Ahad, 26 September 2010

MUNGKIN ADA DALANG PROVOKASI UPAHAN




Sekadar soal kecil dan terpencil,
mengapa ada provokasi di Indonesia?
di malaysia tiada siapa pun yang terlepas
jangan fikir rakyat bebas melanggar undang2
setiap penjenayah pasti ke mahkamah dihadapkan.

Mengapa pak sebuk belaku pula?
cuma perkara yang remeh temeh saja,
kenapa tali persaudaraan hendak diputus?
bukan semua rakyat Indonesia sokong Bendera
sama juga seperti rakyat malaysia bukan sebulu semua.

Tetetapi pihak berwajib kena fikir,
pastinya ada agenda di sebalik takbir
di antara dalang-datang yang cuba mentakbir
kerjasama erat untuk cuba melakukan kucar kacir,
bagi rakyat yang matang perlu rasa bimbang dan kuatir.

Oleh: Yusma, (nuribiru)
catatan pagi hari jumaat,
petekan kolom sisipan pagi.
jam de8. tanggal 24 September, 2010.



24 ulasan:

  1. CERPEN SIRI 10 BERTAJUK : TAHANA OLEH: NURIMANJA PULAU PINANG.
    ___________________________________


    Jiman mengurut-ngurut dadanya, nafasnya turun naik , dahinya berpeluh, di gagahinya mengesut dirinya ditepi dinding dan mencapai air sejuk di dalam botol dan meneguknya.Kegundahannya mulai menurun, nafas cemasnya kembali reda. Dia menyambung tidurnya kembali.

    Seketika Jiman terasa ada lagi suara itu datang mengejeknya dengan lebih berani dan mencabar kemarahannya.”Heyy! Jiman,di mana isteri cantek kau?Di mana harta benda kau? Kereta besar dan pangkat kau, Di mana? Di mana? Di mana Jiman???” Jiman terdengar suara itu seperti suara ibunya yang bertanya bagai satu sinis tajam buatnya.

    Jiman menekup kedua belah telinganya dengan kedua belah tapak tangannya. Namun suara itu datang juga dalam perasaan hatinya. Saolah-olah sedang mengejek penderitaan hidup yang sedang dihadapinya selama ini.
    Jiman bertambah resah dan gelisah. Tubuhnya mulai berpeluh kembali, fikirannya bertambah berkecamuk. Dia tidak dapat memejamkan kedua matanya, rasa kegelisahan kian rancak bermain di benak hatinya.

    Seketika kemudian, Jiman seperti Nampak wajah isterinya yang curang itu, datang menghampirinya, sambil mencebekan bibirnya seperti mahu mengejeknya.

    “Hyee! Lelaki keparat! Kenapa kau jadi manusia merempat? Hidup menagih rezeki di jalanan. Mengharap belas ihsan orang ramai. Mana harta dan pangkat kamu dulu?” Jiman rasa tercabar dengan ejekkan itu.

    Jiman cuba mengaleh tidurnya dan memejamkan kedua kelopak mata srapat-rapatnya. Tetapi ternyata tidak Berjaya, wajah isterinya yang telah lama meninggal dunia datang juga pada pandangannya dan berdiri di depan mata.

    “Hyee, Jiman! .. Bedebah! Kau bunuh aku, kerana kau tuduh aku curang, tetapi kau tidak tahu, aku ini perempuan. Inginkan seorang anak , tetapi kau mandul, tidak mampu memberikan aku lahirkan zuriat, apa tah lagi mendapatkan seorang anak.” Kata isterinya.
    Jiman cuba memejamkan matanya sambil memengang kepalanya dengan kedua belah tangan bagi melupai semua ingatan itu, tetapi tidak berjaya, malah tubuhnya kian banyak berpeluh, dan cemas. Malah wajah isterinya semacm berdiri di hadapannya.

    Jiman semakin resah, dia cuba mengalehkan baringnya kekiri seketika hilang pula ke kanan, suara ejekkan itu bagai datang berulang-ulang. Jiman bagai Nampak wajah ibunya dan isterinya datang seleh berganti dan mengejeknya berulang-ulang.

    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  2. BUNGA MEKAR DI LAMAN ORANG

    indah sekali kuntuman bunga
    warna terang cantik sekali
    ingin rasanya kupetik
    tapi sayang milik orang
    bunga kupuja dalam diam
    bunga kupuja dari kejauhan
    tangan tak tercapai
    mekar di halaman orang
    setiap waktu ia mewangi
    menarik si kumbang datang bertamu
    si kumbang sedar sendiri
    tiada guna menjenguk lagi
    bunga lain penuh setaman
    pilih sahaja berkenan di hati
    tiada guna bermain api
    nanti kelak terbakar diri
    milik orang usah dicari
    kelak nanti merana sendiri
    bunga indah segera ditinggalkan
    walau berat kaki melangkah
    tetap jua ditinggalkan....


    Mr Aiman
    Kuala Lumpur
    sabtu

    BalasPadam
  3. JENAYAH

    cubit cubit peragut
    jangan cubit kuat kuat
    biarkan ragut makin berlambak
    jenayah ragut bukannya berat?
    Pijak pijak perompak
    pijak sampai keluar taik
    orang macam ni patut di tembak
    nanti licin semua wang rakyat?
    sebat sebat perogol
    biar sampai dia kojol
    kalau tak kojol dia buat lagi
    silap silap kena anak sendiri?
    sepak sepak pembunuh
    pastikan sampai terkeluar otak
    ramai orang jadi pembunuh
    kurang asuhan dari mak bapak?
    jentik jentik penjenayah
    masuk mahkamah pasang lowyer
    kalau silap boleh kalah
    bayar denda seribu dua jer?
    siku siku perasuah
    eloklah sampai jadi arwah
    orang macam ni jual maruah
    mana pergi pencegah rasuah?
    polis sentri one two jaga
    polis mati pencuri jaga...


    Ibnu Siddiq
    Kelantan
    12mlm

    BalasPadam
  4. Sajak sdra Mr Aiman bertajuk BUNGA MENGKAR DI LAMAN ORANG.Sajak jiwa-jiwa ini, penulis menceritakan keinginan untuk menyunting bunga di jambangan, tetapi apakan daya , bunga yang dihajati telah pun ada kumbang lain yang ampunya. Lalu dia mengundurkan diri, untuk apa merebut Cuma sekuntum bunga, bukankah bunga lain banyak lagi, walaupun berat, tetapi dia terpaksa juga pergi meninggalkan bunga pujaan hati. Begitulah pengucapannya, jika sudah di taqdirkan tiada jodoh, carilah yang lain sebagai pegantinya. Insyaallah tiap orang ada jodoh dan pasangannya. Amin.

    BalasPadam
  5. JENAYAH sajak sdra Ibnu Siddiq mencdangkan bahawa setiap penjenayah patut dihukum mati atau bunuh saja. Kerana sering menyusahkan masyarakat dan kehidupan seharian orang lain. Ragut, rompak, rogol dan rasuah, semuanya telah menjadi bagai satu episud drama dalam kehidupan di dunia, selalunya dalam satu drama , cerita tidak hidup kalau tidak ada dalang yang membuat onar dan jahat, kalau semuanya baik belaka.

    Kekadang kita fikirkan betul juga siapa pula hendak diam dalam penjara atau neraka, kalau semua orang baik. Cuma nilai dari hati saseorang itu, kemana jalan yang hendak dipilih? Dari zaman dulu hingga kini manusia yang berwatak jahat mesti ada, dicelah manusia berwatak baik. Renung saja watak habil dan qabil anak nabi adam. Amin usaha lagi.

    BalasPadam
  6. Dr Mahathir sedih Melayu berpecah 3 puak


    2010/09/26 (sedutan akhbar BH)
    PASIR MAS: Tun Dr Mahathir Mohamad sedih kerana orang Melayu seolah tidak sedar mengenai ancaman dihadapi ketika ada pemimpin tertentu begitu ghairah untuk menguasai kerajaan.

    "Pemimpin mereka (rakan PAS dalam pakatan pembangkang) berkata 'langkah mayat mereka dulu', barulah Nik Aziz (Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat) boleh jadikan Malaysia sebagai negara Islam. Nampaknya sekarang Nik Aziz halalkan segala.

    Sehubungan itu, Dr Mahathir mahu supaya semua pemimpin parti politik, UMNO, PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta badan bukan kerajaan (NGO), termasuk PERKASA insaf mengenai bahaya dihadapi orang Melayu dan bangsa itu perlu sedar, tidak berpecah belah serta tamak untuk mendapat jawatan sehingga menggadai kepentingan Melayu.

    BalasPadam
  7. jiman ni lama2 boleh jd gila nampaknya...

    BalasPadam
  8. ada suara plak? aneh btol...

    BalasPadam
  9. suara sapa plak yg ckp dgn dia?

    BalasPadam
  10. sah lps ni msti jiman bunuh diri dia...

    BalasPadam
  11. apa pnya jiman dlu msa buat jahat x ingat nk menyesal!

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  13. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  14. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. suara setan tu yg jiman dgr...

    BalasPadam
  17. takut plak tgk jiman ni dgr suara mcm2...

    BalasPadam
  18. bahaya kalau dgr suara pelik2 ni takut nnt jiman bunuh diri dia plak...

    BalasPadam
  19. sah lps ni jiman jd gila plak?

    BalasPadam
  20. indon ni kenapa xpuas hati dgn malaysia! pelik btol aku..

    BalasPadam
  21. ni msti ada org hasut klu x mmg indon baik dgn malaysia...

    BalasPadam
  22. yg aku thu indon marah sbb malaysia curi tarian pendet? pasal tu pun nak gduh2 plak!

    BalasPadam
  23. indon ni mmg x reti kenang budi! dah la menagih rezeki kat negara kita

    BalasPadam
  24. maaf en nuri ulasan x byk tpi sy lepaskan jugak sbb sy byk kerja lps ni..

    BalasPadam