Sabtu, 27 November 2010

DINI HARI






Dini hari lebih ramai
aku lihat dan bertemu
orang- orang lalai dan asyik
pada cerita awal dari cerita akhir
pada hidup dunia dari mati di akhirat nanti

Betapa asyiknya mereka
bersaing, mencari, mengejar,
dan memburu kehidupan mewah
segala-gla sebenarnya yang tidak abadi
akhir sekali lepas rugi menyesal tidak beerti.

Kenapamesti jadi begini?
alpakah mereka dengan bujukan
demi dahagi pada kedudukan di dunia ini?
sehingga lupa pada titik perhentian menunggu
yang sedang menanti kedatangan akan gelirianmu

Oleh: Nurimanja,
di rumah pusaka tanjung nipis
2hb januari, 1980. 




50 ulasan:

  1. CERPEN SIRI KE 2 : BERTAJUK : PERGINYA TIADA UMPAT CELA LAGI OLEH ; Nurimanja, Serawak. 1982.
    ______________________________________________________________________

    Sepani sebagai jeragan pemandu bot pengangkutan penumpang dan barang -barang keperluan harian orang kampung Mas Tempawan itu, sesekali kembali terbayang wajah Nek Abang Junaidi berwatak sederhana.

    Dia teringat satu pertemuan dengan Nek Abang Junaidi sewaktu dia tolong menaikan barang-barang perniagaan Nek Abang Junaidi ke dalam bot penanbang di pengalan batu bot penambang dibandar Sarikei dua tiga hari lalu.

    "Pidan kawan nak melah Nek Abang?" dalam bahasa Melanau tanya Sapani sambil menghidupkan enjin botnya. maananya lebih kurang:

    "Bila Nek Abang nak bertolak?" Dalam bot sapani penuh sesak dengan barang-barang muatan dan orang ramai yang sama hendak pulang ke kampung Bukit Kenyau, Tanjung Mani dan Emas Tempawan.

    "Minngu labik, pidan mebai nuan masalah," jawab Nek Abang Junaidi dalam bahasa Melanau; "Minggu depan, jikalau tidak ada masallah." agak pendek dan sayu bunyinya, kemudian dia duduk di atas guni beras setelah tempat duduk dipenuhi penumpang yang lain.

    Sapani selalu juga membantu Nek Abang Junaidi menggangkat barang perniagaannya ke dalam bot penambang, guni beras, gula, kopi, kotak sabun dan megge, Sapani kesihan tengok keadaan Nek Abang Junaidi itu yang telah tua, kekadang Nek Abang Junaidi ajak minum di kedai kopi pinger sungai rajang pengkalan batu itu.

    Sapani menilai sikap dan keperibadian Nek Abang Junaidi di dalam hatinya; "Tika siapa pun dapat menduga, diam-diam Nek Abang Junaidi dan keluarganya empat beranak isteri dan dua anak daranya hendak berangkat ke tanah suci Mekah," Sapani menghitong-hitong jumlah wang yang akan dibelanjakan setiap seorang unyuk pergi ke Mekah.

    "Fikir sajalah, jika seorang hampir lima ribu ringgit , kalau empat orang sudah berapa? Memang tidak diduga Nek Abang junaidi telah dapat mengatasi orang-orang kampung Emas Tempawan ini. Dimana Nek Abang Junaidi dapat duit? Doa apa yang Nek Abang Junaidi amalkan?" Bisik hati kecil Sapani. agak kebenggungan.

    "Kau ucapkan selamat melah dan labik Nek Abang!" kata Sapani dalam bahasa Melanau "Selamat pergi dan kembali." bagi menyedapkan hati Nek Abang Junaidi.

    Sapani tahu kata orang pergi ke tanah suci ini, seperti menemui Illahi, baca Yasin, pakai pula serba putih, hantar pula ramai-ramai macam iringi jenazah pula, menangis , peluk cium adik beradik, hai sedih. jika panjang umur jumpa kembali, jika ditakdir
    disanalah kita bersemadi.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. KEPARAT

    engkau keparat tipikal
    engkau tetap sama walau berbeza
    dasar keparat engkau berdosa
    walau dosaku dikira besar
    tapi kau lebih hipokrit dan tipikal
    dasar berani bermain api
    kau bermain dengan nama Tuhanmu
    dasar keparat kau akan lebih siksa
    engkau memang dasar bangsat
    bangsat yang patut direjam
    keparat tiada berpenghujung
    kaburi jiwa orang tidak bodoh
    konon kau mampu mengubah persepsi
    tapi kebangsatan kau pasti terbukti
    aku dah tahu kau mmg keparat
    nyah kau dari hidup ini
    lebih baik kau pergi
    dari menjadi keparat
    sekarang kau seorang yg bangsat
    tapi kau keparat sampai kiamat!


    Bulan Terang
    Kelantan
    1pagi

    BalasPadam
  3. KE KIRI ATAU KE KANAN?

    ke kiri ku buntu
    ke kanan ku celaru
    ke barat ku keliru
    ke timur ku kalbu
    jadi aku pun menatap wajah itu
    wajah yang penuh cahaya
    rindu aku akan pada sinarnya
    mengoda aku pada bayang
    sepi malam itu seperti bidadari
    mimpi setiap tidurku
    jiwaku goyang bila ada
    gelombang kata-katanya dia pesona
    telah menghempas perasaanku mati…


    Ustaz MUda
    Kedah
    9malam

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. sian nek junaidi ni... sampai di mati pun org kutuk dia...

    BalasPadam
  6. kenapa org benci sgt kt junaidi ni?

    BalasPadam
  7. sapani ni sapa plak??? entah2 dia bunuh junaidi kot?

    BalasPadam
  8. nek junaidi ni kaya keje apa?

    BalasPadam
  9. nek junaidi ni mati di mekah ke?

    BalasPadam
  10. nmpk nek junaidi ni baik kenapa org benci dia?

    BalasPadam
  11. msti org x ska kat dia sbb dia kaya?

    BalasPadam
  12. pelik btol bahasa nek junaidi ni...

    BalasPadam
  13. sdih baca cerpen ni

    BalasPadam
  14. kenapa org kutuk dia wlpn dia dh mati seksa mayat dia tu...

    BalasPadam
  15. dia tokei ke? sbb kaya sgt

    BalasPadam
  16. nek junaidi ni org iban ke melanau?

    BalasPadam
  17. nek junaidi?? kenapa dia mati?

    BalasPadam
  18. mcm mana dia boleh mati?? ada org letak racun ke dalam makanan dia.

    BalasPadam
  19. wah! untung sapa dapat kwin dgn anak dara dia...

    BalasPadam
  20. rugi la nek junaidi ni kaya tp xde waris plak?

    BalasPadam
  21. nek junaidi ni org kaya? dia main saham ker?

    BalasPadam
  22. mcm mana dia boleh meninggal?? misteri la...

    BalasPadam
  23. kenapa nama dia nek? lps tu ada abang plak???

    BalasPadam
  24. nek abang juanidi?? dia laki ke pmpuan?

    BalasPadam
  25. dia tinggalkan harta byk untung sapa yg kwin dgn anak2 dia..

    BalasPadam
  26. dia ni org sabah ke sarawak junaidi ni?

    BalasPadam
  27. masa menentukan??? sajak mcm hari kiamat jer?

    BalasPadam
  28. masa boleh merakam?? agak sinis jgk... hehe

    BalasPadam
  29. masa menentukan?? mcm sajak di padang masyar plak?

    BalasPadam
  30. sajak ni msti en nuri tujukan kpd sipolan tu...

    BalasPadam
  31. ape2pun kita tunggu sbb masa akan menentukan...

    BalasPadam
  32. masa akan menentukan??? sajak pasal apa plak ni?

    BalasPadam
  33. mmg btol apa yg kita buat nnti akan disoal kelak...

    BalasPadam
  34. nampaknya mmg x boleh lagi sbb masa akan menentukan baik atau buruk...

    BalasPadam
  35. masa menentukan? agak pelik sajak ni...

    BalasPadam
  36. mcm ada bau politik je sajak ni...

    BalasPadam
  37. sajak nasihat yg menarik dinihari ni...

    BalasPadam
  38. tu la manusia ni asyik kejar dunia yg x kekal pun...

    BalasPadam
  39. semoga kita semua dapat iktibar dari sajak dinihari ni...

    BalasPadam
  40. apa benda dini hari tu en nuri?

    BalasPadam
  41. smoga kita masih belum terlambat lagi...

    BalasPadam
  42. dini hari sajak yg menarik...

    BalasPadam
  43. tu la skrg byk manusia dah alpa...

    BalasPadam
  44. manusia asyik kejar harta sampai lupa semua...

    BalasPadam
  45. semoga manusia sedar yg di kejar bkn abadi...

    BalasPadam
  46. menarik sajak dini hari ni....

    BalasPadam
  47. Sajak yang penuh dengan perasaan membakar urat sarap bagi khalayak membacanya. Hasil nukilan Bulan Terang, begitu berani tidak nampak berselindung lagi. Tidak perlu diulas lagi sudah jadi kenyataan. Dah faham pun. Syabas! Samalah dengan sajak masa akan menentukan. (Sebenarnya ada sajak en nuri belum benar terbit, tetapi ANJ dia diam-diam dikeluarkan dan sajak-sajak itu memang tepat dengan andaian semasa) Sekarang dia balik kampong bela burung walek, ikan keli, ayam telur, atau cacing. Kesian dia ANJ. (aku niat jihat) yang masuk blog budak popuan tanpa nama tu, anak nuri jantan, kawan baik ANJ. Nak tutup nama kawan, dia pi mengaku dan kini mungkin tak datang lagi. Kalau dia masuk mungkin guna nama lain agaknya. Selamatlah kau ANJ kami semua sokong anda. Kerja tanpa gaji jihatlah….

    BalasPadam
  48. Ustaz Muda kau dah dapat jodoh? Ada seorang budak Sarikei Saidatul Husna, keluarga dia sedang mencari pasangan. En nuri biasa duduk di Sarikei, Best juga tak ada banjir di sana. Anak melanau comel macam amoi cina, kalau di kelatan depa Kata come loteh di kuala Rajang depa kata; sengaja temerau Rajang! Abang ni orang kampong Rajang nak tahu tnya dia? Nek Abang Junaidi dalam cerpen en nuri pun dia tahu.
    Sajak KIRI ATAU KANAN bagai komplek dalam hati untuk buat pilihan, mana satu kau nak pilih? Jika semua kau rasa sangsi? Jika pasal politik kau lihat sajak Sajak masa akan menentukan. Kalau pasal bakal isteri, kau solat hajat atau istikharah Minta tuhan tunjukan, kalau aku jadi hang memang aku peergi merantau di Serawak, di sana ustaz memang dihormati bagai wakil rakyat? En nurilah kata: Saidatul Husna Ini cikgu kut? Bacalah saja dia, ada rasa jiwa-jiwa dan anta pun berjiwa seni pun. Kalau-kalau ada jodoh, kalau di tempat sendiri orang tak sudi. Berhijrahlah cari kejayaan, macam nabi muhamad saw. Amin!

    BalasPadam