Ahad, 3 Oktober 2010

KETIKA BUMI DIGONCANG




ketika bumi digoncang
dia memuntahkan
segala isi perutnya
manusia terharu dan termanggu
sambil bertanya apakah gerangan?
Lalu bumi pun menjawab
sesungguhnya Allah memerentah
setiap manusia akan dihitung,
perlakuan mereka di bumi ini
untuk diperlihatkan segalanya
adakah lelakuan baik atau pun jahat
walaupun sebesar zarah atau (atum)
akan diperlihatkan juga Oleh Allah
lakunan dari setiap peranan masing-masing.

Oleh: Nurimanja,
catatan 15 Syawal, 1430
kuliah tafsir al quraan radio ekim.



50 ulasan:

  1. CERITA DARI PENGALAMAN PAK MALEK SEORANG PEMANDU BAS PENGANGKUTAN AWAM DARI IPOH KE GERIK .

    Siri 4.
    Yang anihnya dia tidak bercakap sepatah pun. Terus duduk di bangku dua selang tempat duduk dengan tempat duduk Pak Malek. Mulanya Pak Malek bercadang nak minta tambang , akhirnya tidak jadi. entah kenapa berat mulut nak bersuara. Dalam hati Pak Malik berkata "Tak payahlah, kesian orang tua.." Pak Malek juga tidak dapat pasti penumpang ini orang Melayu atau Cina.

    Apa yang peliknya bas Pak Malek bawa tak payah tekan minyak , dia laju semacam saja, cuma kawal setering dengan berek saja. Sesekali Pak Malek terasa pelik juga. tak pernah pula jadi begini selama ini. Pak Malek hairan pada masa itu Pak Malik langsung tak berani kerling ke arah perempuan tua yang duduk di belakangnya itu.

    Pak Malek terasa semacam dalam mimpi antara sedar dan mamai kata orang 50/50 berada dalam dunia fantasi atau khayalan dengan dunia nyata. Apa yang Pak Malek rasa semacam diarah orang , tidak ada soala jawab. hati ini rasa macam malas, hendak bersoal jawab. macam orang mamun, bagun dari tidur mengejud, ruh tak masuk betul dalam tubuh, tak bermaya, tetapi pandu juga bas..

    BalasPadam
  2. PULAU PINANG 1 Okt. - Persatuan Ulama Malaysia Pulau Pinang menyelar tindakan pemimpin
    kerajaan negeri yang beragama Islam kerana tidak menyiasat dengan terperinci berhubung dana
    yang diterima untuk program membasmi kemiskinan tegar dan wang ihsan kepada warga emas.
    Kalau KM Lee Guang Aing kata duit judi. Kenapa pula dikatakan dari dana lain? Kita islam buat
    malu saja pembangkang dari PKR suka cakap putar belit?

    BalasPadam
  3. SEMALAM HARI INI ESOK

    Semalam berlalu….
    Meninggal kita pelbagai kesudahan
    Ada hati terluka diulit perasaan
    Air mengalir mata merap kesedihan
    Senyum terukir dibibir kepuasan
    jiwa kontang kikis ketebalan iman
    Ada sedikit penyesalan bersarang
    Yang menghimpun dosa kesilapan
    Namun masih ada hari esok
    untuk memperbaiki kelemahan

    Hari ini……..
    Tiba seperti yang dijanjikan
    Hati terluka dipenuhi parut cacat
    Air mengalir kini kering ketandusan
    Senyum terukir kini hilang manis
    Jiwa yang kontang kini gersang
    menjadi sepi yang berpanjangan
    Penyesalan semakin pudar
    Kegelapan kian mengaburi
    Lalu penantian hari esok
    penuh pengharapan
    Agar ada sedikit kebenaran
    Semoga ada sedikit ruang kesedaran
    Mencari secebis pedoman
    Untuk panduan diperjalanan
    Namun Masih adakah hari esok….

    Sedangkan semalam
    dibiarkan pergi tanpa kesedaran
    Malah hari ini dibiar saja kesilapan semalam
    Apa ada pada hari esok?
    Jika semalam dan hari ini
    Mungkin esok juga……
    Tiada perubahan akal fikiran
    Jangan ditunggu hari esok
    Jangan dibiarkan hari ini
    Jangan ditinggalkan hari semalam
    Seandai kosong sebagai pengisian…..


    Pak Bostamam
    Kedah
    11pagi

    BalasPadam
  4. DUNIA INI BULATKAH?

    Dunia itu bulat dunia itu bujur..
    Mana satu aturan benar?
    Mana satu jawapanya?
    Bila direnung, diratap,
    dilihat dunia berpetak jadinya,
    Bila diamati dalam lagi,
    dunia itu tiada sempadannya..
    Mana satu tanda kosong tempat itu?
    Tuhan saja tahu hukumnya benarnya,
    Manusia hidup hanya mengamati,
    menjangka dan mereka
    Kita tidak seGah
    Tuhan al –rahim,
    Tuhan Al Khaliq,
    Bila minda kata itu, hati ke situ….
    Bila hati itu, minda ini pula…
    Macam-macam ragam wujud,
    timbul di atas dunia ini,
    Baik, buruk, cacat, cantik, hodoh,,
    Banyak benda ada. Manusia begitu,
    manusia begini, telus hatinya,
    jadi masih binggung
    bulat atau tidak dunia ni?


    Ustaz Sahzan
    Kota Bharu
    2pagi

    BalasPadam
  5. Sajak Semalam Hari Ini Esok oleh Pak Bostaman merupakan sajak kali kedua di blog CR ini. Pengucapan atau maksud yang dapat kita tangkap untuk khalayak pembaca mengingatkan kita dalam kehidupan ini, hari-hari perlu diisi dengan sebaik mungkin, sama ada semalam , hari ini dan esok. Biasakan diri dengan kata –kata ini, jadikan diri kamu hari ini lebih baik dari semalam, jika tidak ada pengisian, beerti laghau. Sia-sia.

    Justruitu pak Bostaman mengingatkan kita agar kesilapan semalam perlu diperbaiki di hari ini, jangan tunggu sehingga hari esok, dikhuateri, kalau hari esok tidak ada . Nah! bagaimana, Kalau ada pun, masih bertangguh dan tanpa di isi dengan sesuatu, kosong. Jadinya, adalah rugi, demi masa manusia sentiasa dalam kerugian. Oleh gunalah masa atau hari ini dengan sebaik mungkin. Amin syabas! Pak Bostaman.

    BalasPadam
  6. Sajak Ustaz Sahzan bertajuk Dunia Ini Bulatkah? Menjadi tanya tanya kepa pemikiran kita benarkah begitu. Ayat quran kata klangit dan bumi asalnya satu ada atas dan bawah, bila dia terawangan , tidak ada siapa di atas dan dibawah, apatah lagi bulat atau bujur? Sains menceritakannya. Kerana terlalu besar bergerakannya agak perlahan, dunia berpusiang di atas obejnya yang tersendiri, Ada ayat Quran mengatakan dunia terhampar seolah macam tikar berhemburanlah kamu mencari rezeki. Pada mata kasarnya begitulah, Tetapi bagaimana pula berlaku siang dan malam , pastinya bumi bergerak di antara mata hari dan bulan , bila terkena pantulan cahaya matahari kepada bumi menjadi siang, begitulah seterusnya. Semuanya kekuasaan Allah, manusia cuma mengkaji dan membuat teori atau andaian sahaja,yang amat maha mengetahui adalah Allah swt. Amin

    BalasPadam
  7. pak malek kena pukau la....

    BalasPadam
  8. PAK MALEK NI MCM KENA MINDA BAWAH SEDAR PLAK?

    BalasPadam
  9. hantu tu arah pak malek agaknya...

    BalasPadam
  10. rasanya org tua tu nenek kebayan...

    BalasPadam
  11. pak malek di pukau la masa ni...

    BalasPadam
  12. pak malek x sedar ke masa ni? bahaya tu..

    BalasPadam
  13. pak malek dalam 50/50? hantu nk bawak pak malek ke mana?

    BalasPadam
  14. pak malek msti excident sbb bawak laju ni...

    BalasPadam
  15. semua hantu tu yg kawal ker?

    BalasPadam
  16. pak malek di kawal oleh org tua hantu tu! bahaya bawak laju2...

    BalasPadam
  17. pmpuan tu tumpang free je? rugilah pak malek....

    BalasPadam
  18. bas plak malek plak jd berhantu? hehe

    BalasPadam
  19. pak malek mengalami halusinasi la..

    BalasPadam
  20. bahaya pak malek ni kena pukau plak?

    BalasPadam
  21. kenapa pak malek x toleh belakang? masa tu...

    BalasPadam
  22. pak malek kalau toleh belakang msti nmpk pmpuan tu muka mengerikan...

    BalasPadam
  23. mcm baca buku mastika plak bila baca cerita pak malek ni...

    BalasPadam
  24. seram sejuk plak baca cerita pak malek ni...

    BalasPadam
  25. rsanya aku xleh tido malam ni sbb seram cerita pak malek ni...

    BalasPadam
  26. org tu manusia ke hantu?? aneh btol...

    BalasPadam
  27. entah2 org tua tu org bunian agaknya...

    BalasPadam
  28. org tua tu x cakap sepatah pun ker?

    BalasPadam
  29. sajak psal gempa bumi ker?

    BalasPadam
  30. insaf baca sajak kali ni..

    BalasPadam
  31. sajak ingat mengingati sajak gempa bumi ni....

    BalasPadam
  32. sajak bencana alam plak kali ni?

    BalasPadam
  33. sajak muhasabah diri syukur sbb malasyia xde gempa bumi...

    BalasPadam
  34. eh! sajak yg menarik smoga kita semua ambik iktibar atas apa yg berlaku...

    BalasPadam
  35. ni sajak semperna tsunami ke?

    BalasPadam
  36. seram baca sajak ni takut pun ada...

    BalasPadam
  37. syukur sbb malaysia xde bencana mcm ni..

    BalasPadam
  38. sajak supaya kita menginsafi diri

    BalasPadam
  39. sajak yg menarik...

    BalasPadam
  40. sajak apa ni tp menarik?

    BalasPadam
  41. teruk btol dorg ni sampaikan duit judi pun nk kadi kt warga tua...

    BalasPadam
  42. dia bagi duit judi? ni pemimpin yg dorg nk doakan sgt tu?

    BalasPadam
  43. buat malu je khutbah jumaat sebut guan eng tp dia plak bagi duit haram?

    BalasPadam
  44. BERKENAAN GUAN ENG BAGI DUIT HARAM NI SY X BERANI KATA APA2 SEBAB SAYA ATAS PAGAR TAK MENYOKONG MANA2 TPI KALAU DIA BAGI DUIT DARI SUMBER HARAM SEKALIPUN DIA BUKAN ISLAM? MANA TAHU BAB2 AGAMA NI? HE HE

    BalasPadam
  45. pemimpin lain x tegur plak guan eng bagi duit haram? semua bersubahat!

    BalasPadam
  46. semua ahli PKR kena bertanggungjawab yg islam jwb di akhirat kelak....

    BalasPadam
  47. sampai xde duit lain ke nk bagi? dari sumber yg haram jgk nk bagi kat warga emas...

    BalasPadam
  48. smoga ahli yg lain sedar guan eng ni dah jauh menyimpang ni...

    BalasPadam
  49. skrg apa tunggu lagi lps ni jgn ambik duit dari guan eng!!!

    BalasPadam
  50. Sebenar orang agama di negeri pp buat apa? tak takut nanti dikira
    subahat dan akan di soal di akhirat
    nanti? Jangan kerna politik kita
    turut tersungkur.

    Dulu saya tanya orang PKR mereka kata
    Insyaallah kami ada,tuhan bersama kita. DAP tak akan boleh buat tahana dekat bangsa kita. Sekarang apa dah jadi, lagi teruk dari BN .lu fikirlah sendiri?

    BalasPadam