Selasa, 30 November 2010

BILA MELAYU MULA MABUK KUASA



-buat melayu bersemangat pitriotit-


Masih ada kebegungan,
dalam hati setiap penyokong
bila melayu mencabar kedudukkan
malah ingin pula dihapuskan ketuanan
yang selama ini bebas merdeka aman damai.

Langsung tidak patriotik,
sedangkan bangsa lain diam
tidak pula mempertikaikan sangat
mereka telah faham dan lebih mengerti
dapat tinggal cukup, dan lebih dari memadai.

Tetapi si mabuk kuasa,
bersama kuncu  koroninya
sanggup melakukan apa sahaja,
bila kedudukan mereka sudah mula goyah
digelar pengkianat bangsa pun tak mengapa.

Bila sudah mereka berjaya,
penyokong ini akan tertipu juga
pasti akan menerima nasib  yang sama
kerana dasar politik si kancil dan harimau:
pintar menipu kawan, kuat mengempar lawan.

Oleh: Suara Pulau,
catatan bila melayu
cuba dicabar ketuanannya,
dua hari yang lalu November, 2010.




50 ulasan:

  1. • Hapuskan Ketuanan Melayu: Wan Azizah

    PETALING JAYA: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mahu konsep Ketuanan Melayu dihapuskan yang menurutnya supaya anak-anak membesar dengan visi ‘bangsa bermaruah’ atau ‘Melayu Bermaruah’. [+] (Sedutan akhbar BH)
    Kalau ketuannan melayu hendak dihapuskan, ini sudah mencabar hak
    Kedaulatan dan Kedudukan raja-raja melayu, kerana raja melayu memang ketuanan kita. Ini sudah bahaya, ini dikhuatiri termasuk dalam akta hasutan. Jika bersabit satu kesalahan tindakan ISA juga boleh dikenakan…. Sultan selangor juga
    nampak sedih dan berduka.

    BalasPadam
  2. WARNAKAN KERTAS PUTIH

    ambilkan kertasputih
    warnakan bersama
    aku di sini, kau di sana
    kita cantikkan berdua
    sesungguhnya dunia
    tak pernah selesa
    ada saja kaki-kaki manusia
    datang memijak-mijak
    karya kita terpulang kita
    mahu senikan kotoran mereka
    menjadi cantik di mata semua
    atau mencari kertas baru
    mula warnakan semula


    Sulaiman Embong
    8malam
    terengganu

    BalasPadam
  3. MERIBA BULAN

    Sebutir bintang pernah
    jatuh dari langit
    Lalu aku menyambutnya
    Aku juga pernah meriba bulan
    Sebelum ku tahu buruk wajahnya
    Pernah ku bakar kehangatan
    mentari dengan amarah
    Sebelum ku tahu panas
    dingin salju puncak gunung berapi
    Sedang ombak menggulung
    resah di samudera
    Telah ku hempaskan di sisir pantai
    Lalu ia pergi bersama
    buih-buih putih membawa diri
    Namun belum pernah aku
    bertakhta di puncak mahligai hati
    Berdiri di kaki langit ungu jingga
    Mencari ruang untuk aku beraja
    Aku tidak pernah goyah….
    Hari yang mendung hujan belum pasti
    Langit yang cerah ribut kan melanda
    Aku berdiri di sini walau segalanya
    Akan aku miliki atau berlalu pergi


    Haji Atang
    sarawak
    1pagi

    BalasPadam
  4. FIKIR

    mimpi-mimpi tak lagi indah
    mencerminkan rasa hati
    paling dalam aku rindumu
    degup-degup derita
    mengacau bilau malam cinta
    senyummu adalah pelik
    paling manis mengapa perlu
    jauh untuk membunuh aku?
    Bergumpal-gumpal
    mensemak-samunkan ruang fikir
    Fikir itu, fikir ini
    Fikir di situ, fikir di sini
    Fikir mereka, fikir kami
    Fikir! Fikir! Fikir!
    Hati-hati,kau rebah tak lama lagi.

    Halilintar
    USM
    2ptg

    BalasPadam
  5. SATU

    satu itu sudah cukup
    makna dalam jiwa aku,
    aku tak mahu dua,
    tak punya yang tiga.
    satu itu saja aku tuntut.
    satu yang bawa aku
    terbang sampai syurga.
    sampai tembus konkrit bangunan,
    sampai punah mata
    bila manusia yang melihat.
    scan pun kalah bila
    lawan yang 1 ini
    sebab ia untuk Tuhan.
    Kau itu tiada lain dan lain.
    Kau satu hanya satu


    Mona
    sarawak
    9malam

    BalasPadam
  6. Sulaiman Embung dengan sajaknya WARNAKAN KERTAS PUTIS, Pengucapannya bagai mencari jalan tengah, apa saja yang kita rasa kurang menyenangkan kita katakana melalui sini puisi atau citarasa kita, biar pun orang berkata, menghina dan memijaknya, kita tetap terus melakar warna pada kertas putih demi kebaikkan untuk semua. Jika gagal, kita cuba lagi sehingga mereka sedar kedudukan sebenjarnya. Amin. (ada berbau rasa kehanyitkan sadikit…)

    BalasPadam
  7. Haji Atang juga dengan sajak bertajuk: MERIBA BULAN. Pengucapannya juga Berbau hanyit kepolitikan. Pemujaan yang ditatang selama ini sudah mulai berbelah bagi,di atas keterlajuran mata hari dan bulan, saling bercakaran, bersama bintang yang baru terjun, lebih parah lagi bila kegilaan kuasanya menghalalkan segala, bila kena pada kepentingannya, malah lebih dasat lagi berani mencabar alam yang selama ini tempat mereka menetapnya. Semoga yang benar tetap benar , Amin.

    BalasPadam
  8. Halilintar dari USM sajaknya bertajuk; FIKIR, Pengucapannya bagai menanggung beban kerana terlalu banyak otak untuk berfikir. Sehingga terganggu mimpi malam. Malam bagai tiada masa untuk bermesra atau melayan cinta, malah dalam kepala Terasa bagai semak samun yang menyemakkan ruang otak kepala. Kerana tugas dan assignment yang kian memberatkan kepala. Tersalah langkah mungkin boleh rebah. Semoga kerja yang diberi jangan banyak bertanguh, kalau tidak banyaklah mengeluh!!semoga tidak begitu Amin.

    BalasPadam
  9. Sajak Mona dari Serawak bertajuk: SATU . Barangkali dia ingin berkata, satu pun sudah cukup., Ini barangkali kalau ingin bersuami, jangan medua dan mentigakan. Satu ini yang halal dan membawa kita ke dunia hingga ke syurga, dan yang satu inilah
    Kurniaan dari Tuhan yang menentukanya, sesungguhnya tuhan itu satu, tida dua dan tidak tiga, terasa sajak ketaatan dan bersifat ketuhanan. Amin.

    BalasPadam
  10. mna sajak en nuri lupa letak ker?

    BalasPadam
  11. ANJ dh berhenti keja cerpen pun xde?

    BalasPadam
  12. mana cerpen??? pelik jgk...

    BalasPadam
  13. aduh! cerpen xde x best la plak?

    BalasPadam
  14. mana cerpen en nuri lupa letak ke?

    BalasPadam
  15. cerpen en nuri x letak ke kali ni?

    BalasPadam
  16. xkn dh xde cerpen dh en nuri?? cerpen lama2 pun ok la...

    BalasPadam
  17. alamak! x best la cerpen dh xde?

    BalasPadam
  18. ANJ xde cerpen pun xde???

    BalasPadam
  19. mana plak cerpen xde plak ke kali ni?

    BalasPadam
  20. PKR ni mcm2 kes dorg buat!

    BalasPadam
  21. kenapa nak hpus plak ketuhanan melayu?

    BalasPadam
  22. ni mcm mncabar sultan klu kt tmpat aku kena buang negeri dh ni...

    BalasPadam
  23. kenapa nk hpuskan sultan plak! ni dh lbih!

    BalasPadam
  24. sampai nk hpus kesultanan melayu ni najib xnk ambik tindakan ke?

    BalasPadam
  25. najib kena lbih peka takut entah apa di buat azizah plak lps ni?

    BalasPadam
  26. punya kurang ajar! nak hapuskan ketuanan mlyu plak!

    BalasPadam
  27. mnghapuskan ketuaan mlyu mna suara bebas dapat????? biar btol ni???

    BalasPadam
  28. suara bebas ni dapat berita dari mana aku xthu pun pasl ni?

    BalasPadam
  29. dia mcm mcabar sultan plak!

    BalasPadam
  30. dia? isteri dia? anak dia smua sama je patut kena jail!

    BalasPadam
  31. patutnya letak je azizah ni di tahanan ISA

    BalasPadam
  32. sultan x kluarkan titah ke penjaga je azizah ni!

    BalasPadam
  33. malu la azizah ni pakai tudung tp perangai teruk!

    BalasPadam
  34. PKR byk cabar sultan tp bila la sulatan nk ambik tindakan ni????

    BalasPadam
  35. smoga dorg segera menangkap azizah sblum keadaan jd lebih teruk!

    BalasPadam
  36. sajak suara pulau ni mcm tujukan kpd sipolan tu jer...

    BalasPadam
  37. wah! agak sinis jgk sajak suara pulau ni...

    BalasPadam
  38. lama jgk suara pulau menghilang?

    BalasPadam
  39. ingatkan suara pulau kena buang keje jgk rupanya masih ada lagi...

    BalasPadam
  40. tajam jgk sajak suara pulau ni... hehe

    BalasPadam
  41. sajak politik plak kali ni?

    BalasPadam
  42. sajak politik isu semasa pun politik jgk? hehe

    BalasPadam
  43. kejam azizah nk hpuskan ketuanan mlyu!

    BalasPadam
  44. ni kena ambik tindakan segera ni bahaya nk hpuskan ketuanan melyu plak?

    BalasPadam
  45. kenapalah PKR ni selalu bangkitkan isu pasal sultan????

    BalasPadam
  46. ni msti anuar yg suruh buat ni...

    BalasPadam
  47. smoga ada yg ambik tindakan terhadap azizah sbb bhaya klu di biarkan ni...

    BalasPadam
  48. ha! suara pulau dgn suara bebas ni adik beradik ker?

    BalasPadam
  49. apa nak jd la dgn PKR ni dari dlu x puas hati....

    BalasPadam