Selasa, 30 November 2010

KAWAN BILA KAU TIADA



-buat sahabatku anj-


Kawan!
bila kawan merajuk
akulah yang cuba memujuk,
bila kawan banyak bergurau
akulah orang mulai rasa risau.
kekadang ada yang tersasul
nampak seorang dua mulai sugul,
mana tahu jika kita tersasar bahasa
hati kawan-kawan menjadi gusar dan luka.


Kawan!
bila ada rakan-kawan
rasa kemesraan tiada rawan
hati pun rasa senang,
tetapi,bila kawanku tiada
hati sedih bertambah kacau pula
tiada teman lagi untuk  bicara
jiwa pun jadi kosong dan  lara
hilangnya  rasa suasana gurau gelak ketawa.


Oleh: Guest Door,
Kutulis diketika sunyi,
Hujung November 2010.



50 ulasan:

  1. ___________________________________

    CERPEN SIRI AKHIR ; BERTAJUK : PERGINYA TIADA UMPAT CELA LAGI OLEH ; Nurimanja, Serawak. 1982

    -----------------------------------

    "Tidak ada siapa pun dapat menduga Nek Abang Junaidi akan meninggal dunia di sana, niatnya baik perginya bersama selesai ibadat haji. Tidak sempat dia mengayakan pakaian haji di kampung Emas Tempawan tempat kelahirannya, malah tidak sempat orang-orang kampung memanggilnya haji bahil,sesungguhnya Allah itu amat pengasih dan penyayang dan amat maha mengetahui." Bisik hati kecil Sapani sendirian.

    Sapani terasa sayu dan sebak hatinya, pelahan-lahan dia mengeluarkan sapu tangan dari dalam saku seluarnya, kemudian menekap kemuka, pelahan-lahan dia mengesat air mata di kedua kelopak matanya itu. Sesekali mengalih pandangan untuk menyembunyikan lamunannya yang telah jauh itu, agar tidak diketahui orang lain yang berada dalam bot itu.

    Sapani segera ke ruang belakang botnya, dicapainya gayung dan menceduk air dari dalam tong dram untuk membasuh mukanya. Entah kenapa tiba-tiba hatinya terasa begitu sayu, bila mengenangkan Nek Abang Junaidi. Baru hari ini dia dapat merasakan dan menilai akan hati budi dan bicara Nek Abang Junaidi yang penuh rahsia.

    Tiba-tiba bahu Sapani ditepuk orang dari belakang, "Hai Jeragan ! Apa lagi yang ditunggu? sudah pukul satu, bila lagi bot nak bertolak?" Sergah salah seorang penumpang yang pernah dikenali. Sapani tersedar dari lamunan yang menyanyat hati, "Ya.. kita, ..kita boleh.. bertolak sekarang.."kata Sapani terhenti di situ.

    "Apa yang kau ingat ini Sapani?" Celah seorang lagi, bila melihat teragak agak menjawab soalan kawannya dan matanya pula Nampak berair dan wajahnya pula muram sahaja. "Saya.. saya terkenangkan Nek Abang Junaidi tadi." jawab Sapani berterus terang.

    "Ohh, Begitu, sudah ajal dan suratannya begitu Sapani, dia nak meninggal di tanah suci, lepas kerja haji pula tu, memang bersihlah seperti bayi baru lahir, tiada dosanya dengan Allah, amin," kata kawan yang menegurnya tadi "Ya , kita yang hidup ini belum tentu lagi cara kematiannya, minta-minta biarlah baik," Sampuk Haji Situm pula yang duduk di bangku belakang bot penambang itu.

    Kemudian, mecelah pula seorang kawan sekampungnya, "kau ingatkan Nek Abang Junaidi ke, atau kau ingatkan kedua anak daranya?" orang lain turut ketawa dan mengulum senyum. Sapani menjadi seba salah, lalu dipaksa juga dirinya untuk senyum, Beberapa orang yang mengenali Sapani dan keluarga nek Abang Junaidi dari kampung yang saa turut bergelam ( ketawa) terbahak-bahak.

    "Saya mengenangkannya bukan apa, kalau dulu orang kampung sering mengejeknya macam haji bahil, tahi hidung masin, tangkai jering,dan berbagai lagi, sekarang Nek Abang Junaidi, sudah pergi dan tak akan kembali lagi, dan tidak ada siapa yang boleh mengumpat celanya lagi," Kata Sapani dengan panjang lebar, seperti ingin membela nasib aruah Nek Abang Junaidi yang perginya tanpa umpat cela lagi...



    S E L E S A I

    BalasPadam
  2. INFO AGAMA


    Amalan bacaan surah tertentu. ANJ ambil dari ziarah blog!

    Ayat Al Kursi (pendindingan pagi petang)
    Surah al khafi (jauh dari kemiskinan)
    Surah Thaahaa (kecerdasan otak:25-28)
    Surah An Nuur (disegani)
    Surah Maryam (kejayaan dunia akhirat)
    Surah Yusuf (murah rezeki)
    Surah Al Hud (kekuatan dan hebat-aura anda)

    BalasPadam
  3. IKAN PAUS

    aku keluarkan jantung
    biar ritma meluah rasa
    isi darah menjadi nadi pena
    melimpahi kanvas mencatit kata
    apa kau rela candatkan perasaan aku
    lambung ke udara ke tanah semula
    kumpulkan permata air mata
    ciptakan kalung daripdanya
    pasti cukup untuk ikan paus
    kurungkan saja dalam tempayan
    tanam jasad tak berjiwa
    jauh 7 kaki ke dasar
    kerana tiada gula kapas dari awan
    hanya melihat merah darah
    jadi kegembiraan maka khabarkan
    pada ikan paus dan anak mereka
    permata berdarah sudah tercipta
    kau masih untaikan kalung


    Ustaz Nasarudin
    Kuala Lumpur
    11malam

    BalasPadam
  4. PECAH SUDAH

    warna hitam itu tiada merenggang
    senantiasa ia mengekang
    pada segenap ruang
    walaupun embun menyiram
    setiap lekuk sumpahan
    menenggelam segala rekahan
    memudar garis palitan
    namun tiada lain setelah surut
    pada putih telah hilang
    hati pecah ditampal-tampal
    selama ni ku harap
    tangan kamu mebelai
    telah kau jatuhkan
    berderailah semula
    siapa mahu mengutip setiap cebis?
    dapat aku lihat darah dari luk
    mengkolamkan jari kaki
    lalu aku kuis biarlah,
    aku sendiri tidak rela menyimpan
    cebis-cebis yang dipandang sampah.
    dan satu hari nanti jika kau jumpa
    satu nyawa berkelubung aura hitam
    tiada rasa maka yakinlah
    yakinlah itu aku.


    Puteri Aisyah
    9pagi
    Melaka

    BalasPadam
  5. MAKCIK TUA DI KAKI LIMA

    makcik tua di kaki lima
    wajah nampak sayu
    apa agaknya di fikiran
    rindukan anak agaknya
    dua karung besar
    aneka kerepek terlihat
    tak laku agaknya
    kasihan aku melihat
    tiba-tiba telefonnya berderit
    wah jenama terkini
    wajah bertukar ceria
    muncul pula mercedes putih
    mata belalang makcik tua tersengih
    terus masuk kereta
    tinggallah aku terpinga...

    Haji Khali
    ketika di kaki lima di kauala lumpur

    BalasPadam
  6. Ustaz Nasarudin bersama sajaknya yang bertajuk: IKAN PAUS. Pemgucapannya rasa semacam marah pada si ikan pauh,kalau dicincang lumat pun, memang begitulah gayanya. kerana acap kali cuba memperbodohkan ikan lain, bersama kuncu-kuncunya yang taksub menyokong dan sangup melakukan apa saja, demi satu agenda gila kuasa untuk mencabar lauatan. Betapa kemarah dan kegelisahan , geram dan dendam diatas kelecikkan ikan paun , mahu rasanya disumbat dalam tempayan dan dibenam dalam tanah atau ke dasar lautan , kini sudah sadikit yang merestuinya, eloklah dikhabarkan, kepada ikan paus dan anak cucunya bahawa ikan paus sedang menempat diri untuk dikalung ratai permata berdarah yang sudah pun diciptanya. Semoga ikan pauh sedar duduk keadaanya. Amin (Cuma andaian saja)

    BalasPadam
  7. Sajak Puteri Aisyah bertajuk: PECAH SUDAH. Penceritaan sajak agak samar dan sukar ditangkap, walaupun pun, ada sedutan jiwa-jiwa. Pengucapannya terasa ada sadikit kekecewaan pada yang diharap, setelah kemesraan diberi, kini dia cuba menjauhkan diri, terasa hati bagai pecah atau jatuhberkecai, untuk diserahkan kepada Orang lain , siapakah yang mahu, kekecewaan dan kehampaan itu kini, terpaksa di telan dan dibawa bersama, kini jika sesiapa terjumpa seoarang yang bagai nak gila dan sasau, yakinlah, itu adalah aku.( si penulis) Nampak semcam tenat bila harapan dipersiakan. Semoga cari lain sebagai ganti. Amin (Cuma andaian)

    BalasPadam
  8. ULASAN;
    Sajak ciptaan Haji Khali bertajuk: MAKCIK TUA DI KAKI LIMA. Pengucapannya
    Menceritakan keadaan masa terkini; Gelagat manusia dengan lakonan sandiwaranya.
    Kekadang penjual kuih dan pisang goreng lebih lumayan pendapatan dari seorang penjawat awam di pejabat kerajaan. Di pulau Pinang pun ada , tetapi kita tidak tahu sama ada mereka bekerja atau hak mereka sendiri, selalunya mereka ini berkelumpuk
    Berlagak sebagai peminta sedekah bila hari raya di perkuburan,Ada yang datang ke rumah menjual berbagai dagangan, selalunya dari Negara jiran Thailand. Harap biarlah mereka benar-benar susah mencari rezeki.. Amin.

    BalasPadam
  9. la... hbis dah cerita nek junaidi ni???

    BalasPadam
  10. kenapa dorg pggl sapani jeragan?????

    BalasPadam
  11. la..rupanya flashback sapani rupanya...

    BalasPadam
  12. sian sapani ni sian jgk nek abang junaidi...

    BalasPadam
  13. nek abang junaidi ni umor brapa? kenapa pggl dia nek????

    BalasPadam
  14. nek abang tu nama dia dalam I.C ke?? atau paggilan org kepada dia??

    BalasPadam
  15. la.. mengelamun rupanya sapani ni selamat bot dia x ternggelam....

    BalasPadam
  16. patutlah tjuk dia tiada umpat cela??? brulah paham....

    BalasPadam
  17. nek abang junaidi ni meninggal mmg misteri sbb apa? kapal terbang trhempas ke?? atau meninggal dalam masjid?

    BalasPadam
  18. sian nek junaidi ni mati kt mekah msuk surga la dia..

    BalasPadam
  19. untung dia mati kat mekah dosa smua terhapus....

    BalasPadam
  20. nek abang junaidi ni sah masuk surga sbb mati di mekah org plak kutuk dia? yg org kmpung plak xthu la dosa mengumpat byk...

    BalasPadam
  21. misteri jgk kematian nek junaidi ni atau sy terlepas pandang????

    BalasPadam
  22. msti aku baca terlangkau ni sbb aku x jmpa pun dia meninggal sbb apa?

    BalasPadam
  23. cerpen ni mcm cerpen perginya kepala penghuni rumah putih plak?

    BalasPadam
  24. apalah org kmpung ni sampai dia dh meninggal pun dorg kutuk lagi...

    BalasPadam
  25. nek junaidi jenayah dia dikebumikan di mekah jgk ker?

    BalasPadam
  26. anak isteri nek abang junaidi mcm mana plak?

    BalasPadam
  27. padan muka org kmpung meninggal nek abang junaidi bru dorg nk menyesal sbb slalu kutuk dia...

    BalasPadam
  28. nek abang junaidi ni dalam cerpen ni umor brapa?

    BalasPadam
  29. info agama dari guest door ni menarik jgk ni....

    BalasPadam
  30. boleh di amalkan info yg guest door bagi ni...

    BalasPadam
  31. guest door ni pndai jgk bab2 agama aku ingat dia thu melawak jer? hehe

    BalasPadam
  32. langsung aku xphm apa yg guest door tulis ni...

    BalasPadam
  33. apa banda guest door tulis tu???

    BalasPadam
  34. boleh terangkan apa bnda mksud anda guest door?

    BalasPadam
  35. alamak! agak susah apa yg guest door tulis ni...

    BalasPadam
  36. blog mana plak ANj ambik ni harap2 x kena marah lagi...

    BalasPadam
  37. ANJ yg pnya info tp kenapa guest door yg terbit?

    BalasPadam
  38. utk di amalkan ke guest door bagi ni????

    BalasPadam
  39. eh! kenapa sajak guest door plak yg en nuri terbit ni?????

    BalasPadam
  40. eh! guest door mencerobohi sajak en nuri ke?? sbb sepatutnya sajak en nuri kenapa sajak guest door plak????

    BalasPadam
  41. guest door letak sajak ni dia minta kebenaran en nuri x?

    BalasPadam
  42. eh! sajak utk ANJ pun ada?

    BalasPadam
  43. untung anak nuri jantan siap ada sajak guest door buat utk dia...

    BalasPadam
  44. kenapa sajak utk ANJ plak kali ni?? kenapa dgn ANJ?

    BalasPadam
  45. sdih plak baca sajak ANJ?? kenapa dgn ANJ ni????

    BalasPadam
  46. ANj nk berhenti keje ke? sajak mcm sedih jer?

    BalasPadam
  47. mcm sajak perpisahan je ANJ ni?? kena buang keje ke?

    BalasPadam
  48. Jawapan.

    -ANJ balik kampung kerja sendiri dia kerim salam,lama dah nak henti

    -GD jaga sekarang dia berhak utuk letak sajak siapa dia suka.

    -info agama; Surah cerita dalam al Quran kalau diamalkan banyak hikmahnya. kongsi bersama Ilmu Tuhan tak boleh kedekut

    -Nek bererti nenek : Nama sebenar Abang Junaidi. org serawak selalu guna Abang-lelaki dan Dayang
    utk perempuan bagi keluarga tertentu sahaja macam di sini juga ( Shayed - Syarifah)

    -Sudah lakai (tua) umurnya hampir 70an tetapi bersemangat, adik dia nek jet, penjual balak (pisang)
    menjaga dengan mengandar pisang
    pusing keliling kampung umur 60an

    -Sapani nama sebenar x tahu, kerja bawa bot penumpang,dia pakar dalam hal sungai dan laut, bila berlaku air pasang surut . dan tahu juga mengendalikan bot, dan kerosakan enjin, . dipanggil juragan.

    -Dalam bot Tunas Rajang berbagai cerita boleh tulis, mana iban, melanau, cina, melayu serawak, buai baby bergantungan, beras, gula, tin roti, ayam itek, semua
    mereka sumbat. kalau karam semua mati, sebab itulah saya suka duduk atas bumbung. janji nak terjun dulum kalau berlaku sesuatu.

    BalasPadam