Isnin, 6 September 2010

PATAHKAN SAJA TUNAS BARU ITU



-penguna faceboox yang x sedar diri-

Jika ada pokok
yang tunasnya menjalar
patahkan sahaja jangan tunggu
kerana dia perosak pada pokok lain.

Tunas yang baru
mudah saja dipatahkan
jika lama membesar dan menjalar
akan menyukarkan pokok lain segar.

Jangan biarkan lagi
sehingga meliar kedua kali
cantas saja sebelum dia melengkari
inilah ketegasan yang patut dipelajari.

Oleh: Nurimanja,
Nasib baik bukan di Brunei
Jika x sudah lama anda disingkirkan
Tiada kesetiaan kepada raja dan negara.

25 ulasan:

  1. KISAH PARA AMBIA CRSIRI 27 SECARA BEBAS.; OLEH NURIMANJA ; BERTAJUK ;NABI AYUB SAKIT TERUK

    ___________________________________

    Seorang Nabi Ayub menerima bala dengan sakit teruk selama 18 tahun. dalam menerima kesakitan itu dia meredhainya apa yang berlaku dengan meminta kepada Allah SWT dua perkara sahaja sebelum mematikannya.

    1. Bagilah lidahnya ini sentiasa mudah menyebut kalimah Allah
    2. Bagilah hatinya ini tidak lupa mengingati lidah supaya selalu
    menyebut kalimah atau nama Allah SWT.


    Kedua-dua pemintaanya itu agar dia sentiasa bersyukur akan kebesaran nekmat Allah yang dikurniakan
    kepadanya. Akhirnya Nabi Allah Ayub mendapat murtabat yang amat tinggidi sisi Allah SWT.

    Pengajarannya;
    - orang yang sudah menerima sakit atau musibah di dunia diakhiat akan dikurangkan pnyeksaannya.
    - Orang yang sentiasa bersyukur dan mengingati Allah SWT akan mendapat maqam yang tinggi disinya.

    BalasPadam
  2. Pembangkang tidak diingini warga FELDA: Yusuf Nor

    2010/08/22
    KUALA TERENGGANU: Cubaan pembangkang untuk masuk ke Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)
    adalah satu gangguan yang tidak diingini oleh warga komuniti itu, kata Pengerusinya, Tan Sri Dr Mohd Yusof Nor.

    Katanya, pihak terbabit sebenarnya mahu melihat peneroka dan juga pentadbiran dalam organisasi itu berpecah-belah untuk memudahkan mereka menyusup masuk. (Sedutan akhbar (BH)

    Di luar negara kita dapati ahli pembangkang ini kerjasama untuk membantu rakyat dalam usaha bagi membangunkan negara mereka demi kemajuan bangsa dan rakyat mereka tetapi kita sebaliknya untuk memecah belahkan rakyat, dan bangsa
    sendiri. Adakah tuhan itu buta dan tuli ? Sesungguhnya Allah maha melihat dan maha mengetahui apa yang ada dalam niat hati yang sedang anda lakukan!
    __________________________________________________________

    BalasPadam
  3. BILA MALAS PADA HARI ISNIN

    Isnin datang lagi
    Jadi mulalah minggu baru
    Rasa tak puas lagi nikmati cuti
    Lemah sendi badan terasa longlai
    Malas kuasai diri
    mata ingin dibelai
    Tapi kena buangkan malas melata
    Bangunkan watak orang berjaya
    Jadi pergi dapur kena secawan kopi
    Tiba-tiba baru segar terasa
    Jadi cergas untuk pergi kerja
    Nikmat berkerja datang semula..


    Jamburi Yusofo
    7pagi
    1.9.2010

    BalasPadam
  4. Sajak pertama kali sdra Jamburi Yusofo bertajuk Bila Malas Pada Hari Isnin.Pengucapan semacam mempromosikan ikhlan kopi, Cuma brandnya saja tak disebut. Kopi bee atau kapal api atau tongkat ali. Kekadang ada juga sajak ini
    melucukan, di tulis oleh sahabat CR apa-apa pun memang berani, ada kerana ada rasa percubaan. Ada kajian mengatakan kopi ada juga mengandungi mofin adik beradik dadah kecil boleh megambalikan tenaga, minum banyak bahaya
    kasihatan juga. Tapi kalau kena selsema, sejuk malam memang enak ngirup. Kopi O orang arab panggil kahwa.

    BalasPadam
  5. Menjawab soa;an terpilih:


    1.Kisah tok embing ini, umur dia 120 tahun, kedua pipi dia gembing, masa muda Tentu comel kut?

    Cerita dia beri saya x pernah tulis, fakta x lengkap, cerita banyak lompat dan Terputus saja. Kerana tiap kali dia bercerita saya kena gobek sireh, buat bubur
    Nasi, atau kupas buah bacang dia nak makan dengan nasi, sekali tu sampai hari saya masih ingat, dia minta saya kupas tebu, dia tak ada gigi, saya susah hati nak makan
    Macam mana. Asyik fakir pisau terlepas sasaran tangan kiri saya luka parut dia Sampai kehari ini masih ada. Nasib baik mak ayah tak tahu. Saya buat diam saja.

    Hari Dia meninggal ada saekor lalat hijau keluar dari lubang hidung dia. Malam itu juga abang saya seorang penulis juga AZIMAD MAHMUD dia pergi tikam udang galah malam hamper dua puluh kati (dulu) dia dapat udang. Sampai siang baru balik, saya terpaksa pergi turut (cari) sepanjang sungai kurau


    2, kisah mak lagi sedeh, baru lahir mak dia masukkan dalam lesung tumbuk padi tinggal nak angkat alu saja lagi nak tumbuk, kalau mati saya pun tak ada. Siapa baca dalam biodata bersiri dulu tentu ingat. Asal usul saya.

    Cerita dia tak banyak lagi saya tulis, sebab kisah zaman dulu kala kebanyakkannya doging rakyat tempatan. Kisah kentut berirama itu satu daripanya. Saya takut cerita Ini jadi donging rakyat pula.

    Sebenar zaman dulu diapa pandai bercerita dia boleh duduk di Istana, bila raja hendak Beradu mula minta dia bercerita, nyanyi dan sebagainya. Macam juga dengan cerita Mat jenin. Pencerita tengok raja pun terlena, dia dah malas dipendekan cerita dengan Mat jenin jatuh pokok kelapa mati . habis cerita.

    3. Nama pena saya banyak hamper 10 barangkali. Yusma saya Viger anak saya dia pun ada blog lagi ramai ahli seribu lebih. Ada peluang tak nak belajar , relax dulu katanya, tunggu si kakak habis MA dulu.

    yang lain hari lain jawab, cukup dulu.

    BalasPadam
  6. huh! utk pengguna facebook en nuri tulis sajak? hehe

    BalasPadam
  7. sajak ni msti kes yg bdk taiwan hina malaysia ni...

    BalasPadam
  8. mmg penguna facebook krg menjadi2...

    BalasPadam
  9. penguna favebook tu bkn ape saja nk publisiti murahan..

    BalasPadam
  10. harap kerajaanpantau penguna Facebook plak nnt...

    BalasPadam
  11. eh! naib ayub ke yg kena kudis2 tu?

    BalasPadam
  12. sian nabi ayub tp dia tetap bersyukur...

    BalasPadam
  13. smoga kita boleh jd mcm nabi ayub tahan dgn musibah...

    BalasPadam
  14. sian nabi ayub kenapa dia kena penyakit misteri tu?

    BalasPadam
  15. nabi ayub kena buatan org ker masa ni?

    BalasPadam
  16. semoga kita dapat ikut cara nabi ayub ni..

    BalasPadam
  17. mmg penyabar btol nabi ayub? klu aku la xthu la mcm mne...

    BalasPadam
  18. semoga kita dapat contohi sifat2 terpuji nabi ayub..

    BalasPadam
  19. menarik kisah nabi ni teruskan en nuri..

    BalasPadam
  20. mmg best kisah2 nabi ni lain kali tulis lagi...

    BalasPadam
  21. suara bebas ni sapa plak? ahli ker?

    BalasPadam
  22. suara bebas ni suara pulau pnya geng ker?

    BalasPadam
  23. eh! ade suara bebas plak? tp cpnh tgk pun jd ahli...

    BalasPadam
  24. suara bebas ni geng mana plak? geng suara jgk ker?

    BalasPadam
  25. suara bebas tu tulis psl politik jgk? sapa suara bebas ni???

    BalasPadam