Rabu, 29 September 2010

DINI HARI



50 ulasan:

  1. CERPEN SIRI 13 BERTAJUK : TAHANA OLEH: NURIMANJA PULAU PINANG.
    _______________________________________________________________________
    Jiman bertambah mrah, dia seperi orang gila mengejar bayangan itu, sambil memukul apa saja dihadapan dengan tongkatnya. Sambil memek melolong, memaki hamun dan menyumpah menyeranah dalam suasana kabus pagi yang sunyi sepi.

    Kira jam lima setengah pagi keinderaan mulai bergerak di jalan raya di antara persimpangan jalan menuju ke pekan kota lama dan pekan kota baru. Sesekali menganggu pula keinderaan di situ.

    Seorang tua yang yang sering menagih rezeki di jalan telah diserang sakit jiwa. Di pagi buta kelihatan dia terpekek terlolong memaki hamun seorang perempuan yang begitu indah namanya didengar. Kemudian dia menagis pula meminta ampun kepada ibunya yang yang telah lama pergi.

    Orang ramai yang lalu lalang pagi itu sama ada berkeinderaan , bermotor, berbasikal dan berjalan kaki, sekadar cuma memerhati sahaja telatah Jiman, ada yang simpati, ada juga yang melucukan dan mengelikan hati, lalu mereka tersenyum dan ada juga yang ketawa.

    Sememangnya Jiman kian parah diserang sakit jiwa. Kekadang dia memekek, marah, dan memaki hamun tidak tentu arah, kemudian dia mengejar, terbongkok-bongkok dan memukul apa saja benda yang berada di depannya.

    Sewaktu Budin bangun dari tempat tidurnya pagi itu. Jiman di dapati tidak ada di tempat tidurnya. Roti kering di dapati berselerak , botol sejuk juga tergolek bagai baru lepas diteguknya. Kain guni selimut buruknya terlonggok di luar muka pintu.

    Perasaan Budin mulai cemas dan bimbang. Budin menerkam ke pintu. Dia mencari tongkat Jiman. Tidak ada. Perasaan Budin kian bertambah cemas. Dadanya pula berdebar-debar jadinya. Budin meluru keluar pondok. Dia mencari jiman di sekeliling pondok. Tetapi ternya Jiman tidak ada..

    Matahari pagi telah pun menampakkan wajah merahnya, beberung semuanya telah terbang mencari rezeki, kokokan ayan jantan kejauhan kedengaran di cuping telinga. Budin kian dipagut resah gelisah. Kerana Jiman tidak ditemuinya.

    Budin masuk kembali pondok buruknya. Dia menukar pakaian dan meluru segera menyusuli lorong menuju ke jalan raya . kebisingan keinderaan mulai menguasai suasana pagi itu. Para perniaga dan pekerja keluar dengan tugas masing-masing kelihatan berpusu-pusu di jalanan. Budin melangkahkan kaki dengan perasaan cemas dicengkam kebimbangan.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. Siri ke 2.

    Satu budaya Melanau yang saya suka. kanak-kanak mereka cukup menghormati orang tua, itulah berkat doa datuk nenek mereka, ramai yang menjadi cendewakan, pensyarah, doktor dan sebagainya.

    Kalau ada kenduri tahalil atau
    baca doa selamat. mereka tak nampak makan sama orang tua, kalau hari raya mereka pergi ke kubur kutip duit raya, bukan dirumah sebagai kita di sini (20thun dulu)

    Tiga hari kita boleh lihat kubur berseh lincin lincau tempat mereka berpesta kutip duit raya. Apakah tidaknya setiap penziarah kubur yang datang akan membawa duit seling, bukan kertas. selepas baca doa, setiap keluarga yang ziarah kubur itu mereka akan tabur duit raya di kawasan perkuburan itu. Apa lagi pakat merebut sajalah , nasib sapa dapat dia punya. satu hari budak tidak nampak batang hidung semuanya ditanah perkuburan.

    sambungan.

    BalasPadam
  3. BICARA SANG LIDAH

    dalam kelembutan lidah bicara
    tajam sekali menikam ke sukma
    melapah segenap pelusuk jiwa
    membuka setiap ruang lubuk terpilu
    lidah tidak bertulang
    tajam bagaikan pedang
    kurniaan agung dari tuhan
    walau tubuh tiada kudrat
    walau tangan tiada terangkat
    walau kaki tiada terlangkah
    kudrat masih tidak terperi
    menghapuskan semua seteru
    memotong musuh mendatang
    tewas rebah semuanya
    semua tunduk membisu
    semua diam membatu
    semua kerana lidah berbisa...


    Jeffry
    sabah
    23.10.2010

    BalasPadam
  4. CEKAL

    torehan itu menguris hati
    bila terkenang waktu semalam
    ketika aku seusia anak kecil
    menatap indah setiap sentuhan
    menikmati setiap perjalanan
    akulah yang melukis senyuman
    seindah jalinan sang pelangi
    mewarnai hidup ini
    biar dalam payah
    aku tetap merangkak ke seberang
    mengisi setiap masa terluang
    mendalami erti hidup berkawan..

    aku tak pernah lelah
    meronta ronta lawati alam
    meninggalkan jejak seribu
    di lopak air di bendang sawah
    mencari sebutir permata yang hilang
    hingga terpalit selut ke muka
    membuatkan aku tersedar
    kita asalnya daripada ini
    dari tanah yang aku gengam

    tapi dengan tanah itu
    ada yang menjadi mulia
    walau dari setitis air
    taat itu yang utama
    kerana antara kita tiada beza
    dari tanah juga kita kembali
    kerana tiada yang abadi
    Dia yang hakiki....


    Harnie
    sarawak
    1.9.2010

    BalasPadam
  5. Sajak sdra Jeffry dari negeri bawah bayu sabah bertajuk Biaca Sang Lidah, menyingkap tentang ketajaman lidah apabila berkata, kekadang lebih tajam dari mata pedang. Itulah keagungan tugan walau lidah lembek dan lembut, tetapi kata-kata yangkeluar ada yang lembut ada yang keras, menyengat dan mungkin juga boleh membunuh semangat saseorang. Lidah juga kekadang boleh menjenakkan musuh atau seteru, kekadang dia juga mengwujudkan musuh dan seteru.

    Oleh itu peliharalah lidah daripa berkata yang sia-sia, kerana tiada lidah tidak boleh berkata-kata, jika tiada lidah juga tidak sedap hendak merasai makanan, kerana dilidahlah allah jadikan segala citarasa kesedapan atau kepahitan dlln makanan untuk kita sessuaikan dengan warna kehidupan kita dalam seharian. Amin . sila usaha lagi. Syabas! Sdra Jeffry.

    BalasPadam
  6. Sajak bagai tiga demensi oleh Harnie dari bumi kenyalang Sarawak bertajuk CEKAL.

    Mengenang kembali waktu kecil berhempas pulas untuk menjadi sorang dewasa,pastinya melalui kecekalan hati. Kemudian
    Di alam rumaja pula, hidup tidak mengenal erti lelah kerana memburu se biji permata bekalan dalam kehidupan.

    Setelah di hujung perjalanan kini mulai rasa sedar bahawa hidup
    kita ini dijadikan dari setitis air (zat makanan yang kita kumpul dalam badan) disalurkan di antara perantaraan dua isan. semua asalnya didajikan dari tanah dan ketanah juga kita akan kembali.

    Sajak berbentuk rasa cinta kepada ketuhanan. Dan merenung akan kejadian tuhan dan mengisafi kebesaranNya. Iman menjadi kukuh dan kental atau cekal hati. Kerana kita datang dariNya dan akan kembali kepadaNya. Amin. Syabas! Usaha lagi sdra Harnie.

    BalasPadam
  7. sian jiman x ubah mcm org gila jer...

    BalasPadam
  8. tu la padahnya berdosa dgn ibu sndiri...

    BalasPadam
  9. sian jiman sesal pendapat x berguna lagi...

    BalasPadam
  10. jiman dh jd gila plak skrg ni...

    BalasPadam
  11. SEMOGA CERITA JIMAN BUAT PENGAJARAN UTK KITA SEMUA SUPAYA JGN DERHAKA KPD IBU....

    BalasPadam
  12. org lalu lalang sorg pun xtolong dia ke?

    BalasPadam
  13. dam catur msti nnt dia kena langgar dgn mat rempit yg nakal ni...

    BalasPadam
  14. jd sampah masyarakat pun ada jiman ni...

    BalasPadam
  15. kesian jiman jd mcm ni sbb desakan hidup...

    BalasPadam
  16. smoga ada yg simpati nanti tentang nasib jiman ni,...

    BalasPadam
  17. skrg brulah kami semua thu mcm mana org gila boleh jd mcm ni?

    BalasPadam
  18. x sangka sampai mcm tu sekali balasan tuhan terhadap jiman...

    BalasPadam
  19. budin merempat sbb apa plak en nuri??/ en nuri x cerita plak?

    BalasPadam
  20. sian jiman klu jd mcm ni mmg xleh buat apa dah jiman ni,...

    BalasPadam
  21. xde sapa simpati dgn nasib jiman ke?

    BalasPadam
  22. jiman ni berhalusinasi dah nampaknya....

    BalasPadam
  23. eh! jiman dah sampai dimensi ke 6 plak org x nmpk? dia nmpk?

    BalasPadam
  24. jiman jd gila selamat dia xbunuh org lain plak?

    BalasPadam
  25. jiman x di hantar ke wad gila ke?

    BalasPadam
  26. teruk jiman kena balasan tuhan nampaknya...

    BalasPadam
  27. rasanya nanti jiman mati sebab makan hati byk...

    BalasPadam
  28. eh! di merayau2 tgh jalan dia x kaco plak org lalu lalang?

    BalasPadam
  29. sian jiman sdih btol cerpen kali ni...

    BalasPadam
  30. jgnlah akhir sekali jiman mati dlm keadaan yg hina...

    BalasPadam
  31. mak jiman dh mati? bapak dia mana plak?

    BalasPadam
  32. rasa bersalah plak selama ni aku dok hina org2 mcm ni rupanya dorg pun x minta di jadikan mcm ni...

    BalasPadam
  33. wa! bgus btol org2 melanau ni....

    BalasPadam
  34. nampaknya kena cari jodoh org melanau la nanti? hehe

    BalasPadam
  35. wa! bgus btol org2 melanau ni....

    BalasPadam
  36. kita kena contohi org melanau ni...

    BalasPadam
  37. wah! byk jgk sejarah tentang org melanau en nuri thu?

    BalasPadam
  38. eh! en nuri org melanau ke?

    BalasPadam
  39. mcm mana byk pasal melanau en nuri thu isteri en nuri org sana ke?

    BalasPadam
  40. hmm.. lps ni kena melawat sarawak plak nanti? hehe

    BalasPadam
  41. org melanau baik2 jgk yer...

    BalasPadam
  42. en nuri ni hebatlah !siap buat kajian lagi pasal melanau ni...

    BalasPadam
  43. en nuri ni pensyarah ke? semua pasal melanau en nuri thu?

    BalasPadam
  44. harap2 jiman kembali ke pangkal jalan semula....

    BalasPadam
  45. eh! mcm mana jiman boleh terlepas kat tgh jalan plak? bahaya tu...

    BalasPadam
  46. jiman ni kena langgar moto atau jtuh parit nanti ni...

    BalasPadam
  47. jiman ni dh mcm org x siuman dh? harap2 budin cpat selamatkan dia...

    BalasPadam
  48. pasal melanau plak? wah! mcm2 kisah en nuri ada....

    BalasPadam
  49. en nuri ni semua cerita dia ada! hebat! tahniah!

    BalasPadam