengkalan tepi kampung Emas Tempawan pun mereka minta, satu tongkang lima puluh ringgit, sedangkan mereka itu orang iban dan china, mereka bukan datang pun majlis kita tetapi mereka beri juga derma. Terasa bagai dipaksa, mungkin mereka malu pada kepada kepala desa (penghulu) mereka beri juga.

    Itulah perasaan kisal dan sedih hati Nek Abang Junaidi melihat AJK kampung dan masjid Emas Tempawan seperti mahu menunjukan akan kelemahan bangsa dan agama islam, sehingga dia melepaskan jawatan sepuluh tahun yang lalu. Kini terus menjadi orang biasa yang tidak perlu memikirkan masalah AJK lagi.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. TAK SIA-SIA

    bukan masa penentu rasa
    meski sebentar mahupun lama
    terimpak di hati terkesan di jiwa
    walau hadirmu seketika cuma
    terbuka mata, teralih selera
    berputar minda, berpinar semua
    takut takut tak sempat bicara
    biar kata jadi pengantara
    kau terpenting antara semua
    yang berjaya ubah segala gala
    mencuit hati, menabur jasa
    meneman hati tatkala lara
    terima kasih, sentiasa ada
    tak kira bila, tak kira mana
    terima kasih tidak terhingga
    sampai bila takkan kulupa


    Ismail Harakam
    Kelantan
    11pagi

    BalasPadam
  3. PEJALAN KAKI

    Cermin kasih retak sejuta
    Jalur rindu aku yang punya
    Biar retak seseni apa jua
    Biar sejalur membakar bahangnya!
    ada perempuan tersalah
    pilih lorong hidup.
    Apabila terlanjur
    melalui lorong salah,
    maka lambatlah
    sampai ke jalan kehidupan.
    Setiap lorong dilalui
    ada cerita suka dan duka.
    dia bunuh jiwa duka ambil rohnya.
    Buat teladan sepanjang jalan.
    dia mahu cepat sampai,
    justeru memilih berjalan kaki.
    Kerana kaki yang menyokong
    inilah yang akan mengingat,
    setiap langkah, jatuh dan bangun.


    Ustaz Sahzan
    selepas pulang dari menjaga exam SPM

    BalasPadam
  4. Sajak Ismail Harakam bertajuk: TAK SIA-SIA. Pengucapan bagai memuja seorang yang mungkin bagai idola buat si penulis. Mungkin pada pandangan anda dialah satu manusia yang bawa sinar perubahan atau mungkin segalanya.Mungkin juga kehadirannya masa kini dapat memberi segala inspirasi pada hati dan jiwa penulis.Sesungguhnya hati manusia itu banyak perbezaannya. Kalau tidak tidaklah dinamakan kalbun ( hati) yang dalam bahasa arabnya (suka berbalik-balik atau berubah-ubah) Jika benar apa yang telah dilakukan ternyatalah akan kebenarannya sama ada pada sisi Allah swt atau pada pandangan masyarakat dan pada mata manusia sendiri, makan tidak ada siapa yang boleh atau dapat menhyangkal dan menapikannya. Amin.

    BalasPadam
  5. Sajak ustaz Sahzan yang bertajuk PEJALAN KAKI. Pengucapannya sajak cuba mengingatkan kita: dalam hidup ini bagai cermin pada pejalan orang lain. Ada baik dan buruknya. Kita perlu pandai memelih. Lalu pada jalur dan seni kehidupan. Berjalanlah pada lorong yang sebenar, jika anda tersalah, anda akan kecundang. Kerana perjalanan ini pastinya kita lalui dalam segala ujian suka dan duka. Kita perlulah ambil contoh dan tauladan yang mana satu jalan atau lorong baik dan buruknya dalam usaha meneruskan perjalanan,biar pun jatuh atau bangun, selagi kaki boleh melangkah anda teruskan perjalanan, kecuali bila langkah telah terhenti. Amin.

    BalasPadam
  6. kenapa la org kmpung suka kutuk dia?

    BalasPadam
  7. kurang ajar jgk ansari tu..

    BalasPadam
  8. eh! ansari mcm nama sy plak? hehe

    BalasPadam
  9. la.. bgi sikit pun org kmpung nk bising?

    BalasPadam
  10. lebai oli??? hehehe mcm nama sy je tp jd lebai plak?

    BalasPadam
  11. sian junaidi ni derma sikit pun org kmpung nk kecoh2...

    BalasPadam
  12. byk pahala yg junaidi ni dpt? haha

    BalasPadam
  13. kenapa la perangai org kmpung ni asyik mengutuk jer?

    BalasPadam
  14. ok la junaidi ni derma jgk dari x derma langsung...

    BalasPadam
  15. org kmpung ni asyik mengutuk je xde keje lain ker?

    BalasPadam
  16. dia dh mati apa kutuk2 lagi?

    BalasPadam
  17. nek junaidi ni tokei kedai ke?

    BalasPadam
  18. dia tokei kedai? dia jual apa?

    BalasPadam
  19. pelik jgk dia kaya tp derma sikit jer???

    BalasPadam
  20. org lain org kmpung x kutuk plak? nek junaidi je yg kena kutuk plak?

    BalasPadam
  21. org bukan islam pun kena derma jgk ker?

    BalasPadam
  22. org kmpung dok kutuk nek junaidi tp dia pun sama jgk...

    BalasPadam
  23. sapani jgk yg baik kenapa nek junaidi x ambik jd menantu...

    BalasPadam
  24. eh! nek junaidi ni meninggal masa umor brapa?

    BalasPadam
  25. nek junaidi ni org baik2 kenapalah org kmpung asyik kutuk dia...

    BalasPadam
  26. alamak! nmpkanya kena berhenti la keje di pasar malam lps ni?

    BalasPadam
  27. pasar malam pun x boleh pegi ker?

    BalasPadam
  28. pasar malam best xkn x boleh pegi plak?

    BalasPadam
  29. pasar malam? lps ni x boleh pegi la...

    BalasPadam
  30. klu pegi pasar malam lps maghrib boleh ke?

    BalasPadam
  31. pasar malam klu nk pegi kena tunggu lps maghrib la...

    BalasPadam
  32. knapa x tukar jd pasar siang sbb malam x boleh pegi?

    BalasPadam
  33. oh.. bahaya jgk pasar malam ni...

    BalasPadam
  34. nampaknya ke berhenti pegi pasar malam la lps ni...

    BalasPadam
  35. pasar malam? lps ni kena pegi siang la...

    BalasPadam
  36. isu semasa dh xde ke en nuri?

    BalasPadam
  37. cerita misteri xde ke?

    BalasPadam
  38. eh! ada cerpen je? isu semasa mana?

    BalasPadam
  39. sajak pasar malam? teringat plak hari ni hari selasa

    BalasPadam
  40. eh! kenapa minta org bukan islam pun derma jgk?

    BalasPadam
  41. eh! panjang lagi ke cerpen ni?

    BalasPadam
  42. eh! berapa ratus nek junaidi tu derma?

    BalasPadam
  43. org kmpung kutuk lebih2 dorg pun x derma....

    BalasPadam
  44. org kmpung mmg pemikiran kolot sikit yer?

    BalasPadam
  45. apa nk jd la org kmpung ni asyik mengutuk jer...

    BalasPadam