Khamis, 30 September 2010

BUAT WAKIL YANG MUNGKIR




Dimana letaknya kata Insyaallah?
setelah bertahun dalam penantian
engkau hanya pandai bersumpah
sekadar pertemuan gigi, bibir,  lidah,
ketika kempenmu ragu dan gundah.

Tetapi bila kau kini, di kerusi lembut
semuanya janji dan sumpahmu  hanyut
kini pengundi lemas dalam menanti
mana janji yang dahulu kau taburkan?
satu haram tidak nampak ditunaikan.

Setelah kau dicalun diberi sokongan
kau asyik tengelam dalam kemewahan
kononnya ada mesyuarat setiap hari
daerah kami tidak pernah kau kunjungi
cuma tunggu sajalah lima tahun nanti .....

Oleh: Nurimanja,
catatan sajak 8hb April 2004
ketika dua kali batal pergi mengundi.



50 ulasan:

  1. KISAH KAUM RAKYAT SATU MALAYSIA DALAM DUA SITUASI BERLAINAN DINATARA TEGAS DAN KELUHURAN.

    siri ke 4.

    Di hari raya mereka sangup buat kueh raya bertin-tin, untuk diberi pada orang iban yang datang dari rumah panjang ziarah rumah mereka. Biasa kuih kapipi dan tradisinal semuanya.

    Pernah saya baru datang tak lama hari raya , ramai mereka datang berbaris di depan rumah saya, saya minta maaf saya bujang tak buat kuih raya, semuanya orang kampung yang beri saya, Nampaknya mereka ini faham semuanya beredar segera.

    Satu lagi cara mereka menyambut raya, kek sebesar kuali atau periuk nasi merupakan hidangan utama. wajib ada setiap rumah, malah berwarna warni (kek lapis itu perkara biasa saja bagi mereka) ada lagi kueh yang agak
    pelek dan berbagai cara , saya tak dapat sebut di sini, makannya sedap cukup berbeza. Mereka suka makan ikan salai atau panggang,

    sambungan.

    BalasPadam
  2. CERITA DARI PENGALAN PAK MALEK SEORANG PEMANDU BAS PENGANGKUTAN AWAM DARI IPOH KE GERIK .
    ______________________________________________________________________

    Siri 1.

    KISAH kira dua puluh tahun lalu. Pak Malek seorang persara polis bahagian mekanik. Tinggal di Taman Meru,Jelapang, Ipoh, Perak. Kerana PAK malek masanya banyak teruang . dia memohon jadi pemandu bas pengangkutan awam di Ipoh
    perjalanannya dari Ipoh ke Gerik. Satu hari masa perjalanan pergi dan balik.

    Memang ramai yang pernah menjadi pemandu bus pengangkutan awam ini, tetapi ramai yang angkat kaki
    kerana tidak tahan dengan masa perjalanannya yang jauh dan cukup meletihkan. Kekadang Pak Malek seorang diri, dialah pemandu dan dialah juga tukang gunting tiket.

    Kadangkala ada seorang perempuan andartu tukang gunting tiket atau kondaktur, dapat juga membantunya. Adalah seronok sadikit bekerja dan berpasangan dengan seorang perempuan andartu empat puluhan. Bolehlah juga bersembang ataupun
    bergurau senda, tidaklah sunyi ada teman berbual bila semua penumpang habis turun,tidaklah sunyi.

    Sambungan:

    BalasPadam
  3. PELACUR

    Gadis itu murah
    Sedang dunia diserah
    Tubuh sedap dimamah
    Rakus manusia parah
    Masa tidak guna sudah
    Nilai kertas terus gagah
    Baki buang ke tanah
    Diumpan pangkal dadah
    Kandas ke jeram barah
    Gadis itu gagah
    Uncang langsing bila ditegah
    Bangun biarpun berdarah
    Ungkai onar dari dilapah
    Musuh tuhan jadi marah
    Tubuh tiada untuk diratah
    Penat bila berbalah
    Habis tiba akhiri noktah
    Sedar rejam takut dipapah


    Bob Kuli
    Sewaktu berkeja di kelab malam

    BalasPadam
  4. ORANG GERMAN

    Apabila semua telah bersetuju
    Aku pun bersiap sedia
    untuk ke destinasi kami
    keesokan harinya kami semua
    bersiap pagi untuk ke bagan serai
    Berkunjung di rumahku
    Dan rumah mertuaku
    Tujuan untuk berhari raya
    Menyambut bersama
    Bila aku mahu balik ke rumah semula
    Aku singgah di gerai makan
    Disebelahnya cuma gerai motor
    Aku mula memesan makanan
    Tapi orang di sana pandang aku
    Melihat aku dengan satu renungan.
    renungan yang pernuh makna.
    renungan itu seakan disengaja.
    aku tak tahu apa sebab apa?
    memang menjadi tanda tanya.
    tiba-tiba mereka bersuara
    berbicara dengan ayat-ayat
    tak punya banyak tanda baca.
    isteriku bingung apa dikatakan
    katanya susah untuk aku dieja.
    Aku tersenyum menyambut kata mereka
    Berbual mesra seperti sahabat lama
    Bila di dalam kereta
    isteriku mula merungut
    Katanya tak faham bahasa german.
    Aku Cuma kata mereka sahabat lama
    Masa di kampong dahulu


    PENYAIR AGUNG
    9pagi
    masjid kedai dua

    BalasPadam
  5. Sajak Pelacur oleh Bob Kuli kedua-kedua sajak kali ini ahli lamaterima kasih dekat jalal dan tuna, mereka yang penyalarasan blog. Bob kuli maseh bekerja di sana juga. Barang kali susah dapat kerja lain. Kalau ada kerja lain eloklah saja berpindah, bukan apa dikuatiri bersubahat pula. Sepupu saya dulu kerja pengawal di kilang arak. Kini dah berhenti takut subahat juga.Rezeki nak bagi makan anak bini. Kini jadi pengawal di
    TNB. Kemudian dilantik menjadi bilal kampong surau pula. Alhamdullillah hidup pundah berubah.kahwin anak orang kaya pula.

    Sajak ini saya harap QM ulas dia x datang pula . lagi pun malam ini jumaat. Kau pula cerita pasal sundal . Ini pun satu penyakit masyarakat, hiburan terlalu lebih pun akan mematikan hati, dan boleh mengelapkan iman. Bagaimana untuk mendapatkan cahaya ataupun nur keimanan. Jagalah batas-batas peradapan Islam. Bob mungkin banyak pengalaman dengan cerita dunia hiburan di luar batasan jadikan panduan. Amin.

    BalasPadam
  6. PENYAIR AGUNG dengan sajak Orang German, Istilah ini diguna bagi orang kampung kepada satu etnik lain di daerah kerian. Geng kulaan, biasanya di bagan sedrai, kuala kurau, tanjung piandang, batu lima, parit buntar ramai orang german. Macam mana mereka berhijrah ke tanah melayu dulu, sampai hari saya tidak tahu. Dan tidak ada siapa pun yang mahu bercerita. Kebanyak orang german ini banyak Islam kuat beragama, berbeza dengan orang kampong memang tak kuat agama. Semasa kursus guru-guru pendidikan Islam kalau Ada 50 guru German mungkin dua tiga orang melayu kampung. Semasa saya jumpa Ustaz jemari, ustaz sirat, dan berapa lagi mereka bertutok bahasa jerman. Saya Cuma diam,Mereka ketawa sangka saya tak tahu. Sebenarnya kawan saya lebih ramai orang german dari orang kampong sendiri.hamper nak berbinian dengan orang german ini.Tak jadi x ada jodoh. Amin

    BalasPadam
  7. 20thn pnya cerita ke? lama jgk...

    BalasPadam
  8. 20thn cerita ni? en nuri ingat lagi... wah!

    BalasPadam
  9. cerita lama ke ingatkan cerita baru lagi...

    BalasPadam
  10. kuat juga memori en nuri cerita pun ingat lagi

    BalasPadam
  11. oh cerita dari ioph ker ni? menarik jgk..

    BalasPadam
  12. sorg2 memandu bas? berani jgk pak malek ni...

    BalasPadam
  13. dulu sy pun keja sebagai pemandu bas tp byk kali kena kaco berhabis duit nk berubat trus sy berhenti jd tok siak sj di masjid...

    BalasPadam
  14. bahaya malam2 sorg2 msti ada yg teman nnt...

    BalasPadam
  15. berani btol pak malek ni dia ada pendamping ke?

    BalasPadam
  16. pak malek msti org yg kuat agama klu x mcm mana dia berani sorg malam2...

    BalasPadam
  17. brapa ratus gaji pak malek masa ni???

    BalasPadam
  18. kalau gaji sikit mmg x berbaloi keje malam2 bawak bas ni..

    BalasPadam
  19. sorg2 je ke?? bkn pamandung bas selalunya 2 org ker?

    BalasPadam
  20. sy dulu ada jgk cita2 nk jd pemandu bas tp hehehee kaki tak sampai plak?

    BalasPadam
  21. eh! perempuan tu bini pak malek ke????

    BalasPadam
  22. x kena tangkap khalwat plak pak malek berdua2an dgn pmpuan tua tu? hahhaa

    BalasPadam
  23. xda pun yg seramnya en nuri dalam cerita pak malek ni?

    BalasPadam
  24. pak malek masa ni dh kwin ker blum?

    BalasPadam
  25. berani btol pak malek memandung di hutan gerik malam2...

    BalasPadam
  26. eh! berani pmpuan tua tu dok dgn pak malek? pak malek x rogol plak dia? hehehehe

    BalasPadam
  27. eh! entah2 perempuan andartu dlm diam bini pak malek no 2 agaknya? hahaha

    BalasPadam
  28. bini pak malek x jeles ke pak malek dgn pmpuan andartu???

    BalasPadam
  29. anak2 pak malek mne? x tolong sekali ker?

    BalasPadam
  30. pak malek ni cerita benar ke rekaan en nuri?

    BalasPadam
  31. berani btol pak malek ni klu org lain sah x berani pnya...

    BalasPadam
  32. tabik kat pak malek aku kalau siang berani la malam2 susah sikit...

    BalasPadam
  33. pak malek kenapa keje pemandu bas??/ x takut kena kaco hantu ker?

    BalasPadam
  34. ni bini pak malek kalau thu pak malek ada pemandu andartu sah kena bunuh pak malek ni... hahha

    BalasPadam
  35. eh! permulaan cerita xde plak hantu???

    BalasPadam
  36. eh! dari ipoh ke gerik? malam2?? berani btol pak malek ni..

    BalasPadam
  37. apa bnda kuih kapipi tu en nuri???

    BalasPadam
  38. wah! ramainya yg singgah kat umah en nuri??

    BalasPadam
  39. dorg paham jgk en nuri bujang jd terus balik bkn macam sy bujang dulu bdk2 tunggu selagi bg duit raya semua x mahu balik!

    BalasPadam
  40. semua bagi kuih kat en nuri? wah! bestnya

    BalasPadam
  41. pemurah btol org2 kat sana bagi mcam...

    BalasPadam
  42. wah! mmg suka bersedekah btol pnduduk kt sana berbeza dgn tmpt sy...

    BalasPadam
  43. baik budi perkerti orh dkat sana rasa mcm nk pegi sana plak?

    BalasPadam
  44. kat kawasan mana tu en nuri? cadang nk pindah kat sanalah? hehe

    BalasPadam
  45. dorg mmg suka bagi kuih kt org ke? wah! byk pahala tu..

    BalasPadam
  46. dorg ska makan salai dan panggang x kena darah tinggi ke? hehe

    BalasPadam
  47. wah! mcm best je dok sana tp kenapa en nuri pindah penang

    BalasPadam
  48. baik2 btol org kat sana beza dgn kat tempat kita ni...

    BalasPadam
  49. msti en nuri dok kat sana kan? sy bca ni pun rasa nk pegi sana jgk...

    BalasPadam
  50. eh! wlpn pendalaman dorg bagi jgk kuih2 bgus btol...

    BalasPadam