Jumaat, 10 September 2010

SATU SYAWAL KAU RATU AGONG


 
-buat sahabat CITRARASA


Satu Syawal
kau datang lagi
menjenguk kamar usiaku
dalam kemelut meniti hari
pasti akan aku meyambutmu
dalam dakapan kasih mesra
akan aku kucup jejari lembutmu
sebagai ratu agung yang kurindui.

Jika kau dedaun emas
yang gugur di pagi aidil fitri
akulah orang pertama memungutnya
akan aku ucapakan kalimah syahdu
untukmu syawal maafkan daku zahir batin
Allah Huakbar, Allah Huakbar,AllahHuakbar,
Allah Huakbar Walillah Ilham ..

Oleh; Nurimanja Pk
Telok Kumbar, Pulau Mutiara.
10hb, September, 2010

34 ulasan:

  1. KISAH PARA AMBIA SIRI 30 SECARA BEBAS.; OLEH NURIMANJA ; BERTAJUK : NABI MEMBAWA TETAMU
    ___________________________________


    Nabi Muhamad saw ada tetamu, para sahabat tidak sanggup menerima tetamu nabi itu, semuanya dalam kemiskinan, tetapi sorang sahabat sanggup menerimanya dan membawa tetamu nabi itu ke rumahnya untuk makan malam, terkejut isterinya kerana roti di rumahnya ada tiga keping sahaja, untuk anak, isteri dan suaminya.

    Waktu dijamukan makan mereka makan dalam kegelapan agar tetamu tidak melihat tuan rumah makan atau tidak, tetapi nabi mengetahui hal keadaanya. Malam itu nabi dan tuan rumah berpuasa sepanjang malam ertinya tidur dengan perut kosong.
    Esok nabi memuji sikap sahabatnya itu kerana sudi memuliakan akan tetamunya.

    Pengajaran;

    -Muliakan tetamu adalah wajib, ada pun orang menziarahi rumah kita perlu dilayan biasanya membawa berkat,Allah akan menganti rezekinya dengan berlipat ganda, tetapi kenalah iklas hati

    -Orang yang mengiratkan talisilaturrahim di antara saudara sesama Islam adik beradik dan sahabat handai akan panjang umur, murah rekezi, dan para malaikat menadah tangan dan mendoakan akan kesejahteraanya kepada Allah SWT.

    BalasPadam
  2. KISAH PELIPORLARA DONGING RAKYAT : KENTUT BERIRAMA ? ceritan cara bebas Oleh: ANJ.
    __________________________________--

    Setelah orang ramai pun datang berkerumun melihat pertanding pungah buah tembikai ke atas darat dengan bilangan kentut yang lebih banyak dari buah tembikai satu sampan penuh. Setelah semuanya siap sedia. ramailah orang ditepi
    tebing pangakalan sungai itu memerhati. lalu dilantik seorang tukang kira. setelah sama-sama setuju. acara dimulakan.

    Sekali tukang angkat tembikai itu melemparkan sebiji buah tembikai, sekali anak muda itu lepaskan kentutnya. tetapi anehnya tidak pula busuk, dia cuma menekatkan perutnya dengan hujung jari, sebentar kemudian angin pun keluar dan kentutnya pun juga menjadi. Sehinggalah habis buah tembikai dalam sebuah sampan. Lalu dia bertanya ada lagi? orang ramai
    berkata habis. Lalu dengan pantas dia menekan perutnya dengan hujung jari dan melepaskan angin kentut terakhir sebagai SATU kemenangan total baginya..

    BalasPadam
  3. PENGGUNA FACEBOOK TERLAMPAU

    mengapa jadi begitu
    mengapa kau palitkan lumpur
    mengapa kau contengkan arang
    mengapa kau titiskan nila
    habis semua terpalit
    habis semuanya hitam
    habis rosak susu sebelanga
    turutkan segala kehendak nafsu
    lempiaskan sesuka hati
    pada amanah yang kau pegang
    pada amanah yang kau laung
    nyah kau segera
    kau tak layak berada di sini
    daerah ini daerah suci
    daerah warisan penggilap permata
    kau lupakan sahaja
    kau biarkan sahaja kami di sini
    kau pengguna facebook terlampau...


    Raja Muda
    selangor
    malam raya

    BalasPadam
  4. Sajak dari kerabat rajak muda Selangor , terima kasih kerana sudi mengikuti blog CR Ini. Sajak PENGGUNA FACABOOK TERLAMPAU oleh Raja Muda Selangor.

    Ini bagai satu penghormatan di pagi satu syawal buat kami sahabat CR di blog ini kerana bukan saja rakyat jelata memandang sinis dan jijik, malah kerabat diraja lebih serius lagi. Demi mengukuhkan instiusi beraja di Negara tercita dan berdaulat ini.

    Kami mengokong saranan citarasa hatinurani Raja Muda Selangor. kerana lewat kebelakangan ini ramai rakyat menjadi resah dan gelisah, kerana ada beberapa orang baginda sultan sudah mulai murka dan bermuram durja di atas sikap keceluparan dan tindak tandus segelinter rakyat yang berani menguris hati baginda sultan.

    Harap perkara ini perlu diberi perhatian serius, sebelum ia lebih banyak menjalar, eloklah dicantas terus jika mereka dapat berkuasa kita akan menjadi Negara timur Tengah.

    BalasPadam
  5. Khalid perlu jelaskan penjualan aset PKNS - Khir

    SHAH ALAM 9 Sept. - Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan penjelasan berhubung dakwaan penjualan bersyarat beberapa aset milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bernilai RM1.8 bilion melalui amanah pelaburan hartanah (REIT). Beliau berkata, langkah tersebut dilihat mempunyai implikasi terhadap keyakinan serta kemampuan PKNS dalam menguruskan aset-aset miliknya.(Sedutan akhbar UM)



    Pengerusi Felcra cabar Nik Aziz
    Oleh AINSAFRE BIDIN
    utusanperak@utusan.com.my

    PASIR SALAK 9 Sept. - Pengerusi Felcra Bhd. (Felcra), Datuk Tajuddin Abdul Rahman mencabar Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya membuktikan bahawa tanah ladang kelapa sawit seluas 3,237.4 hektar yang diserahkan kepada kerajaan negeri telah dimanfaatkan untuk rakyat negeri itu.

    Tajuddin berkata, tanah bernilai bernilai RM240 juta itu telah diserahkan oleh Felcra kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk kebajikan rakyat negeri itu pada awal tahun ini tetapi beliau difahamkan, tiada seorang individu pun dicalonkan sebagai peserta ladang berkenaan sehingga kini.
    Tambah beliau,selain mengembalikan tanah tersebut, Felcra turut memenuhi tuntutan bayaran tambahan RM10 juta yang diminta oleh
    kerajaan Kelantan.
    "Adakah tanah itu dijadikan ladang rakyat oleh kerajaan Kelantan dan adakah rakyat mendapat hasil dari keuntungan ladang tersebut atau wang tersebut masuk ke tabung khas kerajaan negeri atau parti politik? (Sedutan akhbar UM)

    BalasPadam
  6. selamat hari raya en nuri best sajak syawal ni...

    BalasPadam
  7. wah! syawal ratu agung plak ke? best2..

    BalasPadam
  8. eh! sajak raya plak? menarik thnkz!

    BalasPadam
  9. semalam sajak raya hari pun sama? hehe

    BalasPadam
  10. sajak best tahniah en nuri! selamat beraya!

    BalasPadam
  11. wah! bgus nabi sahabat nabi tu snggup terima tetamu...

    BalasPadam
  12. klu aku pun x snggup terima tetamu? sbb kluarga aku pun org miskin jer...

    BalasPadam
  13. ape2pun tetamu msti di muliakan...

    BalasPadam
  14. bgus sahabat nabi tu apa nama dia?

    BalasPadam
  15. eh! cerdik dorg makan dalam gelap plak? hehe

    BalasPadam
  16. wah! mmg baik nabi sggup berpuasa klu xde makanan...

    BalasPadam
  17. kita kena contohi sifat nabi ni...

    BalasPadam
  18. susah nk cari org mcm nabi zaman skrg ni...

    BalasPadam
  19. nabi bgus jgk terima tetamu klu isteri sy tetamu dtg je msti dia tarik muka! aduh..

    BalasPadam
  20. tetamu tu rahmat kena layan elok2...

    BalasPadam
  21. eh! sapa nama pemuda tu yg kentut menarik tu?

    BalasPadam
  22. dia pnya kentut irama bunyi mcm mne?

    BalasPadam
  23. kenapa kena kentut kt tembikai plak?

    BalasPadam
  24. hbis mcm tu je ke?? dia menang mcm tu?

    BalasPadam
  25. eh! apa bunyi irama kentut pemuda tu????

    BalasPadam
  26. sapa pemenang kentut irama tu?

    BalasPadam
  27. kenapa kentut kt tembikai? kenapa x ambik durian jer? hahaha

    BalasPadam
  28. menang mcm tu je ke? pelik jgk cerita ni...

    BalasPadam
  29. kentut dia x busuk ke? dia mkan apa plak?

    BalasPadam
  30. laki tu dh menang ke? pening jgk cerita kentut ni.

    BalasPadam
  31. eh! ape kena mengena kentut dgn tembikai plak?

    BalasPadam
  32. dh hbis ke cerpen kentut ni atau ade lagi sambungan dia?

    BalasPadam
  33. SENYUMANMU

    Lapang raut itu ku tatap,
    Tenang Wajah itu kulihat,
    Serinya takkan pudar,
    Cantiknya tak pernah hilang,
    dimamah sakit yang kau tanggung,
    Masa semakin cemburu akan kita..,
    Jauh pergi tinggalkan kita,
    Tanpa kita sendiri sedar dan rela..
    Waktu semakin singkat bersama ..
    Air mukamu tetap seperti dulu,
    Indah dipandang tak timbul jemu..
    Sebabnya hatimu sentiasa tersenyum,
    Menerima redha ujianNYA terhadapMu
    Hati tersenyum Cahayanya terbias..


    Sufian Al Zahri
    sajak kepada maisarah bila majlis perkahwinan nanti harap en nuri boleh mengulasnya

    BalasPadam
  34. ULASAN:

    Sajak Bertajuk; SENYUMMU khas buat
    Maisarah tunanganya yang merajuk hati agaknya.

    Thaniah!! Khawin juga kau Sufia Al Zahri, jangan buat hal, kau mesti tidak boleh tidur agaknya, bila mata terbayang wajah senyuman sang puteri dibawah bayu yang pergi merajuk membawa diri, sebenarnya merajuk itu tandanya sayang.Kau jangan tak tahu, Sesekali kau mesti kena ingat tugas jangan pula dicampur adukkan dengan hal-hal peribadi. Biasanya beban keletihan
    akan hilang bila melihat wajah yang dikasih. Cuma keadaan sahaja bangkali sesekali cuba mengusek jiwa. Namun jika taqder ditetap tuhan jodoh itu tidak kemana. Ikan di laut, asam di darat di dalam periuk bertemu jua. Angaplah apa yang berlaku cuma satu ujian tuhan dan asam garam dalam kehidupan menjalani hidup berkasih sayang. Amin. Allah gemar melihat manusia itu berkasih sayang di antara satu sama lain dalam alam kerumajaan berumah tangga ini. Amin.

    BalasPadam