Ahad, 12 September 2010

PERJALANAN DAN PENANTIAN




-buat anak muda punya biasa-

Perjalanan dan penantian
Masih menjadi tekateki
Dan pertanyaan.

Penantianku,
adalah satu penyiksaan
dan kegelisahan

Perjalanan,
Masih lagi jauhkah
Dan masih terus betanya,

Penantian.
Mestikah selamananya aku begini
Dan masih terus bertanya.

Perjalanan dan penantian,
Keduanya kegelisahan dan penyiksaan
Yang sering menjadi tekateki,dalam diri
Dan masih menjadi petanyaan dan kegelisahan.

 Oleh; Mawar Putih,
Hujung Pulau Sepi,
Gertak Sanggul, Pulau Muiara.
Awal tahun 2008.

32 ulasan:

  1. KISAH MESTRI siri3. BERTAJUK MATI TIGA KALI OLEH: NURIMANJA

    Walaupun empat anaknya yang bawah daripada yang sulung telah meninggal dunia, hanya tinggal cucu saja lagi menjaga nya bila anaknya yang sulung selalu sakit kencing manis dan darah tinggi. Sewaktu itu cucunya anak daripada anaknya yang sulung mengelolakan mayat tuk ayah dengan menjemput AJk kampung dan masjid.

    Setelah orang ramai pun datang menziarahinya,setelah dimandikan dan dikapan sebelum mereka sembanyangkan mayat itu mereka bercadang untuk di bawa ke masjid. Dalam perjalanan mayat tuk ayah di dalam keranda itu diusung oleh orang ramai dan cucunya, mereka terasa bagai ada benda yang sedang bergerak-gerak di dalam keranda, tetapi tidak pula dihiraukan juga oleh mengusung mayat.

    Dua tiga orang cucunya yang masih cerita atuk ayah mereka managis sedih akan kematiannya. Tiba-tiba belum pun sampai ke masjid untuk di sembayangkan, papan penutup keranda telah terbang, orang ramai pun terkejut ,semuanya bertempiran lari, mereka menyangkakan hati mayat tuk ayah bangun dari kerada , ada pula mengatakan tuk ayah ada ilmu hitam dan berbagai lagi.Nasib baiklah mengusung kerana itu meletaknya keranda itu ke atas
    tanah di tepi parit, sebab takut melarikan diri. kalau dihumbannya dalam parit seksa tuk ayah.

    BalasPadam
  2. PEMINTA SEDEKAH DENGAN DUA ORANG USTAZ MUDA ( SIRI 1 )


    Dua orang ustaz muda minum di kedai kopi , mereka baru saja lepas mendengar ceramah kuliah
    subuh daripada ustaz saizul miva tentang keikhlasan hati, apa saja yang dibuat kerana Allah swt.
    Bagaimana seorang habib menderma kerana Allah swt, tiap kali dia diminta oleh peminta sedekah
    dia akan memberinya; kerana dia teringat sifat nabi yang tidak pernah menghampakan.

    Pada satu hari datang seorang perempuan jalang minta sedekah kepadanya diberi, esok datng
    pula peminta sedekah orang kaya berlagak miskin diberinya juga, lusa datang pula seorang lagi
    peminta sedekah terkenal kaki penipu dan pencuri, diberinya juga, sambil berdoa kepada mereka
    bertiga. dengan hati yang ikhlas, ketiga-tiga hambalah ini diberi taufik dan hidayah oleh Allah dan
    mereka menjadi baik dan kembali kejalan yang diredhai Allah swt.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. KENAPA BEGITU

    aku punya mata untuk melihat
    aku yakin akal dberi untuk berfikir
    bisa mentafsir memandang orang
    kadang aku yakin yang aku benar..
    aku memikir guru itu bukan dewa
    selalu benar murid itu bukan kerbau
    mahukan saja dan ditarik hidungnya
    tapi aku sedar ykita tak mengaut
    semuanya menjaring di sungai
    ada sesuatu yang perlu kita gali..
    aku juga mengerti kita punya cara
    gaya beza dan itulah kita tercipta
    sama antara kita yang nyata..
    bukan berpecah belah..


    Eddy Capil
    Sarikei
    11mlm

    BalasPadam
  4. BENCI SITUASI INI

    Bencinya aku pada situasi,
    Menghakis diri sedalam ini,
    Semakin kucuba semakin kecewa,
    Terlerai tujuan semakin merempan,
    Ternyata aku gagal atasi diri,
    Cukuplah sudah biarku tenang,
    Cukuplah sudah beriku aman,
    Aku makin lemah dalam jiwa lesu,
    Mungkin lebih bicara buatku layu,
    Biarkan saja masa terus berlalu.


    Atikah Johan
    Mentakab
    12malam

    BalasPadam
  5. Sebenarnya en nuri biasa tinggal di Sarikei hamper lima tahun , tidak hairanlah en nuri boleh juga cakap melayu melanau dan sadikit melayu serawak dan iban. Itu tak penting baginya, yang menarik kita dapat menoroka setiap budaya dan adapt resam sesuatu kaum di negara ini untuk menghidupkan budaya 1 Malaysia.

    Sajak bertajuk KENAPA BEGITU? Sepatutnya ada tanda tanya. Sajak berbentu persoalan oleh sdra Eddy Capil; Sajak membicarakan tentang hati dan kemanusian yang kekadang ada kerangusan yang amat ketara dan berbeza. Tetapi pada am nya kita sama. Seperti anak nelayan yang menjaring ikan di sungai, tidak semestinya kita mengaut semua, tiap orang ada cara dan citarasa yang berbeza. Soalnya kita sesama mencari rezeki tuhan di muka bumi ini, mengapa mesti mahu berpecah belah? Terokai
    Dan galilah apa saja yang anda mahu. Tetapi perlulah mengikut peraturan dan undang-undang yang ada, kerana kita mahukan keamanan. Amin.

    BalasPadam
  6. Saya diminta en nuri mengulas cuma dari segi maksud isi yang tersurat dan tersirat atau lebih tepat penceritaan yang ingin disampaikan oleh penulis dari rasa denyutnadi apa yang dirasa dan diamati diilhamkan olehpancaindera si penulis. Setelah dirakam lalu jadilah sebuah puisi ciptaanya tersendiri. ( Pengulas sekadar boleh buat andaian sahaja.Tidak semestinya benar dan tepat) sajak yang baik meningbulkan berbagai rasa andaian yang berbeza buat pembaca. amin

    Sajak bertajuk: BENCI SITUASI INI oleh Atikah Johan menyentuh tentang apa yang sedang di alaminya, mungkin keadaan dini hari. Di sini sebagai andaian sahaja mungkin kerana situasi kecewa dan benci apabila diri terlibat dengan keadaan itu, akhirnya bila keadaan itu tidak menyenangkan lalu dibiarkan saja situasi itu berlalu, penulis ingin kembali kepada keadaan asal atau biasa , tenang, aman, kerana letih melayan situasi begini. Biarkan keadaan atau situasi itu berlalu. Semoga ada mendapat kembali situasi seperti biasa . Amin.

    BalasPadam
  7. kenapa sajak mawar putih pun en nuri letak jgk?

    BalasPadam
  8. sajak ni ke yg mawar putih cipta utk kita tu?

    BalasPadam
  9. eh! mawar putih pun perkerja en nuri ker?

    BalasPadam
  10. eh! en nuri tersilap ke sampai sajak mawar putih pun en nuri siar jgk...

    BalasPadam
  11. 3 kali mati cerita benar ke ni?

    BalasPadam
  12. cucu pun mati dia masih hidup lagi!

    BalasPadam
  13. kenapa dia x mati2 lagi?? pelik

    BalasPadam
  14. liat nyawa dia ni... aneh btol..

    BalasPadam
  15. rasanya dia makan herba byk kot sbb tu susah nk mati...

    BalasPadam
  16. ni msti kes kat indon sbb org indon byk ilmu...

    BalasPadam
  17. agaknya yang mati 3 kali tu hantu raya dia kot?

    BalasPadam
  18. dia mmg pengamal ilmu hitam ni...

    BalasPadam
  19. dia pakai susuk kot? sbb tu susan nak mati...

    BalasPadam
  20. eh! masih hidup sampai 3 keturunan! wow!

    BalasPadam
  21. aneh btol dia ni... dia makan apa sampai umor panjang sgt ni,...

    BalasPadam
  22. cucu dia pun mati dia hidup lagi! hebat!

    BalasPadam
  23. eh! bgus ustaz tu sedekah x mengira perwatakan dorg...

    BalasPadam
  24. prg mcm nilah bgus sedekah tanpa mengira pangkat dan darjat....

    BalasPadam
  25. malu plak kt ustaz tu klu aku berkira jgk nk sedekah2 ni..

    BalasPadam
  26. eh! pemurah btol hati ustaz tu....

    BalasPadam
  27. kalau bab sedekah ni aku x bagi sgt x berani sbb skrg byk menipu...

    BalasPadam
  28. bgus ustaz saizul ni sedekah dgn niat dorg supaya insaf...

    BalasPadam
  29. dia sedekah berapa ringgit kt peminta sedekah tu...

    BalasPadam
  30. ape2pun kita kena contohi sifat ustaz saizul ni..

    BalasPadam
  31. cerita yg bermanfaat utk kita semua kisah ustaz ni...

    BalasPadam
  32. duit byk jgk duit ustaz tu sampai 3 kali sedekah..

    BalasPadam