Selasa, 21 September 2010

CUMA SAMPAI DISINI




Buat M. Rajoli
cuma sampai di sini,
kau pergi bersama dunia seni
kini terlalu sukar untuk dicari ganti.

Pelakon Veteran
seorang serba boleh,
punya pendidikkan agama
menghidupkan berbagai watak
amat disenangi rakan dan peminatnya.

Kini kau tiada lagi
cuma tinggal secebis
kenangan seni lakonanmu.
bagi peminat masih menyedut udara
al fatihah dan takziah buat ahli keluarga.

Oleh: Nurimanja,
sedenyutrasa dari blog citrarasa.
dua hari yang lalu september. 2010

42 ulasan:

  1. CERPEN SIRI 5 BERTAJUK : TAHANA OLEH:NURIMANJA PULAU PINANG.
    _____________________________________________________________________

    “Jiman jika lapar, kau makanlah roti kering yang tergantung di dinding pondok itu. Air sejuk pun masih ada dilam botol di tepi dinding itu, makan dan minumlah,” kata Budin mengingatkan jimat.

    Budin menarik kain selimut guni buruknya., kemudian mengalih tubuhnya mengadap hala kedinding. “Maaf aku Jiman, aku nak tidur sekarang. Pagi-pagi esok kalau tak hujan, aku nak mencari rezeki di pekan Kota Lama…” Kata Budin.

    “Kota Lama?” bentak hati Jiman. Serta-merta pula ingatan kenangan lamanya tersingkap kembali. Wajah Kota Lama datang semula bermain di benak hatinya. Sesekali dia memaki hamun dalam hatinya.

    “Kota Lama? kota sial, kota celaka, kota laknat!! Kota yang telah merampas segala kebahagian hiduku selama inki….,” gerutu hati kecil Jiman.

    Jiman telah lama ingin membuang segala ingatan dan kenangannya pada Kota Lama yang amat dibencinya selama ini, tetapi ternyata dia masih tidak terdaya. Malah, jika ada orang menyebutnya, Jiman terasa segala kenangan itu bagai datang menyerang benak hatinya, menjadikan dia seorang yang pembenci pada kenangan.

    Tetapi kenangan itu tetap juga datang dan menyingkap kembali segala kenangan yang lalu dan membongkar kisah-kisah lama yang menjadikan Jiman kalut berfikir, kerana dicengkam rasa resah gelisah.

    Dua puluh lima tahun dahulu di pekan Kota Lama dia dilahirkan dan di situ juga dia mendapat pendidikkan. Di situ jugalah dia tinggal bersama ibunya yang bekerja sebagai tukang sapu di Malis Perbandaran untuk menyara hidupnya.

    “Man, ambillah wang ini untuk bayaran pepereksaan kau itu, Ibu mahu kau berjaya dalam hidup ini Man,” begitu pinta ibunya yang ingin melihat kejayaan anaknya dimasa hadapan.

    Di saat itu Jiman sangat-sangat memerlukan wang, jika dia gagal membayar wang pepereksaan pada tarikh yang ditetapkan, pasti dia terpaksa disingkirkan dari menduduki ujian pepereksaan SPM yang akan menentukan masa depan hidupnya.

    Jiman sedar betapa besar pengorbanan ibunya selama ini. Dengan perasaan sayu wang itu diambil, esoknya wang itu diserahkan kepada guru besar sekolah tempat dia belajar selama ini.

    Akhirnya jiman lulus pepereksaan dengan pangkat kedua, kemudian Jiman menjawat jawatan yang setempal dengan kelulusannya, di salah sebuah syarikat suwasta sebagai seorang kerani rendah.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  2. SAJAK PENYELAMAT AKU

    Kau tuduh aku pecahkan bumper kau
    Bila aku tanya dengan muka garang
    Kau mula angkat muka
    Merenung bengis melihatku
    Aku pun begitu mata tajam melihatmu
    Bila aku tanya? kau hebat sangat?
    Tangan mula dah di angkat
    Kau datang kepada aku lebih dekat
    Bercakap dan berkata-kata lantang
    Tapi ingat aku tak nampak
    Ada golok panjang disorok belakang.
    Tapi aku tak lari lintang pukang.
    Jadi aku guna psikologi
    Petua dari en nuri
    Bila kau mula berhujah lantang
    Bersuara macam harimau
    Aku anggap kau bersyair
    Tapi guna ayat yang tajam.
    Aku berbahas dengan dada cengkam.
    Mari Aku mulakan sajak di depanmu
    Kau ketawa terbahak-bahak
    Kerana mengangap aku gila
    Bersajak di tengah jalan
    Jadi golok panjang terus di buang
    Dan bersalaman erti keamanan
    Terima kasih en nuri kerena sajak
    Mengajar aku erti kesabaran

    Bob Kuli
    ketika aku terlanggar kereta orang india bersama brader joe

    BalasPadam
  3. JAWABLAH

    Bila masaku telah tiba
    Tiada siapa bisa mempengaruhi
    Tidak Juga Kamu
    Aku hanyalah manusia biasa
    Jatuh dan berjalan sempurna
    Tapi cuma tahu bila masaku tiba
    Maafkan aku kawan
    Bukanku pinta sendirian
    Cuma terasing dibumi sendiri
    pernah rasa patah pernah kecewa
    aku juga pernah ketawa!
    Ambillah aku cepat
    Agar masa berlalu pantas
    Aku mahu pulang awal!
    Jawablah aku bila ku bertanya
    Jawablah aku bila ku memanggil
    Jawablah aku bila ku menunggu.
    Jawablah, jawablah!
    Aku kosong tanpa jawabanMu.
    Aku perlu mendengar suaraMu.


    Siti Nurbaiyah
    Melaka
    11malam

    BalasPadam
  4. roti kering je? sian dorg ni....

    BalasPadam
  5. budin ni baik btol ambik berat pasal jiman...

    BalasPadam
  6. budin ni kenapa diam je budin dah bgus siap bagi roti lagi...

    BalasPadam
  7. hish x baik btol la jiman ni buat xthu je budin tanya mcm2...

    BalasPadam
  8. dia nak cari rezeki kat kota lama?? hmm...

    BalasPadam
  9. jiman ni keje kerani dulu mcm mana boleh jtuh miskin ni?

    BalasPadam
  10. ni msti jiman x bayar zakat masa dia kaya dulu...

    BalasPadam
  11. sian jiman dari kerani trus jtuh miskin....

    BalasPadam
  12. jiman ni kenap marah sgt kat kota lama?

    BalasPadam
  13. kota lama kat negeri mana tu???

    BalasPadam
  14. kota lama? kenapa dia marah sgt?? kat kota lama ke dia mula jtuh miskin?

    BalasPadam
  15. dia keja bagus mcm mana boleh jd susah ni?

    BalasPadam
  16. mcm mana jiman boleh jtuh muflis ni???

    BalasPadam
  17. msti ada org yg tipu dia sampai dia boleh jtuh miskin ni....

    BalasPadam
  18. kenapa dia marah sangat bila org sebut kota lama?

    BalasPadam
  19. marah btol jiman bila org sebut tentang kota lama...

    BalasPadam
  20. kota lama? kenapa kat sana dia marah sangat?

    BalasPadam
  21. dia ada pendidikan? tapi kenapa di merempat je?

    BalasPadam
  22. walaupun dia keja kerani rendah xkn sampai miskin sangat bila tua xde pencen ke?

    BalasPadam
  23. kenapa dia marah sangat pasal kota lama? suspen jgk ni..

    BalasPadam
  24. kota lama tempat dia kecewa dgn kekasih lama ker?

    BalasPadam
  25. kota lama? kenapa dia marah sgt??/ x sabar nk thu ni....

    BalasPadam
  26. sian budin jiman tegur dia buat xthu jer...

    BalasPadam
  27. selamat dia x bunuh budin bila budin sebut pasal kota lama

    BalasPadam
  28. kota lama kat negeri sabah sarawak ke?

    BalasPadam
  29. jiman ni marah kat kota lama??? suspen btol ni... sambung lagi en nuri...

    BalasPadam
  30. sdih bila dapat thu m rajoli dh meninggal..

    BalasPadam
  31. DULU DIN BERAMBOI NI M RAJOLI PLAK? MMMG KEHILANGAN YANG AMAT DI RASAI.... AL FATIHAH

    BalasPadam
  32. semoga rohnya tenang di sana...

    BalasPadam
  33. x sangka pelakon kesukaan saya dah xde lps din beramboi dgn achik spin....

    BalasPadam
  34. al fatihah utk arwah m rajoli...

    BalasPadam
  35. mmg kehilangan yg amat di rasai dalam dunia lakonan....

    BalasPadam
  36. mmg pelakon komedi veteren yg tiada ganti m rajoli ni sy pergi msa pengkembumian dia.. sdih btol...

    BalasPadam
  37. al fatihah buat m rajoli semoga dia tenang di sana...

    BalasPadam
  38. x sangka m rajoli dh xde.....

    BalasPadam
  39. sdih dgn kematian m rajoli rindu lakonan dia...

    BalasPadam
  40. al fatiha utk arwah m rajoli....

    BalasPadam
  41. PENYELAMAT AKU sajak dari Bob Kuli menyentuh tentang satu targedi yang tidak diingini. Tetapi bila pengalaman yang ada sering mengajar kita, atas kebijaksanaan dan dengan fikiran yang waras dan matang segala permasaallahan dapat diselesaikan dengan saksama. Benar inilah erti hidup dan kehidupan, setiap orang akan bertambah daya kematangannya. Bukanlah kerana sajak en nuri, barangkali itu satu kebetulan saja. Saya juga Pernah lihat beberapa orang yang hebat ilmu keduniaannya. Tetapi bila ilmu tambah yang diperolehi dari pengalaman dan hidayah tuhan , dia telah menjadi seorang yang kuat zuhudnya, sering menangis bila melihat musibah yang menimpa orang lain.

    Barangkali Bob Kuli dan Brader Joe akan melangkah tergolong daripada orang-orang yang zuhud begitu. amin

    BalasPadam
  42. Sajak satu pertanyaan yang masih belum terjawab, daripada Siti Nurbaiyah bertajuk: JAWABLAH. Pengucapannya bagai menyentuh penyerahan diri kepada yang maha esa berbentuk puisi ketuhannan. Persoalannya minta satu jawaban dari maha pencipta(doa).

    Dalam liku perjalnan hidup ini kekadang kita lancar kekadang kita tersangkut pada laluan simpang perenangnya. Begitulah kehidupan, setiap permasallah yang timbul adalah satu ujian tuhan kepada kita, dan jika semuanya berjalan lancer juga dalam hidup ini satu ujian . dikahirat pula dia akan di persoalkan semula oleh Allah swt. Oleh itu kita perlulah banyak
    bersabar jika menerima taqder Allah, banyak berdoa insyaallah, segala pertanyaan lambat atau cepat pasti akan terjawab jua semuanya. Amin.

    BalasPadam