Sabtu, 7 Ogos 2010

POKOK PUN MENGERTI



Papaku seorang yang aneh
Biasa berbicara dengan pokok
Di tengah malam buta
Di dalam kebun kelapanya,
Kadangkala aku pun hairan
Dia juga berbicara denan sampan,
air sungai kurau, udang galah,
juga ikan siakap dan baung.
Apakah itu puisi keryatif
terpantul keluar dari emonsinya
yang tidak tahu membaca dan menulis
kerana buta  huruf gagal di sekolah dewasa.
Satu hari,
Pernah dia berkata
kepada pokok kelapa dara,
Kau kalau tidak berbuah setahun dua,
Aku akan tebang kau, hidup buat semak saja,
Selepas dua atau tiga  tahun
Lalu sudit sulung kelihatan keluar
Dari celah pelepah kelapa dara
semacam pokok pun mengerti,

Aku pun sama menirunya,
Bebicara dengan pokok pisang
Di tepi surau dekat pagar SK Sg. Ara
Minta sebiji pisang serendah  masak 
buat buka puasa sebelum bersara
Sesekali aku fakir,
Aku dan papaku adalah sama,
Sepeti orang gila yang berbicara.
pada alam pokok, haiwan dan alam benda..

Oleh; Nurimanja,
Setelah ziarah kampung,hati pun sayu
Melihat tempat lahirku yang sudah tiada apa-apa.
Bulan Syawal lalu 1430 setelah selesai puasa enam .



23 ulasan:

  1. NEGERI BILA MAJU RAKYAT AKAN RUNTUHKAN KERAJAAN (S4) OLEH ; GELETEK PAGI
    ___________________________________

    Ingat dulu anuar kata pada nek aziz, ulama kasut trompah, kapal kata langkah mayat dia dulu nak tubuh negara Islam. malah kapal meminta anuar bertaubat. BN minta anuar sumpah laknat, macamana shaiful dan najib buat.terbalik 10 ekor anak muda PKR ini pula yang anuar pekena angkat sumpah jangan lari dari PKR. terperangkaplah,
    depa ini pun bukan calang orang YB juga semua, berkelulusan tinggi daripada luar negeri, tapi kena goreng juga.

    Kita hot bukan apa. kita kutuk layang-layang saja, tapi blogger mereka kutuk sampai tulang hitam malah ada yang bukan-bukan. lagi teruk kutuk sampai mampus! Hari ini guru dibenar berpolitik. ambil kesempatan smash balik bila rasa
    ada aje bola lambung kita ambil kesempatan nak smash! (bersambung)

    BalasPadam
  2. LUAHAN SI KODOK

    masihkah kau ingat
    sewaktu kita di bawah tempurung
    itulah dunia kita
    di situ kita bermain bersama
    di situ kita menangis bersama
    di situ kita meniti hari
    disaat kau mula menjengah keluar
    aku merelakan demi bahagia
    aku merelakan demi cinta
    aku merelakan demi cita
    kau mula melompat bebas
    mula kenal isi dunia
    mula mabuk lupakan segala
    aku kau tinggalkan sendirian
    kau mula jijik padaku
    katak di bawah tempurung
    jangan kau lupa
    kau juga kodok sepertiku
    kau tak mungkin jadi katak pisang
    tolong kembalilah...


    Hadi Hamzah
    teluk kumbar
    10pagi

    BalasPadam
  3. ULASAN:

    Juga sajak pendatang baru sdra Hadi Hamzah dengan sajaknya Luahan Si Kodok. Penceritaan tentang sahabat yang sama dari satu daerah dan asal usul pun sama.Tetapi bila seorang sahabat telah mulamenapak, menekmati dunia luas, mulailah
    Rasa tinggi diri dan lupa asal usulnya. Pada hal dia tidak sedar dirinya juga dari Jenis atau bangsa yang sama, jadi janganlah lupa diri, sedangkan kemewahan ini hanyalah cuma sementara sahaja di dunia ini..

    BalasPadam
  4. huh! agak pening cerita geletek pagi ni...

    BalasPadam
  5. geletek pagi ni spy ke? smua cerita dia thu...

    BalasPadam
  6. geletek pagi ni sapa?? tiba2 cerita pasal politik plak?

    BalasPadam
  7. wah! berani geletek pagi dedah pasal ni...

    BalasPadam
  8. wah! pokok tu mcm hidup plak???

    BalasPadam
  9. aku rasa pokok tu berpenunggu la agaknya....

    BalasPadam
  10. pokok tu hidup agaknya?? mmg seram.....

    BalasPadam
  11. semua benda alam di dunia ni hidup mungkin dia mndgr segala apa yg kita khabarkan? mngkin nurimanja ni berhati bersih sbb tu pokok tu bg buah sebiji.. andaian saja

    BalasPadam
  12. kalau kawan aku thu pasal sajak nurimanja ni sah dia akan cari pemilik blog nk minta no kat pokok tu...

    BalasPadam
  13. eh! pokok boleh dgr ke apa yg kita ckp? nnt nk try la ckp sbb kat dusun sy pokok durian x berbuah plak? walaupun musim buah...

    BalasPadam
  14. eh! mcm hidup plak pokok tu?? seram baca....

    BalasPadam
  15. entah2 pokok tu ada langsuir agaknya...

    BalasPadam
  16. pokok kat sungai ara??? yg kat belakang surau tu ke???? jd mmg btol la nurimanja ni ustaz nasri...

    BalasPadam
  17. eee.... naik bulu roma pokok boleh dgr ke kita cakap?? lps ni kena lebih berhati2...

    BalasPadam
  18. eh! mmg ajaib skrg byk bnda mustahil boleh jd tak mustahil....

    BalasPadam
  19. skrg pokok tu mcm mana nurimanja??? dorg tebang ke????

    BalasPadam
  20. pokok pisang?? eh! kalau pokok pisang msti hantu pokok pisang pnya kerja...

    BalasPadam
  21. wah! agak menyeramkan pokok ni... masa tu en nuri x rasa bulu roma menegak ker?

    BalasPadam
  22. pokok tu berbuah lps en nuri ckp mcm tu? wah! mmg besar kuasa Allah...

    BalasPadam
  23. kisah benar!
    Bapak saya seorang yang aneh,di tengah malam dia boleh bangun turun ke tanah m ronda kebun kelapa dalam
    gelap, dia nampak jalam, sesekali dia bercakap pula dengan keadaan alam, pokok, haiwan,jamadad dan benda.

    Tetapi dia meninggal dihempam semayang buah kelapa dua,namun pokok kelapa itu bagai kena sumpah, tiap kali buahnya jatuh pasti hancur dan pecah.

    Kini pokok kelapa itu tiada lagi telah ditebang.kerana membahayakan orang ramai.Siapa saja berteduh
    di bawahnya, bagai ada orang lempar
    hampir mengenai kita.

    BalasPadam