Khamis, 26 Ogos 2010

MODAL INSAN




Melatih diri pada keluhuran dan kebaikan
sifat-sifat yang terpuji untuk seorang manusia
hiasilah diri dengan amanah, dan keikhlasan.

Ikhlas itu ada tiga dikatogorikan sebenarnya
niat dengan ikhlas dan setulus hati kerana Allah
bila melakukan diawal, pertengahan, dan akhirnya
bukan diawal, dipertengahan, atau di akhir saja,

Ikhlas membuat sesuatu memang lazat rasa
apa yang diberi dari hati ikhlas tinggi nilainya
tiada mengharap untuk diminta dibalas budi.

untuk ikhlas perlulah bertanya pada diri sendiri
tiap amalan itu berserta dengan niat yang lurus
adakah aku lakukan ini kerana ada niat sesuatu?
atau disebabkan kerja ikhlas kerana Allah Swt?.

Oleh: Nurimanja,
Catatan Penceramah Bebas,
jam sebelum masuk waktu dhuha.
beberapa dua tiga hari yang lalu 2010.
 

36 ulasan:

  1. KISAH PARA AMBIA CR. SIRI 16. DISUSUN SECARA BEBAS. OLEH NURIMANJA ; bertajuk : DOA SEORANG TUA.
    ___________________________________


    Sedang nabi berbual dengan seorang sahabat, datang seorang tua menceritakan kepada nabi doanya tidak diterima oleh Allah SWT.Dia seperti rasa kecewa.

    Nabi menceritakan kepadanya;
    1. hendak ikhlas hati sewaktu berdoa
    2. Jika ada kemungkaran tidak dicegah
    3. Jika ada perkara mungkar tidak pula dihalang
    4. Makan benda yang ada kesamaran dan haram
    5. Tidak berusaha terlebih dahulu sebelum berdoa
    6. Tidak sedar melakukan perkara-perkara yang haram.

    Pengajaran;

    Sebelum berdoa mesti mengathui syarat-syaratnya; berwuduk, mengadap kiblat, waktu yang mustajab,mula dengan selawat dan penutup pun dengan selawat.

    Biasanya, jangan jemu berdoa, jika tidak dapat di dunia mungkin dapat di akhirat, atau pada anak cucu kita. kemewahan hidup kita kini berkat doa datuk nenek moyang kita dahulu. Kalaulah boleh korek balik mayat atuk nenek moyang miyuk, kalau hidup balik pasti mereka terkejut tengok kecangehan alam siber maya kini............

    BalasPadam
  2. CERPEN SIRI 4 BERTAJUK : BILA TIBA WAKTUNYA OLEH:NURIMANJA. __________________________________


    “Bila Taip akan khawin bang?” Tanya isterinya lagi, kemudian duduk di sebuah kerusi di sisinya.

    “Mengikut surat ini lebih kurang seminggu lagi, dua hari sebelum kita menyambut ulang tahun kemerdekaan,” Jawab suaminya,

    “Tetapi bangaimana dengan ustazah Hamidah ini bang? Hamper lima tahun dia menunggu,” kata isterinya, mengingatkan cadangan mereka yang telah berkenan dengan keluarga ustazah Hamidah untuk menjodohkan Taip dengan anak mereka.

    “Terpaksa kita batalkan saja, Taip memang tak mengenang budi, dia sanggup melupakan kita, hendak putuskan hubungan darah daging bangsa kita. Sudahlah dulu aku telah diperhambakan oleh bangsa kulit putih itu, kini dia nak jadi menantu aku pula?” Begitulah , marah rasa hatinya.

    Isterinya berasa begitu sayu, dia tidak sedar air matanya mengalir jatuh ke kedua belah pipi, bila mendengar kata-kata al marah suaminya itu. Terasa di hatinya bagaikan menyumpah anak sendiri.

    “Sudahlah bang, barangkali jodohnya bukan dengan utazah Hamidah, tetapi jodohnya memang dengan bangsa berkulit putih itu, terima sajalah bang,” Tambah isterinya sambil mengesat air matanya yang mengalir di pipi dengan hujung lengan baju kurung kedah.

    “Biar dia dengan betina bangsa kulit putih itu, dia memang nak buang aku dan kau, jangan balik lagi ke negara ini, Anak yang tidak mendengar kata,” gerutu hatinya lagi.

    Jika tidak kerana isterinya, mahu rasanya dia ingin menyumpah menyeranah lebih panjang lebar lagi terhadap Taip anak tunggalnya itu.

    Dia amat kesal Taip yang lahir dari darah daging keturunannya sendiri, telah berani menentang akan kemahuannya. Dia cukup rasa tercabar dengan sikap Taip itu, tetapi apakan daya dirinya sudah tua, kemarahan itu dia simpan dalam hati.

    SELEPAS lima tahun berlalu. Esok negaranya akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan yang ke dua puluh lapan. Semua rakyat di negara ini akan menyambut dengan rasa kegembiraan di hati. Tetapi dia amat kesal Taip anak tunggal kesayangan tidak pula turut serta.

    Dia teringat kemabli akan kata-kata teman sekerjanya di pejabat daerah timur laut, Taip budak baik, otaknya juga pintar, besar kemungkinan bila dia balik nanti akan menjadi seorang pemimpin atau pun menteri di dalam negeri ini.

    BERSAMBUNG.

    BalasPadam
  3. KUSUT BONEKA

    Pakaikan baju kepada boneka itu
    Sikatkan kusut rambutnya
    Pakaikan kasut segak
    Kelihatan mahu buat simpanan
    Jadi tak bertekak sampai petang
    Bersepak terajang demi puaskan hati
    Hari ini perselisihan disimpan
    Tidak lagi bertekak
    Tidak lagi bersepak
    Mungkin dewasa menjaga hati
    Tapi dalam penuh duri yang bestari
    Puaskan hati atau
    Duri jadi pilihan hati?


    Farah Hani
    Kuala kangsar

    BalasPadam
  4. Agak sukar juga menangkap maksud sajak Farah Hani ini, banyak juga andaian boleh diterjemahkan, agak menarik boleh mengembang minda dan bercambah pemikiran.

    Sajak Farah Hani bertajuk KUSUT BONEKA , juga boleh diterjemahkan sesuatu benda atau sebuah negara atau pemerentahan atau kuasa.

    Bagai satu dunia ada dua tuhan, atau sebuah kereta ada dua orang pemandu, mungkin tuhan satu nak turun air hujan, tuhan satu lagi nak jadikan panas, begitu juga dengan seorang pemandu hendak
    belok ke kanan dan seorang lagi hendak belok ke kiri. Jadi ada percangahannya. Setelah berbincang guna akal yang matang mungkin mereka akan bersetuju cuma pada
    Zahirnya tetapi mungkin dalam hati tidak menerimanya. Bagai api dalam sekam dan duri dalam daging. Cuma andaian saja.

    BalasPadam
  5. alamak! doa pun kena ada cara2 yg btol ker?

    BalasPadam
  6. aku ingatkan doa kat mana2 pun boleh? terima ksih kerana berkongsi ilmu...

    BalasPadam
  7. byk jgk pantang larang utk berdoa ni??

    BalasPadam
  8. huh! korek mayat?? yg tu seram tu....

    BalasPadam
  9. doa dorg ke dulu? baru kita rasa? lambat jgk....

    BalasPadam
  10. klu silap sikit je doa x di makbulkan ke?

    BalasPadam
  11. wah! terima ksih lps ni senang la nk berdoa sikit dh thu smua yg perlu ada...

    BalasPadam
  12. wah! berdoa pun kena ada cara yg btol ker?

    BalasPadam
  13. patutlah selama ni aku doa x di makbulkan pun rupanya silap caranya...

    BalasPadam
  14. eh! nama saya pun ada jugak??? he he terima ksih en nuri...

    BalasPadam
  15. eh! rupanya dorg dah bercadang nk menjodohkan dgn ustazah ker?

    BalasPadam
  16. sian ustazah hamidah mkn hati dia.....

    BalasPadam
  17. bodo la bapak taip ni biarlah anak dia nk kwin dgn sapa pun? yg dia sibuk kenapa!

    BalasPadam
  18. giler pnya bapak la! biarlah anak dia tentukan sendiri jodoh...

    BalasPadam
  19. sian bakal bini taip x pasal kena sumpah seranah bakal bapak mertua?

    BalasPadam
  20. kenapa plak bapak dia anti sgt org putih ni???

    BalasPadam
  21. eh! cerita brader joe semalam mana????? langkau ke cerpen ni...

    BalasPadam
  22. eh! taip dia nk kwin kat negeri org putih ke?? atau malaysia?

    BalasPadam
  23. jdgn dibunuh anak dia taip tu sudah sbb skrg mcm2 boleh berlaku klu dh marah sgt...

    BalasPadam
  24. rasanya bapak taip ni restu x anak dia nk kwin???

    BalasPadam
  25. xkn pnya dendam kat org putih sampai anak dia sendiri pun x boleh kwin dgn org putih?

    BalasPadam
  26. dh jodoh dia dgn pmpuan english? terima je la.... adoi.. ape la bapak taip ni...

    BalasPadam
  27. ape pnya bapak la sian anak dia xsalah pun? biasalah dh jodoh dgn org putih....

    BalasPadam
  28. kalau x suka anak dia kwin dgn org putih kena hantar anak dia belajar di oversea..

    BalasPadam
  29. jgn bila sampai je kat lapangan terbang bapak taip sambut dia dgn parang plak? tu kes lain dah....

    BalasPadam
  30. MODAL INSAN??? SAJAK NI MCM PNH SAYA DENGAR JE DALAM CERAMAH KAT 1 STESEN RADIO....

    BalasPadam
  31. eh! ikhlas pun ade katogori jgk ker?

    BalasPadam
  32. alamak! rasanya byk jgk benda aku buat x ikhlas...

    BalasPadam
  33. wah! ade jgk psal ikhlas ni?? mcm mana nk thu kita ikhlas ke x?

    BalasPadam
  34. harap2 apa yg dilakukan sy sebelum ni ikhlas la hendaknya...

    BalasPadam
  35. ikhlas pun ade mksud sndri ingatkan sama jer...

    BalasPadam
  36. ikhlas klu buat apa2 x mngharapkan balasan? kalau org bgi jgk mcm mana?

    BalasPadam