Khamis, 9 September 2010

SATU SYAWAL DENGAN TIGA EPISOD




Episod 1.
Satu syawal
waktu kedinginan
mencengkam malam
bergema suara takbir
di hujung manara masjid
esok pastinya ada pesta
hasil dari kejayaan besar
buat muslimin dan muslimat
dari pengorbanan ibadat sebulan.

Episod 2.
Satu Syawal
kelihatan anak bulan
di atassebuah pusara
dari celah dedaun
ranting pokok puding
mendayu suara sendu
dari seorang isteri
telah menjadi balu
pedih hati menangisi
di pusara sang suami
yang dirindui selama ini.

Episod 3.
Satu Syawal
tika kau menjengok
akan kamar usiaku
senyumku bagai dipaksa
kerana hati ini telah lama
dipagut resah dan gelisah
lantaran jauh diperantauan
bila terkenang ayah bonda
sanak saudara yang jauh dirindui
airmata sedih pun berguguran juga.

Oleh: Nurimanja,
Pulau Broneo,
Penghujung 1979


47 ulasan:

  1. KISAH PARA AMBIA CRSIRI 28/29 SECARA BEBAS.; OLEH NURIMANJA ; BERTAJUK : ABU SALLEH DENGAN SEBIJI EPAL
    ___________________________________


    Untuk menjadi seorang yang benar wahdinas subullussalam Abu Salleh seorang pemuda saufi (mungkin seperti ustaz muda) setelah jauh mengembara, dia keletihan dan berehat sebentar di tepi sungai, tiba hanyut sbiji epal yang ranum
    lalu dia mengambil dan memakannya .

    Setelah kenyang Abu salleh baru teringat epal yang dia makan itu tentu ada tuan yang menanamnya, aku telah memakan benda yang haram kerana tanpa keizinan tuannya. Astaffirulllhalazimmm. Lalu dia disulinya sugai itu hingga ke hulu, dan Abu Salleh telah menemui kebun epal itu.

    Setelah bertemu dengan Abdul Sulaiman tuan kebun itu dan Abu Salleh telah menceritakannya, Dia didapati bersalah. untuk menebus dosanya, tuan kebun telah pun mendendakannya bekerja 12 hari di kebunnya tanpa gaji.disertakan satu syarat lagi kena berkhawin pula dengan anak dara Abu Sulaiman yang cacat beberapa angotanya itu.

    Setelah selesai bekerja Abu Salleh telah diberi penerangan , jodohnya itu anak Abdul Sulaiman seniri, angotanya yang cacat, kaki,tangan, mata, telinga dan mulut. Kerana takut dosanya tidak diampun Abu Salleh bersetuju saja syarat akhir itu dengan senangan hati dia menerima gadis yang tidak beribu itu..

    Setelah berkhawin Abu Salleh amat tekejut, didapati isterinya itu tidak cacat, malah seorang gadis dusun yang cantik rupawan, apa yang dimaksudkan cacat itu ialah, tidak pernah keluar dari kawasan rumahnya, tidak pernah mengambil barang oang, tidak pnah mlihat lelaki selain bapanya, tidak prnah mendengar perkataan yang kotor, dan
    yang akhir sekali mulutnya tidak pernah mengumpat, sebab tiada kawan selain bapaknya sendiri.

    Pengajaran;

    seorang yang ikhlas berjuang di jalan kebenaran biasanya Allah akan memberi rezeki tanpa disedarinya.ia itu jalan
    subullussalam (jalan yang keamanan dan kebenaran).

    Isteri solehah adalah idaman seorang lelaki yang soleh buat teman bebual dan sesama menyelesaikan masallah dikala
    senang dan susah, engkaulah teman, enkaulah isteri sejati.

    BalasPadam
  2. KISAH PELIPORLARA DONGING RAKYAT : KENTUT BERIRAMA ? ceritan cara bebas Oleh: ANJ.
    __________________________________

    Setelah orang ramai pun datang berkerumun melihat pertanding pungah buah tembikai ke atas darat dengan bilangan kentut yang lebih banyak dari buah tembikai satu sampan penuh. Setelah semuanya siap sedia. ramailah orang ditepi
    tebing pangakalan sungai itu memerhati. lalu dilantik seorang tukang kira. setelah sama-sama setuju. acara dimulakan.

    Sekali tukang angkat tembikai itu melemparkan sebiji buah tembikai, sekali anak muda itu lepaskan kentutnya. tetapi anihnya tidak pula busuk, dia cuma menekatkan perutnya dengan hujung jari, sebentar kemudian angin pun keluar dan kentutnya pun menjadi dan berbunyi . Sehinggalah habis buah tembikai dalam sebuah sampai. Lalu dia bertanya ada lagi? orang ramai
    berkata habis.Lalu dengan rasminya dia menekan perutnya dengan hujung jari dan melepaskan kentut akhir sebagai kemenangan.

    BERSAMBUNG , (Jumaar) 9

    BalasPadam
  3. KESAL

    Apa harus aku kesalkan
    Hidup ini bukan untuk aku seorang
    Tetap melangkah walau tiada arah
    Hampir tewas menyerah kalah
    Cuba mencari jawapan tapi tiada.
    Aku sendiri masih mencari
    Terus berjalan dan berlari
    Tapi tiada sesiapa di sini
    Aku pejamkan mata dengan rasa hiba
    Moga terpadam semua begolak hati Lupakan semua ini sebelum terlambat
    Harus bangkit dari mimpi
    Kembali ke dunia nyata
    Seharusnya aku terus ceria
    Namun aku percaya
    Masih ada yang mendengar
    Semoga esok untukku bersinar
    Agar aku tidak lagi
    Senyum seikhlas seperti bayi...
    Semoga merubah hati dunia ini...



    Al rezky
    teluk tempoyak
    2pagi

    BalasPadam
  4. Sajak Al rezky bertajuk PENYESALAN pengucapannya terasa seperti ingin kembali ke lantasan yang sebenar, dan ada pengisapan diri dan rasa kesal di atas apa yang telah pun berlaku selama ini. Di bulan yang mulia ini jika siapa meminta dan berdoa Allah akan mendengarinya, lebih lagi orang terinanya, rasa bersalah ataupun terlanjur dan penuh fasrah inginkan kembali pada alam kedunia nyata. Allah akan makbulkan, tidak semestinya dia kena banyak bertahajud dan yang lainnya. Bila ada keinsafan dan penyesalan yang ikhlas dari hati
    Merentih minta perlindungan dan pertolongan .Allah akan pasti mengkabulkannya. Amin.

    BalasPadam
  5. wah! hebaat btol dia tu kentut kat tembikai plak?

    BalasPadam
  6. jadi dia menang ke kentut berirama?

    BalasPadam
  7. hebat btol pemuda tu... kentut kt tembikai plak?

    BalasPadam
  8. tembikai tu x pceah ke dia kentut mcm tu?

    BalasPadam
  9. hebat btol dia tu! tp kenapa buah tembikai plak?

    BalasPadam
  10. pemuda yg kentut berirama tu nama apa plak? nama ahli citra rasa jgk ker?

    BalasPadam
  11. abu salleh rajin btol siap pergi cari lagi pemilik epal tu..

    BalasPadam
  12. klu aku makan buat xthu je la x larat nk cari pemilik dia...

    BalasPadam
  13. klu aku mkn buat xthu dh la 1 keja plak nk cari pemilik sebenar? hehe

    BalasPadam
  14. mmg jujur btol abu saller ni...

    BalasPadam
  15. mkn buat xthu dh la... mmg rajin abu sallerh ni..

    BalasPadam
  16. untung abu sallerh dapat plak bini cantik? hehe

    BalasPadam
  17. rupanya org tu sj nk uji abu saller je...

    BalasPadam
  18. selamat abu salleh terima kwin klu dia x terima rugi la...

    BalasPadam
  19. mmg kejujuran abu salleh di balas dgn kenuntungan la dpt bini cantik...

    BalasPadam
  20. mmg jujur btol abu salleh ni....

    BalasPadam
  21. mmg susah nk dpt org mcm abu salleh jujur btol...

    BalasPadam
  22. abu salleh rajin btol klu zaman skrg ambik buah org buat xthu je la? hehe

    BalasPadam
  23. ingatkan bakal bini dia cacat btol2 td....

    BalasPadam
  24. pandai dia nk uji abu salleh kata anak dia cacat plak?

    BalasPadam
  25. mmg dia dapat mertua yg baik dan jujur....

    BalasPadam
  26. eh! dia terima plak? klu aku dgr cacat sah x trima pnya..

    BalasPadam
  27. bgus abu salleh ni dia terima sbb hati budi walapun di beritahu bini dia cacat,...

    BalasPadam
  28. mmg beruntung abu salleh dapat plak bini cantik...

    BalasPadam
  29. mmg klu kita jujur kita dapat balasan yg baik...

    BalasPadam
  30. smoga kita samua dapat mencontohi sifat2 abu salleh yg jujur....

    BalasPadam
  31. sdih plak baca sajak raya en nuri ni...

    BalasPadam
  32. sajak raya yg menarik siap ada 3 episod lagi! hehe

    BalasPadam
  33. wah! lain dari yg lain sajak ni ada 3 episod plak?

    BalasPadam
  34. sajak terbaik! menarik!! tahniah!

    BalasPadam
  35. xpnh sy baca sajak ada 3 episod? hehe

    BalasPadam
  36. sajak yg menyentuh hati btol....

    BalasPadam
  37. sajak terbaik semperna hari raya ni!

    BalasPadam
  38. sajak yg sayu je bila baca... terima kasih!

    BalasPadam
  39. sajak ni boleh menyentuh hati dan perasan...

    BalasPadam
  40. siap ada 3 episod plak tu? smua sdih2 belaka....

    BalasPadam
  41. sajak raya kali ni sedih plak?

    BalasPadam
  42. wlpn sajak lama tp bila baca balik mmg sedih dah sayu...

    BalasPadam
  43. sajak yg menyentuh hati sy.... sedih tol...

    BalasPadam
  44. sdih episod no 2 tu... sian dia beraya di kubur saja....

    BalasPadam
  45. sajak ni byk situasi berbeza-beza la...

    BalasPadam
  46. sajak best! mana dapat idea en nuri?

    BalasPadam
  47. Selamat Hari dari saya Qalam Mutiara
    diucapkan maaf zahir batin buat mereka yang pernah saya mengulas sajak mereka cuma sekadar mengikut
    andai saya dan en nuri harap tidak
    berkecil hati jika ulaan tidak tepat
    dan mengenai sasaran apa yang anda tulis dan lain pula yang saya telah ulaskan.

    BalasPadam