Selasa, 16 November 2010

MALAM YANG GELAP




Bila malam gelap gelita,
kesunyian pun mula menyapa
baik beramal dengan bermunajat
kerana siang terlalu banyak dosa
malam perlulah banyak bertaubat.


 Dalam kegelapan itulah
kita perlu menghitung dosa
bertahajudlah dengan berzikir
bagi menerangi rumah kamu
acapkali  membaca al quran
dan berselawat ke atas nabi.


 Allah akan kurniakan  kamu
kebahagian dan ketenangan
sebagai  hadiah harga termahal
dalam kehidupan syurga dunia
buat kamu sekeluarga, Amin..


Oleh: Nurimanja,
Pagi 9 Zulhijjah.1431.
selepas solat subuh hingga ke Dhuha.


50 ulasan:

  1. CERPEN SIRI KE 2. BERTAJUK : MUSNAHNYA SATU PENANTIAN. PERNAH TERSIAR DI RTM PULAU PINANG PADA 6hb JUN, 1983.
    ___________________________________

    Normah berasa senang dengan kata pujian daripa kawan-kawannya itu, sambil senyum mengutum di bibirnya yang merah, dia berasa bangga di dalam hati.

    "Apa kerjanya di Serawak itu Normah?" Tanya Sabariah pula ingin tahu.

    "Sebagai pendidik!" jawap Normah selamba, tetapi tinggi suaranya saolah-olah dia ingin mengingatkan kawan-kawannya yang lain supaya tidak lagi mengulang pertanyaan yang sama kepadanya, atau pun biarkan Latifah dan Khadijah dapat mendengarnya.

    Begitulah khayalan Normah di pagi ahad itu, menyebabkan dia lambat bangun dari tempat tidurnya itu. Normah masih meniarap diatas katil di bilik tidurnya,dikota fikiranya berbagai khayalan datang menjelma, dan berbagai khayalan yang mengasyikan datang bermain di benak hatinya.

    "Normah! Kau sungguh cantik, seperti dulu juga, tahi lalatmu seperti dulu juga hitam dan manis,: Dia tersenyum riang, bila menerima pujian itu, hatinya terasa bagai terlonjak-lonjak di udara.

    "Kau pun apa kurangnya masih tampan dan gagah,aku cukup senang dengan misai dan keningmu yang lebat itu, adakah cintamu padaku seperti hitam dan lebatnya misaimu itu? Dia cuba melarikan diri, bila terasa Yusri cuba menghampirinya di sudut katil itu.

    "Kau pun apa kurangnya , nakal dan manja seperti kanak-kanak," kata Yusri, jari-jari tangannya seperti terdepa hendak merangkul tubuhnya. Normah terasa dia menguling-gulung di atas katil itu.

    "Kau selalu mengusekku?"
    "Bukankah usek menguseh itu membawa bahagia?" Yusri cuba mengeluruh lagi. Normah terasa Yusri kian menghampiri tubuhnya.
    "Ahh...Kaau pun sama ... nakal.." Akhirnya Normah ketawa seorang diri.

    "Eh! Ehh! .. Apa ni Normah kau ketawa seorang diri ditempat tidur ni?" Sergah sabariah dari pintu bilik tidurnya itu.

    "Emm, tak ada apa-apa.." Normah terasa malu, namun dia cuba menyembunyikan gelodak perasaannya itu di dalam hati.

    BERSAMBUNG ...

    BalasPadam
  2. Soalan yang daripada saudara baru kita dahul, Maaf terlpas pandang.
    APA ITU MAKKAHL MKARRAHMAH ia itu bandar suci Mekah yang penuh rahmat.


    Begitu juga MADINAHTUL MUNAUWARAH
    ertinya Bandar yang bercahaya.

    Sajak HARI TASRIK: Ia it hari penyebelhan, diharamkan kita berpuasa.Sebenarnya qurban ini
    sejarah dari nabi Ibrahim dan anaknya nabi Ismail.

    Qurban yang dinilai Allah keikhlasan hati bukan kerana lembu dan sedekahnyakepada fakir miskin..

    BalasPadam
  3. ADA

    Dikala hati dirundung malang
    Ketika api membakar hati
    Tak ada satu jiwapun yang tersakiti
    Dikala hujan aku merintih gertih
    Ketika panas menghanguskan kulit
    Tak ada satu jiwa pun yang tersiksa
    Di awal cerita ada cinta
    Di tengah drama ada pengkhianat
    Di sebuah akhir tinggallah nestapa
    Di awal pagi mentari ada
    Di tengah hidup menggununglah dosa
    Di sebuah akhir tinggallah
    penyesalan pada illahi


    Ustaz Majusi
    di surau sekolah ketika selesai solat dhuha

    BalasPadam
  4. CERITA DALAM KUBUR

    Dia sudah sampai di perkuburan.
    Bertanya soalan pada tanah merah.
    Tentang malaikat yang menjerit.
    Dan laungan yang memeritkan.
    Bumi memberi kan jawapan.
    Tanah goncang halilintar menyambar.
    Ada pahit di saku kirinya.
    Dan kelat di dalam baju dunia.
    Timbul syaitan menunjuk kan neraka.
    Berpuluh senjata di pintu syurga.
    Menjerit teriak jadi bahana,
    Dia sudah tiada.
    Berlarilah dia tinggi di awan.
    Mencari pelangi selepas hujan.
    Melangut dia di padang permainan.
    Cuba meneka beribu persoalan.
    Datang pula bulan dan bintang.
    Bercerita tentang malam dan siang.
    Ada gentar dalam diri nya.
    Dan kelat dalam pahit peristiwa.
    Timbul syaitan menunjuk kan neraka.
    Berpuluh senjata di pintu syurga.
    Menjerit teriak jadi bahana.
    Dia sudah tiada

    Mat Noh
    ketika selesai menggali kubur

    BalasPadam
  5. BENDAHARA

    aku bendahara melihat, mendengar
    meneliti,kaji cerita dan masalah
    kisah dan sejarah manusia dan dunia
    ceria dan duka mereka semua
    memeluk segala cerita
    diri sendiri dan sekalian manusia
    dari gembira ke sedih
    dari suka ke benci
    mencoraknya jadi kata-kata
    indah dan bermakna
    jadi kesimpulan
    aku bendahara penyusun kata-kata
    menyusunkannya buat mengisi falsafah diri
    santapan para pemerhati
    sekalian bendahara yang ada..


    Tok Mahat
    kuala lumpur
    11malam

    BalasPadam
  6. ADA tajuk sajak ustaz Majusi kali ini pengucapannya menceritakan bawaha jarang angat ada manusia yang gemar turut sama dikala kita bersedeh dan berduka, atau pun jika melakukan pkara yang hamper pada pkejaan maksiat, tiada siapa pun mahu untuk tegur akan kesilapan kita. Maka jadilah kita masyarakat yang dipangil jahil murakap ( bersusun-susun) maksudnya hingga turuntemurun tak tahu apa halal haram, pasal ajaran agama islam.Jiwa jadi kosong hiup penuh dosa, menjelmalah rasa hasad denggi, cemburu, khianat dlln. Kalau masih tidak sedar juga, dosa kian bertambah, jika sampai hamper nak mati , penyesalanlah yang menghantui kita. Semoga buat yang membaca sajak Ustaz majusi ini kembali sedar dan segera bertaubat. Amin

    BalasPadam
  7. Sajak menilai dosa dan pahala semasa kita hidup didunia dan kematian sewaktu berada di alam berzah sementara menunggu hari kebangkitan (perhitungan) oleh Mat Noh seorang pakar menggali kubur di masjid Sungai Dunggun dekat kampong en nuri dengan sajaknya bertajuk: CERITA DALAM KUBUR ( Oh ya!Memang benar Ah Shu abang kepada Thee Hun penjual ikan di taman seri kurau) Adapun penyeksaan di dalam kubur ini mngikut amalan dan ibadat Kita semasa di dunia dahulu, jika banyak kebaikan sama sepeti pengantin baru khawin tinggal di pelamin yang indah bersama pasanganna. Tetapi jika sebalik amalannya di dunia, akan tahu Sajalah azabnya. Nauzubillah. Semoga kita semasa insaf akan azab kubur ini. Amin.

    BalasPadam
  8. BENDAHARA sajak oleh Tok Mahat daripada Kuala Lumpur, melakarkan sajaknya dengan
    hidup kita ini bagai seorang Bendahara, kena tahu semua serba ada, berikir itu juga satu ibadah.
    menyelesaikannya juga dikira dapat pahala. Memang terlalu berat tugas seorang ahli fikir apa
    tah lagi untuk memengang tugas sebagai bendehara. Memang seorang dipilih oleh Allah khas
    untuknya, orang biasa tidak akan mampu, sebab itu mereka tidak akan terpilih.Bendahara dalam
    dalam rumah sendiri pun sudah memeningkan kepala. (Allah akan memelih sesaorang itu mngikut akan kemampuannya) jadi janganlah kita hairan dan cemburu jawatan sesaorang itu.Benarlah kata Tok Mahat, sebaiknya kita semua jadi bendahara, sekurangnya tahu hal sekliling Kita seniri , jika tidak teaya mengetahui hal luar dari kemampuan kita. Amin.

    BalasPadam
  9. sajak pasal malam plak?

    BalasPadam
  10. ingatkan sajak pasal hantu sajak malam ni? hehe

    BalasPadam
  11. seram plak baca sajak malam ni malam2..

    BalasPadam
  12. kenapa x letak hantu sekali dalam sajak malam ni? hehhee

    BalasPadam
  13. klu x salah sajak lama kan sajak malam ni?

    BalasPadam
  14. sajak malam? mcm pnh baca jer...

    BalasPadam
  15. hmm.. menarik sajak malam ni.....

    BalasPadam
  16. malam2 mmg byk dpt ilham... hehehe

    BalasPadam
  17. malam yg sunyi dan sepi... best sajak malam ni..

    BalasPadam
  18. sajak malam? mmg tenang bila baca...

    BalasPadam
  19. CERPEN NI BERKENAAN KISAH PASAL EN NURI KE? SBB SARAWAK DAN PENDIDIK TU EN NURI KAN????

    BalasPadam
  20. cerpen ni berdasarkan pengalaman sndiri ke kawan en nuri pnya cerita?

    BalasPadam
  21. msti bf dia curang ni nanti...

    BalasPadam
  22. eh! apesal nama aku ada sekali plak ni? kalau bini aku baca mampus aku.. hahahaha

    BalasPadam
  23. norma ni lawa sgt ke? nama mcm org kmpung jer...

    BalasPadam
  24. cerpen en nuri tuli ni kebanyakan ni bedasarkan kisah benar ker?

    BalasPadam
  25. norma ni msti di kecewakan akhir sekali ni...

    BalasPadam
  26. kalau x dulu cerpen en nuri semua suspen2 kali ni kurang sikit sbb mcm dh thu akhir sekali cerpen ni...

    BalasPadam
  27. jalan cerita dah suspen td tajuk dh thu msti norma di kecewakan...

    BalasPadam
  28. cerpen ni dh jd x suspen la en nuri sbb dh thu akhir sekali mcm mana?

    BalasPadam
  29. wah! atuk pun ada sumbang info jgk ke pasal sedekah?

    BalasPadam
  30. eh! atuk sumbang jgk info????

    BalasPadam
  31. org luar boleh sumbang info jgk ker en nuri?

    BalasPadam
  32. tgk atuk bagi info ni esok aku nak sumbang info jgk la...

    BalasPadam
  33. wah! menarik info atuk bagi ni....

    BalasPadam
  34. kat mana la plak atuk dapat info psl sedekah ni?

    BalasPadam
  35. lps ni kena selalu bersedekah la... terima ksih atuk...

    BalasPadam
  36. wah! kali ni ada cerita pasal sedekah plak? hebat jgk atuk ni...

    BalasPadam
  37. la..ingatkan hanya perkerja en nuri je boleh sumbang info?

    BalasPadam
  38. bila atuk bagi info teringin jgk nk sumbang info mcm atuk ni...

    BalasPadam
  39. en nuri nk sumbang info pasal apa pun xpe ker?

    BalasPadam
  40. nak bagi info pasal apa pun xpe ker en nuri?

    BalasPadam
  41. esok nak start cari info la nk sumbang jgk mcm atuk ni...

    BalasPadam
  42. dtg menyinggah kat blog ni sekejab... hehehe

    BalasPadam
  43. selamat hari raya korban semua!

    BalasPadam
  44. selalu dlu aku jaga blog ni skrg? aku jaga rumah dan suami jer... hehehe

    BalasPadam
  45. salam ziarah 1 malaysia!!1 selamat hari raya korban!!! membangun bersama islam...

    BalasPadam
  46. maaf tuan blog... hehehe skrg jalal sudah jaga semula...

    BalasPadam
  47. selamat hari raya aidiladha! best btol dpt bersama-sama sembelih lembu... hehehe

    BalasPadam
  48. skrg sy jaga semula ulasan... hehehe

    BalasPadam