Rabu, 27 Oktober 2010

JANGAN LUPA PADA KEMISKINAN KITA DULU




Dahulu kita miskin!
Makan nasi lauk lobak masin
Patah cabai hidup tuang kicap hitam
Itulah kehidupan kita di tanah peneroka.

Kini  penerka Falda!
Kemewahan melimpah ruah
rumah pondok telah bertukar wajah
pekerjaan generasi kini pun banyak berubah.

Diantara dahulu dan kini
Felda telah wujud dua generasi
Perlukah mereka lupa asal usulnya
Zaman tok ayah berbasikal  menoreh getah.

Lewat kebelakangan ini!
Ramai warga felda bermotosikar
Malah anak cucu pula kereta menjalar
Ada pengajian tinggi dan menjadi orang besar.

Tetapi kini kenapa lupa?
ada yang sangup saman pihak felda
rasa bagai manusia tidak mengenang budi
Inilah budaya tidak sepatutnya anak cucu contohi.

Oleh: Nurimanja,
lepas jambatan buang tongkat,
dua tiga bulan yang lalu september2010.




50 ulasan:

  1. SIRI (6)

    PLOT:

    Plot ini operistiwa yang disusun mengikut urutan masa. Dilakukan dengan rancangan penulisan yang tertentu.

    MENGIKUT LINTASAN

    1. Lintasan kembali/Imbas kembali/ dengan ini dia menimbulkan tanda tanya /suspen/emosinal.
    2. Dengan memberi tekanan kepada sebab?Kenapa berlaku? Dan apa akan brlaku seterusnya.

    CONTOH:

    Plot itu dapatlah kita katakan satu susunan peristiwa-peristiwa yang berhubungan di kemukakan dalamSituasi yang suspen emonsi dan memberi kepuasan dalam satu bentuk yang dramatik.

    Plot tidak berkembang dengan baik dalam sebuah cerpen, jika tidak ada aksi. Kecuali ada watak-watak yang terlibat dalam penceritaan.

    AKSI.

    Pelakun dalam watak utama yang dipegangnya , hero, atau heroien, orang muda atau tua, dan lainnya.

    Permainan watak (A) kepada watak (B) dan kepada watak (C) perhubungan merekalah yang akan menghidupkan jalan cerita sama ada ganas, baik, senyum, dan lainnya.

    CONTOH:
    AKSI atau Gerak laku:

    (A) Aminah bercinta dengan (B) Badri . Tetiba Datang (C) Comat melarikan (A) Aminah.
    (B) Badri naik marah dibunuhnya (C) Comat mati. (B) Badri ditangkap polis penjara (A)
    (C) Aminah jadi merana dan kecewa.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. SIRI 3 CERITA RAKYAT SEDUNIA BERTAJUK; KEIKHLASAN YANG SEBENAR.OLEH; NURIMANJA DITAIP SEMULA OLEH: ANJ. CARA BEBAS.

    ___________________________________


    “Sekarang geliran kau pula anakku yang kedua Abdul Wahub. Ceritalah apa saja yang telah kau lakukan sepanjang kehidupanmu selama ini,apa yang kau kira benar-benar ada rasa keikhlasan yang sebenar.” Kata saudagar itu sambil memandang kepada anaknya yang kedua Abdul wahub.

    “Ada ayah!” Kata Abdul Wahub pula, Dia pun memulakan ceritanya kepada ayah dan kedua abang dan adiknya.

    KONON Pada suatu petang Abdul Wahub sedang bersiar-siar di tepi pantai bersama anak dan isterinya. Tetiba dia terdengar ada orang meminta tolong di tengah laut itu. Dengan tidak membuang masa lagi abdul Wahub terus terjun kedalam laut itu dan segera membantunya.

    Setelah sampai kepada orang yang meminta tolong itu, Abadul Wahub terus menarik tangan orang itu sehingga sampai ke terbing pantai. Setelah sampai ke pantai , barulah Abdul Wahub tahu dia seorang peremuan muda tidak berpakain, cuma culi dan seluar koreknya sahaja (bahasa orang melanau) .

    Sebenarnya gadis itu telah pun dicolek oleh kompolan gengster untuk meminta wang tebusan, tetapi kerana baba gadis itu gagal membayarnya, mereka mengambil keputusan mencampakkannya ke dalam laut berhampiran pantai di situ.

    Abdul Wahub dan isterinya membawa pulang gadis hamper pengsan itu dengan kereta ke rumah mereka, setelah puleh diberi pakaian, makan dan minum, setelah benar gadis itu pulih , Abdul Wahub dan ieteri juga anak , mereka segera menghantar gadis itu pulang ke rumahnya.

    Bapak gadis itu telah mengucapkan berbanyak terima kaseh dan memberi hadian yang besar dan lumayah kepada keluarga Abdul Wahub. Tetapi abdul Wahub menolaknya
    dengan hati terbuka. Menolong dengan ikhlas hati sahaja. Tidak perlu balasan.

    “Begitulah cerita saya ayah! Terpulanglah kepada ayah untuk menilainya.” Kata Abdul Wahub kepada ayahnya. Sambil menutupkan ceritanya itu.

    “Bagus! Bagus wahai anakku! Kau juga seorang yang ikhlas hati menolong orang dalam kesusahan dan kecemasan.” Kata ayahnya kepada Abdul Wahub dengan senang hati . Abdul Wahub tersenyum sendirian.

    “Sekarang giliran aku pula anakku yang ke tiga Abdul Wahab, tentu kau juga mempunyai cerita yang memberi erti keihklasan yang sebenar , sepanjang kehidupan kau selama ini.” Kata saudagar itu.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. 3. Untuk kuat tubuh badan tahan lasak lambat ketuaan.

    Baca Bismilah......

    Penuh tumpat isi tubuhku
    Teguh kuat urat tulangku
    Gagah seperti ........ (sebut saja nama orang yang kuat) saudina Ali
    Berkat doa la ila haillah ........... (hingga akhir......)

    Duduk melunjur kedua kaki Lurus . Hulur kedua jari tangan sampai kedua ibu kaki.sebaiknya kalau yang berjaya dia boleh hulur sampai ketengah dua tapak kakinya.
    Siapa yang dapat mencecah sadikit ibu kakinya kira sudah baik. kebanyakkannya langsung tidak sampai, sekerat betis, rasa macam hendak patah pinggang .

    BalasPadam
  4. AWANG HITAM

    hitam-hitam si tampuk manggis
    biar hitam dipandang manis
    awang hitam tersenyum sinis
    terserlah baris gigi putih
    apa manis dara jelita terlentok
    mak dara tinggalkan suami
    ayat manis bergula bahasa dipakai
    bahasa wang ringgit
    bahasa tegap gagah tenaga
    tiada lagi melayu lelaki agaknya
    melayu lelaki sudah pupus
    mungkin juga tiada romantik
    melayu pemalas layu alasan
    dara genit berpaut lengan si awang
    awang hitam pujaan
    senyum sumbing mencebik
    sambil menghulur wang hitam
    kulit gajah afrika tapi buatan siam


    Ustaz Majusi
    ketika menunggu isteri sambil melihat gelagat anak muda di bukit bintang yg berkepit dgn negro

    BalasPadam
  5. MERAJUK

    isteri plak merajuk
    tak kuasa nak memujuk
    makin menjadi biarkan sahaja
    biar sejuk sendiri terus menyepi
    sudah berjam lamanya menunggu merajuk lagi agaknya
    tak senang hati apa salahnya diri
    tinggi rasa ego perlu minta maaf
    usah merajuk lagi ini aku datang
    bawa sekuntum senyuman
    bawa setangkai hati
    bawa sejambak kemaafan..

    Geletek Malam
    7malam
    ketika pulang lewat ke rumah

    BalasPadam
  6. BAHTERA MENONGKAH ARUS

    lama tubuh dibelai duri
    lama terasa tiada berlagu
    melangkah berdiri
    sunyi ruang hati membisu
    tiada berbunyi sepi
    seolah memeluk kalbu
    semanis madu masa menanti
    dicuba goda tubuh sunyi
    mencuba buru mananya lagu
    rindu berlagu seperti dahulu
    sayang tiada muncul sejoli
    tetaplah kembali dicumbu sepi
    bila mungkin berlagu kembali..
    Di sini aku pamerkan kehebatan
    Bawa kembara sehingga tiba di situ
    Agar kamu puas agar kamu tahu
    Di sini kita bersatu menongkah arus
    Bahtera membawa kita ke situ
    Agar hilang duka agar hilang dahaga

    Guest
    ketika berehat di bengkel kereta setelah selesai kerja

    BalasPadam
  7. Kisah yang kian berluasa dan sering diperkatan kini. Awang hitam mula bermaharaja lela.
    Sajak daripada Ustaz Majusi yang perihatian melihat gelagat anak gadis kita yang telah mula
    Minat bukan lagi kepada bangla seperti pelakun sharun khan tetapi Awang hitam yang kian menawan, termasuk juga mak janda yang lama mmndam rasa. Mungkin juga mereka banyak wang dan juga harta. Adang yang datang konon menuntut ilmu atau kerja. Tetapi dapat pula Anak gadis tempatan atau janda. Spatutnya jika cara baik boleh diterima. Jika cara kurang dan tidak menynangkankan pihak berkuasa sepatutnya mengambil tindakan. Amin

    BalasPadam
  8. Kebiasaanlah orang perempuan, merajuk itu minta disayang. Apa yang susah kalau 24 jam dia melenting. Mana satu kau pileh? Merajuk atau Melenting? Merajuk inilah paling mesra. Kena pujuk. Minta maaf . Mengaku saja kesilapan kita. Sekejap lagi tengah malam sadikit bolehlah mesra sampai ke pagi, pasti tidak ada halangan lagi. Itulah cara orang dahulu kala. Sing bergaduh malam elok pula mereka bermesra. Petua nak hidup berpanjang suami isteri, maaf memaafkan perlu ada dalam rumah tangga. Jangan sekali tunjuk ego. Insyaallah. Amin.

    BalasPadam
  9. Sajak ini kau tuju untuk siapa atau engkau sendiri buat angkara. Menyungsang arus nampaknya
    Lihat tajuk agak bahaya: BAHTERA MENONGKAH ARUS. Kalau kihidupan rangmuda punya Biasa. Sudah jadi semacam lumrah. Anak gadis sundi 12 tahun jatuh dari bmbung flat kerana berasmara dengan tiga teman lelaki sekolahnya.Apa yang malang sekali budaya anak luar nikah
    Amper mencecah puluhan ribu. Di semua ngeri dan tempat, maksiat menguasai segalanya. Ramai pula permpuan yang menjadi gangster, mengedar, menipu, tidak takut pada Allah yang menvcipta segala. Apatah lagi kepada makluk sesama manusia. Minta dijauhkanlah segala musibah ini ke atas keluarga dan saudara kita. Amin

    BalasPadam
  10. eh! jujur jgk abdul wahud ni....

    BalasPadam
  11. susah jgk nak bagi kat sapa hadiah kotak tu...

    BalasPadam
  12. sapa lebih jujur? pening jgk nak manilai ni.....

    BalasPadam
  13. pening yg mana 1 lebih jujur ni?

    BalasPadam
  14. aku rasa dapat kt badul wahud la....

    BalasPadam
  15. perghh!! bagi duit pun x mahu jgk?? ruginya....

    BalasPadam
  16. entah2 dorg reka cerita saja kot?

    BalasPadam
  17. bagus btol abdul wahud kalau aku la? sah aku ambik buat bini no 2? hahahaha

    BalasPadam
  18. selamatkan org lemas? biar btol?

    BalasPadam
  19. ayah dorg msti lbih pening sbb dua2 anak dia jujur....

    BalasPadam
  20. eh! hbis kalau semua jujur dapat kat sapa kotak tu?

    BalasPadam
  21. rasanya dapat kat dua2 org la sbb sama2 jujur...

    BalasPadam
  22. kalau akhir sekali semua jujur dapat kat sapa plak?

    BalasPadam
  23. rasa anak dia yg dua org ni menipu kot?

    BalasPadam
  24. mcm mana nak tentukan sapa lebih ikhlas ni????

    BalasPadam
  25. hbis kalau semua ikhlas? hadiah dpt kat sapa? xn ayah dia simpan balik?

    BalasPadam
  26. eh! semua nampak mcm ikhlas jer..

    BalasPadam
  27. sambung lagi en nuri nak thu jgk sapa lbih ikhlas....

    BalasPadam
  28. susah jgk nak tahu yg mana org lebih ikhlas ni?

    BalasPadam
  29. kalau semua ikhlas hadiah kena bahagi 3 la nampaknya?

    BalasPadam
  30. adik yg bongsu cerita mcm mana plak nanti?

    BalasPadam
  31. rasanya hadiah xpdt kat sapa2 sbb smua ikhlas....

    BalasPadam
  32. apa bndalah dlm kotak tu sampai hanya org ikhlas yg layak dapat?

    BalasPadam
  33. semakin lama semakin suspen plak cerita ni....

    BalasPadam
  34. mcm mana la kesudahan cerita ni nanti????

    BalasPadam
  35. semakin berdebar-debar nak tunggu sapa lebih ikhlas?

    BalasPadam
  36. sapa lbih jujur ni??/ semua nampak mcm jujur jer.....

    BalasPadam
  37. kalau aku jd bapak kpd dorg aku pun xthu nak bagi hadiah kat sapa?

    BalasPadam
  38. nampaknya kena baca sampai hbis cerita en nuri ni....

    BalasPadam
  39. mmg menarik jalan cerita ni sambung lagi x sabar ni...

    BalasPadam
  40. patutlah dalam cerpen en nuri byk flashback....

    BalasPadam
  41. org nk tuli cerpen kena bayk ilmu la mcm ni...

    BalasPadam
  42. rasa mcm nak mengarah filem je baca cara2 buat cerpen ni? hehehe

    BalasPadam
  43. ni bru tuli cerpen kalau novel? lagi la susah....

    BalasPadam
  44. nak menulis karangan pun aku x btol lagi kalu cerpen hancur agaknyer... hehe ape2pun tabik en nuri!

    BalasPadam
  45. boleh pecah kepala nak buat cerpen kalau mcm ni sbb kena kuat imaginasi....

    BalasPadam
  46. tabik en nuri cerpen rupanya susah tulis tapi en nuri buat mcm senang jer...

    BalasPadam
  47. berapa tahun en nuri berlajar menulis cerpen ni?

    BalasPadam
  48. susah rupanya tulis cerpen ingatkan mcm menulis sajak jer....

    BalasPadam
  49. alamak! pening kepala nak hafal semua pasal penulisan cerpen ni....

    BalasPadam