Sabtu, 6 November 2010

HATI NURANI




Kitakah itu?
memungut ketenangan
dicelah kehampaan dulu
lalu terelai gugur satu-satu
bagaikan titisan air mata shadu.

Bukankah dulu
kita pernah bersama
membina sebuah harapan
di atas rasa keikhlasan
hati nurani kita berdua
yang kita kira selamanya
tetapi semuanya telah musnah.

Kini bolehkah?
kita bangun kembali
bersama tunas harapan
yang memanjang
bagi menghidupan
bagi menghapuskan
segala kehampaan ……..


Oleh: Nurimanja,
Tanggal 3, Mach, 1988
Puisi-puisi legenda.


50 ulasan:

  1. CERITA BANGSA YAHUDI.

    siri4.
    4.Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

    Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ? perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

    Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

    Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

    Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

    BalasPadam
  2. PERJANJIAN PERSAHABATAN KITA

    Ini bukan janji kosong
    Bukan juga cakap saja-saja
    Ini bukan untuk sementara
    Bukan juga setahun dua
    Ini perjanjian Kita kawan-kawan
    Bukan setakat minggu berganti bulan
    Bukan setahun sekurun
    tapi sepanjang zaman
    walau sampai nyawa bercerai badan
    Ini janji bukan mainan
    Bukan dengan darah tapi atas nama
    sumpah setia persahabatan kita.


    Hamba Allah
    sungai petani
    11malam

    BalasPadam
  3. CUMA MENGENANG

    Cuma mengenang
    Bukan rindu aku cuba kutip
    Kenangan kita dulu-dulu
    Aku tahu aku tak layak untuk itu
    Kerana aku mahu kita tutup buku
    Demi waktu 365 hari yang berlalu
    Lidah aku tak lagi kelu
    Tak sanggup untuk aku terus menipu
    Tentang aku cinta padamu
    Atau tentang aku juga rindu kamu
    Hari ini Tadi Setiap aku ketemu
    Mengingatkan aku pada kamu
    Masing-masing punya lembaran baru
    Masing-masing tiada dendam terbuku
    aku Telah jumpa pemilik rusukmu.


    Jamburi Yusofo
    Bukit Kayu Hitam
    sabtu

    BalasPadam
  4. Hamba Allah seorang yang sebuk dengan dunia peniagaan dalam ITnya. Kali ini sajaknya bertajuk; PERJANJIAN PERSAHABATAN KITA: Pengcapannya agak Begitu serius dan tegas dalam perjanjian unia akhirat dalam menginkat perjanjian
    tali persaudaraannya dengan kawan-kawan. Perjanjian ini nampaknya beria-ia.dan bersungguh, bukan satu permainan.Nampaknya prjanjian ini sampai kemati kita tetap bersaudara.tidak kira pahaman dan pendapat yang berbeza, politik atau fahaman agama, persahabatan tetap bersahabat. Syabas! Hamba Allah niat yang baik.Amin

    BalasPadam
  5. Jamburi Yusofo daripada bkit Kayu Hitam sempadan Thailand dengan sajak bertajuk; CUMA MENGENANG Pengucapannya menceritakan kisah lama juga dengan sesaorang yang Mungkin selama ini ada menaruh hati . sekian lama idak terjawab, mungkin bertahun lamanya, kini bila bertemu tidak punya prsaan dendam apa-apa. Penulis pun dapat juga menilai akan dirinya, kalau hidung tak macung mengapa mesti yang tersurung-surung? Kini si penulis telah betemu seorang yang boleh menganti tempatnya itu disudut hatinya. Maka tidak ada apa-apa lagi yang perlu dirisaukan, pertemuan pun terasa bagai biasa-biasa saja.masing-masing punya cerita dan lambaran baru yang tersendiri bersama keluarga Amin.

    BalasPadam
  6. kcik2 lagi kena cipta barang mmg kretif la dorg ni...

    BalasPadam
  7. eh! masa kt skola yahudi suruh bdk2 cipta senjata????

    BalasPadam
  8. huh! patutlah yahudi kaya...

    BalasPadam
  9. byk rahsia israel sudah di dedahkan...

    BalasPadam
  10. israel bergiat aktif dalam perniagaan ke?

    BalasPadam
  11. kena bgi dapat 1 juta!! wow!!

    BalasPadam
  12. goyang kepala pun boleh dj pandai ke???

    BalasPadam
  13. nampaknya sy pun bagi org jd pandai jgk sbb sy tukang gunting rambut selalu jgk goyangkan kepala org....

    BalasPadam
  14. lps ni kena berlatih goyangkan kepala....

    BalasPadam
  15. patutlah org jepun pandai sbb kepala selalu tunduk jer....

    BalasPadam
  16. yahudi sembahyg dgn goyangkan kepala ke?

    BalasPadam
  17. patutlah jepun pandai sbb ska makan sushi rupanya...

    BalasPadam
  18. x sakit perut ke mkn mentah2 tu???

    BalasPadam
  19. kerajaan yahudi tolong semua org pinjam tanpa faedah!! bukan macam najib bonus pun x beri! bila lagi najib nak tiru mcm yahudi ni....

    BalasPadam
  20. patutlah israel pegang ekonomi dunia.....

    BalasPadam
  21. byk btol syarikat atas nama yahudi ni?

    BalasPadam
  22. jd semua makanan yg kita guna barang dari yahudi ke???

    BalasPadam
  23. lps ni kena boikot la barangan yahudi....

    BalasPadam
  24. israel dah rancang semua bnda start dari anak dorg kcik2 lagi...

    BalasPadam
  25. nnt sy akan bincangkan dgn tuan sy tentang cerita israel ANJ ni.. harap najib ikut cara begini....

    BalasPadam
  26. nampaknya kita kena contohi yahudi la....

    BalasPadam
  27. harap2 org mlyu ambik iktibar tentang kisah ANJ ni....

    BalasPadam
  28. hebat la ANJ semua pasal yahudi lengkap ada kat dia,....

    BalasPadam
  29. lps ni kena ajar anak macam israel buat la....

    BalasPadam
  30. org mlyu x latih anak2 dorg sbb tu jd mcm2....

    BalasPadam
  31. patutnya org flat aku baca cerita ANJ ni sbb org blok 1 ni pandai buat anak dan beranak je jaga anak x reti!

    BalasPadam
  32. x sngka plak kita dok kutuk israel dorg lagi maju?

    BalasPadam
  33. anak ibarat kain putih yg mencoraknya ibu bapa la...

    BalasPadam
  34. semoga apa yg di tulis ANJ ni dapat perhatian oleh najib..... insyallah...

    BalasPadam
  35. terima kasih ANJ sbb berkongsi byk info tentang utk jadikan anak lebih baik....

    BalasPadam
  36. cerpen lama xde bila nak ada balik ni?

    BalasPadam
  37. kisah teladan xde ke en nuri??

    BalasPadam
  38. kisah pasal israel ni espisod last ke ni?

    BalasPadam
  39. boleh buat buku tentang kisah hidup org israel....

    BalasPadam
  40. x sabar nk tunggu cerpen plak lps cerita israel ni...

    BalasPadam
  41. hati nurani ni mcm sajak lama saja?

    BalasPadam
  42. hati nurani ni sajak politik ke?

    BalasPadam
  43. hati nurani? apa benda sajak ni pasal apa?

    BalasPadam
  44. hati nurani ni mcm pnh dgr je sajak ni...

    BalasPadam
  45. sajak ketuhanan ke hati nurani ni?

    BalasPadam