Ahad, 19 September 2010

GUNUNG SINABUNG




Gunung Sinabung
empat ratus tahun lamanya
kau tidur dengan lena panjang
kini engkau bangun dengan marah
mengeluarkan debu panas setinggi langit
kami penghuni di sekelilingimu
masih sayang dan cinta padamu
kami engan melarikan diri atau pindah
walaupun kau marah untuk menganas
dan muntahlah apimu mengeluarkan lahar
bakarlah kampung kami disekelilingmu
jika kamu mahu kami dimusnahkan
selama ini kami tetap setia memujamu
berdiri tegak puncakmu menyapu awan
menjadikan kemegahan kami hingga kini

Oleh: Hantu Raya
Catatan berita terkini.
2hb, September, 2010.


50 ulasan:

  1. CERPEN SIRI 3 BERTAJUK : TAHANA OLEH:NURIMANJA PULAU PINANG.
    ___________________________________


    Budin memangku kepala Jiman di atas rebanya. Dia memicit-micit lagi tubuh jiman yang masih lemah itu dengan harapan perjalanan darah Jiman akan kembali pulih seperti sedia kala.

    Jiman mula menggerak-gerakan jarinya. Kemudian pelahan-lahan membuka kelopak matanya. Kedua bola matanya tertumpu pada cahaya api yang masih bernyala di unggun api itu, kemudian beralih kepada cahaya lampu minyak yangtersangkut di dinding pondok buruk itu.

    Jiman mulai beransur pulih. Dia mengalihkan pandangannya kepada Budin. Air matanya mulai keluar berlenangan di kedua belah kelopak matanya, kemudian mengaler jatuh ke dua belah pipinya yang cengkong itu.

    Hujan di luar masih mencurah-curah jatuh ke bumi. Angin malam masih juga bertiup, tetapi kilat, peter dan guruh sudah mula beransur reda. Sesekali angin malam mencuri masuk melalui jendela yang terbuka tidak berdaun itu.Apilamplu minyak tanah meliuk-lintuk ke kiri dan ke kanan.

    Beberapa titisan air hujan dari bumbung pondok buruk yang terlalu banyak tiris itu jatuh di atas lantai tempat Jiman terbaring.

    “Jiman, Ke mana kau pergi seharian?” Tanya Budin bila dilihatnya Jiman mula membuka matanya. Jiman tidak menjawab, cuma matanya saja yang keliatan terkelip-kelip memandang cahaya lampu minyak.

    Budin amat mengetahui sikap Jiman yang pendiam itu, lebih-lebih lagi bila dia di dalam kesusahan dan keresahan begini, dia akan terus membisu.

    “Ke mana pergi kau Jiman? Sehingga jauh malam begini baru kau pulang?,” Tanya Budin lagi, tetapi Jiman tetap juga diam membisu..

    Jiman bangun dari rebaan Budin. Perlahan-lahan dia bangun duduk dibantu oleh Budin, kemudian mengesotkan punggungnya ke penjuru dinding tempat tersangkut kain baju buruknya.

    “Kau memang degil Jiman. Sudah kukatakan siang tadi, jika sakit, kau jangan keluar menagih rezeki hari ini,” Budin meluahkan rasa kesalnya terhadap sikap Jiman yang terlalu degil tidak mahu mengambil berat tentang kasihatannya.

    Jiman tidak mengendahkan perkataan Budin itu. Tangannya terkial-kial hendak mencapai kain baju buruknya yang tersangkut di dinding pondok buruk itu. Melihat keadaan itu Budin segera membantu. Sehelai kain pelekat buruk dan lusuh tidak jelas lagi bentuk coraknya dihulur kepada Jiman.


    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. 2010/09/18
    KUALA LUMPUR: Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew diminta tidak membuat sebarang kenyataan yang menyakitkan hati negara anggota ASEAN sejajar dengan ketokohannya sebagai negarawan.

    Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata kenyataan Lee dalam New York Times keluaran 1 September lalu yang mendakwa orang bukan Melayu dinafikan hak sebagai warga negara, memperlihatkan kelemahan Lee dalam menjaga keharmonian hubungan antara Singapura dengan negara jiran.

    “Tidak timbul soal mengetepikan hak kaum lain di Malaysia. Peluang diberi sama rata berdasarkan kelayakan dan kemahiran. Di Malaysia, berapa ramai bukan Melayu menjawat jawatan tertinggi dalam pasukan keselamatan berbanding Singapura yang cuma ada seorang bangsa Melayu berpangkat jeneral,” katanya.

    Bercakap pada sidang akhbar selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Kelab Veteran Komando Malaysia, di sini semalam, Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata, Lee seharusnya lebih prihatin dan menghormati negara jiran berdasarkan semangat kesepakatan ASEAN. (sedutan BH)

    sambungan .

    BalasPadam
  3. KENAPA KELKATU ITU?

    Hei kekatu kenapa berpusu-pusu…
    Di bawah lampu itu?
    Adakah punya keramaian?
    Yang membangkitkan ghairahmu?
    Pada sang gumbira terlampau banyak?
    Berekor seangkatan denganmu.
    Yang berlaga-laga mencari khayal.
    Neon sangat nikmat
    Apabila sudah tidak ada cahaya.
    Kau mula berlabuh sepi.
    Kontang-kanting mati…
    Jiwa sunyi cucu cicitmu yang baru
    Mendengar cerita tentang itu.
    Bertanyakan pada dunia.
    Memikirkan adakah ini hukum karma?
    Yang pasti sampai nafas akhir,
    Akan sendiri Sila tanya manusia,
    Yang jiwanya meronta-ronta,
    Untuk jawabkan keberadaan itu.
    seperti manusia aku contohnya..
    memang dihenyak persoalan hati,
    tentang masa yang makin mengecut,
    dan hidup yang makin celaru,
    serta jiwa yang tiada penyatu.
    Dari hujung dulu sampai sini.
    Masih kaku Kerna kau kekatu…
    Masih bertuah memiliki masa itu.


    Roy Rashid
    bagan datok
    11.9.2010

    BalasPadam
  4. TERMENUNG JAUH

    Merenung ratusan hari belakang
    Ada pertemuan tak khusyuk,
    Ada keikhlasan yang dipaksa,
    Dan ruang luas yang disempitkan
    Padahal cukup berbagi kebajikan.
    Aku melarakan kekesalan terbungkam
    Aku ghaibkan hitam putih cahaya.
    Hari ini hari baru untuk aku,
    untuk dia, untuk sekalian saudara.
    dia ditemani pipit-pipit bermain.
    melambai pohon dihembus angin.
    tiada pena mahupun helaian kertas
    ada untuk dicoretkan puisi indah.
    cuma telefon genggam jadi wadah.
    dia kemudiannya menyusun bait kata
    tentang apa terlintas di benak.
    perasaanenak seketika tersenyum
    melihat arjuna pipit berterbangan
    mesra di sisi pepohon nyiur
    berbuah jingga seakan kehairanan
    melihat dia seorang layan perasaan.
    sebetulnya si dia sedang menanti
    sahabatnya yang belum tiba.
    berdua buang masa tasik titiwangsa


    Qatary
    2.2.2010
    Kuala Lumpur

    BalasPadam
  5. Sajak oleh Roy Rashid bertajuk: KENAPA KALKATU ITU menghiasi ruang blog CR ini, keempatnya semua dari ahli baru nampaknya. Roy Rashid rasa bagai mahu menyamakan manusia ini dengan kalkatu yang suka memuja cahaya lampu jalanan hingga sanggup membahayakan diri sendiri. Adakah ini kehendak mereka? Tanyalah pada diri mereka sendiri, Apakah ini yang mereka cari satu kecelaruan minta, angap
    Api itu indah, seingga berbondong sanggup mati kerana pemujaan api. Adakah diri Anda pun ingin begitu? Fikirlah sendiri jika tidak mahu berubah.dari dulu ingga kini.

    BalasPadam
  6. Pengucapannya bagai ada satu kekesalan yang bermain di kepala penulis dengan sajaknya bertajuk: TERMENUNG JAUH oleh : Qatary KL. Lewat dahulu lagi agak
    ketara Qatary melayani akan kehendak sesuatu kumpulan yang semuanya bagai tidak begitu bersungguh buat kerja, , tidak khusyuk, ikhlas, sempit dan membuang masa sahaja. Kini baru terasa sadar dari bualan mimpi, yang kosong cuma dicerna menjadi satu tarekkan untuk memerangkap keadaan manusia yang sukaberkhayal melayan akan perasaan . keduanya menanti diantara satu sama lain yang hingga kini tidak kunjung tiba. Cuma andaian sahaja. Tidak dapat menyatakan dengan tepat. QM maaf.

    BalasPadam
  7. eh! hantu raya pun buat sajak jgk ker? hehehe

    BalasPadam
  8. gunung sinabung ni kat mne??

    BalasPadam
  9. sajak gunung sinabung plak hantu raya ni tulis? hehehe

    BalasPadam
  10. kenapa en nuri siar sajak2 penjaga blog plak? en nuri dah kehabisan sajak ker?

    BalasPadam
  11. menarik jgk sajak hantu raya ni...

    BalasPadam
  12. wah! menarik2 sajak2 penjaga blog en nuri ni...

    BalasPadam
  13. HANTU RAYA DAN GUEST DOOR NI MSTI ANAK DIDIK EN NURI SBB SAJAK MEREKA BERDUA SEAKAN-AKAN SAJAK EN NURI JUGA...

    BalasPadam
  14. aku rasa en nuri buat bengkel penulisan sajak utk penjaga blog la...

    BalasPadam
  15. hantu raya plak en nuri siar? hbis semua sajak penjaga blog dah disiarkan... hehehe

    BalasPadam
  16. hebat2 penjaga blog en nuri sajak2 dorg pun best2....

    BalasPadam
  17. le kuan yuew mcm nk cari gaduh je dgn malaysia ni..

    BalasPadam
  18. msti ada yang hasut le kuan yew ni klu x mne ada dia berani..

    BalasPadam
  19. kenapa le kuan yew buat mcm tu agaknya????

    BalasPadam
  20. dulu indon skrg singapore plak nak cari pasal....

    BalasPadam
  21. dulu indon org tu yang hasut skrg singapore agaknya sapalah yang hasut ni?

    BalasPadam
  22. dorg ni x hbis nak bangkitkan isu perkauman kenapa???

    BalasPadam
  23. le kuan yew ni kenapa nak masuk campur hal malaysia plak?

    BalasPadam
  24. gila apa le kuan yew! kat malaysia ni byk org bkn mlyu pegang jawatan besar!

    BalasPadam
  25. le kuan yu kata mcm tu boleh membankitkan isu perkauman ni....

    BalasPadam
  26. hrp2 isu yg di katakan oleh le kuan yew x terjadi semula mcm 13mei hari tu...

    BalasPadam
  27. lee kuan yew kenapa plak? mcm nk menjejaskan hubungan baik antara singapore dgn malaysia jer...

    BalasPadam
  28. hrp2 apa yg di fitnah oleh le kuan yew dpt di tangani segera...

    BalasPadam
  29. suara bebas?? sapa dia ni cpnh tgk pun sebelum ni...

    BalasPadam
  30. suara bebas ni pun perkeja blog en nuri jgk ker?

    BalasPadam
  31. kesian jiman harap2 dia elok balik la....

    BalasPadam
  32. jiman ni bekas askar pencen ker?

    BalasPadam
  33. semakin lama semakin menarik jgk tahana ni..

    BalasPadam
  34. eh! cerpen jiman ni berdasarkan kisah benar ker?

    BalasPadam
  35. jiman ni umor dalam berapa thn? 50an ke 60an?

    BalasPadam
  36. kesian aku baca cerita jiman ni...

    BalasPadam
  37. anak2 dia buang dia ke? sian jiman ni...

    BalasPadam
  38. jiman ni pergi cari kayu api ke?

    BalasPadam
  39. jiman ni keja apa? mcm keja seniman jalanan jer?

    BalasPadam
  40. jiman ni cerita btol ke en nuri?

    BalasPadam
  41. en nuri cerita btol ke jiman ni?

    BalasPadam
  42. jiman pergi mana plak malam td?

    BalasPadam
  43. jiman ni keja apa malam bru balik? merompak ker?

    BalasPadam
  44. sian jiman ni dah la x larat keje plak malam2?

    BalasPadam
  45. cerita jiman ni byk action je xde dialog sgt...

    BalasPadam
  46. suspen jgk apa keje jiman ni?

    BalasPadam
  47. sian jiman semua benda budin kena tolong dia buat

    BalasPadam
  48. mcm kisah benar je cerita jiman ni?

    BalasPadam
  49. jiman ni org mana? sabah sarawak ke?

    BalasPadam
  50. harap2 jiman cepat sembuh...

    BalasPadam