Rabu, 15 September 2010

INGIN JADI JUTAWAN





Berniaga kena luhur
jangan berniaga niat menipu
dunia tidak akan tunduk kepada kamu
jika sekali orang kena tipu urusniagamu
dunia juga akan lari daripada kamu...

Harta perlu ditangani
jangan letak di hati harta kamu
jutawan Islam perlu keluar zakat
bekerja dengan tangan kamu sendiri
biar sadikit tetapi membawa berkat

Kata saidina Ali rdiallah
bekerja untuk hidup seribu tahun
beribadat untuk mati esok hari,
jika kamu seorang jutawan bertakwa
dunia tidak akan menarik segala hartamu.

Oleh:  Viger
sekali tengelam sekali timbul.
mestri menguasai dirimu 2010 Sept.


36 ulasan:

  1. SUNAT PUASA ENAM ATAU SUNAT SYAWAL 6 HARI SELEPAS RAYA AIDIL FITRI. (ESOK)

    Saya difahamkan nilainya lebih afdal jika terus sahaia puasa sunat selepas sehari sabut satu syawal, banyak faedah dan fadilatnya . jarang sangat orang boleh buat, tapi ada juga sadikit sebanyak. Jika tarbiahnya berjaya sepanjang ramadan.

    1. Dalam setahun ada 360 hari. puasa ramadan 30 hari itu nilainya sama sehari dengan 10 hari kita berpuasa jadi 30 hari sama dengan 300 hari puasa, maka ditambah dengan puasa enam hari lagi jadi 6x10=60 , jadi jumlahnya semua 360 hari nilainya sama seperti kita berpuasa sepanjang tahun. (lihat hadis nabi)

    2. Kalau kita hidup 60 tahun mula puasa 6 berumur 20 katakan, beerti anda telah berpuasa selama 40 tahun nilainya. puasa saja dalam hidup anda, itu bonus yang tak nampak pahala atau nilainya. lagi pun ia bukan wajib senat sahaja siapa buat dapat pahala x buat x ada apa.

    3. Mungkin bagi orang yang berpenyakit keronik tidak boleh makan berlemak dan berminyak
    puasa 6 ini dapat mencegahnya kerana siang dia tidak makan, tengok saja makanan. kalau
    tidak puasa pastinya dilahapnya semua. dan punca banyak makan datangnya segala penyakit.
    sebab itu nabi makan bila lapar, dan berhenti sebelum kenyang.

    sambung

    BalasPadam
  2. JADILAH JUTAWAN YANG SEBENAR DISISI ISLAM DAN DIREDHAI ALLAH SWT. (ESOK)


    ingin menjadi jutawan sebenar dalam perniagaan, jauhkan diri daripa suka menipu. ataucuba memutar belitkan sesuatu pengeluaran barang jualan kita dan ketiadaan jaminan rasa keyakinan pada kepuasan bagi menekmati barang yang dibeli pakai oleh penguna.


    Cerita seorang jutawan minyak wangi keturunan Arab menceritakan bagaimana raya keyakinan pelanggan kepada barang jualannya yang sentiasa terjamin pengeluarannya.
    bertahan hingga kini. dan dia menjadi jutawan terkenal hingga kini.

    Saudagar minya wangi ini mempunyai beberapa buah syarikat mengedar minya wangi tulen. Dia sering menyempan seratus tong minyak wangi ini sebelum dipasarkan kepada orang lain di seantero dunia.

    Dia mempunya seorang hadam yang betul bentul selain daripada beratus kerja yang lain.Bila waktu malam hadam ini yang mengawal tong-tong yang tersusun di dalam stor pagar di belakang rumahnya.

    Sewaktu hadam ini mengawal dan menyelia tong-tong minyak wangi itu, di dapati sebiji daripada seratus tong minyak wangi itu terbuka, lupa ditutup oleh pekerjanya. di dalamnya ada saekor bangkai tikus. Hadam pun mengadu kepada tuan saudagar jutawaan minyak wangi itu. lantas dia berkata lain kali tutup sajalah tong itu dengan baik.

    Hadam betul bendul ini segera pergi menutupnya. Esok bila saudagar jutawan minyak wangi itu
    ingin melihatnya, Hadam ini berkata saya tidak ingat lagi tong yang mana satu kerana tuan suruh
    saya menutupnya. Saudagar jutawaan minyak wangi itu pun segera mengarahkan pekerjanya mencurah kesemua seratus tong minyak wanginya.

    Hadam dan pekerjanya menjadi hairan. amat merugikan kata mereka malah cukup membazirkan. Saudagar itu pun tersenyum. Saya tidak akan rugi seratus tong yang saya jual tiada lagi kualitinya kerana bercampur dengan bangkai tikus. akan merosakkan perniagaan saya yang ramai orang telah menaruh keyakinannya.

    Saya mahu barang yang baik dan berkualiti untuk dijual daripada cuba menipu pelanggan saya.jadilah jutawan yang sebenar dan diredhai Allah dengan mengeluarkan zakat untuk membersih harta jualan perniagaan kita.

    Hadam dan pekerjanya pun tunduk dan mengikut arahan tuanya.

    SEKIAN.

    BalasPadam
  3. TOLONG SENYUM

    aku tahu engkau kecewa
    kerana aku berubah sikap
    aku sedar engkau merana
    seringkali bertemankan airmata
    aku harap kau sabar di sana
    berikan aku sedikit masa
    aku disini sedang mencuba
    untuk merawat luka di jiwa
    usahlah engkau merasa curiga
    aku disini seperti biasa
    tak pernah berubah
    apa yang aku kata
    dari dulu kini mungkin selamanya
    bukannya aku tak pernah merindu
    seringkali aku teringatkan dirimu
    tapi diri ini terpaksa menahan
    kerana rindu tetap tak kesampaian
    suatu hari nanti aku akan kembali
    mengulang kembali saat yang pergi
    seperti kita sama sama mimpi
    seperti zaman yang kita lewat

    Wan Azril
    PutraJaya
    2ptg

    BalasPadam
  4. KEMBALI

    Kembali menyinari hidup ini
    Dengan senyuman yang lama terpadam
    Kerana hilangnya hati dan perasaan
    Di mamah oleh kezaliman
    Dan air mata ini pernah berlinang
    Bila ku imbas kembali kenangan
    Hidup di masa silam
    Penuh benci dan dendam
    Kini aku lepaskan semua
    Lupakan segala cerita
    Takkan lagi kembali berduka
    Hanya kerana peristiwa lama
    Aku kumpulkan semua sisa-sisa
    Untuk ku bina sebuah harapan
    Menjadi azimat berharga
    Teruskan kembali perjuangan hidup


    Manaf Nordin
    kuala pilah
    2pagi

    BalasPadam
  5. Sajak jiwa-jiwa bertajuk TOLONG SENYUM hasil karya daripada sdra Wan Azril dari Putra Jaya.
    Pengucapan sajak atau penceritaannya untuk meminta si buah hati tolong senyum sadikit. Jangan selalu memuncungkan bibir. Sajak berbaur romentik untuk mengambarkan tentang perpisahan diantara dua kekasih yang mungkin berpisah atau berjauhan kerana tugas. Penulis memberi keyakinan kepadadirinya dan kekasih agar bersabar dan hatinya ini tidak akan berubah.Namun kini dia terpaksa menghadapi segala jerit perek tugas bersama kerinduan yang amat tenat, terasa semacam ingin membunuh rindunya. Namun jika keadaan kembali ceria si penulis akan berjanji, dia akan kembali untuk melihat seyuman yang diharapkan daripada si buah hatinya agar segera kembali ceria .Sepertimana zaman-zaman yang pernah dilewati dahulu. Amin.

    BalasPadam
  6. Sajak ini agak menarik sebagai sebuah lukisan abstrak yang boleh diandaikan dari berbagai sudut padangan dan pentafsiran pembaca atau khalayak yang menekmati
    penceritaannya. Sajak KEMBALI oleh Sdra Manaf Nordin kuala pilah.Nogori9. Pengucapannnya menyentuh hal keperibadian yang selama ini dicengkam rasa tidak senang hati atau kegelisahan dalam tugas, atau pekerjaan (yang lain percintaan, atau rumah tangga dan cita-cita) Kini mungkin keadaan kembali ceria dan menyenangkan
    hati, bertugas pun kembali bersemangat , dan ingin lupakan segala derita, kini akan kembali bersama azimat untuk meneruskan perjuangan hakiki dalam hidup ini. Amin.

    BalasPadam
  7. puasa 6? alamak! aku xpuasa plak? xpe2 syawal panjang lagi...

    BalasPadam
  8. eh! klu puasa 6 jd setahun kita berpuasa ke?

    BalasPadam
  9. wah! terima ksih berkongsi info tentang puasa 6 ni....

    BalasPadam
  10. byk fadilat puasa 6 ni rupanya...

    BalasPadam
  11. lain kali kena puasa 6 la nampaknya....

    BalasPadam
  12. puasa 6 ni wajib ka sunat?

    BalasPadam
  13. oh.. bru la aku thu rupanya bgus puasa 6 ni....

    BalasPadam
  14. alamak! aku terlupa nk puasa 6? sempat lagi kan?

    BalasPadam
  15. cerita pasal puasa 6 ni tetiba plak aku rasa nk puasa 6 jgk rasanya sempat lagi kan?

    BalasPadam
  16. klu puasa 6 ni boleh kurangkan sikit berat badan ni... hehe

    BalasPadam
  17. mmg rugi klu sapa x puasa 6 ni....

    BalasPadam
  18. ape2pun puasa 6 baik utk kesihatan...

    BalasPadam
  19. puasa 6 bagi lengkap utk 30 hari ke? oh...

    BalasPadam
  20. cerita jutawan ni umpama kerana nila setitik hbis susu sebelangga...

    BalasPadam
  21. eh! klu dia buang smua minyak wangi sama la jgk dgn membazir...

    BalasPadam
  22. sian saudagar tu rugi semua dia buang....

    BalasPadam
  23. xkn sampai buang semua sekali kerana bangkai tikus?

    BalasPadam
  24. kenapa x check je satu2??? rugi je buang semua...

    BalasPadam
  25. kenapa dia buang semua sekali?? check la 1 persatu..

    BalasPadam
  26. mmg rugi banyak giler la dia buang semua sekali minyak wangi

    BalasPadam
  27. smua salah khadam dia! bodo! rugi je minyak wangi tu...

    BalasPadam
  28. kenapa di buang semua sekali?? ruginya....

    BalasPadam
  29. dia buang semua sekali? mmg jutawan gila dia ni...

    BalasPadam
  30. apa pnya bangang la saudagar tu xkn kerana sekor tikus pun di buang semua sekali? bkn semua botol yg kena...

    BalasPadam
  31. klu aku jd saudagar tu suruh je khadam dia check 1 persatu jgn la buang semua x balik modal nnt...

    BalasPadam
  32. kenapa sajak viger plak en nuri terbitkan?

    BalasPadam
  33. SEMENJAK DUA MENJAK NI BANYAK PLAK SAJAK2 ORANG LAIN EN NURI TERBIT? MEREKA NI DARI KALANGAN KELUARGA EN NURI KER?

    BalasPadam
  34. sajak pasal jutawan plak? menarik jgk...

    BalasPadam
  35. menarik sajak ni utk peniga mcm aku ni... hehe

    BalasPadam
  36. eh! viger pun buat sajak jgk ke? ingatkan dia keja tulis ucapan sukan jer...

    BalasPadam