Rabu, 6 Oktober 2010

JANGAN JADI BANGSA TIDAK MENGENANG BUDI




Inikah rupa generasi kini?
mengajar tidak mengenang budi
ingin mengajak para sahabat ikut gila
menolak dan mengutuk pemimpin negara.

Inikah pemimpin diharap?
mengutuk pemimpin seagama sendiri
mengajar bangsa tidak kenang berbudi
cuba menolak kebenaran yang dinekmati.

Inganlah pesanan rangtua?
jika kita menghina orang lebih tua
tunggu bila kita pula tua sepuluh orang
akan datang mengejek kita kemudian hari.

Oleh: Nurimanja,
buat renungan generasi muda.
jangan mudah lupa daratan Sept.2010.


50 ulasan:

  1. CERITA BENAR DARI EN NURI WAKTU PETANG HUJAN RENYAI LINTAS KUBUR CINA DI KEM TENTERA SUNGAI ARA
    ___________________________________

    siri 1.

    RABU : Hari itu ada kokoriklum sebelah petang, mulaui jam 3.30 hingga 5.30 ptg. Waktu pulang aku bersama anakku Mohd Aniq duduk di hadapan. Semua murid -murid sudah lama pulang , cuma aku agak terlewat sadikit, kerana ingin
    memerhatikan semua pintu dan tingkap surau tertup semua oleh murid-murid persatuan agama islam.

    Aku dan Mohd Aniq yang kemudian meninggalkan perkarangan sekolah dengan kereta mazda jambu jet yang larinya tidak seberapa , Waktu itu hujan petang turun rengai-rengai, keinderaan juga kurang lalu lalang, keadaan juga agak muram suasa petang yang di selubungi hujan, matahari langsung tidak menampakkan sinarnya.

    Sesampainya aku dekat kem tentera semboyan di Sungai Ara, aku kena melentasi tanah perkuburan orang Cina dan India. Kerana air menaiki ke atas jalan, aku terpaksa memperlahankan kereta. Betul-betul di tengah tanah perkuburan
    itu. di seberang jalan kem semboyan tentera. jalan itu tetap sunyi. Sebab adanya tanah perkuburan. orang cina, ramai
    yang takut mahu lalu di situ.

    Malah ada seorang cikgu Tiou hamper pencen. walaupun saya tahu jalan itu dekat sikit berulang alik ke sekolah. Dia tidak pernah melalui jalan itu, setahun sekali pun susah, siapa pun tak mahu lalulah jalan , katanya padaku. Rupanya akulah orang yang lalu lalang setiap hari, patut sunyi saja.

    Bersambung esok

    BalasPadam
  2. BAYU MENGUTUK AKU

    Langkah kaki tersusun rapi
    Seluas lautan ku teroka
    Cuba mencari tidak pasti
    Dalam hati penuh luka
    Lagi dan lagi aku mencari
    Ke dalam hati terbitnya cinta
    Terasa sakit tak terperi
    Rupanya kecewa yang aku jumpa
    Di tengah malam aku terjaga
    Dilanda mimpi ngeri tak sudah
    Baru sekarang aku menjumpa
    Penawar hati yang luka parah
    Cinta bersinar bagai mentari
    Sampai degup jantung terhenti
    Agung-Mu tetap ku sanjung tinggi
    Lena semula senyum kembali
    bayu laut itu tatkala matahari
    baru berona jingga tenang dan damai
    pada kau pada mereka
    tapi pada aku bayu kata sesuatu
    pemimpin tolol gemersik deru ombak
    ibarat nyanyian syurga untuk kau
    tertawakan aku yang berhabis daya
    menidakkan anggapan mereka
    burung camar yang berterbangan
    di petala langit
    bersorak atas bodohnya aku


    Mat Glamor
    Lubuk Antu
    12malam

    BalasPadam
  3. BERSILAT

    Bertemu buku dengan ruas
    Yang mana hebat yang mana pantas
    Genggam sang sakti dihayun
    Lekas sang helang menepis
    Bunga membuka kelopak
    Harum langkah bersilang mekar
    Mata bermain pandang
    Jejak selangkah keris dihunus
    Badan tercalar darah meletus
    Memanah jeling sang pendekar
    Melangkah disanggah
    Menghayun dikunci
    Bertarung hingga ke pagi
    Sampai menunggu siapa yang mati!
    sayap putih kecil terlalu indah
    hinggap di untaian keladi yang lesu
    menyegarkan kembali helaian merah
    tiadakata lemparan senyuman bisu
    lepasnya sementara dari balang kaca
    singgahan menghidupkan semula rasa
    bersaranglah di daunan sayap
    indah agar dapat ditakung
    setiap titisan embun berkilau cerah
    dilarik segala angin yang berlalu
    dipejam jaga tiada hadirnya mimpi
    hasrat melonjak bagai ditampi
    disiram tandus tiada pernah subur
    biar rapuh langkah takkan diundur


    Nasruq Haqq
    Kampar
    sabtu

    BalasPadam
  4. Pengucapan sajak Mat Glamor dalam Bayu Mengutuk Aku saya cuma dapat menangkap bagai satu kekecewaan dalam mencari sesuatu untuk dicintai, tapi Cuma kegagalan yang didapati atau diperolehi. Lalu mengubah angin, beraleh mencari cinta kepada yang maha agung dan maha esa. Barulah cinta yang sebenar terbalas. Terasa akan segala ketenangan, keyakinan, dan kenikmatan imanmu, rasa jiwa yang kosong kembali terisi sebenarnya.

    Kalau dulu mungkin berhkayalan, terpengaruh dan terperdaya dari bujukan dari saseorang yang tertentu ,kini kembali menyesal setelah melihatdan menilai kebodohan diri sendiri selama ini. Semoga kebodohan tidak terus berpanjangan , amin

    BalasPadam
  5. Sajak berbau perjuangan yang tidak akan henti begitulah masud sajak BERSILAT Oleh Nasruq Haqq. Sadikit masa dahulu ada satu silat yang dinamakan Nasruq Haqq.Di serawak pulah dipanggil silat kalimah. Dua persilaan ini pernah saya tontoni. Silat Kalimah musuh kena marah, bila dia terkam bagai ada kuasa menghalang, musuh itu secara tak sengaja tumbang dengan sendiri, kalau ada parang jatuh begitu saja , tidak sampai pada sasaran.. Nasruq Haqq pun lebih kurang sama saja.

    Apa yang penting disini penulis ingin mengetengahkan ciri -ciri penghayatan dalam silat itu, hidup mesti berjuang, masalah kehidupan mesti di atasi, tepis mengelah, tumbuk, menyepak, dan tendang terajang, ataupun tunggu saja bagaimana cara untuk menipisnya. Ataupun cuba berfikiran tenang untuk cuba mengatasi masalah. Itulah ciri ilmu persilatan kita yang perlu diambil pengajarannya, tanpa menyerah sebelum kalah.

    Malah cuba cekalkan hati dan kekentalan jiwa kita, dalam menghadapi kesukaran masalah kehidupan seharian ini.amin

    BalasPadam
  6. cerita seram en nuri smua seram lebih dari yg lain! hehehe

    BalasPadam
  7. eh! kenapa lain plak? ingatkan sambungan kisah pak malek...

    BalasPadam
  8. eh! kali ni cerita lebih suspen plak! sambung lagi...

    BalasPadam
  9. en nuri byk jgk kisah2 seram aku setakat ni xpnh lagi mengalami kisah2 seram.. syukur la... hehe

    BalasPadam
  10. kat jirat cina??? tmpt situ mmg keras sikit...

    BalasPadam
  11. eh! kat jirat cina? mmg slalunya kat jirat cina byk benda2 tu....

    BalasPadam
  12. siang2 pun sunyi jgk ke???? naik bulu roma aku plak...

    BalasPadam
  13. selalunya siang2 mne ada hantu? misteri jgk...

    BalasPadam
  14. alamak! cerita pasal jirat cina ke???/ seramnyer...

    BalasPadam
  15. meremang bulu roma baca cerita en nuri kali ni sbb ada jirat cina...

    BalasPadam
  16. EH! AKU DALAM CERITA NI SAPA? EN NURI ATAU ORANG LAIN???

    BalasPadam
  17. bca kisah en nuri ni sikit pun dah naik bulu roma...

    BalasPadam
  18. alamak! seram plak baca cerita en nuri dah la lps ni sy nk pegi gali kubur ni...

    BalasPadam
  19. sah! msti en nuri hantu cina lompat2 kat jirat cina tu...

    BalasPadam
  20. suspen ni en nuri jmpa hantu apa siang2 kt jirat cina tu????

    BalasPadam
  21. msti ada nyonya tua nk tumpang kereta en nuri bila en nuri lalu jirat cina tu... agak saja...

    BalasPadam
  22. en nuri jmpa hantu apa plak kt jirat cina nanti? hantu tanglung ker?

    BalasPadam
  23. eh! kubur cina kem tentera sungai ara??? mcm pnh dgr jer en nuri...

    BalasPadam
  24. kem tentera kat jirat cina tu mmg keras sikit en nuri...

    BalasPadam
  25. msti en nuri bau kemenyan kat jirat cina tu...

    BalasPadam
  26. eh! en nuri kenapa lalu kt situ jgk? berani en nuri...

    BalasPadam
  27. eh! ni masih kisah pak malek atau kisah en nuri sndiri?

    BalasPadam
  28. eh! ada hantu cina atau jepun kaco en nuri ke kat sana?

    BalasPadam
  29. jirat cina??? siang atau malam benda tu mmg aktif kt sana...

    BalasPadam
  30. berani btol en nuri sbb bkn calang2 org yg berani lalu kat jirat cina tu...

    BalasPadam
  31. sy kalau mengali di kubur org mlyu boleh tahan lagi tp klu jirat cina mmg menyeramkan...

    BalasPadam
  32. jirat india xde ke dalam ini cerita en nuri? hehe

    BalasPadam
  33. jirat india atau jirat cina mmg menyeramkan en nuri....

    BalasPadam
  34. haiya! kisah psal jirat cina plak ka? sudah naik bulu roma di tangan sy...

    BalasPadam
  35. cerita pasal kubur2 ni yg lemah semangat nk baca ni...

    BalasPadam
  36. kenapa cerita pasal jirat cina ni bila baca rasa lain jer... seram plak...

    BalasPadam
  37. maaf en nuri ana x boleh baca kisah pasal jirat cina ni sbb bila ana baca sampai separuh secara tiba2 selurub badan ana sejuk walaupun skrg ni pkul 3ptg... jd ana batalkan nak baca kisah ni..

    BalasPadam
  38. alamak! meremang bulu roma baca kisah seram en nuri dh la aku tinggal sorg dalam rumah ni bini aku keje....

    BalasPadam
  39. nampaknya sy xboleh baca cerita en nuri sbb sy tinggal umah atuk dekat2 je dgn jirat cina ni...

    BalasPadam
  40. en nuri jmpa hantu pontianak ke kat jirat cina tu?

    BalasPadam
  41. msti en nuri akan mengalami twlight zone bila lalu di jirat cina tu...

    BalasPadam
  42. kisah en nuri ni lagi seram dari pak malek bagi sy bila baca intro pun dah seram plak?

    BalasPadam
  43. makin berdebar2 plak apa en nuri jmpa di jirat cina tu?

    BalasPadam
  44. msti en nuri jmpa apek tua lintas jalan kat jirat cina tu...

    BalasPadam
  45. semalam ada hantu tumpang pak malek skrg ada hantu jgk ke tumpang en nuri?

    BalasPadam
  46. seram plak cerita en nuri dah la aku tgh baca malam2 ni...

    BalasPadam
  47. cerita en nuri kalau buat filem ni sah! kalah cerita 2 alam tu... hehe sbb cerita en nuri mmg bila baca meremang bulu roma...

    BalasPadam
  48. mmg aku xleh tido malam nampaknya bila baca cerita en nuri ni...

    BalasPadam
  49. mcm mana nk lelapkan mata bila baca cerita en nuri mula dah terbayang yg bukan2...

    BalasPadam
  50. menyesal baca kisah seram en nuri pada waktu malam skrg dh x boleh tido plak?

    BalasPadam