Khamis, 30 September 2010

SAEKOR PENYOKONG SESUMPAH




Kini saekor sesumpah,
terpaksa berhenti bermadah
kerana dirinya dalam perhatian
untuk dikumpul segala maklumat
jika ternyata membuat fitnah tohmah
akan disumbat kembali ke dalam sangkar.

waktu di pulau jerjak,
ada penerangan bukit aman
tunggu masa ketika menangkap
jika ternya bukti kukuh dan saheh.
tetiba ada suara penyokong sesumpah
memekek kuat dari belakang. Pembohong!

Lalu semua bola mata,
beralih ke arah belakang
sejak peristiwa pekek bohong itu,
kita lihat sesumpah kurang bermadah
kerjanya diarah pada orang kepercayaan
malah cuba menolak semua pencalunannya.

Oleh: Suara Pulau,
Pulau Jerjak, Pulau Pinang.
tiga empat bulan yang lalu 2010.



50 ulasan:

  1. KAKI

    berjalan berjalan dan berjalan lagi
    luka sedikit jemari kaki
    sepatu koyak terkena duri
    tersepak batu di kanan dan kiri
    mahu duduk tak diberi kerusi
    mahu baring bantal tak sudi
    apa lagi hanya mampu berdiri
    biar kebas jemari kaki
    kejang nanti entah-entah mati
    kakiku bagai mengalah
    entah mengapa terasa payah
    untuk berdiri atau belari
    semua rasa macam kaku
    kakiku kenapa jadi bagini?
    Aku mahu pergi kesana
    Tak mahu duduku sini saja
    Kerana di sana ada perlbagai
    Di sini hanya ada batuan kecil
    Tolong kaki tolong berdiri
    Dan berjalan sambil belari!


    Nuri Ketitel
    Kuala Kurau
    11malam

    BalasPadam
  2. AKU BUNUH ORANG MATI!

    aku menjadi pembunuh
    membunuh kepada yang mati
    aku pastikan betul dia dah mati
    jadi aku masih menikam bertubi-tubi
    tapi bila dia sudah hancur ku bunuh
    baru ku sedar dari tidur
    terus aku menangis merintih
    bersama jantung degup laju
    aku terus mencapai handfon
    cabutkan wayar telefon rumah
    kerana tak mahu bicara dengan siapa
    lalu aku pun tuliskan surat
    supaya aku ingat akan mati
    selepas itu aku sujud
    Menyatukan dahi ini pada asalnya
    berbisik rayu seluruh rasa cemar
    sejak kelmarin mimpiku kelabu debu
    Pekat pahit aku bangkit.
    Aku fikir segalanya benar.
    Lebih pahit bila igau itu aneh
    aku lihat jam dan dia cemuh aku
    terima kasih jam aku akan kembali ke pangkal jalan walau aku
    sendiri tak tahu di mana pangkalnya


    Mat Noh
    sewaktu terlelap di anjung rumah setelah selesai mengali kubur

    BalasPadam
  3. KISAH KAUM RAKYAT SATU MALAYSIA DALAM DUA SITUASI BERLAINAN DINATARA TEGAS DAN KELUHURAN.

    Siri ke 3.

    Kalau adap berziarah atuk nenek. yang tua sekali nenek haji hamid , anak dia berbelas. cucunya tentulah
    berpuluh. Dia duduk atas kerusi, semua anak cuku datang seorang-seorang cium tangan dan kepala lutut.

    Kalau ustaz atau guru, terbalik yang tua ini pula cium tapak tangan tuk guru atau ustaz, kononnya untuk ambil berkat. lelaki perempuan habis satu rumah bersalam. Inilah punca cepat dapat jodoh agaknya.

    Satu lagi belakang atuk nenek guru kena minta tabik/maaf kalau hendak lalu, "Nyabitmap guru" takut kena tulah.

    kalau dia orang pelawa kita minum atau makan, kena hormat, kalau kita kenyang, kena ambil sebiji dua nasi masukkan ke dalam mulut. takut nanti mati kempunan. begitu juga minuman, ambil syarat pegang cawan air yang basah itu,sapu tepi
    bibir sudah memadai. tanda hormat kawan. jangan tak sentuh, jauh hati mereka. Inilah kena jaga.

    Satu lagi yang pelek mereka suka kalau kita datang ke rumah mereka. bawalah kawan ramai mana pun, mereka akan layan seperti biasa. termasuk cina atau iban siapa saja adalah perkara biasa bagi mereka.

    sambungan esok.

    BalasPadam
  4. CERPEN SIRI 14 BERTAJUK : TAHANA OLEH: NURIMANJA PULAU PINANG.
    _______________________________________________________________________



    BUDIN tidak berputus asa. Dia terus saja mencari. Budin meluru pula ke jalan raya selepas setiap lorong tidak ditemui. Kini Budin berlari di persimpangan jalan raya di antara pekan kota lama dan pekan kota baru.

    Dari kejauhan Budin nampak orang ramai sedang berkerumun di pinggir jalan. Kemudian Budin nampak pula beberapa orang polis lalu lintas sedang sibuk mengarah kienderaan
    yang sedang lalu lintas di situ. Agar memperlehankan kereta.

    Budin segera menerpa . Dengan perasaan cemas dan terharu dia berlari ketempat orang ramai berkumpul itu. Setibanya Budin di situ dadanya kian kencang berdebar-debar. Nafasnya kian turun naik menghembur . perasaan ingin tahu kian memberontak-rontak.

    Dengan perasaan cemas dan bimbing budin merempuh masuk ke dalam kumpulan orangramai yang sedang berkerumun itu. Budin nampak seorang lelaki tua terbujur kaku.
    Budin segera menarik nafas dan pelahan merapati tubuh itu.

    Apa bial Budin ternampak saja kain pelekat buruk dabn lusuh itu menutupi tubuh yang terbujur itu, andaian Budin semakin tepat. Belum pun sempat dia hendak menyelak kain penutup muka itu. Dua orang angota polis menahannya.

    “Encik! Dia kawan saya . Tolong buka kain penutup muka mayat itu encik. Saya ingin melihatnya. Adakah dia kawan saya. Kerana kain pelekat ituu…” Dua orang polis itu
    Melepaskan Budin . Dia meluru ke tempat batang tubuh yang terbujur kaku itu.

    Setelah dibukanya. “ Jimannnn!” Pekek Budin, sekuat hatinya. Dua orang polis yang mengawal keadaan mayat itu berpandangan sesama sendiri. Budin bagai bagai hilang akan. Dia cuba hendak memeluk Jiman. Tetapi dia telah dihalang oleh kedua orang angota polis yang mengawal di situ.

    Budin cuma dapat melihat dan memerhatinya dari jauh tubuh Jiman yang terbujur kaku itu. Jiman mati dalam keadaan ngeri. Seluruh tubuhnya berlumuran darah yang mengalir merah membasahi kain pelekat buruk dan lusuhnya itu.

    Kaki kiri Jiman kelihatan terkulai patah dan tangan kanannya hancur, tengkoknya juga patah dan terkulai, matanya terpejam rapat. Kelihatan darah beku terhenti keluar dari mata dan telinganya. Sebenarnya nadi Jiman tidak bergerak lagi telah lama terhenti. Kini Budin pun mengerti. Jiman sahabatnya telah pergi tidak akan kembali lagi.

    S E L E S A I. Oleh: Nurimanja Pulau Pinang. Selesai taip semula di blog cr. 30/09/2010.

    BalasPadam
  5. Nampaknya Nuri Ketitel dengan Mat Noh sahabat ke? Satu kawasan dekat saja, kuala kurau, perak. Tempat saya waktu kecil bermain atau menunggu bas untuk pergi ke tanjung piandang belajar sekolah agama di sahamsul maarif al wataniah. (saya tidak setuju seorang wakil pas kata BN menutup semua sekolah agama rakyat ini satu fitnah besar di akhirat engkau jawab) Sekolah itu masih ada, malah BN kerajaan negeri dan Pusat beri bantuan, malah setengahnya di angkat tarap seperti al mashoor pulau pinang. Kenapa orang pas suka berbohong? Ini yang saya sedeh cuma pakai songkok puteh? Kalu kita tanya balik. Dia akan cari jalan buat daleh. Itu buat hati kita pedeh. Depa tak putar mesti belit. (maaf ini Cuma intro saja)

    Maaf sajak Nuri ketitel bertajuk KAKI . pengucapannya barangkali ada berkaitan dengan kepayahan untuk berjalan. Kerana kaki adalah segala buat kita selain anggota yang lain, tersangat pentinglah kaki, jika ianya tidak terdaya sebahagian dari kekuatan kita bagai terhalang dan bergerakan kita juga pasti terbatas. Adakah sdra OKU. Kalau benar angaplah ini satu ujian Allah ke atas hambanya yang beriman. Perlulah memandang ke bawah ada orang yang lebih malang lagi dari anda. Agar anda dapat satu kekuatan kembali bila mengenangkankan keadaan diri. Amin. Usaha lagi! Syabas!!

    BalasPadam
  6. Sajak Mat Noh bertajuk Aku Bunuh Orang Mati. Penceritaan dalam ingauan terlelap. Begitulah Tugas murni hidup seorang yang boleh dikatakan sukarela pengali kubur di masjid Sungai Dungun berdekatan dengan kampong saya Tanjung Nipis masuk kedalam sikit tepi sungai Kurau

    Engkau sepatutnya cerita dekat pak lang awng atau pak uda haji hamid. Barangkali ada orang mati yang belum mati. Macam abang jail tuk ketua kampong nibung hangus. Ramai orang cina dengan india , Ini tuk ketua tara mati serupa orang tidur.
    Badan dia panas , ada peluh, serupa orang sedabg tidur, hamper berminggu dia tidak sedar diri. Mayat dia pun mereka pakai serban macam panglima perang. Tapi doctor sah kata meninggal. Kebumi sajalah. Begitu jugalah agaknya sdra mat noh kebumikan orang belum mati, mat noh terpaksa bunuh dia dalam mimpi igauan yang terlelap seketika. Semoga tak ada apa-apa. Cuma satu fastasi. Amin.

    BalasPadam
  7. mcm mana jiman mati??? kena bunuh ker?

    BalasPadam
  8. kenapa jiman boleh mati plak??? misteri...

    BalasPadam
  9. sian jiman mati pun terseksa...

    BalasPadam
  10. eh! jiman kena bunuh ke kena langgar?

    BalasPadam
  11. jiman mati sampai mcm tu sekali! ngeri btol..

    BalasPadam
  12. jiman kan miskin sapa akan tuntut mayat dia nanti?

    BalasPadam
  13. tragis btol dgn kematian jiman ni...

    BalasPadam
  14. sdih btol baca cerita jiman dari hidup sampai mati terseksa dia....

    BalasPadam
  15. eh! jiman ni nanti nak dikebumi di mana ni? sbb dia kan xde waris?

    BalasPadam
  16. sdih baca cerita jiman ni...

    BalasPadam
  17. smoga kita x jd mcm jiman ni..... amin...

    BalasPadam
  18. ngeri btol dgn kematian jiman ni msti kes langgar lari...

    BalasPadam
  19. sapa yg langgar jiman smpai mati ni?

    BalasPadam
  20. sian budin xde kwan la dia lepas ni...

    BalasPadam
  21. mcm mana jiman boleh mati? episod terlangkau ker?

    BalasPadam
  22. jiman ni kena bunuh dgn mat rempit ker?

    BalasPadam
  23. huh! teruk jgk dia mati jiman ni...

    BalasPadam
  24. al fatihah buat jiman kalau ni cerita btol..

    BalasPadam
  25. insaf btol baca cerita jiman ni...

    BalasPadam
  26. harap2 aku xjd mcm jiman jgk... amin...

    BalasPadam
  27. nyambit maap? pelik btol ayat dorg ni...

    BalasPadam
  28. eh! menarik jgk kisah ni... tahniah!

    BalasPadam
  29. apa bnda kena tulah tu en nuri???

    BalasPadam
  30. wah! semua org hormat kat haji hamid ke?

    BalasPadam
  31. sapa haji hamid tu en nuri???

    BalasPadam
  32. cerita haji hamid ni kisah tentang apa plak ni?

    BalasPadam
  33. wah! bgus btol semua hormat kat haji hamid tu...

    BalasPadam
  34. mcm ni ke kehidupan org melanau en nuri?

    BalasPadam
  35. byk jgk pasal melanau en nuri thu sy dok sana lama jgk pun x mahir lagi.... hehe

    BalasPadam
  36. info yg menarik utk di kongsi bersama...

    BalasPadam
  37. info yg menarik utk di kongsi bersama...

    BalasPadam
  38. sajak pasal binatang pun ada? hehe

    BalasPadam
  39. sajak sesumpah ni mcm pnh bca jer...

    BalasPadam
  40. kenapa en nuri siar sajak suara pulau plak?

    BalasPadam
  41. eh! en nuri xde sajak ke? kenapa siar sajak suara pulau?

    BalasPadam
  42. bunyi sajak ni mcm simbolik jgk...

    BalasPadam
  43. ada mksud mendalam sajak sesumpah ni..

    BalasPadam
  44. sajak sesumpah ni pasal apa xphm la...

    BalasPadam
  45. sajak sesumpah ni ditujukan kpd siapa plak ni????

    BalasPadam
  46. wlpn xphm sajak sesumpah ni tp ada sinis jgk... hehe

    BalasPadam
  47. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  48. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  49. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  50. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam