Sabtu, 13 November 2010

AWAS! PENGEMIS PROFESIONAL




Jika ada orang meminta derma
awas prhatikan dan fikir dahulu
dimana ada tanda kebenaranya
jika tiada,pasti anda akan tertipu
hari ini bermacam hal boleh berlaku
dengan pengemis penderma palsu.

Bila ada saja berlaku malapetaka
ada saja pemunggut derma menjelma
untuk membantu mangsa tragedi alam
tetapi derma itu tidak sampai pada mangsa
yang kenyang pengemis palsu profesioal
beria-ia meminta, sebenarnya untuk mereka.

Pengemis profesional ini memang lecik
kekadang untuk badan Yayasan atau politik
melalu masjid, madrasah, atau amal anak yatim
demi untuk  mencari simpati dan belas ihsan
sebenarnya satu sendikit penipuan terancang
untuk memperkena dan perdaya orang awam.

Oleh: Nurimanja,
Lepas solat jumaat ada kutip derma.
Bergerak bersendirian, tapi derma untuk kempulan.
Warga asing yang selalu merumitkan /11/2010.


50 ulasan:

  1. sambungan cerpin bersiri ; siri ke 5 akhir bertajuk ; PAK TEH BERBINI TUJUH. Oleh; Nurimanja Pk,
    ___________________________________


    Samad terus mengikat dua biji untuknya dan dua biji lagi untuk maknya. kemudian empat biji durian temaga itu diletaknya di atas pelantar basikalnya dan terus berlalu dari situ dengan senyum menguntum di bibir. langsung tidak memberi ucapan terima kasih.

    Pak Teh menggeleng-gelengkan kepalanya, "Nasib nasib..." keluh Pak Teh lagi, matanya memerhati durian yang tinggal lima biji saja lagi itu, terasa malas hati untuk menjualnya.

    "Wooii! Teh, lama dah jual durian, wah kau dah jadi tauke durian, kaya la, tak ingat lagi dengan Samsiah? anak kau Samsuri dah pun masuk sekolah menengah tahun ini," kata Pak Haji Dollah yang lebih tua daripada Pak Teh dengan tersenyum.

    "Oh, Ayah, , nak durian ambillah, tinggal lima biji saja lag, saya pun nak balik dah ini..," pelawa Pak Teh kepada Pak Haji Dollah bekas ayah mertuanya.

    "Hai, banyaknya ni Teh, sampai lima biji, Emm, kalau kau nak beri, makan durian kami hari ini," jawab Pak Dollah sambil tersenyum,
    "Oh ya! kalau ayah nak balik nanti, singah rumah Embun kampung Tengah, tolong beri dia dua biji, kasihan pula si Mail tu. tiga biji lagi ambil dekat ayah," kata Pak Teh teragak-agak bunyinya.

    Dalam kepala Pak Teh berbagai andaian bermain, apa yang akan dijawab bila isterinya Lijah bertanya mana pergi duit jualan durian, bila melihat bakul durian tembaga pagi tadi penuh dengan lima belas biji durian tembaga, kini semuanya kosong, sekurang-kurangnya seratus atau dua ratus ringgit mesti dapat.

    "Insyaallah Teh, akan aku sampaikan" kata Pak Haji Dollah sambil tersenyum membimbing lima biji durian itu di dua belah tangannya. berjalan dua tiga langkah ke hadapan, kemudian dia berhenti.

    "Terima kasih Teh, terima kasih.." kata Pak Haji Dollah sambil menoleh ke belakang, kemudian berlalu meninggalkan Pak Teh dalam kebingungan bersama paip bengkok yang tidak berasap lagi.

    S E L E S A I . OLEH: NURIMANJA PERAK 13/11/2010.

    BalasPadam
  2. REDUP RABIUTHANI

    Damai petang Rabiulthani
    Tersimpuh aku bawah redup kemboja
    Lama di keteduhan itu
    Perlahan-lahan ku lagukan
    Baris-baris syair dari tuhan
    Sedingin makna embun subuh itu
    Meresap ke lubuk-lubuk dalam
    Semilir petang meniupkan harumnya
    Bersama-sama harum kemboja
    Lalu menghilir pula
    ia ke benua-benua yang jauh
    Untuk yang tercinta
    Antara yang sudah
    Kutamatkan syair itu
    Dalam penantian dan persoalan
    Akan bila pula saat untukku?


    Al Miftah
    ketika berehat di sekolah agama rakyat

    BalasPadam
  3. ZIKIR TUA

    Zikir hati tua itu,
    Satu-satu jaga-jaga.
    Fikir hati tua itu,
    Rangkak-rangkak pelihara.
    Biar dihayati penuh makna,
    Biar semua abadi dalam jiwa,
    Biar sampai ke puncak cinta,
    Darah dan nyawa bukan perkara.
    Kalau tinggi segunung pasti hapus,
    Kalau besar sebumi pasti tebus,
    Kalau tidak menyanggah
    daerah larangan,
    Pasti si tua diampunkan.
    Dengan zikir yang satu-satu.
    Yang jaga-jaga Zikir hati tua itu,
    Satu jaga-jaga fikir hati tua itu,
    Menyembuhkan silap hari yang lama.


    Iman Ali
    di surau sekolah ketika waktu rehat

    BalasPadam
  4. Sajak mengenang dan berdoa kepada aruah di pusara dan menanti kematian.Oleh Al Miftah. Bertajuk: REDUP RABIUTHANI Penguapannya bagai sedang berdoa kepada sesaorang yang telah pergi di sebuah pusara di bawah pepohon komboja bersama tarikh tersebut. Lantas mengenang kembali akan kisah lamanya bersama semasa hayatnya maseh ada. Kini cuma tinggal kenangan , malah si penlis cuma menunggu atau menanti saat atau masa geliran kita pula untuk kembali entahnya bila? Semoga memberi keinsafan Amin! (Maaf! semalam telah diulas sajak ini dengan panjang lebar, tetapi telah terdilik habis semua sekali, jadi kurang mantap dari ulasan pertama).

    BalasPadam
  5. ZIKIR TUA sajak dari Iman Ali. Membicarakan tentan hari yang pernah dilaluinya dulu yang mungkin tersasul dari melakukan perkara yang lagho, mungkin pada pandangannya ada sadikit dosa lalu, untuk megubatkannya cuma dengan berzikir bertaubat secara orang yang matang atau tua dan menyebutnya dengan penuh kinsafan dan ktulusan hati dan jiwa, malah dapat mengerti segala ertinya.atau maananya Barulah terasa akan fasrahnya kehadiran hati kepada Ilahi. Amin (Maaf! semalam telah diulas sajak ini dengan panjang lebar, tetapi telah terdilik habis semua sekali, jadi kurang mantap dari ulasan prtama).

    BalasPadam
  6. etserdfdgffgccfdxc

    BalasPadam
  7. sampai habis cerpen ni 1 sen pun pak teh xpdt?

    BalasPadam
  8. kesian pak teh untung kt anak bini jer...

    BalasPadam
  9. hahahaa lawak cerpen pak teh ni....

    BalasPadam
  10. apalah pnya malang nasib pak teh....

    BalasPadam
  11. sian pak teh sampai kt diri sndiri pun xde?

    BalasPadam
  12. apa nk jd kat pak teh ni??? hahahaha

    BalasPadam
  13. ni kes pekena ni sbb pakteh langsung xpdt?

    BalasPadam
  14. kesian plak kat pak teh sampai hati dorg semua...

    BalasPadam
  15. eh! sajak pengemis plak?

    BalasPadam
  16. sajak utk seniman jalanan xde ke en nuri?

    BalasPadam
  17. sajak pengemis ni berkenaan pasal apa?

    BalasPadam
  18. skrg org minta derma rasa serba salah nk bagi plak?

    BalasPadam
  19. skrg org minta derma bkn boleh percaya sgt?

    BalasPadam
  20. pak teh ni berdasarkan kisah benar ke rekaan je?

    BalasPadam
  21. cerita pak teh ni kalau buat drama best ni...

    BalasPadam
  22. cerita komedi yag santai je pak teh ni...

    BalasPadam
  23. pak teh ni pemurah sgt sbb tu org snang permainkan dia...

    BalasPadam
  24. lurus bndul la pak teh ni....

    BalasPadam
  25. pak teh ni klu ada 10 org mcm dia? boleh bangkap...

    BalasPadam
  26. pak teh ni mmg baik byk pahala dia dpt? hahaha

    BalasPadam
  27. pak teh ni msa bujang msti senang org buli...

    BalasPadam
  28. senanag2 je kena tipu pak teh ni...

    BalasPadam
  29. lps ni kena berhati2 la pasal penipuan pengemis ni...

    BalasPadam
  30. pengemis skrg byk yg temberang jer...

    BalasPadam
  31. lps ni aku xnk bagi la derma kat org takut ditipu...

    BalasPadam
  32. teruk btol la org mcm ni gunakan kecatatan utk menipu?

    BalasPadam
  33. zaman skrg ni org menipu mcm2 cara..

    BalasPadam
  34. pengemis mcm ni pun ada? aduh....

    BalasPadam
  35. pengemis yg penipu ni kt KL byk la...

    BalasPadam
  36. pengemis skrg byk yg menipu dari yg btol2...

    BalasPadam
  37. sajak pasal haji plak? wah! bila aku dpt ke sana?

    BalasPadam
  38. teringin plak nak pegi haji bila baca sajak en nuri ni...

    BalasPadam
  39. cerita pak teh dh hbis ke? ape2 pun mmg best2....

    BalasPadam
  40. tu la kwin byk lagi kan dh susah?

    BalasPadam
  41. pak teh ni atuk en nuri ke?

    BalasPadam
  42. pak teh ni org jawa ke? hehehe

    BalasPadam
  43. mmg susah nk tangkap yg mana tipu dn yg mana pengemis btol...

    BalasPadam
  44. mmg susah nk cam pengemis sbb sy pun pnh ke bukit bintang menunggu kawan sekali ada plak org bgi duit ingat sy org kurang upaya?

    BalasPadam
  45. pengemis tiruan ni nk menipu mcm2 cara kdg2 kita pun pening....

    BalasPadam
  46. ESOK.

    Sebuah cerpen lama/lagenda, kisah
    benar di sebuah perkampungan, sahabat kepada abang saya, terdirilah sebuah rumah kedai
    kecil,bumbung beratap nipah, berdinding papan, lantaiya tidak bersemin. Hiduplah Ah Kian dan Nyonya, bersama empat orang
    anaknya, Ahh Shu, Ahh Hun, Ahh Chan, dan seorang anak perempuannya bernama Moi Lin. - Catatan kisah tahun 28/11/1981.

    BalasPadam