Selasa, 14 September 2010

ALLAH BOLEH MEMBINASAKAN




Ingatlah wahai manusia!
jika kalian membuat durhaka
Allah akan membinasakannya
dan digantikannya dengan umat lain.

Bukahkan !
Dahulu Allah telah memberikan
segala kemewahan yang tidak terhingga
dengan kebun buah-buahan yang subur
anak sungai yang mengalir airnya jernih
makan, minunlah rezeki yang turun dari langit.

Tetapi kalian lupa!
setelah menekmati kehidupan mewah
kemudian kalian enggan menyembah Allah
malah ada yang mencabar akan perentahNya
kerana banyak melakukan kerja nahi mungkar
meninggalkan segala amal makrup arahNya
kini kalian tunggu sajalah hari pembalasanNya.

Oleh: Nurimanja,
BBTK, Bayan Lepas,
Catatan Kuliah Tafsir 12/10/2009.


21 ulasan:

  1. KISAH MESTRI siri4. BERTAJUK MATI TIGA KALI OLEH: NURIMANJA
    ___________________________________-

    Setelah usia tuk ayah menjangkau ke usia seratus dua puluh, anak dan cucu sulungnya telah lama meninggal dunia, dia cuma tinggal dengan cicit perempuan cucu sulung dari anak keduanya. Ada yang antara mereka dan jenderasinya semua telah meninggal dunia, tidak ingat lagi cerita tuk ayah, hanya cicit dan piutnya saja masih ada yang sanggup atau sudi membela dan menjaganya, Mujurlah tuk ayah ini tidak banyak kerenah, mudah dijaga.

    Tetiba dia dikatakan meninggal dunia setelah beberapa hari tidak bergerak, nadinya juga lemah dan nafasnya bagai terhenti. setelah buat laporan dikatakan sakit tua. cucu dan piutnya pun buatlah persediaan untuk acarapenkebumian, setelah dimandi , kapan, dibawa ke masjid di sembahyangkan mayat, dan dibawa ke kubur untuk dikebumikan.

    Setelah keranda di turunkan ke dalam lubang, orang ramaipun menhampirinya untuk melihay kali terakhir dan ada diantaranya masih ingat lupa sejarah tuk ayah mengatakan mati dua kali. hidup semula, kali kini mungkinmati
    betul dan sebenarnya. Tetiba belum pun sempat tanah di turunkan, Tuk ayah sekali lagi bangun dan memekek.
    "Aku belum mati lagi..." Orang ramai bertempiaran lari, lentang pukang kerana terkejut, untuk meninggalkan tanah
    perkuburan itu. ada yang darah tinggi terus pengsan.

    SEKIAN.

    sebab penceramah itu berhenti disitu, anda pun boleh buat berbagai andaian. apa terjadi?

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. ALAM MESTRI CERITA KE 2/SIRI 4. BERTAJUK : WAK KARDI OLEH : NURIMANJA
    _____________________________________________________________________

    Wak Kardi berlindung di balik pokok kelapa dara yang tidak jauh dari rumahnya. Matahari pagi sudah menampakan dirinya meninggi di hujung pokok nibung. Burung-burung berterbangan berkicauwan, berselang seli dengan kokokkan ayam jantan
    sudah kedengaran di sekitar kampung kerana keluar mencari makan rezeki daripada Tuhan.

    Tetapi rumah Wak Kardi masih lagi tertutup pintu dan tingkapnya. Perempuan anakkan, jika dibiarkan memang jadi sialan' jika tidur meninggi hari, bisik hati Wak Kardi. Kemudian perlahan-lahan dia menghampri dinding bilik tidur rumahnya, dia cuba memang telinga, ada suara mengerengeh kegelian, hati Wak Kardi berdebar kencang, dia cuba mengamatinya lagi, bunyi itu cuma seketika, Wak Kardi terus menanti.

    "Siallan!" Bentak Wak Kardi di dalam hati.
    Bila dia terdengar bunyi nafas sesak , kemudian disusuli suara mengeloh panjang. Wak Kardi mengumpul tenaga tuanya, lantas meluru ke muka pintu. Parang lading tergengam erat di tangannya, bersama kemarahan yang membara di dada, dia melepaska satu tendangan ke arah daun pintu, srkali gus terkopak daun pintu, Wak Kardi segera meluluskan diri ke dalam bilik tidurnya.

    Wak Kardi berdiri tercegat di hadapat katilnya, parang lading terhunus mencari mangsa, matanya merah dibakar api kemarahan, Sukiman segera melompat, tetapi belum pun sempat bertapak, parang lading Wak Kardi menyambar pinggangnya, terhuyung kehadapan, Sukiman memekek kesakitan, belum pun sempat dia terjerumus ke lantai, satu lagi limbasan menghinggapi pula di tengah belakangannya, Sukiman terus tersungkur.

    Darah memancut keluar membuak-buak dari tibuh Sukiman. Wak Kardi melihat mata parang ladingnya merah, beberapa titisan darah jatuh ke lantai. Sutimah menjadi panit melihat keberangan Wak Kardi yang luar biasa itu. Dia cuba bangun untuk menutup
    batang tubuhnya yang terdedah itu, tetapi Wak Kardi terlebih dahulu melepaskan satu limbasan parang ladingnya itu ke tubuh Sutimah.

    Sutimah terhuyung ke belakang. Satu jeritan kuat menguasai suasana pagi itu. Wak Kardi sudah hilang pertimbangan, satu lagi lembasan parang lading yang dahagakan darah itu dilepaskannya hinggap pula di pangkal tengok Sutimah, dia tidak terdaya lagi mengelak,malah dia menerima lagi beberapa kali limbasan parang lading Wak Kardi yang datang hinggap di batang tubuhnya. Akhirnya dia tertiarap di atas katil itu.

    Orang-orang kampung yang lalu lalang berhampiran dengan rumah Wak Kardi meluru ke muka pintu. Wak Kardi mencampakkan parang ladingnya ke tanah, kesan darah merah masih basah di mata parang ladingnya itu. Dia terasa perhitungannya selesai. Wak Kardi berdiri dimuka pintu."Aku telah membunuh musang kepala hitam dan anak ayam didik kesayanganku." Wak Kardi turun ke tanah, kemudian menuju ke telaga untuk membasuh percikkan darah yang terdapat di tubuhnya.

    Hari ini satu musibah malapetaka pembunuhan isteri muda curang telah berlaku. orang-orang kampungpun menyerbu masuk ke dalam rumah Wak Kaedi, mereka dapati dua batang tubuh tidak berbaju tertirap bergelempangan di atas lantai dan atas katil bilik itu. kedua-duanya tidak bernyawa lagi.

    "Sekarang hatiku puas! Akulah yang membunuhnya. Sekarang bawalah aku ke balai polis. Aku sedia menerima hukuman. " Kata Wak Kardi dengan tenang, orang-orang kampung yang melihatnya menjadi serba salah. mereka bertanya sesama sendiri
    meluahkan sikap sempati bila melihat telatah Wak Kardi.

    PERLUKAH DISAMBUNG?
    Maaf kerana belum masuk mesteri, dua helai ms8 dan ms9 lagi kertas sambungan cerita alam mestri ini hilang dalam simpanan.

    B E L U M S E L E S A I

    Baru ini saya jumpa sambungan sewaktu mencari cerpen TAHANA esok
    tengok bagaimana rasa ada dalam fail misteri,

    BalasPadam
  4. CELARU

    celaru tentang sesuatu
    yang aku sendiri tak pasti
    tiap detik ku bazirkan
    untuk khayalan termimpikan
    bagai rabun tanpa lensa kabur
    tapi resah itu tetap ada.
    setiap degup aku lekapkan cuping
    biar setiap inci
    biar sang keliru jadi pasti
    jadi aku rasa biarlah aku sendiri
    dendangkan aku sebuah lagu lama,
    untuk aku yang kelesuan.
    biar aku lupa kehendak dunia.


    Azril Affendi
    Jasin
    1ptg

    BalasPadam
  5. MACAM ADA TAK KENA?

    macam ada satu jarum atas kepala.
    macam punya satu paku atas dahi.
    penat,senak,sebak,cucuk.
    kadang rasa roda itu bawah statik.
    haluan bayang sendiri statik.
    jangan tunding tempat lain
    bila hati sendiri tak tetap.
    dinding tak tegak nanti kau kena
    macam besi dengan ralatnya.
    lalat plak lagi timbul .
    terbang punahkan jiwa kacau.
    kacau bagi hati kaca.
    kaca bertabur macam pasir berdebu.
    macam kena tsunami masa itu baru otak kau takat sedar.
    roda itu bergerak lagi dan lagi.


    Saufi Ngadiman
    Johor
    2pagi

    BalasPadam
  6. Sajak CELARU oleh Azril Affendi, pengucapannya mudah ditangkap isi dan maksudnya mudah dicari dalam situasi masa kini, kena fikir dan memikirkan sesuatu yang baik dan tepat itu ibadah.

    Celaru Ini juga dikira satu penyakit yang berjangkit bila keadaan selalu jadi CELARU tidak anda tidak dapat membuat satu kesimpulan dan kepastian untuk dirisendiri, agar lebih berani dan berkeyakinan dengan keadaan semasa. Penyakit celaru pun kian menjadi bermaharajalela.

    Sebaiknya jika ada sudah muak dengan cerita yang mengelelirukan dan bertambah parah untuk anda memikirkannya, biarkan saja kecelaruan minda itu berlalu, jika ada rasa kebenarannya kemudian hari akan terbukti. Dunia juga akan mengetahui. Amin.

    BalasPadam
  7. Macam ada Tak Kena?; sajak Saufi Ngadiman jawanis barangkali, johor, kau boleh baca cerpen wak kardi seorang tua yang berasal dari Indonesia khawin dengan anak
    dara masih muda dan mentah.

    Sajak MATK ini anda mempertikaikan sesuatu yang kurang menyenangkan matahati pengamatan danpemerhatian anda, Sesuatu yang tidak kena dalam kehidupan dengan keadaan atau tempat dan kelakuan manusia jagatnya, jika difikirkan mahu bengang kepal, mahu marah, apatah lagi keadaan itu tidak juga berubah. Kepada siapa sepatut anda salahkan. Perseorang,diri sendiri, masyarakat atau pemerentah. Jika keadaaan kelakuan masyarakat itu tidak mahu berubah dan bila ditimpa satu musibah , semasa itu barulah otak ligat berpusing memikir akan keadaan buruk yang menimpa.agak mengecewakan. Kerana dunia terus berpusing seperti hari yang tidak berhenti. Kita yang tinggal masih juga statik menjadi kepala terus pusing. jika anda terus fikirkan pasti membuang masa. Lebih baik anda berzikir dari mengingati sesuatu yang statik dan tidak memberi faedah. Amin.

    BalasPadam
  8. seram plak baca sajak pasal bencana alam ni...

    BalasPadam
  9. allah boleh membinasakan? sajak pasal gempa bumi ker?

    BalasPadam
  10. kena muhasabah diri bila baca sajak membinasakan ni..

    BalasPadam
  11. sdih plak baca sajak pasal bencana alam ni....

    BalasPadam
  12. rasa bersyukur sgt di malaysia xde plak gempa bumi dan bencana alam yg lain? berbanding di tempat sy pakistan...

    BalasPadam
  13. cerpen tahana pasal apa plak en nuri? siar la esok sbb asyik baca cerpen lama jer..

    BalasPadam
  14. tahana? tu klu x salah bahasa org kedah kan? mksud dia perkena? btol ke?

    BalasPadam
  15. eh! xpyh sambung la cerpen wak ni sbb dh thu dh akhir sekali siar la cerpen tahana en nuri...

    BalasPadam
  16. cerpen tahana??? cerita pasal apa plak tu?

    BalasPadam
  17. tahana?? tu cerpen misteri jgk ker en nuri?

    BalasPadam
  18. cerpen tahana ni pasal apa? bunyi mcm seram jer???

    BalasPadam
  19. cerpen tahana pasal apa? pasal dendam kesumat ker?

    BalasPadam
  20. eh! dia bunuh jgk bini dia rupanya... hbis apa jd?

    BalasPadam
  21. lps dia bunuh bini dia? dia msuk penjaga ke? xde pun misteri?

    BalasPadam