Isnin, 27 September 2010

BILA TIBA WAKTUNYA




Bila saja
aku terdengar
berita kematian
aku pun terasa
geliran aku pula
entah esok
ataupun lusa
tiada siapa
dapat menduga.

Hidup ini
seperti dedaun
menunggu geliran
bila  gugurnya
untuk meninggalkan
satu kenangan
di ruang zaman.

Oleh: Nurimanja,
rumah di gelugur, penang.
tanggal 11 sptember, 1985.

50 ulasan:

  1. CERPEN SIRI 11 BERTAJUK : TAHANA OLEH: NURIMANJA PULAU PINANG.
    ______________________________________________________________________

    “Hai! Jiman , kau sememangnya lelaki dayus! Kau bunuh aku kerana cemburu, kau kata aku curang, tetapi kau tidak mahu mengaku, bahawa kau mandul. Kau bukan seorang lelaki, kenapa kau tidak mahu menceraikan aku? salahkah aku berlaku curang?” Jiman sedar, selama lima belas tahun mereka berkhawin mereka tidak mempunyai anak.

    Entah bagaimana Jiman bagai ada tenaga pula, dia bangun dengan perasaan marah mencapai kain selimut guni buruk itu, dia melempar ke arah bayangan isterinya yang curang datang menyejek dirinya itu. Tetapi lemparan Jiman tidak mengena sesiapa. Jiman
    “Sialll!!!.....”

    Budin yang sedang tidur terkejut dan terbangun, matanya memandang ke arah suara Jiman. Budin sedar bahawa Jiman yang memekek.

    “Kenapa Jiman?” tanya Budin.
    Jiman diam, dia tidak menjawab, Budin lihat Jiman sedang duduk termanggu seperti orang yang sedang memikirkan sesuatu. Budin bertanya lagi.

    “Kenapa Jiman??” tanya Budin lagi.
    Jiman tetap juga diam. Budin bangun mengambil roti kering yang tergantung di dinding dan diletakkannya di tepi Jiman dekat dengan botol air sejuk.

    Budin kembali merebahkan badanya. Kemudian mencapai kain selimut guni buruk menutupi tubuhnya. Budin berkata dalam hatinya “Gila! Malam buta memekek,”.

    Budin kembali menyambung tidurnya yang tergangguitu. Pelahan-lahan tidurnya berdengkur kembali, seperti kerbau kena sembelas.

    Jiman membuka bungkusan roti kering dan membuka tudung botol air sejuk, sambil mengunyah roti kering itu, dia meneguk air sejuk di dalam botol itu.Walaupun tidak selera tetapi digagahi menelannya.
    Kemudian dia pelahan-lahan mengisutkan dirinya di tepi pintu, dia cuba mengambil kembali kain selimut guni buruknya yang telah dilemparkan itu. Masih terperonyok di tepi pintu.

    BERSAMBUNG

    BalasPadam
  2. Dr Mahathir sedih Melayu berpecah 3 puak


    2010/09/26 (sedutan akhbar BH)
    PASIR MAS: Tun Dr Mahathir Mohamad sedih kerana orang Melayu seolah tidak sedar mengenai ancaman dihadapi ketika ada pemimpin tertentu begitu ghairah untuk menguasai kerajaan.

    "Pemimpin mereka (rakan PAS dalam pakatan pembangkang) berkata 'langkah mayat mereka dulu', barulah Nik Aziz (Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat) boleh jadikan Malaysia sebagai negara Islam. Nampaknya sekarang Nik Aziz halalkan segala.

    Sehubungan itu, Dr Mahathir mahu supaya semua pemimpin parti politik, UMNO, PAS, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta badan bukan kerajaan (NGO), termasuk PERKASA insaf mengenai bahaya dihadapi orang Melayu dan bangsa itu perlu sedar, tidak berpecah belah serta tamak untuk mendapat jawatan sehingga menggadai kepentingan Melayu.

    BalasPadam
  3. KERUT DI DAHI

    sejak kelmarin lagi,
    aku bangun pagi
    tanpa kerutan di dahiku.
    hilang langsung tiada garisan,
    kerutan dah sebulan lebih
    hadir di dahi kini sudah pergi.
    harap-harap banyak lagi
    akan hilang selepas ini;
    langkah yang berat,
    nafas yang berdengus,
    tangan yang menghancur,
    mulut yang celupar,
    hati yang kacau,
    ibu jari yang gatal,
    kepala yang cengkam,
    cemburu yang buta,
    dan mata yang berair.
    Tolonglah Tuhan,
    kerana aku sedang berusaha.


    Qaseh Iman
    Perak
    11malam

    BalasPadam
  4. KARENAH ADIK BERADIK KU DULU

    Bangun pagi mamai kelabu
    Sarapan tersedia diatas meja
    Mandi dulu bukan selalu
    Sebelum makan bersama-sama
    Kacau si adik marah si kakak
    Seulas bawang dibawa lari
    Habis dikejar selaju gagak
    Lelah jadinya tiada terperi
    Abang lagak bijak bestari
    Mual adik lihat gelagat
    Nasihat orang itu
    Adik anggap suara lalat
    Ayah mak pergi kerja
    Amanah yang tua jaga rumah
    Tiba masa jadi raja
    Habis semua barang bersepah
    Bila malam ulang kaji
    Rasa malas bertalu-talu
    Petang sudah penat mengaji
    Timbul rasa makin berbulu
    Gurau senda raih rahsia
    tutur lusuh muka selamba
    harap manja perli menyapu
    bila terkena segan silu
    Bila belanja tak pernah tak mahu
    Mintak pula lebih dari satu
    Tiba masa lama tak ketemu
    rumah jadi sunyi membisu
    tusuk rasa ingin bertemu
    Terimbas kembali kenangan dulu
    Suka sedih segan malu
    Rencah beradik sehati sejitu


    Bos Kacak
    kenangan masa kecil dahulu

    BalasPadam
  5. Sajak KERUT DI DAHI oleh Qaseh Iman, menyentuh tentang kekalutan yang dipikuloleh penulis agak berat dan membebankan, mungkinkini telah pun mula Berasnsur puleh , di mana kerut di dahi baru saja lega nampaknya. Kini diharap
    Pada Tuhan jangankau tambah atau berulang lagi kekerutan didahinya. Ini ada masallah peribadi atau mungkin juga musibah yang baru lepas menimpanya dlln. Kerana padaNya kita menyerah dan padaNya juga kita minta pertolongan. Amin.

    BalasPadam
  6. Sajak x ada perengan, oleh Bos Kacak bertajuk: Kerenanh, Adik beradikku dahu. Pengucapan biasa memori lama dalam satu keluarga, adik beradik, abang kakak yang suka bergurau senda, tetapi bila sudah meningkat dewasa, keluarga yang ramai ini telah ada tugas yang tersendiri dan membawa diri masing mengikut haluan sendiri. Lalu memori ini sesekali ia akan terkenang kembali, lebih-lebih lagi di pagi hari raya adilfitri. Biasanya yang sulung selalu mengingati adik-adiknya. Bila adik-adiknya telah pergi,kesunyian pasti akan terasa, jika diajugalah sebagai penganti ibu dan bapanya. Amin.

    BalasPadam
  7. seram plak baca cerpen ni...

    BalasPadam
  8. sajak yg agak menakutkan maksudnya

    BalasPadam
  9. sajak psl mati ke en nuri?

    BalasPadam
  10. agak menyeramkan baca sajak en nuri kali ni...

    BalasPadam
  11. sajak yg agak menyeramkan jgk la...

    BalasPadam
  12. bgus sajak ni mengingatkan org tentang mati...

    BalasPadam
  13. sajak pengajaran moga2 ada yg insaf baca sajak ni...

    BalasPadam
  14. naik bulu roma sy baca sajak ni...

    BalasPadam
  15. insaf aku baca sajak ni....

    BalasPadam
  16. sajak kesedaran utk kita semua...

    BalasPadam
  17. seram sejuk je aku baca sajak ni,...

    BalasPadam
  18. sajak kali ni agak menyeramkan bulu roma...

    BalasPadam
  19. sajak en nuri kali ni menarik dan insaf aku baca...

    BalasPadam
  20. tahniah en nuri! sajak yg dapat menyedarkan kita semua...

    BalasPadam
  21. eh! roh isteri jiman kaco dia ke?

    BalasPadam
  22. mmg klu kita terbunuh org kita akan mimpi dia mlm2 minta nyawa...

    BalasPadam
  23. seram plak cerpen ni siap roh isteri jiman dtg plak?

    BalasPadam
  24. jiman boleh jd gila akhir sekali ni...

    BalasPadam
  25. RASANYA JIMAN MSTI MATI AKHIR SEKALI... RASANYA MSTI MATI EXCIDENT SEBAB DIA TAK BOLEH BERFIKIR DGNN WARAS

    BalasPadam
  26. jiman dah mcm org gila aku tgk kesian...

    BalasPadam
  27. jiman ni dah macam org tak siuman jer...

    BalasPadam
  28. jiman ni bisu ke asyik x cakap pun?

    BalasPadam
  29. sian budin dia tgur jiman buat xthu jer...

    BalasPadam
  30. jiman dah sakit jiwa rasanya ni..

    BalasPadam
  31. bahay jiman ni takut dia bunuh org plak nanti?

    BalasPadam
  32. Jiman ni cerita macam rashidi yg sembelih 4 orang kluarga dia bila dia dgr suara dari dinding plak?

    BalasPadam
  33. jiman klu x dirawat bahaya ni...

    BalasPadam
  34. budin bahaya kwn dgn jiman takut jiman bunuh plak budin tu..

    BalasPadam
  35. mcm mana jiman boleh jmpa budin??? en nuri x cerita pun???

    BalasPadam
  36. kesian aku tgk jiman harap2 aku xjd mcm jiman walaupun nama aku jiman jgk...

    BalasPadam
  37. kenapa jiman jd teruk mcm tu? xde sapa ambik peduli ker?

    BalasPadam
  38. sian hanya budin je ambik berat kat jiman...

    BalasPadam
  39. budin ni sapa? adik jiman ke?

    BalasPadam
  40. sedih baca cerita jiman ni isteri sy (dayang intan) dah menangis baca cerita ni..

    BalasPadam
  41. rasanya jiman msti bunuh diri lps ni..

    BalasPadam
  42. jiman dah mengalami tekanan jiwa mngkin sbb dia x kuat agama...

    BalasPadam
  43. mcm cerita btol je jiman ni en nuri?

    BalasPadam
  44. cerita jiman ni kalau di buat drama msti menangis semua

    BalasPadam
  45. jiman ni x sembahyang ke??

    BalasPadam
  46. jiman ni msti org x kuat agama ni klu xmsti dia xjd mcm ni...

    BalasPadam
  47. eh! jiman ni umor brapa?

    BalasPadam
  48. eh! jiman ni sedara mara x tuntut dia ke?

    BalasPadam
  49. jiman ni di hantui kisah lama...

    BalasPadam
  50. budin x hantar jiman ke hospital gila ke?

    BalasPadam