Rabu, 13 Oktober 2010

ADA ENAM PERKARA ALLAH SEMBUNYIKAN



Pertama doa dalam solat wustaq
atau solat lima waktu sehari semalam
tersembunyi waktu mustajab bila berdoa.

Kedua tidak mengenal dirinya wali
sedangkan orang lain yang mengetahui
tersembunyi akan keramat atau pun walinya.

Ketiga bilakah turun lailatul qadar?
bagai tersembunyi akan kehadirannya
kita terpaksa cari malam 10 akhir ramadan.

Keempat tiada siapa tahu kematian,
Allah tidak akan beri tahu sesaorang itu
tersembunyi akan kedatangan maut seorang.

Kelima tidak ada siapa tahu hari qiamat,
Allah sekadar menunjuk bunganya sahaja
cuma dikatakan saja berlaku pada hari jumaat.

Keenam jodoh pun tidak siapa mengetahui,
kita sekadar berikhtiar mencari pasangan
yang menentukan jodoh hanya Allah swt sahaja.

Oleh: Nurimanja,
petang jumaat balik ziarah
kembalinya seorang hamba allah.
tanggal 7 oktober dua ribu sepuluh.



50 ulasan:

  1. 4. HANTU RAYA ORANG BELA HANTU RAYA MATANYA MERAH

    Biasanya pembelanya akan sama berwajah seperti orangnya. Ini amat merbahaya, silap hari bulan. isteri tuannya akan ditidurinya. sebab berwajah serupa. dalam blog ini ada seorang tapi dia tak kahwin lagi hantu raya. Dia ini
    adik beradik juga dengan toyol nak makan darah. hang tak bagi dia tak mahu buat kerja.

    Biasa orang yang bela hantu raya ini, dia arah untuk menjaga rumah tangga dan kebun dan harta benda tuannya jangan dicuri atau diambil orang. Hang ambil satu saja harta tuanya . hang akan melupur, kalau tak pulang balik.Orang bela hantu raya ini matanya merah. Macam orang tak cukup tidur.

    Biasanya tidak begitu suka untuk bercakap dengan orang lain, suka bersendirian. Dia boleh tinggal rumah dan isterinya, berpergian
    berbulan, tetapi jika ada orang cuba masuk rumahnya, mesti ada nampak kelibat tuannya. Hantu raya itulah yang menyerupai tuannya.

    Itu yang dikatakan tadi si isteri sangka suaminya telah balik dari kerja luar, janji nak pergi cuma seminggu, tetiba sudah ada dalam kelambu, tersilap peluk naaslah khawin dengan hantu. kekadang boleh jadi juga begitu, bila sudah isteri tidak tahan menunggu, suami pula pulang tak bagi tahu.

    Biasanya si Hantu Raya ini, kalau tuan dia sudah meninggal. dia akan buat kacau. silap hari bulan satu rumah dia akan buat kacau. suka mengusek anak dara sunti, janda dan bini orang. Malah lagi mudah dapat dekat dia, orang yang lemah, banyak masalah, fikiran terganggu. mudah sangat diperkuda.

    BalasPadam
  2. 2010/10/11
    GUA MUSANG: Pembukaan 'Ladang Rakyat' di Hulu Kelantan dijangka menjadi isu besar
    untuk ditangani oleh kerajaan PAS negeri Kelantan menjelang pilihan raya kecil Galas
    4 November ini kerana tanah yang terbabit didakwa diambil daripada penerokanya oleh
    kerajaan negeri untuk diusahakan oleh swasta.

    SEDUTAN AKHBAR (UM) semalam

    Timbalan Ketua Umno Bahagian Gua Musang Mat Yusof Abdul Ghani berkata beliau yakin PAS akan dihukum oleh pengundi pada pilihan raya kecil itu kerana tidak
    berlaku adil kepada rakyat.

    Mat Yusof, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Nenggiri, berkata kerajaan negeri telah mengabaikan nasib penduduk yang kehilangan tempat untuk mencari rezeki.

    "Terdapat ketidakadilan dalam pembahagian semula keuntungan tanah ini, sebahagian diberi (tanah) dan sebahagian tidak, walaupun rakyat telah duduk dan bercucuk tanam di situ untuk mencari rezeki sejak bertahun-tahun."

    "Sudahlah hilang pendapatan, hilang pula tanah. Orang Gua Musang suka membuka tanah dan menanam getah, kelapa sawit dan buah-buahan, sepatutnya mereka diberikan geran," katanya.

    Mat Yusuf berkata kerajaan negeri telah mengambil tanah tersebut dengan alasan untuk membangunkan Ladang Rakyat dan memulangkan semula kepada rakyat dalam bentuk
    dividen serta pembangunan untuk menghapuskan kemiskinan sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.

    Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah pernah berkata bahawa tindakan kerajaan negeri meluluskan tanah untuk projek perladangan swasta pasti boleh menjejaskan penduduk Orang Asli di Gua Musang. - BERNAMA

    BalasPadam
  3. SENYUMAN MISTERI

    inginku petik bintang
    kan kutempah jadi kalung indah
    kukalungkan ke lehermu
    pasti kau bersinar terang
    bagai bulan dipagari bintang
    inginku selam laut dalam
    mencari mutiara paling cantik
    kan kutempah jadi cincin indah
    kan kusarungkan ke jari manismu
    inginku tenun sutera paling halus
    kan kujadikan persalinan indah
    inginku kumpul semua keindahan
    kan kuhadiahkan semua padamu
    agar kumiliki senyuman indah
    senyuman penawar pengubat rindu
    senyuman misteri penuh syahdu
    senyuman paling kudambakan
    senyuman misterimu...


    Mata Langit
    Melaka
    11malam

    BalasPadam
  4. AKU MENULIS ADA SEBAB

    belayar di udara berdiri
    getar degupan sukar dimengerti
    kencangnya menjerut hati
    perlahannya melemaskan hembusan
    kilasan bayangan diri berangan
    lurus menerang segala ukiran
    ranum merah tak tercapai tangan
    ditambat ikat rapi dalam genggaman
    aku tulis kerana sebab
    tanpa sebab aku tidak menulis
    aku akan menulis bila sebak
    bila aku marah juga mula menulis
    kali ini aku menulis kerana sebab
    sebab rindu sawan
    kau tak pernah rasa apaaku rasa?
    atau kau saja buatku terasa?
    tolonglah dan cukuplah
    aku derita berkecai dengan ayat
    sudah , padam ego itu
    kikis prejudis itu
    aku tau masih ada rindu
    aku tak nafikan aku juga begitu
    hukuman apa patut aku terima lagi?
    aku sudah tak mampu melihat
    tapi aku tetap mampu menunggu
    Kau sampai akhir hayat aku
    kerana janji kau aku satu masa dulu


    Dayang
    K.Lumpur
    2ptg

    BalasPadam
  5. HIDUPKU UNTUKMU RABBI

    Dingin terasa
    Hingga mencengkam jiwa
    Kelu lidahku untuk berbicara
    Lemah tubuhku tidak bermaya
    Sunyi sepi waktu bagai terhenti
    Seperti kematian menghampiri
    Mengenang dosa menggunung tinggi

    Kini air mata mengalir akhirnya
    Ketakutan ini menguasai diri
    KebesaranMu melemahkanku
    Aku malu pada diri sendiri
    Hidupku ini pasti akan berakhir
    Sebelum langkahku terhenti
    Ampunkan aku Ya Rabbi


    Atuk
    selasa
    8malam

    BalasPadam
  6. MATA LANGIT seorang yang rajin dalam ruang sms kosmo yang sering memberi idea pandangan dan pendapat serta komentar atau keritikan panas dan pedas. Kali ini dengan sajaknya berkepalakan: SENYUMAN MISTERI untuk siapa agaknya. Maseh ada jua sadekit unsur jiwa-jiwa, kisah rangmuda punya biasa. Hajat besar kalau boleh untuk di hadiahkan buat si dia yang diingati, tetapi anehnya si dia dalam pengucapan ini bagaikan bayang-banyak penuh misteri untuk berbicara,apatah lagi untuk melihat senyumanannya. Mungkin ada keanehan pada gadis yang sukar memberi senyum ini. Membuatkan si penulis mengangapnya sebagai gadis yang dipujanya maseh sukar mengharapkan senyuman misterinya. Syabas! Ada kemapuan. Usaha lagi.

    BalasPadam
  7. DAYANG dengan sajak jiwa-jiwanya,pengucapannya dalam sajak bertajuk:AKU MENULIS ADA SEBAB menceritakan tentang harapan yang ditunggu dan dipujanya sehingga kini tidak menjadi kenyataan. Terasa lemah dan marah dan kecewa dengan keadaan yang mungkin melemaskan diri menghadapi kenyataan. Walau bagaimana pun DAYANG maseh lagi menepati janji dan maseh juga setia menanti hingga akhir ini. Syabas! Semoga sukses, ada kemapuan meluah perasaan dlm sajak aku munulis ada sebab. Amin.

    BalasPadam
  8. ATUK dengan sajak kesedrannya yang tulus ikhlas mengaku kesalahan masa lamapau, Inilah taubat yang sebenar, menyesal apa yang terlah berlau. Sesungguhnya masih belum terlambat, kecuali bila nyanya di pangkal halkum. Maka lahirlah sajakATUK berkepalakan HIDUPKU UNTUKMU RABBI. Berunsur ketuhanan. Bukan ATUK seorang yang rasa bersalah atau berdosa ramai lagi manusia jagat yang masehBanyak dosa, tetapi enngan sujud dan memohon ampun. Sesungguhnya marilah kitaBerdoa, agar Allah memberi taufik dan hidayahNya. Amin, terima Kaseh ATUK beri sajak kesedaran buat renungan. Teruskan berkarya sajak-sajak nasihat. Amin!

    BalasPadam
  9. eh! kenapa kalau bela hantu raya mata merah plak?

    BalasPadam
  10. huh! hbis org yg hisap ganja pun mata merah gak? hehe

    BalasPadam
  11. eh! hantu raya dalam chatbox tu hantu raya btol ke?

    BalasPadam
  12. eh! kalau hantu raya dlm blog ni hantu raya btol? sapa yg bela? xkn en nuri plak?

    BalasPadam
  13. bahaya jgk hantu raya ni....

    BalasPadam
  14. eh! mcm tu rupanya cerita hantu raya...

    BalasPadam
  15. asal usul sy mcm mne plak? hehe

    BalasPadam
  16. kenapa mata dorg jd merah? hmm...

    BalasPadam
  17. lps ni snang nk cam sapa mata merah sah! bela hantu raya..

    BalasPadam
  18. huh! hantu raya boleh berupa ke?

    BalasPadam
  19. seram jgk cerita pasal hantu raya ni...

    BalasPadam
  20. hantu raya makan ape?

    BalasPadam
  21. hantu raya ni asal dari mana?

    BalasPadam
  22. hantu raya ni katogori ape? jin ke?

    BalasPadam
  23. kenapa mata dorg msti merah???

    BalasPadam
  24. mata dia merah sbb apa? hantu raya tu hisap darah ke?

    BalasPadam
  25. dulu saka skrg hantu raya plak? hehe

    BalasPadam
  26. bahaya klu org bela hantu raya ni takut isteri dia pun dia rampas..

    BalasPadam
  27. hantu raya ni dorg ambik kat mana?

    BalasPadam
  28. selalunya org bela hantu raya susah nk mati...

    BalasPadam
  29. hantu raya ni mcm mne nk bunuh dorg?

    BalasPadam
  30. hantu raya dgn saka 1 spesis ke?

    BalasPadam
  31. menyeramkan bila hantu raya boleh berupa tuan dia...

    BalasPadam
  32. hantu raya ni msti ada tuan? ada x hantu raya yg xde tuan?

    BalasPadam
  33. asal usul hantu raya dari mana en nuri?

    BalasPadam
  34. bahaya klu isteri dia xthu takut nnt bila beranak anak dia anak hantu raya,,,

    BalasPadam
  35. hantu raya ni ada jgk ke keturunan?

    BalasPadam
  36. mcm mne nak buang hantu raya ni?

    BalasPadam
  37. byk jgk allah sembunyikan....

    BalasPadam
  38. nmpknya kita kena cari sndiri yg allah sembunyikan...

    BalasPadam
  39. 6 saja ke? atau byk lagi Allah sembunyi?

    BalasPadam
  40. mana en nuri thu psal 6 perkara ni?

    BalasPadam
  41. sajak yg menarik 6 perkara allah sembunyikan dari kita..

    BalasPadam
  42. sajak yg menarik utk di kongsi bersama..

    BalasPadam
  43. jd kita kena carilah apa yg Allah sorokan ni...

    BalasPadam
  44. byk nikmat2 yg Allah sorok? hmmm...

    BalasPadam
  45. rupanya semua Allah rahsia dari kita...

    BalasPadam
  46. byk jgk kisah2 hantu en nuri tulis ni...

    BalasPadam